Laman Webantu   KM2A1: 4238 File Size: 4.8 Kb *



SOH34- KETAM SURUH ANAK JALAN BETUL
By La Domeng3

17/4/2001 10:38 pm Tue


SOH34 - KSAJB

KETAM SURUH ANAK JALAN BETUL

BH - 17 April, 2001 melapurkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan akan melaporkan terus kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas ahli parti yang terbukti menggunakan wang dalam kempen pemilihan peringkat bahagian. Disamping itu Mahathir pula berkata, "Kita akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada BPR. Kita berpendapat mereka yang terbabit dengan politik wang sebenarnya mengkhianati perjuangan parti dan tindakan yang keras harus diambil terhadap mereka."

Inilah yang dikatakan seperti ketam menyuruh anaknya supaya berjalan betul, tetapi dia sendiri (Mahathir) berjalan senget-benget. Lawak sungguh Mahathir. Dia suruh orang buat baik tetapi dia sendiri buat perkara-perkara buruk dan jahat. Lain di mulut lain di hati.

Tindakan Mahathir mengeluarkan kenyataan ini hanyalah untuk menggertak geng Pak Lah setelah dilihat beberapa orangnya tumbang begitu mudah sekali. Pak Lah tentu tersenyum simpul lagi. Perangkapnya untuk menggulingkan Mahathir hampir menjadi kali ini. Mahathir sudah jadi pendatang asing dalam UMNO kini. Cakapnya sudah tidak lagi dihargai dan dipercayai.

Mahathir paling takut jika ada usul tidak percaya daripada para perwakilan nanti. Habislah peluangnya kali ini. Daimpun telah lama merajuk hati dan menjauh diri. Semasa pembentangan OPP3 dulupun Daim tidak menghadirkan diri. Alahai dulu berkawan rapat kini sudah berkelahi?

Mereka yang terlibat dengan politik wang dalam kempen pemilihan disifatkan sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti. Bagaimana pula halnya dengan mereka yang terlibat dalam politik wang dalam kerajaan? Adakah mereka inipun boleh dikira sebagai pengkhianat? Jika boleh kenapa mereka yang jelas terlibat seperti Rafidah tidak diambil tindakan? Kenapa banyak kes rasuah sebelum ini didiamkan sahaja?

Kenyataan Mahathir untuk memberi kerjasama penuh kepada BPR boleh disifatkan sebagai kenyataan palsu dan mengelirukan ramai orang. Kenapa baru sekarang hendak beri kerjasama? Kenapa dulu tidak? Kenapa sebagai PM beliau tidak mahu mengambil tindakan yang sama kepada menteri-menterinya yang terlibat seperti Khalil Yaakub dan lain-lain? Kenapa? Takut diri sendiri tergugat dan diseret sama?

Lihatlah betapa teruknya perangai pemimpin utama negara. Orang lain banyak salah dan silapnya. Dia berlagak seperti Maharaja. Semua orang hendak diperkudakannya tetapi tidak sedar diri sudah jadi kuda tua yang sudah terperangkap dengan jerat halus Daim dan kroni-kroninya. Hendak melepaskan diri sudah tidak berupaya. Sama-malah kita berusaha supaya tidak terperangkap sama.

Inilah contoh dan teladan. Kepada semua pesanan disampaikan. Orang macam Mahathir jangan dilupakan segala kemusnahan dan penyelewengan yang telah dilakukan, Jadikan ia sempadan supaya generasi masa depan tidak lagi jadi sasaran manusia berhati syaitan.


PERTEMUAN UMNO-PAS

Rupa-rupanya Mahathir sikit punya harap pertemuan itu diadakan. Merintih mendayu-dayu bagai pungguk rindukan bulan. Maklumlah apalah lagi jalan untuk menaikkan semula nama yang dia sendiri telah najiskan. Pertemuan diharapkan tetapi kata-kata serangan terus juga dihamburkan. Pengalaman lalu jadi pedoman. Yang pasti PAS tidak akan di Barisan Nasionalkan.

Muslihat Mahathir jangan dilupa. Orang ini bukan kira apa. Asalkan kehendak hatinya terlaksana, makan daging kawan sendiripun dia sanggup punya. Hati-hatilah jangan terleka. Mahathir sentiasa mencari jalan dan otak sewelnya tetap merencana.

PAK LAH DAN PUTERI UMNO

Berkatalah Pak Lah Badawi. Erra Fazira diharapkan dapat menarik lebih ramai penyanyi menjadi ahli. Disamping itu dia juga harap Puteri UMNO akan meningkatkan syiar Islam ke tahap yang lebih tinggi. Lawak juga anak Badawi ini. Keluar kenyataan ikut suka hati. Malang sungguh jadi anak tok guru. Kuah tidak tumpah ke nasi. Bercakap lepas macam tak mengaji. Bolehkah kita harap orang macam ini untuk memimpin anak-anak kita nanti?

Pak Lah bercita-cita tinggi untuk jadi Perdana Menteri bila Mahathir mati. Sebab Mahathir sudah kata dia akan kerja sampai mati. Oleh sebab itu Pak Lah dengan Daim buat janji untuk gulingkan Mahathir kali ini. Hendak buat seorang Pak Lah hanya ada gigi dengan gusi. Dalam masa yang sama Daim pun tengah cari kuda sihat dan boleh berlari kesana kemari.

Kuda tua yang ada menyusahkan selalu. Lain yang dia kata lain yang dia mahu. Dengan Mahathir, Daim sudah tidak sebulu. Macam-macam yang dia mahu buat habuan anak dan menantu. Dia ingat negara ini bapak dia yang bangunkan dulu. Batu gunungpun kalau dikisar lama-lama boleh jadi debu.


LA DOMENG - Sedang meneliti kuda baru Daim yang sedang lincah menari.