Laman Webantu KM2A1: 4273 File Size: 34.9 Kb * |
TJ KTK 4: fM: Wan Azmi: Kesetiaan Tak Bertepian By freeMalaysia 22/4/2001 1:38 am Sun |
KTK 0401 [Wan Azmi adalah anak didik Daim yang bolehlah
dikatakan paling cerdik sekali tetapi tidak disenangi
oleh Mahathir kerana sedikit lantang orangnya serta
ayahnya seorang bekas hakim negara yang berbalah dengan
Mahathir. Tetapi Wan Azmi tetap cekal menghadapi masalah
tersebut walaupun sekali sekala dia tertewas juga kerana
gagal mengawal mulutnya dan egonya. Inilah kelemahan Azmi.
Dia mengkritik Mahathir secara terbuka sedangkan itu
'haram' di sisi diktator Mahathir. Tetapi kesetiaannya
buat Daim, mentornya, tidak berbelah bahagi.
Menurut beberapa teman beliau hidup di hotel dengan
mewahnya satu ketika dulu. Kini dia dihempap banyak
masalah kerana aktif di pasaran saham. Tetapi mungkin
akan bangkit kembali kerana kerap menjadi 'troubleshooter'
sebelum ini. Namun begitu dia terpaksa berdepan dengan
Mahathir yang lebih garang lagi. Tetapi, sebagai anak
Kelantan yang bersinar, dia mungkin menang kerana Mahathir
bukanlah sehebat dulu lagi dan Daim sudah pun pergi dari
sisi Mahathir. http://www.freemalaysia.com/rogues/wan_azmi.htm
freeMalaysia Wan Azmi : Kesetiaan Tak Bertepian
(fM: Wan Azmi : Loyal to a fault) Tan Sri Wan Azmi, dengan usahanya sendiri, mungkin
boleh muncul sebagai seorang ahli perniagaan yang
dinamik di dalam mana-mana ekonomi pasaran saham -
tetapi bukan di Malaysia, bukan dengan bermodalkan
dirinya sendiri. Di negara ini kebanyakan tokoh-tokoh
korporat yang hebat perlu membiasakan diri dengan
pelbagai permainan politik - dan sanggup mengeluarkan
wang untuk kesemuanya - bagi membolehkan mereka
tergolong di antara 100 Yang Terkaya di Malaysia atau
lain-lain yang bermaksud serupa. Itulah kenyataan yang
terpaksa diterima untuk berhadapan dengan suasana
ekonomi yang rata-rata dikuasai oleh kumpulan kroni
Mahathir. Harga yang terpaksa dibayar pula amat mahal sekali.
Sesetengahnya terpaksa menggunakan khidmat sehingga
beberapa orang penaung politik yang melibatkan kos
yang sangat tinggi. Yang lainnya, termasuk kebanyakan
ahli-ahli perniagaan Melayu, lebih terikat kepada
seorang penaung politik sahaja. Dengan bergantung
sepenuhnya kepada penaung-penaung ini, ahli-ahli
perniagaan Bumiputera akan berjaya mendaki tangga
dunia korporat, dan biasanya mereka akan turut
menerima nasib yang sama apabila penaung-penaung itu
sendiri kecundang. Wan Azmi sepatutnya cukup bersedia untuk menilai
ikatan politiknya itu bagi kestabilan jangka panjang
bidang korporat yang diceburinya itu. Ternyata beliau
gagal di situ. Sebaliknya beliau tetap setia
bergantung harap kepada penaung utamanya, Menteri
Kewangan buat kali kedua Tun Daim Zainuddin. Sikap Wan
Azmi ini mungkin boleh digambarkan sebagai satu watak
di dalam sebuah kehidupan moden Melayu : Seorang yang
bijak dan pandai mengenang budi, yang merasakan tidak
menjadi kesalahan buat tuannya untuk mengaut kekayaan
secara berlebihan, bahkan secara terbuka beliau pernah
melahirkan rasa kagum terhadap sumbangannya kepada
Malaysia. Beliau begitu amat menghargai jasa gurunya
yang telah membuka jalan untuk beliau berkecimpung di
dalam dunia perniagaan, dan beliau tetap setia biarpun
hubungan tersebut mula menjejaskan masa depan
perniagaan dan profesionalismenya. Ini membuatkan kita terfikir apakah Wan Azmi sendiri
mampu untuk pergi lebih jauh lagi dan mencapai sesuatu
yang lebih tinggi lagi sekiranya beliau tidak terjebak
di dalam cengkaman emas golongan kapitalis kroni di
Malaysia ini. Inilah kejadian malang yang menimpa Wan
Azmi serta ahli-ahli perniagaan Malaysia yang
meletakkan diri mereka di dalam satu sistem yang amat
tidak adil itu. Sebenarnya agak sukar untuk mencari kesilapan Wan Azmi
berdasarkan kedudukannya yang amat kukuh di dalam
sistem korporat kroni itu. Banyak pengalaman pahit
manis yang terpaksa diharunginya sebelum berjaya
mencapai tahap seperti sekarang. Beliau telah bekerja
keras, belajar dengan sepenuh hati dan di dalam proses
itu mendapat beberapa pengajaran yang amat berguna
untuk kepentingan peribadi mahupun kerjayanya. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa pengalamannya itu
tidak dapat ditandingi oleh kebanyakan dari anak didik
Daim yang lain. Namun begitu Wan Azmi tidak boleh mendabik dada
mengatakan kejayaannya itu adalah hasil usahanya
sendiri. Malah sejarah pengkorporatan di Malaysia juga
tidak akan dapat membuktikan perkara yang sebaliknya.
Menurut teman-teman Wan Azmi, beliau adalah seorang
yang cerdik, pandai bergaul dan menyeronokkan ketika
berbual. Rakan-rakan niaganya menegaskan bahawa beliau
ternyata seorang yang tahu tentang urusniaganya dan
biasanya berurusan dengan agak baik. Di kalangan kaki
tangannya pula beliau dikenali sebagai seorang yang
bergaya, tetapi cerewet dan berjiwa besar. Ada
beberapa teman lain yang menyebut tentang sifat ego
yang ada pada dirinya, dan sesetengah pula berpendapat
keegoannya itu amat tinggi sekali. Sebilangan kecil
yang lain memberitahu akan tabiat beliau yang suka
mempersendakan dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan
yang kurang menyenangkan tentang hubungkait politik
yang sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan buat
dirinya sendiri. Tidak kurang juga yang menyelar sifat
terlalu jujur beliau yang tidak kena pada tempatnya.
Namun tiada seorang pun yang berkata bahawa Wan Azmi
akan mengecapi kejayaan seperti itu tanpa bantuan dari
Daim. Wan Azmi sendiri tidak pernah dan tidak akan
menyangkal pernyataan yang terakhir itu. Satu ketika
dahulu beliau pernah membandingkan Daim dan dirinya
seumpama Batman dengan Robin, yang menyusuri kegelapan
malam di daerah segitiga emas Kuala Lumpur dan
membolot urusniaga-urusniaga yang paling lumayan di
Malaysia. Untuk seketika, perkara ini ada
kebenarannya. Wan Azmi yang merupakan seorang akauntan, seperti
kebanyakan anak didik Daim yang lain, telah
meninggalkan jawatan sebagai pegawai kewangan di
Kumpulan New Straits Times secara mendadak pada tahun
1978 apabila terlibat di dalam persengketaan dengan
Dato' Junus Sudin, yang merupakan pengerusi empayar
korporat UMNO di bawah Fleet Holdings. Keputusannya
untuk beralih kerjaya itu agak kurang bijak. Junus,
yang pada masa itu bernaung di bawah Menteri Kewangan
Tengku Razaleigh Hamzah, telahpun mempunyai kedudukan
yang kukuh sebagaimana Daim sekarang.
Kemudian Desa Pachi, yang merupakan proksi kumpulan
korporat Daim untuk sekian lamanya, tampil membantu
Wan Azmi mengorak langkah ke alam korporat dengan
mengaturkan satu pertemuan di antara Wan Azmi dan
Daim, yang sebelum itu tidak pernah ditemuinya malah
kurang pengetahuan tentang dirinya. Tanpa diduga oleh
Wan Azmi sendiri, beliau telah diambil bekerja dengan
segera - pada masa itu temuramah yang berlangsung
belumpun berakhir - sebagai Pengurus Besar Peremba
Bhd., yang merupakan cabang pengurusan Rancangan
Pembangunan Bandar kerajaan yang baru dikorporatkan.
Peremba menjadi pusat Daim mengumpulkan ank-anak didik
korporatnya yang akan sedia berkhidmat kepadanya
sehingga ke hari ini. Di antaranya termasuklah
nama-nama seperti Halim Saad, Samsudin Abu Hassan,
Razali Rahman dan Hassan Abbas. Tujuannya adalah untuk
mewujudkan barisan bumiputera yang setia, pasukan
korporat Daim yang bakal membuat kejutan, bagi
mengorak langkah mengumpan kontrak- kontrak
penswastaan kerajaan yang akan dianugerahkan secara
senyap-senyap oleh regim Dr. M di dalam sedikit masa
lagi. Salah satu darinya adalah projek pembinaan UBN/
hotel Shangri La dan kompleks pejabat di tengah-tengah
segitiga emas yang merupakan projek yang terbesar di
Kuala Lumpur pada masa itu. Namun untuk sekian lamanya Perdana Menteri telah
menjadi batu penghalang kepada peningkatan kerjaya Wan
Azmi. Tidak dapat dipastikan mengapa Dr. M tidak
menyenangi dirinya sebagaimana Daim terhadapanya.
Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Daim terpaksa
berulangkali campurtangan di dalam hal anak didiknya
itu dengan Mahathir, yang seperti mempunyai
sebab-sebab tertentu untuk tidak menyenangi atau
mempercayai Wan Azmi. Dari itu Wan Azmi terus kekal
sebagai salah seorang anak didik Daim yang tidak
mendapat tempat di hati Dr. M. Hairan? Ya, memang benar. Apakah tiada sebarang
petunjuk langsung? Bukan begitu.
Semua perkara yang dibangkitkan tadi sudah mencukupi
buat Dr. M yang sering berperasangka buruk itu untuk
terus-terusan membenci Wan Azmi. Tuhan Maha Mengetahui
bagaimana Mahathir pernah menyisihkan beberapa
individu untuk alasan yang lebih kecil. Namun begitu
penulis berpendapat terdapat alasan yang lebih kuat
di sebalik tindak tanduk Mahathir yang keberatan untuk
membantu perkembangan kerjaya Wan Azmi - bapa Wan
Azmi, bekas Hakim Mahkamah Agong Wan Hamzah Wan
Mohamed Salleh. Para pembaca dari generasi muda tentu tidak biasa
mendengar nama bapa Wan Azmi itu. Sudah pasti
pembelajaran di sekolah tidak pernah menyentuh tentang
peranan yang dimainkan oleh Tan Sri Wan Hamzah pada
tahun 1998 di dalam usahanya menghalang Dr.M dari
terus memusnahkan saki-baki kebebasan dan kesucian
badan kehakiman. Tan Sri Wan Hamzah serta beberapa
teman sejawatnya telah tewas di dalam pertarungan itu,
yang memang tiada peluang untuk menang, dan bertolak
dari situ, Badan Kehakiman di Malaysia telah
disimpulkan dengan meluas sebagai salah satu yang
paling korup dan tidak berkesan di rantau ini.
Mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku
pada tahun 1988 - kemuncak dari kegiatan kempen Dr. M
selama 3 tahun untuk menghancurkan musuh-musuh politik
dan segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya - dan
catatan kisah Tan Sri Wan Hamzah yang gagal di dalam
usahanya untuk menghalang kerja-kerja halus Mahathir,
semua ini akan dibentangkan secara ringkas.
Bapa Wan Azmi dan 4 rakan sejawatnya dari Mahkamah
Agong telah digantung perkhidmatan, didakwa dengan
tuduhan -berkelakuan amat tidak wajar' seterusnya
dihadapkan secara paksa kepada satu tribunal kanggaru
yang ditubuhkan oleh kerajaan, terdiri dari beberapa
ahli panel yang akan membuat pertimbangan berkenaan
dengan pemecatan mereka. Apa yang telah berlaku
sebelum itu adalah ke lima-lima hakim tersebut, yang
bertindak dengan berani serta mengikut lunas
undang-undang, telah menghalang buat sementara satu
tribunal yang terdahulu dan satu lagi yang berasingan,
daripada menyampaikan pemerhatian yang telah dibuat
berkaitan dengan tindakan-tindakan kehakiman dan
kenyataan-kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun
Mohamed Salleh Abas kepada Yang diPertuan Agong
Malaysia. Namun tidak lama selepas itu Tun Salleh
telah dipecat oleh YDP Agong, yang menerima segala
pertuduhan yang telah dibuat dan bertindak mengikut
nasihat Dr. M, sekalipun hakim yang tertinggi di
Malaysia telah menolak untuk terlibat ataupun
bekerjasama dengan juri-juri yang berkenaan. Tindakan
rakan-rakan sejawatnya yang melaksanakan sekatan
sementara itu hanya berupaya untuk melengahkan
keputusan pemecatan yang tidak dapat dielakkan lagi
itu. Tan Sri Abd. Hamid Omar, yang mengambilalih jawatan
yang disandang oleh Tun Salleh Abas sebelum itu,
adalah orang yang bertanggung jawab memfailkan
pendakwaan ke atas ke lima-lima hakim Mahkamah Agong
di atas tindakan mereka mengeluarkan perintah sekatan
sementara itu (perlu diingat bahawa Tan Sri Hamid juga
adalah pengerusi tribunal yang telah menentukan nasib
Tun Salleh). Keputusannya, 2 dari hakim-hakim tersebut
telah dipecat manakala Tan Sri Wan Hamzah dan 2 orang
hakim lagi telah dibebaskan dari semua pertuduhan dan
dibenarkan bertugas seperti sediakala.
Walaupun telah didapati tidak bersalah, Tan Sri Wan
Hamzah merasa amat kesal dengan kempen Dr. M yang
keterlaluan terhadap kebebasan badan kehakiman dan
kesan dari campurtangan Dr. M yang telah menjadikan
mahkamah-mahkamah di Malaysia tercemar dan dengan
keadaan amat menyedihkan sekali. Sebaik sahaja
bersara, bapa Wan Azmi itu telah menjadi penyokong
kuat PAS dan turut berkempen menyuarakan bantahan
terhadap amalan rasuah dan ketidakadilan sistem
pemerintahan Mahathir dan Barisan Nasional.
Melihat kepada semua ini, dan mungkin banyak lagi,
maka niat Wan Azmi untuk berubah angin daripada
seorang ahli perniagaan kepada pemimpin politik tidak
mungkin tercapai. Satu masa dahulu beliau pernah
menaruh harapan untuk dilantik sebagai Gabenor Bank
Negara. Beliau telah berjaya menjadi ketua perbankan
pada usia yang paling muda di dalam sejarah Malaysia,
di mana pada usia 35 tahun beliau telah dilantik
sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Malayan Banking
Bhd, yang merupakan bank yang terbesar di negara ini.
Penghargaan sepatutnya diberikan kepada Menteri
Kewangan buat kali pertama Daim yang bertanggung jawab
di atas perlantikan yang dibuat pada tahun 1985 itu.
Namun disebabkan bebanan kerja yang terlalu tinggi
sehingga menelan sebahagian besar dari masanya dan
tekanan dari keluarga yang memerlukan perhatiannya,
beliau meletakkan jawatan biarpun baru 19 bulan
menyandangnya dan melupakan terus cita-citanya untuk
menerajui Bank Negara. Sekitar pertengahan tahun 90an, terdapat banyak
desas-desus mengenai Wan Azmi, yang telahpun mencapai
beberapa pengiktirafan politik sebagai Pengerusi Dewan
Perniagaan Melayu yang dipilih, yang akan
diketengahkan untuk bertanding satu kerusi yang
selamat di bawah UMNO Dr.M. Kemudian gosip terus
bertiup kencang tentang kemungkinan beliau akan
dilantik pula sebagai Menteri Kewangan.
Bekas Menteri Kewangan (kini musuh Dr. M yang
terpenjara) Anwar Ibrahim dikatakan telah bersetuju
untuk menerima Wan Azmi sebagai penggantinya, asalkan
beliau sendiri diperuntukkan satu portfolio baru dan
bersesuaian seperti Hal Ehwal Dalam Negeri. Sudah
tentu Daim tidak akan membantah. Tiada yang lebih
menggembirakan selain dari melihat anak didiknya
menduduki tempat yang paling penting di negara ini,
lebih-lebih lagi buat seseorang yang terlibat secara
aktif di pasaran saham sepertinya. Malangnya Dr.M
tidak akan membenarkan perkara itu terjadi; tiada
tempat buat Wan Azmi di dalam regimnya. Dan itulah
hakikatnya. Bagi pihak Wan Azmi pula, menurut teman-teman
rapatnya, tidak semudah itu untuk menerima sebarang
penolakan. Lantas kritikan-kritikan yang dilontarkan
olehnya terhadap Dr. M menjadi semakin lantang.
Begitupun kesetiaannya kepada Daim tetap utuh.
Rangkaian ahli-ahli korporat di Malaysia menyedari
akan ikatan kukuh di antara mereka, yang tidak akan
menjadi lemah hanya kerana sikap Dr. M yang menolak
Wan Azmi itu. Ternyata pada tahun 90an, Wan Azmi semakin dikenali
dengan peranannya sebagai penentu di dalam
urusniaga-urusniaga korporat. Beberapa peniaga di
negara ini mengajukan soalan kepada Daim. Adakah Daim
akan membuat bising tentang hal ini? Apakah beliau
akan menolaknya? Adakah beliau akan bertegas untuk
memdapatkan bahagiannya? Dan selepas itu, bagaimana
dengan Anwar? Adakah beliau akan meluluskan perkara
itu? Bolehkah Anwar meyakinkan Suruhanjaya Sekuriti
untuk menerimanya? Kedudukan yang sentiasa menjadi
perhatian ramai itu telah mendorong Wan Azmi untuk
bertindak sendiri, dengan bantuan Daim. Dan perbuatan
tersebut telah menjangkau lebih jauh dari itu.
Wan Azmi juga sedia menyelesaikan segala perbalahan di
dalam sindiket Daim yang sentiasa berkembang itu.
Penyelesaian yang dibuat terbukti membawa lebih banyak
keuntungan, seperti yang berlaku pada tahun 1990
apabila Syarikat Land & General milik Wan Azmi tampil
menyelesaikan pertelingkahan di antara Pengerusi
Berjaya Bhd. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Ketua
Multi-Purpose Holdings Bhd. Lim Thian Kiat.
Katasepakat akhirnya dicapai dan Syarikat Land &
General mendapat habuan yang merupakan salah satu dari
projek perumahan yang amat memberansangkan, Sri
Damansara MPHB, d pinggiran ibu kota. Krisis Kewangan Asia telah menjejaskan prestasi Wan
Azmi buat seketika, seperti yang menimpa kebanyakan
ahli-ahli perniagaan Malaysia baik dari kumpulan kroni
mahupun bukan kroni. Beban yang ditanggungnya amat
berat kerana Syarikat Land & General lebih banyak
bergantung kepada pergerakan pasaran saham, yang
merupakan sektor yang paling teruk terjejas oleh
krisis itu dan mungkin yang paling lambat untuk pulih
semula. Seperti yang lazim dibuat oleh Wan Azmi, sewaktu
membentangkan satu kertas kerja di acara tahunan
Persidangan Perumahan dan Hartanah Kebangsaan
Malaysia, beliau telah menyalahkan semua pihak,
termasuk dirinya dan regim Dr. M, di atas kemuraman
pasaran saham. Katanya kesilapan-kesilapan telah
dibuat oleh :- "Pihak bank yang telah mengeluarkan pinjaman dengan
berlebihan; pihak kerajaan yang telah membenarkan
tanah-tanah dibangun secara keterlaluan dan meluluskan
terlalu banyak projek; pihak pembeli yang membuat
janji-janji kosong; dan para pemimpin yang memberi
jaminan bahawa bunyi muzik itu tidak akan berhenti.
Kesalahan kami sebagai pemaju adalah satu kesalahan
yang tidak disengajakan dan kesilapan kami adalah satu
kesilapan yang tidak boleh disalahkan!"
Walau bagaimanapun para penganalisa menjangkakan
bahawa Syarikat Land & General akan berjaya
mengumpulkan kekuatan kembali selaras dengan arahan
kerajaan bagi penetapan kadar faedah pinjaman yang
rendah serta tanah seluas 10,000 ekar milik kumpulan
itu. Yang membimbangkan sebenarnya adalah kerakusan
Wan Azmi di dalam urusan perniagaannya seperti
kursus-kursus golf dan banglo-banglo di Portugal;
kegiatan perlombongan di Australia dan beberapa tempat
lain; pusat peranginan di Melaka; sebuah bank di
Mauritius, beberapa syarikat kecil di negeri
kelahirannya di Kelantan dan lain-lain lagi.
Penulis merasa yakin akan keupayaan Wan Azmi untuk
melepasi semua halangan untuk bangkit semula.
Kebijaksanaannya di dalam selok-belok perniagaan akan
banyak membantu ke arah itu. Tambahan pula, Daim tidak
mungkin membelakangkan anak didik terbaiknya itu.
Tergamakkah Batman meninggalkan Robin?
-freeMalaysia- -Terjemahan KTK6- freeMalaysia Wan Azmi: Loyal to a fault On his own, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah could have been a dynamic
businessman in just about any market economy -- but not in Malaysia, not
by himself. No, in freeMalaysia country, most top-tier corporate players must play
multiple political cards - and pay for them all - to ascend into the ranks of
Malaysia's Fortune 100 or so. Never has that been more the Malaysian
business reality than under the crony economy engineered by Mahathir
Mohamad. The price of admission varies, but it's never cheap. Some corporate players
hedge their bets among several political patrons, despite the higher cost.
Others, including most of the leading Malay entrepreneurs, are more
beholden to a single patron. In tandem with their patron-protectors, these
Bumiputera businessmen ascend the corporate ladder; and they usually
tumble when their patrons stumble. Wan Azmi has enough sense to see the value of hedging his political bets for
long-term corporate stability. But he didn't. Instead, he stayed by his main
patron, two-time Finance Minister Tun Daim Zainuddin.
In that sense, Wan Azmi could be a character in a modernized version of the
Malay Annals: The smart and ever grateful adjutant, who concedes no wrong
in his former master's excesses and even publicly professes his admiration for
his contributions to Malaysia. He acknowledges that he owes much to his
mentor for giving him the key to the upper business echelons, and he remains
grateful, even when the relationship starts to damage his business and
professional future. Still, one wonders if Wan Azmi could have been more, done more, advanced
Malaysia more, and achieved a whole lot other mores, if only he didn't
succumb to the fool's golden handcuffs of Malaysia's crony capitalism. That's
the tragedy of Wan Azmi and of every other worthy Malaysian businessman
and entrepreneur who succumbs to a system that extracts maximum gains for
the few at the expense of the many. Given the near unshakeable status of Malaysia's crony corporate system, it's
hard to find a mountain of fault with Wan Azmi. His is a bittersweet success
story about a guy who has worked hard, studied hard and learned some hard
lessons, both professional and personal. It's more than most Daim protégés
have to tell. Still, Wan Azmi will never be able to say he did it his way, his own way. And
Malaysian corporate history won't be able to prove otherwise.
Wan Azmi's friends say he is bright, engaging, even fun in casual
conversation. Business acquaintances say that he knows his stuff and that he
usually deals fairly with them. His employees say he's a classy but
demanding boss with a big heart. Some friends say Wan Azmi has a justifiably large ego; others say that it can
be insufferably large. A few say he's too witty and sarcastic about the political
establishment for his own good. Some even say that he's too damn honest for
his own good. But NONE say that Wan Azmi would have been what he is
today had he not played ball with Daim.
Wan Azmi has never, ever disagreed with the last point. He even once
satirically compared Daim and himself to Batman and Robin, swooping down
at night upon Kuala Lumpur's Golden Triangle district and grabbing for
themselves Malaysia's richest corporate deals. For a while, this wasn't far
from the truth. An accountant, as are so many of Daim's protégés, Wan Azmi abruptly left
The New Straits Times Group in 1978, where he was financial controller, after
apparently having had a clash with Dato' Junus Sudin, who was then
chairman of the United Malays National Organization's corporate empire
under Fleet Holdings. It wasn't a smart career move. Junus, whose political
patron at the time was Finance Minister Tengku Razaleigh Hamzah, was as
much the corporate kingpin of his day as Daim is today.
Longtime Daim corporate proxy Desa Pachi stepped in to help Wan Azmi get
back onto the corporate fast track by arranging a job interview for him with
Daim, a man whom Wan Azmi had never met and was only vaguely aware of.
Wan Azmi, to his astonishment, was hired on the spot -- even before the
interview was completed -- as general manager of Peremba Bhd., the newly
privatized management arm of the government-owned Urban Development
Corp. It was at Peremba that Daim assembled the corporate corps of protégés that
would serve him to this day. Some of them, such as Halim Saad and
Samsudin Abu Hassan, freeMalaysia has already profiled; others, such as
Razali Rahman and Hassan Abbas, may have their day. The idea was to
create a cadre of loyal bumiputeras, Daim's corporate shock troops, to begin
snaring the many privatization contracts that soon would be secretly awarded
by Dr. M's regime. And for practice, Daim's boys cut their teeth on what then
had been the largest construction project of its day in Kuala Lumpur, the
UBN/Shangri-La hotel and office complex in the heart of the Golden Triangle.
But there has long been a major obstacle in Wan Azmi's career path -- the
Prime Minister. freeMalaysia isn't sure why Dr. M didn't take the same shine to
him as did Daim. We are even more puzzled as to why Daim repeatedly has
had to intervene on his former protégé's behalf with Mahathir, who for some
reason dislikes or deeply mistrusts Wan Azmi. Wan Azmi remains among the
few Daim dandies whom Dr. M hasn't accepted as his own.
Puzzled? Yes, we are. Clueless? No. Snippets from friends and
acquaintances of Wan Azmi, as well as from the good old KL grapevine, help
explain the troubled relationship:
These alone would be reasons enough for the intensely paranoid Dr. M to
take an immediate and lasting dislike to Wan Azmi. God knows Mahathir has
cast aside other men and a few women for less. But freeMalaysia thinks that
there is a more fundamental reason for Mahathir's unwillingness to advance
Wan Azmi's career -- Wan Azmi's father, former Supreme Court Judge Wan
Hamzah Wan Mohamed Salleh. Younger readers of freeMalaysia might not be familiar with Wan Azmi's bapak.
They certainly haven't been taught anything in school about the 1988 role
Tan Sri Wan Hamzah played in attempting to prevent Dr. M from eviscerating
the last vestiges of judicial independence and integrity. And it was because
he and his fellow honest judges lost the battle -- not that they stood a
chance of winning -- that today's Malaysian judiciary is widely regarded as
among the most corrupt and least competent in the Commonwealth.
To recap the events of 1988 -- the culmination of Dr. M's despicable
three-year campaign to crush his political rivals and critics -- and Tan Sri
Wan Hamzah's part in unsuccessfully stopping Mahathir's intrigues,
freeMalaysia will be brief. Wan Azmi's father and four of his Supreme Court
colleagues were suspended, charged with "gross misbehavior" and forced to
face a kangaroo, government-appointed tribunal, impaneled to consider their
dismissals. Basically, the five jurists, acting legally and bravely, temporarily blocked an
earlier and separate -- but equally rigged -- tribunal from delivering its
findings on the judicial actions and statements of former Lord President Tun
Mohamed Salleh Abas to Malaysia's king. Tun Salleh, nonetheless, was later
sacked by the king, accepting the allegations of and acting under the advice
of Dr. M, even though Malaysia's highest judge refused to appear before or
cooperate with the so-called jury of his peers. His colleagues' temporary
restraining order merely delayed the inevitable firing.
It was Tun Salleh's successor, Tan Sri Abdul Hamid Omar, who filed the
charges against the five Supreme Court Justices for issuing the restraining
order. (Bear in mind that it was Tan Sri Hamid who was chairman of the
tribunal that determined Tun Salleh's fate.) Two of the jurists were fired, while
Tan Sri Wan Hamzah and the other two judges were cleared of all charges
and reinstated. Though found not guilty, Tan Sri Wan Hamzah was deeply embittered by the
viciousness of Dr. M's campaign against the judiciary's independence and of
the corrupt, sorry state to which Mahathir drove the Malaysian courts. Upon
retiring, Wan Azmi's father became an avid supporter of Parti Islam
se-Malaysia, or PAS, and an articulate campaigner against the corruption
and injustice of the Mahathir administration and the ruling Barisan coalition.
For all these reasons and perhaps more, Wan Azmi was never able to
navigate his yearned-for transition from businessman to governmental leader.
For a while, he had hoped to be appointed Governor of Bank Negara. After
all, he had become the youngest banking chief in Malaysia's history, when at
35 years of age he was named president and chief executive of the nation's
largest bank, Malayan Banking Bhd. That was in 1985, thanks to his
appointment orchestrated by first-time Finance Minister Daim. But because of
the job's time-consuming demands and pressing family obligations, Wan Azmi
resigned from the post after only 19 months and abandoned any hope of
heading the central bank. And there was plenty of chatter in the mid-1990s about Wan Azmi, after
having established some political credentials as the elected head of the
Malay Chamber, being positioned to run for a safe seat under Dr. M's United
Malays National Organization. Then after a brief interval, so went the gossip,
he would be appointed Finance Minister.
Former Finance Minister (and now jailed rival of Dr. M) Anwar Ibrahim was
said to be all for Wan Azmi as his successor, as long as he was given a new,
suitable portfolio, such as Home Affairs. And fM can't imagine Daim objecting.
What could be better than to have his star protégé holding the most important
regulatory post in the nation, especially for a market wheeler-dealer like
himself? But Dr. M would have none of it; no room would be made for Wan
Azmi in his regime. And that was that.
Wan Azmi, say acquaintances, didn't take rejection easily. His remarks about
Dr. M became even more caustic. But his loyalty to Daim remained as firm as
ever. And Malaysia's network of corporate insiders was well aware of their
unshakeable bond, not weakened in the least by Dr. M's rebuff of Wan Azmi's.
Indeed, in the 1990s, Wan Azmi flourished in the widely recognized role as
the initial sounding board for corporate deals. Would Daim balk? the country's
deal makers asked him. Would he reject? Would he insist on his usual cut?
And, later, what about Anwar? Would he approve the deal? Could Anwar get
the Securities Commission to accept it? It was and still is an enviable position
that Wan Azmi cut out for himself, with the help of Daim. And it went even
deeper than that. Wan Azmi also was on hand to settle disputes within Daim's ever-expanding
syndicate. The resulting settlement deals proved lucrative, such as the time in
1990 when Wan Azmi's property-and-timber group Land & General Bhd.
stepped in to settle a corporate brawl between Berjaya Bhd. chief Tan Sri
Vincent Tan Chee Yioun and Multi-Purpose Holdings Bhd. boss Lim Thian
Kiat. The feud settled, Land & General walked off with control of one of the
country's most promising residential property projects, MPHB's Sri
Damansara, on the outskirts of the Malaysian capital.
The Asian financial crisis has temporarily taken the wind out of Wan Azmi's
sails, as it has for many Malaysian businessmen, crony and un-crony alike.
It's been especially hard for him, as his Land & General's prospects depend
largely on a buoyant property market, the sector hardest hit by the crisis and
probably the slowest to pull out of the recession.
In typical Wan Azmi fashion, he spared no one in placing the blame for the
property market's dismal outlook, including himself and the Mahathir regime, in
a paper he delivered a year ago before Malaysia's annual National Real
Estate Convention. He said that mistakes were made by:
"Bankers who force-fed us with too much credit; Governments who allowed
us to convert too much land and approved too many projects; Buyers who
failed to keep their promise to be around at our sales launches; and leaders
who promised the music would never stop. Our guilt as developers was the
guilt of naivete and our mistake was the mistake of innocence!"
Still, analysts reckon that Land & General will be able to hold life and limb
together, thanks largely to government-mandated low interest rates and the
group's attractive 10,000-acre land bank. It's Wan Azmi's personal business
forays that have analysts worried, such as golf courses and bungalows in
Portugal; mining operations in Australia and elsewhere; his island resort of
Malacca; a bank in Mauritius; a bunch of tiny manufacturing companies in his
home state of Kelantan; and so on. freeMalaysia is a bit more sanguine about Wan Azmi's survivability. His smarts and business know-how should see him through. Besides, Daim isn't likely to abandon his finest protégé. Would Batman ever forsake Robin? |