Laman Webantu KM2A1: 4252 File Size: 25.5 Kb * |
TJ KTK 3: fM: B1 Klon Dr. M By freeMalaysia 19/4/2001 9:44 am Thu |
KTK 0301 [Mahathir adalah seorang yang begitu licik berpura dan
bermain silap mata. Tambah lagi dengan darah celup dari Kerala,
dia begitu pakar memutar belit kata (siap dengan cogankata yang
enak-enak belaka) dan mementaskan sandiwara untuk menampakkan
keikhlasannya sebelum mengorak langkah untuk mengoyakkan sesuatu
yang berharga di bumi Malaysia untuk diratah oleh para kroninya
melalui projek raksaksa yang gila-gila sehingga ada yang mencecah
rekod dunia. Sikap orang melayu yang mudah percaya kepada keajaiban
sejak dahulu kala (sehingga ada yang menghulur kepala untuk ditebas
di Batu Talam) telah diekspoitasikan oleh Mahathir untuk memperdaya
ramai menjadi mangsa sehingga mereka akur dan angguk sahaja titah
perintahnya. Memang ramai rakyat Malaysia tersilap mata. Mereka terkagum dan
terus memilih Mahathir untuk menjadi PM yang mungkin terlama di
dunia semenjak Perang Dunia Kedua. Tapi sayang mereka lupa
ada sesuatu yang bermain di bawah meja yang akan terserlah jika
disuluh dengan cahaya. Pembangunannya hanya indah rupa tetapi
teramat cemar di dalamnya. Hari ini kebanyakkannya sudah runtuh
tidak bermaya kerana yang membangun sebenarnya adalah segelintir
kroninya - bukan rakyat kebanyakkannya. Akibatnya ia tidak dapat
bertahan kerana tidak bermanafaat dan teramat tinggi kos untuk
menampungnya. Mahathir masih berkuasa walaupun sudah tempang kakinya kerana orang
melayu mudah lupa jika diberi gula-gula dan mudah tertipu dengan
pertunjukkan silap-matanya. Tetapi pemecatan Anwar menyebabkan orang
melayu sudah tidak berselera untuk memakan gula-gula atau menonton
silap-mata. Sebaliknya mereka mencari penawar rasa dan hiburan di alam
siber tanpa perlu jauh mengembara. Patutlah Mahathir mengelabah gila
untuk membikin orang percaya. freeMalaysia (Dr. M's Boys - In the name of their father)
Mukhriz, Mokhzani dan Mirzan tidaklah boleh digolongkan
dengan Tommy, Bambang, dan Sigit - memang belum layak lagi
diberikan taraf itu. Marina dan Melinda pula memang jauh
lagi sebelum boleh disebariskan dengan Tutut dan Titiek.
Kalau kita ketepikan Marina dan Melinda dulu, anak-anak
lelaki Mahathir itu memang boleh dianggap semacam ada satu
pertalian persaudaraan dengan anak-anak Suharto yang sungguh
pelahap. Sememangnya, kalau tidak kerana merudumnya keadaan
ekonomi Asian yang mencetuskan krisis kewangan, keluarga
Perdana Menteri Mahathir memang hampir mengembang (laksana
bunga taik ayam - penterjemah) dalam dunia korporat mereka.
Itulah juga pengalaman Keluarga Suharto satu dekad terdahulu
daripada itu. 'Klon ini' seperti mana mereka dikenali di
kalangan masyarakat korporat di KL memang sudah mempunyai
jangkauan yang luas di beberapa sektor penting dalam dunia
ekonomi Malaysia dan hampir menguasai tahap dominasi dalam
beberapa sektor yang amat diminati oleh bapa mereka.
Sememangnya, klon-klon Mahathir diakui lebih cerdik dan
lebih tinggi tahap pelajaran mereka berbanding anak-anak
Suharto, walaupun dari segi naungan politik mereka
bolehlah dikatakan setara. Dari segi ketuanan korporat itu
mereka memang jauh terkebelakang daripada tahap pencapaian
anak-anak Suharto, bukan disebabkan ayah mereka menghalang
pembabitan secara gelojoh dalam arena perniagaan suku-sakat,
para juak dan kroni. (Sebenarnya banyak dalil yang boleh
dikemukakan untuk menolak beberapa alasan yang dikemukakan
oleh kumpulan aplojis Mahathir dan pakar propaganda yang
diupah untuk kerja-kerja itu). Para klon itu nampak
seolah-olah tidak gelojoh kerana terdapatnya banyak hambatan
institusi dan kekangan politik yang berbeza dengan keadaan di
Indonesia. Hambatan inilah yang telah menyekat kemaraan
nafsu-nafsi para klon itu untuk naik memuncak ke tahap
pelahap dan gelojoh yang amat memualkan.
Yang pertama, terdapat perbezaan di antara budaya, iklim politik,
suasana perkauman dan evolusi ekonomi di Indonesia dengan
ciri-ciri yang sama di Malaysia. Oleh kerana terdapatnya
sebab-sebab yang saling kait- mengait yang berbelit dan
kompleks, makanya negara yang nombor empat terbesar jumlah
penduduknya di dunia ini mempunyai sedikit sahaja
kesamaannya dengan Malaysia, walaupun kesamaan dengan bahasa
kebangsaannya dan agama Islamnya memang wujud seiringan.
Itulah juga sebab-sebabnya kenapa Indonesia yang begitu menarik
kepelbagaiannya selama ini kekal di bawah naungan politik
hanya dua orang tokoh sahaja - Sukarno dan Suharto. Dominasi
yang menonjol ini akhirnya membuka ruang kepada anak-anak
Suharto yang direstui oleh seorang bapa yang dianggap laksana
seorang Raja Jawa untuk bergelumang dengan kekayaan hasil
bumi negaranya dan kemewahan korporat yang tersedia ada.
Sebaliknya di Malaysia, era pra-Mahathir dan tahap awal
permulaan kepimpinan Mahathir sudah pasti tidak boleh
menerima kemunculan satu dinasti keluarga seperti yang berlaku
kepada keluarga Suharto di Indonesia. Kewujudan UMNO, sebagai
sebuah institusi - dan bukannya orang perseorangan yang
diberikan status pendewaan oleh masyarakat sekelilingnya - yang
ditonjolkan semasa pasca kemerdekaan Malaysia sebagai satu
keluarga politik Melayu yang amat besar. Inilah keluarganya
yang mendapatkan kemerdekaan daripada British. Itulah parti
politik, seperti yang dipantakkan ke telinga majority Melayu
secara berulang selama ini, yang berwibawa memelihara dominasi
politik, menjana kegiatan ekonomi dan menjamin stabiliti
sosial negara. Inilah ikrar orang Melayu yang membolehkan UMNO membesar
menjadi satu kompak sosial dengan beberapa lagi parti yang
berasaskan perkauman untuk mewujudkan kerajaan koalisi (dua
sahaja) Malaysia sejak 1957, Perikatan dan Barisan Nasional.
Parti minoriti bukan-Melayu secara amnya telah menerima
sokongan UMNO secara bertahap untuk mewarisi keistimewaan
etnik, keagamaan dan perniagaan sebagai satu ganjaran
kestabilan dan sokongan terhadap status quo politik mereka.
Dengan lain perkataan, Malaysia muncul dengan satu bentuk
demokrasi yang tersendiri, di mana wujud satu sistem
pengimbangtara dalam aktiviti perkauman di tahap bawahan
tetapi yang merupakan sesuatu yang amat terpencil dan
berkurangan dalam urusan kerajaannya.
Tetapi di Indonesia, model kesultanan Jawa dan budaya Keraton
telah dipindahkan kepada kerajaan dan ditumpukan kepada orang
kuat yang menerajui kerajaan itu. Kehendak kumpulan yang
memerintah adalah satu tugas untuk rakyat jelata. Apa yang
diimpikan adalah merupakan tugas mereka sendirian untuk
memuaskannya, mengikut ruang lingkup perbatasan tertentu,
semestinya. Namun, tradisi awalan UMNO dulu menumpukan
kerja-kerja terhadap memperkayakan dan meneguhkan parti
sebagai tanggungjawab utama dan misi kepimpinan, dan bukannya
ke arah membesarkan tembolok perdana menteri, keluarganya
dan para juak dan kroni. Tidak seorang pun di kalangan tiga perdana menteri terawal
Malaysia yang pernah hidup mewah-mewahan laksana maharajah,
walaupun mereka lahir daripada kalangan golongan ningrat dan
istana. Tunku Abdul Rahman, selalu dikagumi oleh peminatnya
dan diberikan layanan yang menyeronokannya. Tetapi, dia telah
menyumbang dan mengorbankan sebahagian besar hartanya untuk
menyokong perjuangan UMNO ketika parti itu sedang merangkak
ketiadaan dana untuk bernafas lega. Tidak juga dia ambil
kira sangat kalau UMNO menerima bantuan dan derma daripada
peniaga Cina yang kaya raya yang kebanyakannya merupakan
ahli Malaysian Chinese Association (MCA).
Penggantinya Tun Abdul Razak, menghembuskan nafas terakhir
ketika masih memegang kuasa, sebelum anak-anaknya membesar
untuk menjadi satu kuasa politik dan korporat. Kerana itu
tidak ada seorang pun yang layak menggantikan bapa mereka
ataupun mampu mempengaruhi siapa yang sepatutnya menggantikan
bapa mereka. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn. Keadaan
kesihatan yang tergugat menyebabkan beliau bersara dan
sekali lagi anak-anaknya belum cukup berpengaruh untuk
menuntut jawatannya. Keadaan ini tidak sama apabila tiba giliran Dr. MAHATHIR YANG
KINI MERUPAKAN PERDANA MENTERI YANG PALING LAMA DI Asia.
Dia sudah berada di puncak kuasa terlalu lama (20 tahun
lamanya). Anak-anaknya (Klon-klon) sudah pun membesar; berakal
baligh dan layak menikmati syurga kroni ciptaan bapanya.
Sepanjang kekuasaannya Mahathir telah mencengkam kuasa
menyeluruhi masyarakat niaga, media dan penghakiman negara,
sehinggakan tidak mudah menafikan kemasukan Klon-klon Mahathir
itu untuk turut mempertahankan kota politik yang disaluti
keangkuhan korporat ciptaan bapa mereka. Akhirnya, tidak ada
sesuatu pun yang boleh dinafikan kepada apa sahaja yang mereka
impikan. FreeMalaysia memang tidak menafikan bahawa di tahap awalan
kuasanya, Dr. M telah mencuba berkongsi cita-cita partinya
untuk mendapatkan kebebasan kewangan yang bebas daripada
pengaruh luar yang mungkin menggugat dominasi politik.
Sebagai contoh, gelagat para Sultan dan ahli keluarga
terdekat hidup bermewah dan penuh dengan segala pembaziran
telah menjentik perasaan Mahathir yang beberapa tahun
kemudiannya, menjadikan satu misi khasnya sebagai seorang
perdana menteri untuk membogelkan masyarakat raja-raja itu
daripada kemewahan kekayaan, kuasa dan kemuliaan.
Dr. M mungkin juga merasa tertekan betapa dia terpaksa
bergantung kepada tauke-tauke Cina untuk menyumbang kepada
tabung perjuangan UMNO, seperti yang mereka lakukan di zaman
pra-Mahathir. Harus diingatkan juga di sini, tabung perjuangan
UMNO itu pada satu ketika dulu merupakan satu tabung kecilan
sahaja sebelum terciptanya budaya politik wang yang
menyerlah ketika Dr. M mula berkuasa.
Apakan daya? Peniaga Melayu belum lagi menonjol untuk
menyediakan kewangan yang diperlukan oleh UMNO yang mempunyai
satu jentera politik yang semakin laju gerakannya kerana
mahu keluar daripada pergantungan parti terhadap jasa baik
tauke-tauke dan hartawan kaum lain. Maklumlah setiap kali
ada sogokan bantuan yang masuk, panjang pula tali penambat
yang mahukan sesuatu darinya. Usaha memperbaiki keadaan telah diasaskan oleh Tun Razak dalam
Dasar Ekonomi Baru dan dasar pemerintahan itu diteruskan
oleh pemerintahan Hussein Onn. Tetapi, perjalanan dasar
meningkatkan ekonomi Melayu itu didapati terlalu lembap untuk
menceriakan Dr. M yang semakin tidak sabar yang selama ini
memang pun memendam perasaan mahukan satu dasar ekonomi
yang lebih agresif lagi. Tidak kiralah kalau dasar yang baru
itu akan menumpukan kekayaan ke tempat tertentu sahaja.
Apabila dia menjadi Perdana Menteri pada 1981, itulah yang
dilaksanakannya. Dia merombak DEB itu dengan satu rencana
suntikan pembaharuan seolah menggunakan enjin turbo kepada
kereta lama. Ketika itu dia menjemput Tun Daim Zainuddin,
seorang 'kawan-lamo' yang pintar merencana dan memutar-belit apa
sahaja yang masih belum berpintal. Dilancarkannya beberapa
projek mega yang diagih-agihkan kepada para sahabat, kroni
dan juaknya sekali. FreeMalaysia telah pun menerbitkan satu penilaian prestasi
program industri berat ciptaan Dr. M dan masa depannya yang
malap. Masa depan semua industri itu memang tidak menggiurkan.
Memang tidak dapat dinafikan betapa Dr. M dan Daim telah
memberi ruang yang menonjol kepada kemunculan beberapa
taikun (hartawan) melayu korporat untuk menyerlah di
bahagian teratas masyarakat niaga Malaysia - untuk segala
kebaikannya ataupun sebaliknya, selalunya untuk yang
buruk-buruk belaka. Akhirnya UMNO di bawah naungan Dr. M telah
berupaya membebaskan diri daripada pengaruh tukang bayar dan
tukang sogok, semua itu dengan ihsan tanpa sedar para
pembayar cukai kerana wang mereka itu semuanya yang
dibalun untuk membiayai projek yang dianjurkan oleh kerajaan.
Di sini terwujudlah satu kejanggalannya. Di bahagian teratas
ekonomi Malaysia, perniagaan dan politik menjadi 'satu'
sehingga sukar untuk membuat perbezaannya. Tentunya ia
memberi kesan yang sungguh menyenakkan. Tidak lama kemudian
semakin terserlah hakikat betapa sukarnya bersaing di tahap
atasan ini tanpa membayar kos yang tinggi dalam bentuk
menyokong orang lain yang hidup bernafas dalam jaringan
korporat-politik Mahathir. Kesannya menjadikan persaingan
niaga itu sesuatu yang tidak menguntungkan - melainkan terus
bergantung harap kepada kontrak besar-besar yang memerlukan
sogokan besar-besar kepada para kroni untuk menentukan
kejayaan. Apabila sudah tergari kepada keistimewaan korporat dan
kewangan bentuk ini yang telah dianugerahkan itu, adalah sukar
untuk menyelinapkan diri kerana system sogokan itu sudah
menjadi satu budaya yang menopang amalan kerja untuk terus
berjaya. Memang mudah dicam jenis manusia yang sanggup bertahan.
Mereka itu mudah dilihat berbondong-bondong untuk dirakamkan
gambarnya di lapangan terbang, menghantar ataupun menyambut Dr.
M dalam lawatan beliau ke luar negara - tidak kiralah kalau
mereka menganggotai rombongan lawatan Dr. M itu ataupun
sengaja muncul di situ sebagai pak pacak sahaja. Mereka
berlumba-lumba untuk mendapatkan peluang menyumbang terhadap
salah satu majlis sosial Dr. M ataupun mencari helah agar
beliau sanggup menjadi penumpang dalam jet korporat mereka.
Mereka sanggup menaja satu ataupun lebih lagi projek
kesayangan Dr. M ataupun Maharaninya, dan mereka sanggup melabur
secara menggila dalam salah satu projek perindustrian pilihan
Mahathir. Kebanyakan manusia pelahap jenis ini mula-mula mendekati Dr.
M dengan cara berjinak-jinak dengan klon-klon Mahathir
sehinggalah mereka pun diterima masuk dalam istilah 'klik'
dan kroni. Bajingan yang lebih pintar telah mula memancing
perhatian klon-klon Mahathir itu ketika mereka masih di zaman
persekolahan lagi dan sebelum mereka menjejakkan kaki di
ambang dunia korporat. Inilah yang diaksanakan oleh 'Uncle
Ananda'. Memang jelas, formula DEB terutama sekali yang
diputarbelitkan oleh Dr. M tidak pun berjaya mencetuskan
keberkesanan perjalanan ekonomi yang menyumbang kepada
kekuatannya secara berpanjangan. Bandingkanlah ketahanan
Singapura ketika dilanda krisis yang sama dengan Malaysia.
Secara keseluruhannya, pertumbuhan DEB yang disabotaj dengan
tipu helah Mahathir telah memperkayakan para kroni beliau dan
juga sekongkolan Daim. Secara berdikit, sasaran utama program
ekonomi itu menjadi hanya satu tiang penyokong kepada satu
usaha menegakkan dinasti politik Mahathir & Co.
Lupakanlah ciptaan Mahathir yang disebut 'Wawasan 2020' yang
diwarnai rancangan perindustrian yang menyeluruh. Itulah satu
fatamorgana yang mengikut definisi awalannya tidak pun akan
tercapai kerana berasaskan satu rencana ekonomi yang rapuh
yang diilhamkan oleh Dr. M. Tetapi, tidak ada sesiapa yang
berani memberitahu beliau betapa Cyberjaya? adalah satu
rancangan haprak yang orang perlekehkan dengan jolokan
'Cyberjello'. Ataupun Proton adalah satu impian kosong
seperti juga Perwaja dan Bakun yang merupakan projek orang
yang bertaraf baghal sahaja. -Terjemahan KTK10- ...bersambung... Rencana Asal: freeMalaysia The Three Profiteers Mukhriz, Mokhzani and Mirzan aren't in the same class as Tommy,
Bambang and Sigit -- at least not yet. And Marina and Melinda
aren't remotely close to Tutut and Titiek.
But, putting Marina and Melinda aside, the Mahathir Boys have
what it takes to be kindred crony souls of the avaricious Suharto
Kids. Indeed, until the onset of the Asian financial crisis, Prime
Minister Mahathir Mohamad's family was just coming into full
corporate bloom, as had the Suharto Family a decade earlier. "The
boys," as they're known in KL corporate circles, were getting their
feelers into many vital areas of Malaysia's economy and
approaching dominance in some sectors held dear to their father's
heart. That Dr. M's boys -- arguably brighter and certainly better
educated, and no less politically blessed -- hadn't earlier reached
the level of the Suharto Kids' corporate supremacy is not because
Mahathir opposed their involvement in Malaysia's
political-corporate-familial crony network. (There's enough
evidence to debunk this explanation and the excuses proffered by
Dr. M's apologists and paid propagandists.) Rather, there were
institutional and political obstacles, unlike in Indonesia, that
prevented the boys' corporate ascendancy from happening sooner
or more swiftly. First of all, Indonesia's cultural, political, ethnic and economic
evolution differs sharply from that in Malaysia. And because of these
intricate, complex and inter-linked reasons, the world's fourth most
populated country bears little resemblance to Malaysia, national
language and Islamic faith aside. It's also these reasons that help
explain why incredibly diverse Indonesia had remained, until
recently, under the political domination of only two figures --
Sukarno and Suharto. This domination eventually paved the way for
Suharto's Kids, with the blessing of their Javanese king-like father,
to abscond with much of that nation's natural and corporate wealth.
Malaysians, on the other hand, of both the pre-Mahathir and the
early-Mahathir era wouldn't have accepted a Suharto-style family
dynasty. For it was the United Malays National Organization, the
institution -- not a single individual of god-like stature revered by
the feudal masses -- that was portrayed in post-independence
Malaysia as the extended Malay political "family." It was the family
that secured independence from the British. And it was the only
party, the Malay majority was told repeatedly, capable of
safeguarding their political dominance, upward economic mobility
and the nation's social stability. It was this Malay pact that UMNO enlarged into a social compact
with other ethnic-based parties to form Malaysia's only two ruling
coalition governments since 1957, the Alliance and the National
Front. The minority non-Malay parties generally accepted UMNO's
intermittent support for their ethnic, religious and business priorities
as the price of stability and supported the political status quo. In
short, Malaysia's was a somewhat novel form of democracy, with the
rough equivalent of a check-and-balancing system found in its
ethnic framework that always has been sorely lacking in its formal
government framework. In Indonesia, however, the model of the Javanese sultan was
transferred to the country's political strongmen. Their will was the
peoples' command. And their desire was theirs' to fulfill, within
certain limits of course. But within traditional UMNO, it generally was
the enrichment and strengthening of the party that was the
leadership's primary mission and responsibility, not the enrichment
and strengthening of Malaysia's reigning premier, his family and
coterie of cronies. Though none of Malaysia's first three premiers lived like extravagant
Rajas, they all nonetheless came from Malaysian society's upper
crust. Tunku Abdul Rahman, though courted and treated
extravagantly for his day by his many fun-loving and like-minded
admirers, donated a considerable portion of his own assets to help
support UMNO in its financially hard-pressed fledgling days. Nor
did he seem to mind that the party depended heavily on the
donations of wealthy Chinese businessmen, many of whom were
also members of the Malaysian Chinese Association.
His successor, Tun Abdul Razak, died in office, before his children
could become of any political or corporate consequence and,
therefore, in no position to succeed their father or to influence
UMNO's choice of a successor. Similarly, Tun Hussein Onn's weak
heart drove him from office prematurely; and, again, his immediate
family was too young to claim his mantle.
Not so with Dr. M, Malaysia's and now Asia's longest-serving
premier. He's been in the saddle so long (more than 18 years) that
his kids naturally matured into the "cronydom" created by their
father. Over time, as Mahathir expanded his power over the
business community, the media and the judiciary, there was simply
no denying the Mahathir Boys entry into their father's
political-corporate bastion. And over time, there was no denying
them what they wanted. freeMalaysia doesn't doubt for an instant that Dr. M, at least during
some span in his political evolution, shared his party's ambitions for
financial independence, free of the outside influence that might
interfere with political dominance. For instance, the relative
opulence lived by the Sultans and their immediate families had long
rankled Mahathir, who in later years made it one of his primary
missions as premier to strip the royalty of much of their wealth,
power and prestige. It also must have pained Dr. M that he was financially dependent on
Chinese towkays to fill UMNO's political war chests, as they did in
the pre-Mahathir days. Bear in mind, however, those chests were
much shallower in the era preceding Dr. M's period of money
politics. But what to do? Malay businessmen weren't yet in a position to
financially fuel UMNO's fast-growing political machinery and to
shake off its dependence on non-Malay financial support and the
cooperative obligations that came with that.
Headway in this direction began under former Prime Minister
Razak's New Economic Policy, and it was pursued under the
administration of Hussein Onn. But it was happening far too slowly to
please the always impatient Dr. M, who long had been among the
most vocal advocates for a more aggressive NEP program - even if
it meant highly concentrating the new wealth. And when he became
Prime Minister in 1981, he did just that, super-charging the program
with the help of his wheeler-dealer sidekick Tun Daim Zainuddin
and the backing of a bevy of national heavy-industry projects and
sweepstakes-prize privatization awards for his friends and
supporters. freeMalaysia already has published its grim appraisal of the
performance of Dr. M's heavy industry program and its bleak future.
In short, its future isn't looking good. And there is no question that he
and Daim have secured a predominant place for favored Malay
corporate tycoons in the upper echelons of Malaysia's business
community -- for the good and for the worse, often the very worst.
In any event, UMNO, under Dr. M, had finally secured its
dependable political bursars, thanks largely to the taxpayers' money
used to finance their state-backed ventures.
There was, of course, a hitch. At the top tier of the Malaysian
economy, business and politics had become virtually
indistinguishable, with a devastating effect on both. It soon became
apparent that there was no way to compete at this level without
paying a considerable cost in the form of support for others in the
Mahathir corporate-political network. That, of course, made
businesses themselves uncompetitive - and reliant on the same fat
contracts and crony kickbacks to succeed.
Once handcuffed to the corporate and financial privileges bestowed
upon them, it became either support or fade away.
You know the type that stayed. They're always seen and
photographed at the airport, sending off or welcoming back Dr. M
from his many overseas trips -- whether they were or weren't part
of Mahathir's traveling entourage. They vie for the opportunity to
cater one of Mahathir's social functions or to have him fly in their
corporate jets. They sponsor one or more of Dr. M's and his wife's
pet interests; and they invest wildly in one of Mahathir's
industrialization projects of the day.
These types then began endearing themselves to Dr. M by aligning
themselves with his kids as they themselves became part of the
crony claque. The more astute cronies even began courting
Mahathir's blood cronies at an early age, well before they moved
into the corporate arena. Isn't that right, Uncle Ananda?
Clearly, the NEP formula, especially as it has been distorted by Dr.
M, hasn't made for economic efficiency and lasting economic
strength. Contrast Singapore's resilience under the crisis with
Malaysia. By and large, the growth spawned by this subverted NEP
benefitted the cronies of Mahathir and Daim. Increasingly, the
program's original goals became secondary to building an
unassailable base of political support for Mahathir & Co.
Forget about Mahathir's "Vision 2020" full-industrialization
development plan. It was a mirage that by definition could never be
reached under the weak and skewed economic foundation laid by
Dr. M. But no one dared to tell Dr. M that Cyberjaya was Cyberjello
or that Proton was a pipe dream and that Perwaja and Bakun were
just plain stupid.
|