Laman Webantu KM2A1: 4246 File Size: 29.5 Kb * |
TJ KTK 2: fM: Ahmad Sebi : Si Lidah Beracun By freeMalaysia 18/4/2001 7:47 pm Wed |
KTK 0201 [Ahmad Sebi adalah seorang kroni yang asyik
timbul tenggelam tetapi sesekali agak mengancam
juga perananya. Dia kelihatan kuat menyengat diluar
tetapi amat lemah di dalam jika tertekan. Kelemahan
beliau ini telah dipergunakan sebaik-baiknya oleh
tuannya untuk menggempur musuh secara halus dan
diam tanpa dikesan. Beliau tidak ditonjolkan terlalu
kedepan kerana kelemahannya terlalu bahaya dan boleh
memudaratkan semua tuan-tuannya. Keistimewaan Ahmad Sebi yang paling berguna buat
tuan-tuannya adalah lidahnya. Ia terlalu beracun dan
berbisa sehingga ramai tidak berani menghadapinya.
Ia menjelma dalam surat layang, buku dan rencana
yang tersiar di kaca tv untuk melakukan silap-mata.
Akhirnya ramai terpedaya dan menjadi pak turut orang
yang paling berkuasa di Malaysia. Diharap terjemahan
ini akan menumpulkan semua sengat dan bisanya - dan
diharapkan juga agar semua pejuang reformasi berwaspada
sentiasa kerana dia kerap muncul tiba-tiba.
- Editor ] http://www.freemalaysia.com/rogues/ahmad_sebi.htm
freeMalaysia (FM: Ahmad Sebi : The Poison Tongue) Selama beberapa tahun FreeMalaysia (singkatan FM) telah
mendengar berbagai cerita tentang Datuk Ahmad Sebi Abu
Bakar. Kebanyakannya berkisar tentang kebolehannya
menyebabkan kesengsaraan hidup mereka yang difikirkan
telah belot terhadapnya. Sehinggakan teman-teman dan
rakan-rakan sejawatnya mengakui bahawa mereka sendiri
gerun memikirkan akan kesan buruk yang mungkin
ditimbulkannya jika berlaku sesuatu yang tidak
diingini pada hubungan dan urusan perniagaan sesama
mereka. Beliau tidaklah mengancam secara fizikal - tidak buat
seorang yang bertubuh kecil dan sihat sepertinya. FM
tidak pernah pula terdengar tentang sebarang bentuk
penganiyaan fizikal yang berlaku ke atas mana-mana
musuh Ahmad Sebi. Namun kaedah balas dendam dan
serangan peribadinya adalah dengan menjejaskan nama
baik seseorang itu secara tidak langsung, gossip,
menyebarkan surat-surat layang dan membiayai
penerbitan buku-buku dan artikel-artikel yang
tertentu. Di sinilah gunanya jawatan Presiden
Persatuan Penulis Kebangsaan Malaysia yang
disandangnya : sekumpulan penulis-penulis yang
kelaparan untuk diupah. Beliau juga tidak akan teragak-agak untuk bertindak
kejam dengan mempengaruhi pihak-pihak tertentu bagi
menjatuhkan mereka yang dianggap seterunya. Ternyata
langkah sedemikian melemahkan sesiapa juga yang
menjadi sasaran Ahmad Sebi. Namun yang lebih terancam
lagi adalah golongan politikus Malaysia dan ahli-ahli
korporat yang sudi mendengar apa sahaja yang
diperkatakan olehnya. Lebih menakutkan lagi adalah
apabila mereka turut bertindak mengikut rentaknya. FM,
tentunya, merujuk ini kepada Perdana Menteri Dr.
Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan untuk kali keduanya
Tun Daim Zainudin dan kroni-kroni terulung mereka.
Jadi siapakah di Malaysia ini yang tidak boleh
diperbodohkan oleh Ahmad Sebi dan kebolehannya untuk
mengunjurkan kemarahan Dr. M, Daim serta kroni-kroni
mereka? Ada sesiapa yang berani menghadapi
kemarahannya? Tidak dinafikan kebolehan kejamnya itu sering
dilanggani oleh Dr. M dan kelompok rapatnya. Ahmad
Sebi adalah umpama Rasputin di dalam mahkamah
Mahathir, lidah beracun untuk perancangan rahsia
politik Dr. M. Dan untuk tugas ini, beliau telahpun
berkali-kali dihadiahkan dengan urusniaga-urusniaga
korporat yang amat manis sekali. Kesemua ini telah berjaya mengangkat Ahmad Sebi dari
seorang bekas wartawan upahan dan pakar propaganda
kepada ahli korporat kroni, biarpun mempunyai peranan
yang kecil sahaja. Regu korporatnya akan menyediakan
kemudahan untuk membiayai kempen memerangi musuh-musuh
politik Dr. M - bekas TPM Anwar Ibrahim antaranya -
apabila beliau sendiri tidak mempunyai sebarang
perancangan jahat terhadap lawannya sendiri.
Mungkin atas dasar inilah yang menyebabkan FM masih
mempercayai bahawa penangkapan Ahmad Sebi serta
penahananya selama 2 minggu di bawah ISA pada tahun
1987 sungguh mengelirukan ditambah pula dengan
pandangan umum terhadapnya sebagai orang dalam yang
amat berpengaruh dan tidak boleh disentuh. Mungkin
itulah kenyataannya sekarang. Tetapi tidak pada masa
itu. Namun demikian, Ahmad Sebi yang berusia 40 tahun pada
masa itu adalah Pengarah Urusan TV3 yang merupakan
satu-satunya stesen TV bukan milik kerajaan dan
satu-satunya pesaing kepada sumber pendapatan dari
pengiklanan TV yang sebelum itu hanya dipelopori oleh
RTM. UMNO milik Dr. M mengawal dan memiliki sebahagian
besar saham TV3. Di sini, bagi kebanyakan rakyat
Malaysia yang peka politik percaya, sepatutnya dengan
kedudukan itu sudah tentulah Ahmad Sebi tidak akan
tergugat dengan gangguan polis Malaysia yang korup,
keterlaluan dan kadangkala tidak terkawal itu.
Ternyata Ahmad Sebi sendiri tersalah anggap dan
terkecewa. Ahmad Sebi telah ditahan oleh unit polis cawangan khas
(SB). Setakat itu sahaja yang diketahui umum. Tetapi
apa yang terjadi selepas itu masih kabur sehingga ke
hari ini. Sudah tentu Ahmad Sebi lebih suka perkara
itu dibiarkan berlalu begitu sahaja, demi untuk
menyembunyikan imej kejam dan perkaitan rapatnya
sebelum itu. Namun perkhabaran pada masa itu menyebut bahawa Ahmad
Sebi telah bergegas ke lapangan terbang sebaik sahaja
mendapat maklumat yang dirinya adalah di antara 106
orang yang akan ditangkap oleh pihak SB di dalam
Operasi Lalang. Dan beliau ternyata telah bersedia
untuk tinggal lama di luar negara apabila apa yang
ditemui disisi beliau semasa ditahan adalah wang
berjuta-juta banyaknya di dalam nilai ringgit dan
lain-lain matawang asing. Adalah tidak jelas mengapa Ahmad Sebi pula yang
menjadi sasaran. Ada sebahagian yang berkeyakinan
bahawa Dr. M dan SB memerlukan seseorang yang berkait
rapat dengan UMNO untuk dijatuhkan agar tindakan
mereka tidak dituduh berat sebelah dengan penahanan
pihak-pihak tertentu seperti anggota-anggota parti
pembangkang, pengkritik sosial, aktivis-aktivis dan
sukarelawan-sukarelawan NGO. Sudah tentulah penahanan
beliau tidak dapat melenyapkan terus tanggapan ramai
tentang kecenderungan penangkapan kumpulan-kumpulan
tertentu di dalam Operasi Lalang itu. Apatah lagi
untuk mempercayai bahawa tindakan kerajaan itu adalah
untuk membenteras kegiatan pelampau agama dan
rancangan menggulingkan kerajaan oleh golongan
berfahaman MARXIST. FM, walau bagaimanapun, merasakan terdapat sesuatu
yang lebih dalam lagi. Para pembaca tentu tentu masih
ingat akan beberapa hari menjelangnya penangkapan
beramai-ramai di dalam Operasi Lalang itu. Parti-parti
komponen utama BN - UMNO dan MCA - telah bertungkus
lumus menonjolkan sifat-sifat perkauman yang ketara
dari segi politik, ekonomi dan sosial. Bagi MCA,
Timbalan Presiden Lee Kim Sai sendiri yang telah
menyemarakkan semangat perkauman orang-orang Cina. Di
pihak UMNO, Ketua Pemudanya Mohd Najib Abd. Razak pula
yang membakar semangat orang-orang Melayu untuk
menolak kaum Cina. Ya, mengenengahkan tuntutan yang
berbau perkauman dan kemudian menggalakkan tindakan
seterusnya, itulah permainan lama yang diulang-ulang
oleh Barisan. Pada masa itu, secara kebetulan Lee dan
Najib sering menjadi perhatian umum. Walau bagaimanapun, yang tidak menonjol adalah
tugas-tugas propaganda di belakang tabir oleh Ahmad
Sebi - tugas yang beliau telah sedia mahir - untuk
menaikkan sentimen kemarahan orang-orang Melayu
terhadap orang-orang Cina. Sebelum menjadi Pengarah
Urusan TV3, beliau telah sebati bekerja di New Straits
Time, bermula sebagai pelatih wartawan dan akhirnya
menjadi Pengarang Malay Mail dan Sunday mail. Beliau
juga telah berkhidmat di dalam Kumpulan Pengarang
berita berbahasa melayu bagi Berita Harian.
Dr. M, Daim dan lain-lainnya mungkin telah berusaha
untuk menyelamatkan Ahmad Sebi dari termasuk ke dalam
cengkaman SB. Atau mungkin usaha mereka lebih tertumpu
untuk menyelamatkan ikan-ikan yang lebih besar dan
mencapai matlamat yang lebih penting di dalam
percaturan politik dengan memilih penahanan
kumpulan-kumpulan tertentu melalui Operasi Lalang
tersebut. Biar apa pun, Ahmad Sebi telah benar-benar
ditangkap dan hari-hari awal penangkapannya itu
bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang.
SB, sebahagian dari bekas-bekas pegawainya memberitahu
kami, kurang senang dengan sikap buruk dan sombong
Ahmad Sebi sebaik sahaja beliau ditahan. Kesan dari
sikapnya itu telah mendorong mereka untuk
menyoalsiasat dengan lebih ketat lagi berhubung dengan
peranannya sebagai pencetus api perkauman.
Ahmad Sebi dikatakan telah mengugut pegawai-pegawai SB
dengan mengatakan bahawa sekiranya Dr. M dan Daim
mendapat tahu tentang penahanannya itu, kerja mereka
akan terancam; mereka akan dipecat; lebih baik mereka
melepaskannya atau mereka akan ditukarkan ke Perlis;
dan lain-lain lagi yang bernada serupa. Tetapi tanpa
pengetahuannya, Dr. M sendiri sedia maklum akan
penangkapan tersebut dan tidak ambil pusing langsung
tentang hal itu. Mungkin Mahathir sendiri berminat
untuk mengetahui apa yang akan dapat dikorek oleh
pihak SB. Ahmad Sebi sendiri menyedari hakikat itu tidak lama
selepas itu. Lantas beliau telah menangis
semahu-mahunya. Ada di antara pegawai yang memberitahu
bahawa pengakuan yang didapati darinya adalah yang
paling mudah dan singkat pernah mereka saksikan, di
mana beliau telah menangis seperti seorang bayi,
bercakap yang bukan-bukan dan mengesahkan segala yang
ingin diketahui oleh SB tentang propaganda di dalam
negeri, gossip dan rangkaian surat-surat layang.
Kemungkinan langkah beliau memberitahu mereka bahawa
apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk Dr.
M telah sedikit sebanyak membantu beliau. Ini dilihat
dari segi tempoh penahanan tahanan-tahanan lain yang
jauh lebih lama dari dirinya. Semua ini adalah kisah lama, tetapi menarik, yang
telah menjadi satu sejarah.. Mari kita lihat pula pada
kegemilangan kerjaya kedua Ahmad Sebi sebagai ahli
korporat (ternyata tidak banyak yang boleh dilihat
tetapi agak menarik untuk dicuba). Selepas peristiwa yang memalukan bersama SB dahulu dan
selepas dikenalpasti sebagai pemiutang terbesar dari
Cooperative Central Bank yang telah gagal itu,
bintangnya terus pudar di TV3 dan Kumpulan NST.
Namanya tiba-tiba tenggelam dan masa yang
dihabiskannya di luar negara dilanjutkan. Pada
penghujung tahun 80an, beliau akhirnya terkeluar dari
bidang penyiaran berita yang dikawal oleh UMNO. Namun
beliau tidak meninggalkan terus tugas-tugas
propagandanya, walaupun diakui garis pemisah kedua-dua
bidang tersebut amat nipis sekali. Sebenarnya pada awal tahun 1991, Ahmad Sebi telah
muncul sebagai tokoh korporat tulen buat pertama
kalinya, apabila syarikatnya (ataupun syarikat
rangkaian kroni Daim) yang dikenali sebagai Suasana
Dinamik Sdn. Bhd., memperolehi 20% pegangan saham di
dalam Batu Lintang Rubber Company Bhd. yang telahpun
disenaraikan, di mana pembelian itu telah dikawal oleh
beberapa ahli perniagaan kelahiran Sarawak dan Sabah
yang mempunyai perkaitan politik - Wee Boon Ping dan
Abdul Razak Harris, anak lelaki bekas Ketua Menteri
Sabah Harris Salleh. Wee dan Razak memperolehi Batu Lintang pada tahun 1985
dari Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK), telah bingkas menjual
aset-aset dari sektor perladangan kepada KLK semula
dan merancang untuk mengubah syarikat itu menjadi
pemaju hartanah yang utama. Tempoh perancangan itu,
walau bagaimanapun, tidak kena pada masanya apabila
Malaysia sendiri mengalami zaman kemelesetan
ekonominya yang pertama dan mengalami kejatuhan
pasaran hartanah. Namun menjelang awal 90an, pasaran hartanah mula
melonjak semula. Oleh itu apa yang Wee dan Razak
perlukan adalah mendapatkan rakan kongsi politik yang
paling tepat untuk mempengaruhi keputusan BSKL menarik
balik penggantungan saham syarikat Batu Lintang dan
kemudian meneruskan projek-projek pembangunan mereka.
Rancangan pembangunan mereka itu merangkumi hartanah
yang terletak di sepanjang Jalan Imbi di Kuala Lumpur
sehingga ke kawasan Karamunting di Kota Kinabalu. Di
sinilah khidmat Ahmad Sebi digunakan di dalam membantu
memastikan segala hal yang berkaitan dengan kelulusan
untuk penyusunan semula dicapai bagi mengukuhkan
syarikat tersebut. Tulisan tangan Daim boleh didapati
pada setiap tahap pengeluaran, yang kesudahannya
mengubah Batu Lintang kepada Advance Synergy Bhd., di
mana Ahmad Sebi telah dilantik sebagai Pengerusi
Eksekutifnya. Pada tahun 1994, Ahmad Sebi dan Advance Synergy telah
mara dengan hangatnya, mempergunakan sepenuhnya
rangkaian kroni untuk menarik kontrak sebanyak
mungkin. Tiada satupun yang memberansangkan, begitulah
nampaknya keupayaan pengurusan Ahmad Sebi. Sebaliknya
Advance Synergy mempamerkan struktur kewangan yang
lemah yang menjadi lambang syarikat kepunyaan Daim,
bersama-sama dengan cebisan-cebisan perniagaan yang
tidak membanggakan. Kebanyakan darinya hancur selepas
timbulnya krisis kewangan di Asia, sebahagiannya telah
terjejas lebih awal dari itu. Namun begitu pihak pengurusan Danaharta Nasional masih
mendapati Advance Synergy Furniture Sdn. Bhd., sebuah
syarikat yang tiada kesinambungan, berupaya untuk
menamakan beberapa pentadbir korporat tertentu bagi
menyelamatkan syarikat itu. Yang pertama sekali timbul adalah mengenai perolehan
saham-saham tertentu di dalam Bank Ban Hin Lee yang
berpengkalan di Pulau Pinang oleh sebuah syarikat yang
baru disenaraikan iaitu Merchant Group Bhd, yang suatu
waktu dahulu merupakan sebahagian dari Kumpulan Hong
Leong. Kemudian saham-saham diperolehi secara
kontroversi dan pertukaran saham yang mengelirukan
dari Advance Synergy dan Perdana Merchant Bankers Bhd.
Beberapa minggu selepas itu, Ahmad Sebi mengukuhkan
lagi hubungannya dengan rakan lamanya, Tan Sri Vincent
Tan Chee Yioun, juga seorang lagi teman lama Daim dan
Dr. M, dengan meningkatkan lagi pegangan sahamnya di
dalam salah sebuah syarikat Tan. Syarikat itu, Berjaya
South Island Bhd., segera bertukar nama kepada Prime
Utilities Bhd., dan seterusnya muncul sebagai pemegang
saham utama projek perkumbahan Kebangsaan, Indah Water
Konsortium Sdn. Bhd. Tidak lama kemudian, Advance Synergy milik Ahmad Sebi
mengetuai sekumpulan pelabur untuk mengambilalih dan
seterusnya membangunkan Kelang Multi Terminal Holding
Sdn. Bhd. untuk muncul sebagai terminal pelabuhan yang
terbesar di Malaysia. Ini dan projek perkumbahan itu
adalah di antara hadiah projek penswastaan yang
terbesar dianugerahkan oleh regim Dr. M. Sudah
semestinya salah satu kroni yang berhak mendapat
habuan sedemikian. Selepas itu empayar korporat Ahmad Sebi menjadi
semakin lemah, sekalipun beliau pernah memperkatakan
minat terhadap perlombongan emas di Australia dan
untuk membeli beberapa buah hotel. United Merchant
Group miliknya itu telahpun dikenalpasti untuk
diambilalih oleh Southern bank, salah satu dari 6 bank
utama yang telah diwartakan oleh kerajaan.
Dan Ahmad Sebi telahpun kembali kepada status lamanya
yang tidak mahu dikenali ramai, bekerja sebagai agen
media bawah tanah bagi pihak Dr. M dan Daim untuk
menghadapi musuh-musuh politik mereka yang semakin
meningkat. Walau bagaimanapun, pada bulan November yang lalu,
beliau telah muncul seketika, selepas Naib Presiden
Amerika AlGore menyuarakan sesuatu berkenaan dengan
layanan Dr. M terhadap Anwar dan seterusnya menyatakan
sokongan kepada reformasi. 'Pena (singkatan dari
Persatuan Penulis Kebangsaan Malaysia) bukanlah badan
politik mahupun terlibat dengan sebarang langkah
berkaitan politik' Katanya di dalam satu kenyataan
bersama dengan Setiausaha Agong Pena - Wan Omar
Ahamed. 'Namun kami tidak boleh berdiam diri kerana
ucapan Gore itu adalah tidak beretika dan mencabar
kuasa pemerintahan sebuah negara yang merdeka'.
Jika contoh ini adalah selari dengan propaganda yang
telah Ahmad Sebi sebarkan selama beberapa tahun bagi
pihak Dr. M dan Daim, maka FM merasakan bahawa beliau
telahpun mendapat habuan yang sangat-sangat lumayan.
Sekali lagi, bukankah ini amat benar bagi kebanyakan
kroni mereka? -freeMalaysia- -Terjemahan KTK6- Rencana Asal: freeMalaysia http://www.freemalaysia.com/rogues/ahmad_sebi.htm
Ahmad Sebi: The poison tongue Over the years, freeMalaysia has heard dozens of tales
about Datuk Ahmad Sebi Abu Bakar. Many center around
his perceived ability to make life exceedingly difficult for
anyone he thinks might have double-crossed him. Even his
friends and associates say they shudder to think of what
evil this mean-spirited and spiteful fellow might perpetrate if
something goes awry in their relationship or business
venture. His isn't a physical threat -- no, not this diminutive, chubby
chap. fM hasn't heard of bodily harm befalling any of
Ahmad Sebi's enemies, real or perceived. Rather, his
means of revenge and personal assault are innuendo,
gossip, surat layang (the poison-pen letter), and the
sponsoring of hatchet-job books and articles. This is, of
course, where his presidency of the Malaysian National
Writers Association comes in handy: a stable of hungry
hacks for hire. He also resorts to unrelenting lobbying
against those he deems as foes. This, in and of itself, could be daunting for anyone targeted
by Ahmad Sebi. But no, far more threatening are those in
Malaysia's political and corporate elite who actually lend an
ear or two to whatever he has to say. More threatening, the
elite often act accordingly. fM is, of course, referring to
Prime Minister Mahathir Mohamad, two-time Finance
Minister Tun Daim Zainuddin and their pack of top-tier
cronies. So who in Malaysia wouldn't be cowed by Ahmad Sebi and
his ability to direct the ire of Dr. M, Daim and their
predacious pack? Who would dare risk his wrath?
Needless to say, this cruel talent is often put into service by
Mahathir and his inner circle. For Ahmad Sebi is the
Rasputin in Mahathir's court, the poison tongue for Dr. M's
political intrigue. And for this role, he has been rewarded
many times over with sweetheart corporate deals.
With these, Ahmad Sebi has gone from being a former hack
pressman and propaganda specialist to join the crony
corporate hitters, albeit as a bantam-weight. His corporate
sinecures provide the means for financing his campaigns
against Dr. M's political enemies -- former Deputy Prime
Minister Anwar Ibrahim among the latest -- when he isn't
plotting against his own opponents. Perhaps this is why freeMalaysia still finds Ahmad Sebi's
arrest and fortnight's incarceration in 1987 under the
Internal Security Act (ISA) so intriguingly at odds with the
public perception of him as a powerful and untouchable
insider. Maybe that's the case now. It certainly wasn't then.
Still, at the time, Ahmad Sebi was the 40-year-old
managing director of Sistem Televisyen Malaysia (TV3),
then the country's only non-government-owned national
television station and the only competitor for the TV
advertising revenue that had gone exclusively to Radio and
Television Malaysia (RTM). Dr. M's United Malays National
Organization controlled and owned the bulk of TV3's
shares. This, most politically attuned Malaysians had
thought, should have made Ahmad Sebi impervious to the
whims of Malaysia's corrupt, unscrupulous and
occasionally out-of-control police force. Not so, much to
Ahmad Sebi's chagrin. Ahmad Sebi was apprehended by the Special Branch. This
much is known. But a lot of the rest remains fuzzy to this
day. Certainly, Ahmad Sebi would prefers this to remain the
case, if only to safeguard his cruel and well-connected
image. But the word making the rounds at the time was that Ahmad
Sebi made a dash for the airport after getting tipped off that
he was to be one of the 106 people targeted by the SB for
arrest under the notorious Operasi Lalang. And he
apparently was prepared for a long stay abroad,
considering that he was nabbed with many millions of ringgit
and other currencies. Why Ahmad Sebi was targeted isn't clear. Some critics of
the draconian roundup insisted that Dr. M and the SB
needed an UMNO-linked fall-guy, just to make it look like
they weren't picking exclusively on members of opposition
political parties, social critics, environmental activists and
an array of NGO volunteers. Of course, his arrest didn't
erase the widely perceived bias of Operasi Lalang's arrest
list, anymore than the public was willing to believe the
government's excuse that it was a campaign to rub out
religious intolerance and a planned Marxist takeover. But at
least it gave Dr. M the opportunity to repeat the lie with his
usual smarmy conviction. freeMalaysia, however, thinks something deeper was afoot.
Readers might recall the days leading up to Operasi
Lalang's sweeping arrests. The leading Barisan Nasional
component parties -- UMNO and the Malaysian Chinese
Association -- were strutting about, doing their
ethnocentric best to present political, economic and social
causes in racial terms. For the MCA, it was then party deputy president Lee Kim
Sai fanning the flames of Chinese chauvinism. For UMNO, it
was then party youth leader Mohd. Najib Abdul Razak, now
Malaysia's Education Minister, fueling Malay resentment
against the Chinese. Yes, fomenting racial demands and
then pandering to them, is an old game that has been
played out repeatedly by the Barisan. That time, Lee and
Najib just happened to have the most conspicuous public
profiles. Less public, however, was Ahmad Sebi's
behind-the-scenes propaganda role - a role for which he
was already well suited - in riling up Malay sentiment
against the Chinese. Before becoming TV3's managing
director, he was duly indoctrinated in the New Straits Times
Press organization, beginning as a reporter trainee and
eventually becoming editor of the organization's Malay Mail
and Sunday Mail. He also served as group editor of the
group's Malay-language Berita Harian news operations.
Dr. M, Daim and others may have tried to spare Ahmad
Sebi from falling into the SB's clutches. Or perhaps their
efforts concentrated on saving bigger fish and achieving
larger goals in the chess-piece politics of selecting
detainees for Operasi Lalang. In any event, Ahmad Sebi
was indeed arrested, and the early days of his incarceration
weren't pretty. SB, some of its former officers tell us, didn't fancy Ahmad
Sebi's surly, arrogant attitude soon after he was
apprehended. It only gave his interrogators more motivation
to probe his activities and his role as marionette master in
fomenting racial discord. Indeed, Ahmad Sebi was said have threatened SB officers,
saying such things as Dr. M and Daim will hear of this; their
jobs were on the line; they'll be sacked for certain; you
better release me before you're transferred to Perlis; and
more along the same lines. Little did he know that Dr. M
knew of his arrest and really didn't care at the time. Perhaps
Mahathir, himself, was interested in what the SB's grilling
would uncover. Well, Ahmad Sebi caught on soon enough. And as soon as
he did, he broke. Some officers said his was the easiest and
quickest confession they had ever witnessed, as he cried
like a baby, blabbering and confirming everything SB
wanted to know about his domestic propaganda, gossip and
surat layang network. It probably helped that he told them
that all he did, he did for Dr. M. For most of the other
detainees remained behind bars far longer than he did.
But this is ancient, albeit interesting, history. Let's look at
Ahmad Sebi's glorious second career as a corporate
magnate. (There really isn't much to look at; but for
amusement, let's try.) After Ahmad Sebi's ignominious run-in with the SB and after
being identified as one of the biggest deadbeat debtors of
the failed Cooperative Central Bank, his star waned at TV3
and the NST Group. His profile suddenly submerged, and
the time he spent away from Malaysia lengthened. By the
late '80s, he was finally out of the UMNO-controlled news
business. But he wasn't out of the propaganda business,
although admittedly, there is a fine line between the two.
It was in early 1991 that Ahmad Sebi made his true
corporate debut, when his (or rather the Daim-crony
network's) little known Sausana Dinamik Sdn. Bhd. acquired
a 20% stake in listed Batu Lintang Rubber Company Bhd.,
which at the time of the purchase had been controlled by a
few politically connected Sarawakian and Sabahan
businessmen -- Wee Boon Ping and Abdul Razak Harris, a
son of former Sabah Chief Minister Harris Salleh.
Wee and Razak acquired Batu Lintang in 1985 from Kuala
Lumpur Kepong Bhd., quickly selling its plantation assets
back to KLK and planning to revamp the company into a
major property developer. The timing, however, was bad, as
Malaysia was about to descend into its first major recession
and into an already collapsing property market.
But by the early '90s, the property market was bouncing
back. All Wee and Razak needed was a politically correct
partner to get Batu Lintang's share-trading suspension lifted
by the Kuala Lumpur Stock Exchange and then to push
ahead with their major development projects. Their plans
ranged from properties along Jalan Imbi in Kuala Lumpur to
the Karamunting neighborhood of Kota Kinabalu. This is
where Ahmad Sebi came in handy in helping to secure the
necessary approvals for the restructuring to revive the
company. Daim's handwriting was all over the multi-step
transaction, which eventually transformed Batu Lintang into
Advance Synergy Bhd., of which Ahmad Sebi became the
executive chairman. By 1994, Ahmad Sebi and Advance Synergy were on a
torrid pace, making full use of the crony network to rack up
one deal after another. None of them amounted to much,
such being Ahmad Sebi's management ability. Instead,
Advance Synergy sprouted the shaky financial structure
that is a Daim-company trademark, along with a rag-tag
collection of non-complementary businesses. Most of them
came crashing down after the onset of the Asian financial
crisis; some were unwound even earlier.
A case in point is Advance Synergy Furniture Sdn Bhd, a
company of no consequence, still Pengurusan Danaharta
Nasional, one of the crisis-spawned bailout agencies, saw
fit this month to name a special corporate administrator to
help revive the company. First came the acquisition of a sizable stake in
Penang-based Ban Hin Lee Bank by the then newly listed
United Merchant Group Bhd., once part of the Hong Leong
Group and later acquired through controversial and tangled
share-swap transactions by Advance Synergy and its
Perdana Merchant Bankers Bhd. Several weeks later, Ahmad Sebi solidified his relationship
with his old kaki Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, another
longtime buddy of Daim's and Dr. M's, by raising his stake
in one of Tan's companies. That company, Berjaya South
Island Bhd., soon changed its name to Prime Utilities Bhd.,
which was then made top shareholder of the blighted
national sewerage project, Indah Water Konsortium Sdn.
Bhd. Soon after that, Ahmad Sebi's Advance Synergy led a
group of investors to take over and further develop the
Kelang Multi Terminal Holdings Sdn. Bhd., which was to be
Malaysia's biggest port terminal. This and the sewerage
project were among the largest privatization awards granted
by Dr. M's regime. So, it naturally was expected that one of
the cronies would get them. Since then, Ahmad Sebi's corporate empire, such as it is,
has been on the wane, despite talk of gold mining interests
in Australia and a flurry of hotel acquisitions. His United
Merchant Group is targeted for a takeover by Southern
Bank, one of the six government-designated ÜberBanks.
And Ahmad Sebi has resumed his low profile status,
working the media underground on behalf of Dr. M and
Daim against their growing ranks of political opponents.
He did, however, surface briefly last November, after U.S.
Vice President Al Gore's delivered chiding remarks about
Dr. M's treatment of Anwar and in support of reformasi.
"Pena (the Malaysian acronym for the Malaysian National
Writers Association) is neither a political body nor has it
participated in any political movement," he replied in a joint
statement with Pena secretary-general Wan Omar Ahamed.
"But we cannot remain quiet because Gore's speech was
unethical and challenged the sovereignty of an independent
nation." If this example is typical of the propaganda Ahmad Sebi has
delivered over the years on behalf of Dr. M and Daim, then
freeMalaysia thinks he has been grossly overpaid. Then
again, isn't that true of most of their cronies?
|