Laman Webantu KM2A1: 4270 File Size: 12.1 Kb * |
TJ KB: Hashimoto Kembali Kencang Sekali? By David DeRosa 21/4/2001 11:38 pm Sat |
KESAN JEPUN PADA MALAYSIA Daim kini disahkan telah mengambil cuti dua bulan (sebelum bersara?)
di saat negara sedang menghadapi satu musibah ekonomi yang mungkin
lebih dahsyat dari sebelumnya kerana salah satu kunci ekspot terbesar
negara - sektor elektronik sedang tergugat akibat polisi kawalan matawang
Mahathir. Tambah lagi krisis ekonomi dan politik Jepun, Yen dijangka akan
merosot berikutan formula baru Jepun untuk membaiki ekonominya melalui
"quantitative easing". Ekspot Jepun akan menjadi lebih murah dan ini
menyebabkan wang serantau murah. (Jika mahal semua akan ke pengimpot
dan pelabur akan ke Jepun). Malaysia yang masih mengekalkan kawalan
matawang dijangka akan parah jika Yen terus mencecah di bawah paras 130.
(sila rujuk rencana terdahulu oleh David deRosa)
Menurut MIER Malaysia tidak mampu untuk menilai semula matawangnya kini
kerana keadaan ekonomi tidak begitu stabil dan asyik melemah. Ia sepatutnya
dilakukan dulu lagi ketika agak segar. Rezab negara yang semakin berkurang
mula menekan ringgit dan perasaan menteri berkenaan dan perdana menteri
juga. Tidak guna bertekak lagi kerana sudah ketelanjuran. Lagipun Daim
memang diam.... sehingga dia bercutipun dalam diam-diam tetapi terbongkar
juga kemudian. Krisis di Jepun: - David deRosa Bloomberg
Ryutaro Hashimoto dijangka akan menggantikan Mori yang sudah tawar hati
dan ingin meletak jawatan. Tempoh Mori berakhir pada 30/9/2001 ini tetapi
pilihanraya pada 24/4/2001 ini, Hashimoto diramalkan menang untuk dilantik
menjadi PM pada 26/4/2001. Hashimoto pernah menjadi PM pada tahun Januari 1996 tetapi bersara tiba-tiba
pada sekerat jalan pada Julai 1998 kerana partinya kalah teruk dalam
pilihanraya parlimen. Dia dihantui tuduhan menjerumuskan Jepun ke era
kemelesetan ekonomi kerana menaikkan cukai jualan pada April 1997.
Sebenarnya kemelut ekonomi Jepun bermula sejak awal 1990an lagi bila
ekonomi buih (bubble economy) lingkup. Faktor cukai itu tidaklah seberapa
sangat - ada faktor lain yang lebih menjejaskan ekonomi iaitu faktor bank.
Bank-bank Jepun sudah sarat dengan hutang lapuk yang terlalu teruk sehingga
ada yang lumpuh dan tidak mampu memberi pinjaman lagi. Macam biasa dengar
sahaja? Ya benar - Malah situasi hari ini juga tidak jauh berbeda. Di sinilah
kunci sebenar masalah Jepun dan ramai pakar bersetuju dengannya. Soalnya
bagaimana untuk memulihnya atau membayarnya. Hashimoto mahu menggunakan dana
awam untuk membaiki bank dan tidak akan menaikkan cukai kerana tidak mahu
kecundang seperti dulu lagi. Sebaliknya beliau menurunkan cukai untuk
pelaburan saham pula. Secara logiknya semua langkah ini mungkin akan membunuh
pasaran bon dan kerajaan terpaksa menawarkan terbitan yang lebih hutang dari
sebelumnya. Namun begitu apa yang mengerikan mengenai Hashimoto ialah betapa mudahnya
untuk beliau mencipta balik dirinya. Bekas juara konservatif fiskal yang
mungkin akan mengemudi Jepun buat kali kedua ini sedang muncul dengan janji
perbelanjaan yang berdefisit. Apakah beliau nanti akan menjadi Franklin
Roosevelt Hashimoto? (penyelamat penuh nostalgia)
-David deRosa- Sekarang kita berbalik semula ke Malaysia. Perjanjian antara syarikat LRT
dan bank yang meminjamnya masih belum ditanda tangani lagi walaupun ia
sudah tidak membayar bunga lebih satu tahun. Pada penghujung April ini
hutang itu akan menjadi lapuk dan seterusnya mencemarkan imej bank.
Kerajaan bercadang menawarkan bon untuk melangsaikan hutang yang menggila
ini. Pasaran saham tidak dapat digunakan lagi kerana sambutan untuk
IPO time dotCom begitu dingin sekali. KWAP sudah rugi RM500 juta tahun ini
sahaja di atas kertas (untukmu kroni) manakala KWSP sedang berdepan dengan
piket MTUC kerana melabur dalam saham yang merugi dan kontroversi - juga
untukmu kroni. Dulu Krugman ada menasihat Mahathir agar segera merombak kawalan modal
kerana ia cuma untuk jangkapendek sahaja. Ia seharusnya digunakan
untuk membaiki segera mana yang sakit dengan membuang cacatnya
pengurusannya - bukannya menyuntik lagi wang untuknya. Tetapi Mahathir
berdegil kerana merancang sesuatu walaupun diberi amaran kesan jangka
panjang bakal mencekik negara. Sekarang ia sudah pun tiba .... dan
orang Mahathir sendiri akan terkena. Kita imbau kembali kronologi (tanpa susunan yang tepat) apa yang
berlaku di Malaysia: YANG DIRANCANG DAN YANG TAK TERANCANG
Malaysia mengenakan kawalan modal dan matawang untuk melindungi kroni.
Kawalan tersebut mengelakkan negara dari dari kancah kemelesetan kerana
pagarnya tinggi - bukan kerana kita hebat sekali. Kita tidak begitu
tergugat kerana eskpot elektronik agak tinggi, begitu juga dengan harga
minyak kelapa sawit dan petrol dunia. Ekonomi yang agak 'pulih' itu digunakan untuk memancing undi dalam
piliharaya umum lepas di mana BN menang dengan majoriti 2/3. Tetapi
kawalan matawang masih diteruskan kerana inilah masa untuk menyelamatkan
kroni dulu kerana Anwar sudah pun terpenjara dan kuasa 2/3 sudah diperolehi.
Selepas pilihanraya kroni perlu dibantu segera kerana sudah lama
menahan sakit perut mereka. Tetapi baru sekerat jalan masalah mula
menjelma.... ekonomi Amerika merudum pula.
Selepas pilihanraya presiden Amerika - negara tersebut terjejas kerana
penjajaran semula ekonomi dan ketepuan pasaran IT. IT adalah penggerak
utama ekonomi Amerika. Kemelesetan tersebut menggugat ekspot negara
kita serta pelaburan gergasi IT Amerika di sini. Kebetulan Jepun pun sakit
juga kerana banyak masalah tidak dapat diselesaikan sehingga negara Cina
berjaya menyainginya untuk muncul sebagai kuasa ekonomi Asia.
Jepun mencuba pelbagai cara untuk membaiki ekonominya - dan ini akan
memberi kesan kepada ekonomi kita kerana pelabur akan lari ke sana
jika betul formula mereka. Formula "quantitative easing" adalah salah satu darinya. Ada lagi yang
bakal muncul - iaitu Hashimoto (jika beliau berjaya). Tidak kira siapa
yang menerajui Jepun, mereka akan mengheret matawang dan ekonomi ke sana
untuk menyebabkan terkapai kita. Eskpot yang menurun kerana ringgit tidak
kompetetif itu baru riak pertama. Ada lagi riak seterusnya yang lebih
dahsyat akan menjelma. Malangnya kita masih belum bersedia.......
sedangkan sakit semakin bertambah pula. Apa yang menyelamatkan kita
dulu sudahpun tiada kerana ia pun sakit juga. (ekspot elektronik,
minyak kelapa sawit dsb.) -TJr Kapal Berita- Rujukkan: http://quote.bloomberg.com/fgcgi.cgi? By David DeRosa New Canaan, Connecticut, April 13 (Bloomberg) -- Japan, a
nation desperate for political leadership, is about to hand over
the reins of its government to Ryutaro Hashimoto, who failed
previously as prime minister. Hashimoto has emerged as the leading candidate to replace
outgoing Prime Minister Yoshiro Mori as president of Japan's
Liberal Democratic Party. Hashimoto is favored to win the party's
presidency in an April 24 election and then be appointed prime
minister in the Diet on April 26. He will fill the remainder of
Mori's term that ends Sept. 30. Hashimoto, who became prime minister in January 1996,
resigned abruptly in mid-term, in July 1998, to take
responsibility for his party's having suffered humiliating losses
in parliamentary elections. He has been dogged ever since by accusations that he plunged
Japan into recession by raising the national sales tax in April
1997 (hence the sobriquet of him as Japan's answer to Herbert
Hoover, the president who was blamed for doing nothing right as
the U.S. slid into the Great Depression of the early 1930s).
After Hashimoto raised the sales tax rate from 3 percent to 5
percent, what chances Japan had to recover from its economic
torpor appeared to quickly vanish. Japan's economic troubles
actually date back to the beginning of 1990s with the collapse of
the so-called bubble economy. Hashimoto has gone so far as to ``sincerely apologize'' for
raising the sales tax. ``Shifting to fiscal tightening at that
time was one of the main causes for the current economic
recession,'' he said later. Banks Are Key
The truth is that raising the sales tax was a bonehead move,
in terms of both economics and politics. But there were other
pernicious factors at work to derail Japan in 1997. Most important
by far were the problems of the banking system.
Japanese banks were loaded down with nonperforming and
substandard loans, to such a degree that bank lending was
paralyzed. Sound familiar? In fact, the situation today is
virtually no different. So if it comes to pass that Hashimoto
achieves political redemption, or, said more accurately,
resurrection, he will have no bed of roses.
Hashimoto acknowledges the need to fix the banking system. So
do a lot of people. The question is not whether to do it, but how
to pay for it. Here, Hashimoto has made it clear that he is
willing to use public money to fix the banks. Not wanting to make
the same mistake twice, he also has declared himself firmly
opposed to raising taxes. Kill the Bond Market?
Logically speaking, taken together, these declarations mean
that a Hashimoto government is bad news for the bond market. His
programs will require the government to issue more debt --
potentially a lot more. Wait, it gets better. Part of his ``200-day plan'' calls for
the revival of companies and the installation of worker safety
nets (presumably a form of unemployment compensation for workers
who have lost their jobs because of company restructuring).
And Hashimoto has been talking about reducing taxes on stock
investments. He isn't the only prominent Japanese politician with a plan
to lower taxes and create more government indebtedness. Key to
Hashimoto's election is his receiving support from Shizuka Kamei's
faction of the LDP party. Kamei is calling for several trillion
yen in tax cuts. Talk like this from Hashimoto and Kamei has been weighing on
the bond market. More supply is simply not what bond investors had
been hoping to hear. Still, the really scary thing about Hashimoto is how easily
it was for him to reinvent himself. This one-time champion of
fiscal conservatism may be about to come to office for a second
time on a promise of deficit spending. Would that make him
Franklin Roosevelt Hashimoto?
|