Laman Webantu KM2A1: 4236 File Size: 5.1 Kb * |
TJ KTK 1: Kami Tahu Kenapa Kami Menyokong Reformasi By Bekas Pegawai Tentera 17/4/2001 5:59 pm Tue |
KTK 0101 [Adalah sukar untuk reformasi itu berjaya jika rakyat
tidak dididik sebaik-baiknya. Di Iran Khomeini menerbangkan
tulisan emasnya selama 25 tahun untuk mendidik rakyat Iran
sebelum dapat pulang di dalam kemenangan. Beliau tidak
perlu berada di Iran untuk memanggil orang kerana tulisannya
sudah cukup berkesan untuk memanggil jutaan dan ribuan - termasuk
yang cacat pandangan atau pendengaran.
Untuk itu, pihak kami akan melepaskan beberapa terjemahan
kencana hasil usaha gabungan beberapa penterjemah sukarela
tanah-air untuk membuka minda seluas-luasnya. Bila itu berlaku
akan terserlahlah segala perilaku jijik pemimpin negara yang
bersembunyi disebalik cogankata dan keikhlasan kata.
Rencana di bawah ini menunjukkan sikap polislah yang mempengaruhi
pemikiran tentera - bukannya reformis berkempen memanggil mereka.
Sebab itulah kelembutan kita di dalam sebarang perhimpunan akan
menghancurkan kekerasan kerana disitulah mata akan memandang.
Di sini, mata bekas tentera sudahpun terpandang dan beliau begitu
tergamam. Kami Tahu Kenapa Kami Menyokong Reformasi
Saya merasa terkejut, hampa dan kecewa apabila Ketua Polis Negara
membuat satu kenyataan di media betapa kumpulan reformasi telah
mempengaruhi beberapa bekas angkatan tentera untuk mengikuti perjuangan
mereka. Sebagai seorang bekas pegawai tentera, saya berani berkata bahawa
semua bekas anggota angkatan tentera bukannya golongan yang tolol. Kami
tahu siapa betul dan siapakah yang bersalah, apa yang betul dan apa
yang salah, dan bagaimana cara PDRM menjalankan tugasnya, terutama
sekali bahagian khas (SB). Kumpulan reformasi tidak perlu
mempengaruhi bekas anggota pasukan tentera kerana sebahagian majoriti
kami sedar apakah tindakan kami dan apakah penyebabnya. Tindakan
zalim PDRM terhadap rakyat menyerlahkan segala-galanya.
Orang-orang yang mendahului KPN telah membawa aib, menjatuhkan
martabat dan wibawa kepada seluruh angkataan polis dan malangnya
beliau pun telah terjebak untuk mengikuti jejak langkah mereka.
Kenapakah tidak ada sebarang tindakan disiplin dilaksanakan terhadap
para pegawai polis yang terlibat dengan penderaan bekas timbalan
perdana menteri Anwar Ibrahim sehinggakan lebam matanya? Sebaliknya
kebanyakan mereka dinaikkan pangkat dan inilah caranya polis
menjalankan tugasnya. Perdana menteri mempunyai banyak fail yang bertimbun tingginya
mengandungi segala kejijikan pegawai atasan polis. Itu sebabnya
mereka bertandak mengikut irama pukulan gendangnya yang diikatkan
secara kiasannya kepada telur mereka. -Bekas Pegawai Tentera- Terjemahan KTK10. Rencana Asal: Monday April 16 We know why we are in reformasi
- Ex-Military Officer 3:45pm, Mon: I am deeply shocked, disappointed and disgusted at the
Inspector General of Police's statement in the media that the reformist group
had influenced a number of former security forces personnel to join their
movement. As a former military officer, I dare to say that the former security forces
personnel are no fools. We know who is right, who is wrong, what is right
and what is wrong, and how the Royal Police Force (PDRM) works,
especially the Special Branch (secret police). The reformist group need not
influence the former security forces personnel as the majority of us strongly
believe in our action and cause. PDRM?s brutal action on the rakyat
speaks for itself. The IGP?s predecessors have brought shame, disrespect and disgrace to
the entire police force and regrettably he appears to have joined them, too.
Why wasn't any disciplinary action taken against the police officers
involved in jailed ex-deputy premier Anwar Ibrahim's black eye incident?
Instead, most of them were promoted and this is how the police force work.
The prime minister has files of wrongdoings by senior police officers and
that is they are dancing to his tune, held as they are by their balls,
figuratively speaking. PDRM has gone blind, due to corruption and abuse of powers, and no
longer acts professionally. Look at the senior police officers living beyond
their means - ask any ex-security personnel and they will vouch for it. It
saddens me that PDRM is being made a laughing stock.
|