Laman Webantu KM2A1: 4235 File Size: 18.6 Kb * |
TAG MT 78: ISA Sebagai Alatan Mudah Bila Disanggah By Fan Yew Teng 17/4/2001 5:08 pm Tue |
TAG 078 [Tangkapan ISA terhadap sebahagian besar pemimpin keADILan
adalah jalan mudah Mahathir yang kini terhimpit oleh pelbagai
masalah kronik luar parti (isu Anwar, isu ekonomi) dan dalam
parti (Fauzi, Dollah Badawi, Daim). KeADILan begitu menyengat
sekali kerana berjaya mengaibkannya beberapa kali - Lunas dan
Kubang Pasu bergegar kerana pemuda KeADILan begitu berkesan
sekali menggempur kubu kuat Umno. Bagi Mahathir, PAS boleh dilenturnya dengan isu perpaduan
kerana parti itu tidaklah 'segarang' keADILan dan terlalu
'melayu'. Lagipun perkembangan dunia hari ini banyak menyaksikan
'orang baru' berjaya menumbangkan 'orang lama' dengan berketuakan
seorang wanita sahaja. Tentu Mahathir belum lupa Corazin Aquino
atau peranan Megawati Sukarno. Tambah lagi Azizah seorang wanita
melayu yang tidak me-layu. (ISA a handy tool when under siege) Tidak perlu sesiapa merasa terkejut apabila kerajaan Mahathir sekali
lagi menggunakan undang-undang kejam ISA (Internal Security Act: Akta
Keselamatan Dalam Negeri) yang memberi kuasa menahan tanpa perbicaraan
terhadap para pembangkangnya dan pengkritik. Kali ini azab itu
dihalakan kepada pemimpin Keadilan yang diketuai oleh Dr, Wan
Azizah Wan Ismail, isteri kepada mantan timbalan perdana menteri
Anwar Ibrahim. Di Malaysia, sejak 40 tahun yang lalu, politikus pembangkang,
pengkritik sosial dan para aktivis kerap dihantui pedang zalim yang
bersifat undang-undang ISA yang sentiasa digantung di atas kepala.
Soalnya sekarang: kenapa kini, diasak semua individu ini yang memang rapat
dengan Anwar dan Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign: FAC) itu?
Kali terakhir satu tindakan mengganyang pemimpin pembangkang,
pengrkritik dan aktivis yang dilakukan oleh kerajaan Mahathir dengan
menggunakan ISA ialah pada Oktober 1987, dalam satu gerakan yang diberi
nama 'Operasi Lalang'. Ketika itu lebih satu ratus pemimpin pembangkang,
aktivis sosial dan ramai lagi telah ditangkap, dan ramai yang ditahan
tanpa sebarang perbicaraan selama dua hingga tiga tahun.
Di waktu itu, UMNO yang merupakan parti yang dominan dalam kerajaan
koalisi Barisan Nasional (BN), telah berpecah dua disebabkan
persinggitan antara Mahathir dan Tengku Razaleigh Hiamzah, bekas
menteri kewangannya. Orang yang kuat mencemuh Mahathir ketika itu termasuklah Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Hussein Onn, perdana menteri pertama
dan ketiga negara ini. Rantaian korporat UMNO ketika itu didedahkan jua dan dicabar di
mahkamah terbuka. Mahathir terkepung dan disanggah ketika itu.
'Operasi Lalang' merupakan jalan keluar untuk beliau bernafas lega dan
untuk melencongkan perhatian ramai terhadap masalah yang
mengepongnya dan UMNO. Penangkapan terhadap beberapa tenaga muda daam pucuk kepimpinan
Keadilan tentunya sudah lama dirancang oleh Mahathir sejak berakhirnya
pemilu November 1999 dulu. Walaupun Keadilan baru sahaja berusia
tujuh bulan, ia mampu memenangi beberapa kerusi parlimen dan dewan
undangan negeri-negeri dan ramai lagi calon-calonnya yang kalah
dengan marjin undi yang kecil (kepada undi tipu dan undi hantu -
penterjamah). Yang lebih penting lagi, ialah pada pilihanraya kecil Lunas, Kedah,
akhir tahun yang berlalu, Keadilan menang dengan undi majoriti yang
sungguh bermakna kerana ia berlaku di negeri kelahiran Mahathir
sendiri. Inilah yang menghantui tidurnya dan menambahkan duka nestapa
UMNO. Malahan, turut penting juga kalau pun tidak sama taranya, ialah
pilihanraya kecil bagi kerusi parlimen di Negri Sembilan beberapa
bulan sebelum itu. Walaupun calon Keadilan kalah (kepada undi tipu dan
undi hantu juga - penterjemah), dia berjaya melunturkan undi majoriti
Barisan Nasional yang sudah lama bertapak kuat di kawasan itu selama
dua setengah dekad yang lalu. Yang lebih memeranjatkan koalisi pemerintahan Mahathir, calon Keadilan
telah memperolehi lebih banyak undi pos daripada calon Barisan
Nasional. Ini merupakan satu fenomena baru dalam sejarah pemilu
sejak 1955. Itulah tahunnya pemilu mula-mula dilaksanakan di Malaya,
dua tahun sebelum negara mencapai kemerdekaannya. Undi-undi pos itu
datangnya daripada ahli angkatan tentera.
Dengan lain perkataan, keresahan rakyat terhadap Mahathir dan
pemerintahannya, terutama sekali disebabkan 'Anwar Saga' semakin membuak
walaupun pemerintahannya, dan media yang taat setia menggila
terhadapnya, berkelentong dengan segala propaganda untuk menjinakkan
mereka. Semua ini menjadi beban tambahan kepada UMNO yang belum pun pulih
daripada masalah kehilangan sokongan orang Melayu sejak pemilu
November 1999 dulu, kepada PAS dan Keadilan.
Dari segi kewibawaan politik dan sokongannya, nampaknya pendarahan
mula menjelma, apatah lagi dengan meluasnya barah politik wang yang
membaham tulang dan sumsum kepartian, di sebalik segala lakonan setiap
ahli UMNO yang berlagak persis malaikat jelmaan yang bersih lagi
bersih dan putih lagi putih itu. Untuk memahami sepenuhnya keseluruhan penyakit yang menghinggapi
UMNO, sesaorang hanya perlu memikirkan gelagat desperado yang
ditunjukkan oleh Mahathir dalam menaja perundingan perpaduan Melayu
dengan PAS. Fikirkan juga keadaan yang menghantui Pergerakan Pemuda UMNO, di mana
pemimpinnya lari lintang pukang daripada meneruskan agenda berdebat
secara terbuka setelah dicabar oleh saingannya di dalam PAS. Bagaimana
pula kisahnya dengan ledakan yang dilontar kepada setiausaha agong
Khalil Yaakob oleh wakil rakyat DUN Beserah Fauzi Abdul Rahman.
UMNO pusat tidak akan dapat bertahan, apabila yang terbaik itu
kekurangan iltizam dan yang terkutuk bergelumang dengan kerakusan.
Inilah sebuah parti di mana seorang manusia yang tamak haloba dianggap
lebih penting dan mulia berbanding 99 orang lain yang mungkin masih
mempunyai prinsip dan ketaqwaan pada diri mereka
Bukan sahaja orang Melayu yang kerap dileter oleh Mahathir kerana
tidak bersyukur, seolah-olah Malaysia dan segala kekayaannya adalah
khazanah warisan bapaknya yang diagih-agihkannya. Malahan juga orang
Cina sejak kebelakangan ini menjadi tersentuh perasaan disebabkan
tuduhan melulu diktator tua itu.
Dengan segala latarbelakang inilah kita mampu memahami kenapa
penangkapan minggu yang lalu menggunakan ISA sebagai peluru berpandu.
Keadaan semakin perit disebabkan ekonomi merudum yang semakin
menekan, kemarahan rakyat terhadap cara saham MAS diskandalkan dan
bertambahnya keresahan para pekerja disebabkan cara dana KWSP (EPF:
Employees Provident Fund) dihamburkan untuk menyelamatkan syarikat
swasta yang merengkok dihenyak pasaran. Semua ini menghantui kuasa
yang memerintah secara amat tertekan. Kisah kekalahan kerajaan Kuomintang yang kehilangan kuasa di Taiwan
selepas memerintah lebih 50 tahun, kecundangnya PRI di Mexico selepas
berkuasa selama 71 tahun, kisah pelarian Fujimori yang hampir
terbungkus di Peru dan melarikan diri ke Jepun, pengaiban 'kawan-lamo'
Robert Mugabe di Zimbabwe, kejatuhan Milosevic dengan penuh keaiban,
sudah tentu tidak menjadi punca ceria dan hiburan kepada beberapa
pemimpin di Malaysia. Apabila ISA digunakan untuk menekan mereka yang membantah, yang menjadi
mangsa pertama ialah 'kebenaran'. Pembohongan yang pertama keluar
daripada mulut Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang
mengatakan penangkapan di bawah ISA adalah semata-mata satu tindakan
polis yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan.
Kalaulah mereka percaya degnan pembohongan ini, tentulah mereka tidak
serius dalam perkara ini semuanya. Seandainya kerajaan tidak ada
kena mengena dengan penangkapan itu, kenapakah perdana menteri dan
timbalannya bercakap tanpa henti akan perkara itu untuk memberikan
sokongan kepadanya? Kalaulah penangkapan di bawah ISA dilaksanakan untuk menyekat
tercetusnya huru-hara seperti yang disebut oleh Mahathir, Abdullah dan
Ketua Polis Negara (KPN:IGP), tentu kita terfikir juga kenapakah
tindakan yang sama tidak digunakan terhadap pasukan polis yang sejak
tahun kebelakangann ini telah menjadi begitu buas dan ganas
terhadap rakyat marhaen sehingga begitu galak dan bersikap
gatal-tangan menarik picu senjata terhadap orang yang disyakki melakukan
jenayah. Kenapakah himpunan rakyat marhaen tidak boleh berjalan dengan aman
damai sehingga polis masuk campur dengan menggunakan agen tukang
kecoh untuk mengganggunya? Berapa banyak negara di dunia ini yang
masih mengharamkan himpunan rakyat secara aman dan perbarisannya?
Orang Palestin melakukan himpunan rakyat itu sehingga mereka ditembak
dan digugat oleh orang Israel. Jiran negara Asean kita, Filipina,
membenarkan perhimpunan aman rakyatnya tanpa sebarang huru-hara,
kerana pihak polis yang tidak boleh dimanipulasi oleh kuasa politik.
Apakah salahnya ribuan rakyat Malaysia berkumpul untuk menghantar
satu memorandum kepada Suhakam?
Adalah satu ironi yang zalim kalau usaha menyerahkan memorandum kepada
Suhakam boleh berkesudahan dengan penangkapan di bawah ISA. Apa lagi
selepas ini? Penangkapan dengan undang-undang ISA adalah satu
tamparan hebat kepada Suhakam, menjatuhkan martabatnya dan
merosakkan kewibawannya yang sebenar. Semua ahli Suhakam yang punya
maruah diri sepatutnya meletakkan jawatan mereka sebagai satu tanda
protes terhadap Mahathir. Kalau mereka yang ditahan itu tidak diberikan hak asasi mereka untuk
dihadapkan ke mahkamah terbuka untuk diadili, menunjukkan bahawa
ISA adalah satu senjata berbisa yang amat berguna kepada pemerintah
yang zalim dan penakut. Usahlah terkejut kalau kita mendengar tidak
berapa hari lagi ada di kalangan orang yang ditahan itu membuat
'pengakuan' betapa merka telah melakukan jenayah yang sungguh serius
terhadap keselamatan negara dan blah, blah, blah, blah adanya.
-Fan Yew Teng- Rencana Asal: http://www.malaysiakini.com/News/2001/04/2001041606.php3#
Monday April 16 ISA a handy tool when under siege ISA a handy tool when under siege
Fan Yew Teng 1:56pm, Mon: The surprise is not that the Mahathir government
has once again employed the Internal Security Act (ISA) -
which is allows for detention with trial indefinitely - against its
opponents and critics, this time mainly from Keadilan, the
political party headed by Dr Wan Azizah Wan Ismail, wife of
the imprisoned former deputy prime minister Anwar Ibrahim.
In Malaysia, over the past 40 years, opposition politicians,
social critics and dissidents have always faced the Sword of
Damocles in the form of the obnoxious ISA hanging over their
heads. The question is: why now, and why on these individuals
closely related to Anwar and the 'Free Anwar Campaign'?
The last big crackdown on opposition leaders, critics and
dissidents by the Mahathir government using the ISA was in
October 1987, in an operation called 'Operasi Lalang'.
In that exercise, more than a hundred opposition leaders,
social activists and others were detained, and many were
subsequently held without trial for two or more years.
At the time, Umno, the dominant party in the Barisan Nasional
(BN) coalition government, was seriously split by the rivalry
between Mahathir and Tengku Razaleigh Hamzah, his former
finance minister. Mahathir's fiercest critics then included Tunku Abdul Rahman
Al-Haj and Hussein Onn, the country's first and third prime
ministers respectively. Umno's corporate links were also exposed and challenged in
the courts then. Mahathir was a man besieged. 'Operasi
Lalang' was Mahathir's way of getting a breather and a
diversion from the problems which surrounded him and Umno.
Still haemorrhaging A crackdown on some of the leading lights of Keadilan must
have been on Mahathir's cards since the November 1999
general elections. Keadilan, although only about seven
months old, did fairly well by winning a few parliamentary and
state assembly seats whereas many of their candidates lost by
a very narrow margin. More significantly, in the Lunas state assembly by-election in
the state of Kedah late last year, Keadilan won by a narrow
but convincing margin and that this took place in Mahathir's
home state must have aggravated him and compounded
Umno's worries. Equally, if not more significant, is the parliamentary
by-election in the state of Negeri Sembilan some months
earlier. Although the Keadilan candidate lost, he however
succeeded in reducing Barisan Nasional's (BN) majority in
this coalition's traditional stronghold for the past two and a
half decades. More shockingly for Mahathir's ruling coalition, the Keadilan
candidate obtained more of the postal votes than the Barisan
Nasional candidate - probably the first time something like that
has happened in the history of elections in this country since
1955, when the first parliamentary elections were held in the
then Malaya, two years before the country's formal
independence. These postal votes were from members of the
armed forces. In other words, public disenchantment with Mahathir and his
government, particularly over the Anwar saga, has been
growing despite the authorities, and their obedient media,
spinning otherwise about it. Added to this, is the fact that Umno hasn't actually recovered
political ground lost in the November 1999 general elections
to PAS and Keadilan. In terms of political credibility and support, it appears to be
haemorrhaging still, not to mention the cancer of money
politics which is eating into its bones and marrows, even as
every Umno man and woman pays the usual lip-service to the
virtue of being clean. Fun and entertainment To completely understand the full extent of the malaise in
Umno, all one has to do is consider the desperation shown by
Mahathir in the proposed Malay unity talks with PAS.
Consider also the sorry state of the Umno Youth, whose leader
ran away from an open debate challenge from his counterpart
in PAS. And what about the recent bombshell thrown at Umno
secretary-general Khalil Yaakob by Beserah state assembly
representative Fauzi Abdul Rahman. With apologies to Yeats, Umno's centre may not hold, when
the best lack conviction and the worst is full of ignorant
passion, in a party where one person with greedy interest is
far more important than 99 with some conscience and
principles left. It is not just the Malays whom Mahathir is berating for being
'ungrateful' as though Malaysia and her wealth are his own
personal property to give, also the Chinese who in recent
months have been angered by Mahathir's ill-tempered
accusations. It is against this background that we could perhaps better
understand the ISA arrests last week. Given also the economic
slowdown, the growing public anger over the MAS shares
scandal and increasing workers' unease over the use of the
Employees Provident Fund (EPF)) to help private companies
on the slumping market, the worries among the powers that be
are real enough. The recent sights of the Kuomintang losing power in Taiwan
after more than 50 years, of the PRI losing power in Mexico
after 71 years, the disgraceful flight from power by Fujimori
from Peru to Japan, the electoral humiliation of Robert Mugabe
in Zimbabwe, and the fall of Milosevic, cannot be fun and
entertainment for uneasy heads in Malaysia.
Terrible, terrible crimes Whenever ISA is employed to repress dissent, the first
casualty is invariably the truth. The first lie came from Deputy
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi that the ISA arrests
were purely and solely a police action and had nothing do
with the government. Unless they believe their own lies, they cannot be serious
about this. If the government had nothing to do with the
arrests, why are the prime minister and the his deputy talking
so much to justify them? If the ISA arrests were carried out to prevent an outbreak of
violence, as claimed by Mahathir, Abdullah and the
Inspector-General of Police (IGP), one wonders why it hasn't
been used against the police force itself which has become in
recent years, violent against ordinary citizens and
trigger-happy against criminal suspects.
Why shouldn't a public demonstration stay peaceful and
civilised, unless it is harassed by the police and disrupted by
agents provocateur? How many countries in the world today
still ban peaceful demonstration and processions? The
Palestinians were doing it, until they were shot at by the
Israelis. Our Asean neighbours, the Philippines, do it
massively without violence, thanks to a police force which is
not politicised What is wrong with thousands of Malaysian presenting a
memorandum to our Human Rights Commission (Suhakam)?
It is a cruel irony that just wanting to present a memorandum to
Suhakam can end up with ISA arrests - what next? The ISA
arrests are a big insult to Suhakam, undermining completely its
credibility and its very raison d'etre. Self-respecting Suhakam
members should tell Mahathir this by resigning in protest.
Without giving those arrested the fundamental human right of a
trial in an open court of law, the ISA is a most convenient
weapon of tyrants and cowards. Do not be surprised when we
next hear that some of the detainees have 'confessed' to
their 'terrible, terrible crimes against national security, blah,
blah, blah, blah, blah ...' FAN YEW TENG is a former member of Parliament and former
consultant to the United Nations. An author and lecturer, he is
retired from active politics and is currently nearing completion
of another book. |