Laman Webantu KM2A1: 4247 File Size: 5.8 Kb * |
Mengapa Salahkan Pekerja? By Dahlia 18/4/2001 11:09 pm Wed |
[Mahathir menyalahkan pekerja sedangkan merekalah yang
teruk berkerja selama ini menggerakkan ekonomi dan menyumbang
untuk tabung KWSP. Tetapi Mahathir asyik membuat lain kerja
sehingga berkurang tabung itu dikerjakannya untuk sikroni.
Malah beliau kerap bercuti bila rakyat sedang menangis
kehilangan rezeki dan rumah disambar api.
Jika Mahathir sudi mendengar dan berbincang - tidak akan ujud
tragedi Kg Medan. Sebaliknya beliau enggan menemui NGO dan hanya
wakilnya sahaja yang datang - itupun sudah petang. Malah banyak
perkara penting sengaja tidak dibenarkan untuk dibincang dalam
parlimen kerana malunya kerajaan. Malu sehingga pakej rangsangan
diumumkan di luar parlimen kerana tidak mahu diserang. Baru-baru ini
OPP3 pula dibentang dalam ahli dewan tidak kesempatan untuk mengkaji
lebih mendalam untuk membincang. Mahathir memang tidak gemar dirinya dipertikaikan secara terbuka
sebab itulah media digari belaka dan dikambus jika menyinga. Kini
7 aktivis ditangkap di bawah ISA - kerana inilah cara Mahathir
'berbincang' dengan rakyat yang kencang berbincang.
- Editor] Apabila pekerja merungut sikap kerajaan yang sambil lewa
memberi tumpuan kepada mereka dalam soal pemberian kenaikan
gaji, pemberian bonus, Mahathir melenting dan marah-marah.
Maka kenaikan gaji (yang tak seberapa dengan sumbangan
bertahun-tahun lamanya kumpulan ini kepada pembangunan
kerajaan), diluluskan menjelang pilihanraya. Pemberian bonus
diberikan menjelang Hari Raya untuk menambat hati pekerja awam
yang selama ini jelas diabaikan. Pekerja awam terus mempersoalkan keiikhlasan kerajaan untuk
membantu golongan miskin apabila ratusan kakitangan kerajaan
peringkat bawahan yang masih ramai tidak mempunyai rumah,
anak-anak tidak mendapat bantuan sewajarnya. Permohonan
biasiswa tidak diagihkan seadilnya. Sekali lagi, apabila KWSP menetapkan caruman kakitangan 9% seperti
yang diumumkan oleh Mahathir di Dewan Rakyat pada 27 Mac lalu
dengan alasan bagi membantu menggiatkan aktiviti perekonomian
negara yang lembap dan gawat serta kelam kabut tak tentu arah
sejak akhir-akhir ini. Lihat saja kedudukan pasaran saham di
BSKL. Kejap naik mendadak, kejap turun tak disangka-sangka.
Ada kaunter yang ditutup penuh tertib dengan indeks harga yang
menyakinkan, tetapi berderab jatuh keesukan harinya tanpa ada
faktor khusus. Pening kepala pakar-pakar ekonomi, penganalisis
saham juga jatuh sakit jiwa! Theory pasaran saham tak jelas dan
tidak boleh dipraktikkan dalam senario ekonomi Malaysia yang
serba boleh ini. Keadaan di BSKL benar-benar macam biskut chipsmall, kejap ada,
kejap tak ada! Kadang-kadang hilang terus.
Siapa punya angkara? Amerika? Bush? Atau China? Entah-entah
Singapura! Lawak betul Malaysia. Alahai... pelbagai alasan diberi. Alasan, alasan! Sampai bosan
mendengarnya. Kelmarin, mengapa Mahathir marah-marah pada MTUC, marah
pada pekerja yang katanya suka ambil jalan mudah untuk berpiket.
Tak ada kerja lain, piket, demo , piket, demo! "Where got road
man??" "Kalau tak puashati cakap saja, kerajaan boleh timbangkan. Kan
mudah?" Begitulah baiknya hati Perdana Menteri Malaysia yang
serba boleh ni. Betul juga tu , patutnya Zainal Rampak dan
geng-gengnya dalam MTUC kena ikut kata Mahathir. Jangan
cepat gelabah. Kalau tak puashati, sabar. Jumpa Perdana Menteri,
pasti segalannya beres. 9% boleh jadi 11% dalam sekelip mata
atau sebaliknya. Buat apa bincang lama-lama? Buat apa buat
press-conference sana sini? Mengarut! Maknanya... selepas ini, kakitangan awam di Malaysia jangan risau
lagi, sebab Perdana Menteri Malaysia yang serba boleh ni sudah
berkata, kalau tak puashati, bincang dengan kerajaan (kerajaan tu
maksudnya dialah, Mahathir Mohamad). Semuanya akan beres.
Jadi saya cadangkan, baik CUEPACS, baik MTUC, senaraikan
segala permasalahan kakitangan awam (khususnya) dan
kemukakan kepada Perdana Menteri sorang ni. Soal rumah kos
murah, soal kenaikan gaji, soal elaun dan cuti, soal biayai kos
perubatan, soal pencen dan lain-lain perkara harus dikemukakan
kepada PM segera sebelum bertukar PM yang baru. PM baru
belum tentu bersemangat rakyat seperti beliau.
PM ni sangat bersemangat rakyat semenjak akhir-akhir ni. Lihat
ucapan beliau di UIA semalam; beliau sangat sibuk. Alahai.. PM
mana di dunia ni yang tak sibuk? Beliau memang PM yang sangat
sibuk, sehingga perlu mengambil TS Ali Abbul Hassan sebagai
penasihat ekonomi peribadi kepada beliau. Katanya lagi, beliau
terpaksa buat banyak perkara, termasuk pergi melawat dan
menemui rakyat di seluruh negara, pergi kenduri kahwin, pergi
rasmi Universiti, tanam pokok dll... Baru sekarang ke PM kita sorang
ni sedar yang beliau kena tanam pokok? Yang beliau kena jumpa
rakyat? Selama ini agaknya beliau terlalu asyik ke luar negara
sehingga dah tak ada lagi negara dalam dunia ni yang beliau
belum lawat. Jadi soalnya sekarang, salahkah kakitangan kerajaan/pekerja
membidas kerajaan@Mahathir jika tak betul? Dan mengapa
kerajaan@Mahathir yang sungguh prihatin ini menggunakan media
secara terbuka untuk mengkritik kakitangan awam ini? Kalau beliau
ikhlas dan sanggup menerima teguran, maka beliau harus
memanggil wakil pekerja atau MTUC dan beritahu isi perut beliau
tentang bencinya beliau terhadap sikap MTUC baru-baru ni. Bukan
membebel tak habis-habis. Kepada kakitangan awam di Malaysia, syabas! Yang tak betul,
mesti dibetulkan walaupun berhadapan dengan risiko yang tinggi.
Wassalam |