Laman Webantu KM2A1: 4244 File Size: 2.7 Kb * |
Badawi Akan Menang? Pascoe turut Berperang? By Pemikir 18/4/2001 6:05 pm Wed |
[Rencana ini agak pendek tetapi amat serius. Malangnya kita
kekurangan fakta yang jelas untuk mengupas peranan Pascoe.
Tetapi peranan Amerika memang jelas dalam tindak-tanduk Mahathir.
Pascoe adalah diplomat karier yang pernah berkhidmat di Moscow.
Keluarga Pascoe memang terlibat dalam Perang Dunia Kedua tetapi
tidak diketahui apakah ia keluarga yang sama. Tetapi penglibatan
Pascoe di Malaysia sekarang agak kesamaran kerana beliau seorang
yang pakar bermain dalam kegelapan - kariernya di Moscow itu
bolehlah dijadikan ukuran apakah beliau seorang yang mengancam.
Apakah yang berlaku di negara bekas milik Moscow dulu bila
Pascoe menjadi diplomat. Editor tidak perlu memberi jawapan
kerana pembaca sudah mengetahuinya.....
Amerika memang menafikan ia campur tangan dalam secara langsung
dalam hal-ehwal politik Malaysia. Ia tidak perlu campur kerana
ia sudahpun bercampur dari dalam secara tidak langsung kerana
Mahathir itulah Amerika yang sebenarnya di sini.
Tidak ada PM Malaysia yang sanggup mengundang Israel tetapi
Mahathir bukan sahaja mengundang rakyat Israel - malah menemui
pemimpin Israel secara berdepan di Perancis tetapi tidak dilapurkan
oleh media tempatan. Beliau juga menemui peniaga Amerika dan Yahudi
di Amerika selepas mengutuk Soros - mungkin kerana ingin menjelaskan
tujuan sebenar ida mengata. Amerika atau tidaknya Mahathir boleh dibaca dengan melihat bagaimana
mudahnya Bush mendapat restunya melalui panggilan telifon sahaja
untuk menyerang Iraq. Lagipun semua orang tahu Mahathir memang kamceng
dengan Kissinger. Soalnya - bolehkah Dollah Badawi menang? Editor berpendapat terlalu
sukar tetapi ada kemungkinan jika Anwar kembali sihat dan semakin
mengancam. Bila ini berlaku Umno sudah tiada pilihan melainkan
terpaksa menghumbankan Mahathir - mungkin dengan memalsukan kematian.
- Editor] Pertarungan Mahathir-Abdullah Badawi? Bolehkah Abdullah menang ! Mungkin
juga Abdullah akan menang. Mahathir berkawan rapat dengan Suharto/GOLKAR. Abdullah telah menjalin
hubungan dengan Megawati/PDI-Perjuangan.
Apakah peranan B. Lynn Pascoe di belakang tabir Mahathir dan di belakang
tabir Abdullah ? Nama Pascoe adalah satu keluarga Yahudi yang berhijrah
dari Czekoslavakia ke Eropah Barat dan Amerika Syarikat sewaktu perang
dunia ke-2. Apakah perananya sebagai duta ke Malaysia ?
-Pemikir- |