Laman Webantu KM2A1: 4279 File Size: 16.1 Kb * |
TJ MT MGG: Dr.M-Daim: Merajuknya Seorang Napoleon? By M.G.G. Pillai 22/4/2001 8:20 am Sun |
MGG 8901 [Sekali lagi Mahathir gagal mempamirkan ketelusan
di dalam pentadbirannya sehingga khabar angin menjadi
teramat popular. Rakyat dibiarkan tidak tahu apa yang
berlaku di balik tabir seminggu lamanya ketiadaan Daim.
Walaupun Daim mungkin tiada, itu tidak akan membersihkan
segala-galanya kerana bayangnya tetap ada dan tidak akan
dapat ditandingi walaupun oleh Mahathir sendiri kerana
kroni Mahathir dan Umno sendiri akan terjunam juga. Daim
perlu ditiadakan dalam tidak diapa-apakan jika tidak
Mahathir akan lebih sengsara kerana dahsyatnya kuasa
wang Daim di mana-mana. Daim seperti menyelamatkan Mahathir menjelang Perhimpunan
Agung Umno kerana dia tiada dua bulan lamanya agar isu
ekonomi tergantung sahaja kerana tiada orangnya. Ini pun
menyelamatkan Mahathir juga.. sebagaimana diteka oleh tv3.
- Editor (cuba meneka juga kerana tidak telusnya negara)]
Dr.M-Daim: Merajuknya Seorang Napoleon?
(Dr.M-Daim: Napoleon gone apart?) Desas desus telah menunjukkan realitinya. Perdana Menteri Dr.
Mahathir Mohamed, telah mengesahkan menteri kewangan, Daim
Zainuddin, telahpun mengambil dua bulan cuti sejak dua minggu
yang lalu. Namun dia menafikan desas desus kedua betapa Daim
sudahpun meletakkan jawatannya. Mahathir menuduh orang lain
kerana menyebabkan ini semua, tetapi lagi galak dia dan kerajan
bertindak secara rahsia dan menggunakan peraturan, tanpa
mengambil kira martabat Parlimen; kebenaran yang terselindung di
sebalik semua desas-desus itu semakin menyerlahkan
kebenarannya. Apabila Mahathir menjelaskan Daim tidak akan menghadiri sidang
kabinet ataupun mesyuarat UMNO ketika bercuti itu tetapi akan
berada di pejabatnya di Perbendaharaan untuk membuat kerja-kerja
biasa, tentu sekali ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.
Dia bercuti sedangkan dia tidak pula melepaskan kerjanya. Dari
tarikh mulanya percutian itu seorang pemangku menteri
mengambil-alih tugasnya. Kenapa pula dia ada di tempat kerja?
Ketika desas-desus ini bergoncang begitu kencang kenapakah Dr.
Mahathir menunggu selama seminggu untuk mengumumkannya?
Kenapakah penting sangat percutian itu sehinggakan dia tidak
menghadiri mesyuarat UMNO? Desas desus di ibukota menyatakan Daim telah menyerahkan surat
perletakan jawatan. Dia meminta Mahathir membubuh tarikh tamat
kerja sesuka hatinya dan memberitahu dia mahu bercuti selama dua
bulan dulu. Dengan lain perkataan Daim telah melepaskan beban
itu kepada Perdana Menteri. Berita angin mengenai apa sebenarnya
berlaku telah diperakui oleh pegawai tinggi kerajaan yang
sepatutnya tahu menahu apa yang sepatutnya telah berlaku;
memberikan petanda benarnya perkara itu. Apabila Dr. Mahathir
cuba berahsia dalam mengumumkan percutian Daim itu, ia
mencetuskan lebih banyak soalan daripada jawapannya.
Daim memang sedang teruk ditekan, oleh kabinet, kerajaan, UMNO
dan juga Parlimen. Cara kerajaan menyelamatkan pemegang utama
saham MAS, Tajuddin Ramli merupkan sesuatu yang dipaksakan ke
atas kabinet yang memberikan persetujuan secara 'fait accompli'
(satu peristiwa berlalu yang dibincangkan).
Dr. Mahathir menjadi berang apabila dana EPF (KWSP) telah
digunakan untuk menyelamatkan, mengikut perkataannya sendiri,
'sebuah syarikat swasta'. Itulah status TimeDotCom yang
sebenarnya. Dia telah bertanya Daim berapa tanggungan EPF dalam
perkara itu. Daim mempunyai kuasa mengawal secara terus ataupun
melalui proksi, sekitar 60 persen saham-saham yang tersenarai di
BSKL. Setiap kali kerajaan menswastakan asset kerajaan proses
penswastaan itu dikaitkan kepada kroninya atau pun
anak-didiknya. Berpisah Haluan UMNO telah mendesak satu penyata perakaunan akan semua asetnya
selepas terkuburnya UMNO (asal) pada 1987 dulu, dan setelah
syarikat pelaburannya ditutup. Sebagai bendahari UMNO Daim tidak
pernah mengemukakan akaun terperinci pelaburan UMNO itu. Dalam
beberapa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, tekanan semakin galak
diarahkan kepadanya sehinggakan dia ponteng mesyuarat itu untuk
menyediakan penyata akaun menunjukkan betapa besarnya kerugian
yang ditanggung selama ini. Adalah tidak logik membuat andaian
bahawa akaun pelaburan UMNO sedang sihat bugar sedangkan
syarikat persendirian kebanyakannya sudah hampir di bibir kancah
kemuflisan. Malahan, MP PAS Mohamed Sabu pernah bercakap dengan penuh kiasan
menghenyak Daim di Parlimen. Mohamed Sabu semakin berani
bersuara lantang, sejak bilangan wakil pembangkang sudah
bertambah sekarang. Dalam satu sessi parlimen Mohd Sabu telah
mengemukakan soalan siapa gerangannya 'wanita bernama Josephine'.
Dia adalah CEO (Ketua Eksekutif) sebuah bank (mungkinkah Bank
Perikatan MGG? - penterjemah) dan telah diberikan satu kontrak
menyediakan komputer kepada hospital kerajaan bernilai RM1,000
juta (satu billion): dan apakah benar Joesphine ini mempunyai
seorang 'Napoleon' yang berbadan sontot dan bermisai kontot?
Mohd. Sabu selalu dikritik oleh akhbar perdana, menunjukkan ada
udang di sebalik batu sindirannya.
Perkara ini tidak dilaporkan oleh media perdana tetapi menjadi
bahan jenaka di ceramah-ceramah merata negara. Rakyat marhaen
mempercayainya. Begitu juga di kalangan pegawai kerajaan.
Mereka memang tidak suka Daim berada dalam kabinet: kalau
diperlukan juga, dia seharusnya tidak diamanahkan potfolio
kewangan dan menyelia dasar ekonomi di jabatan perdana menteri.
Nampaknya, Dr. Mahathir sudahpun mempercayai perkara ini: dia
telah melantik dua orang untuk menjadi penasihat-khas ekonomi.
Seorang ialah Ali Abul Hassan Sulaiman bekas Gabenor Bank
Negara, dan Nor Mohamed Yakcop. Apakah perlunya dua penasihat
ini sedangkan Daim masih merupakan penasihat ekonomi kepada
kerajaan? Ini hanya satu desas-desus lagi betapa Dr. Mahathir
dan Daim sudah melakar haluan sendirian untuk berpisah arah.
Mereka sudah tidak sebulu lagi.
Akhirnya nanti semua ini akan menjadi satu pertembungan kerana
mereka berdua memang degil orangnya. Inilah bahana riak dengan
kegemilangan yang silam - betapa segala yang mereka lakukan dulu
semuanya betul belaka. Mereka telah perlekehkan nasihat IMF,
memikirkan formula mereka adalah lebih berguna, lantas
mencubanya, dengan pelbagai dasar dan teori mengikut acuan
sendiri. Kecundang adalah hasilnya. Ternyata wujudnya terlalu banyak kepentingan peribadi dalam
segala kemalapan daripada bonanza ekonomi dan kewangan dulu. Di
situlah bermulanya segala kesilapan itu. Apabila kerajaan
semakin angkuh untuk bersikap autokratik, semakin cuailah cara
pengurusan kewangan negara itu jadinya. Segala projek mega yang
dibina untuk bermegah sebagai sebuah negara yang maju, kini
menghukum rakyat jelata untuk terus menanggung malu.
Ketiadaan Kawalan dan Perimbangan
Malaysia hampir lemas kerana hutang, kebanyakannya disebabkan
dasar pemerintahan yang sumbang dan kecundang. Sistem perbankan
memang mencelaru. Kalaulah Danamodal dan Danaharta tidak
diwujudkan untuk mengambilalih hutang yang tidak berbayar,
bank-bank negara ini sudah lama ranap dan lingkup seperti yang
berlaku di Amerika Syarikat ketika 'Great Crash of 1929' dulu.
Bagaimanapun kita menelitinya, Malaysia sedang menghampiri
jurang kemuflisan itu. Keadaan menjadi lebih buruk apabila
desas-desas yang bertiup kencang akhirnya menjadi kebenaran yang
terang. Kerajaan sedang wujud tanpa sesiapa yang melakukan
kawalan dan imbangannya. Malahan kerajaan tidakpun memberi
penghormatan kepada Parlimen seolah-olah tidak lagi yakin
kepadanya. Kerajaan berlagak sebagai pihak yang serba-tahu dan
tidak ada sesiapa yang boleh mencabar semua itu. Begitulah
sikapnya satu ketika dulu. Kini keadaan perubahan akan menukar
semua itu. Persaraan Daim adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. UMNO
telah menganggapnya sebagai seorang bijaksana yang banyak
dosanya dan Mahathir adalah ketuanya. Sebagai seorang ahli
majlis tertinggi yang tidakpun perlu diundi dan diberikan pula
jawatan bendahari, dia mempunyai kuasa yang tidak ada tolok
bandingannya lagi. Dia sudah dicabar kini. Dia dituduh kerana
putar-belitnya merencana apa yang sudahpun berlaku kepada
timbalan perdana menteri yang teraib dan terpenjara. Gelagatnya
memihak sesiapa yang berkemungkinan menjadi bakal perdana
menteri mencetuskan banyak bantahan sehinggakan menjadi satu
pertaruhan yang selamat betapa sesiapa yang disokongnya itu
tidak akan berjaya meragut impiannya.
Tetapi, apabila semua ini tidak diperjelaskan secara terbuka
setiap kali ia tercetus, krisis mengejut seperti yang berlaku
kini berkaitan dengan percutian Daim dan apakah dia akan
meletakkan jawatannya pasti menyebabkan tercetusnya kekeliruan.
Tetapi, ada satu desas-desus yang semakin jelas kebenarannya:
Tidak lama lagi, Dr.Mahathir akan menjadi menteri kewangan. Satu
kuda hitam yang namanya tidak akan saya sebutkan sekarang, akan
menjadi penasihat ekonomi dan akhirnya menjadi menteri kewangan
pula. Apakah ini yang dikatakan berita angin? Mungkin ya, mungkin
tidak! Rencana Asal: malaysiakini 20 April 01 MGG Pillai When he explains that Daim would attend neither cabinet
nor UMNO meetings while on leave but would be in office at
the Treasury to look at papers, something surely is wrong.
He is on leave, or he is not. From the date his leave
begins, an acting minister takes charge. So, why is he then
at work? When these rumours were persistent, why did Dr
Mahathir wait a week before announcing it? Why is it
important that he would not attend UMNO meetings?
The rumour in town is that Daim gave Dr Mahathir his
resignation, asked him to date it at his convenience, and
told him he is going on two months' leave. In other words,
Daim forced it upon the Prime Minister. Rumours about what
happens in the government, and that high ranking officers
who should know believe it, indicates the truth of it.
When Dr Mahathir announced Daim's leave as stealthily, it
raised more questions than answers. Daim is under pressure: in the cabinet, in the
governmnt, in UMNO, in Parliament. The government rescue of
MAS's principal shareholder, Tajuddin Ramli, was forced upon
the cabinet, which gave it approval as a fait accompli.
Dr Mahathir is annoyed that EPF funds were used to bail
out, in his words, "a private company", which TimeDotCom is.
He asked Daim for how liable EPF is. He controls, directly
and indirectly, about 60 per cent of the counters on the
KLSE. Every major privatisation of government assets is
linked to his cronies and his proteges.
Separate ways UMNO demands an accounting of its assets after the
breakup of the old UMNO in 1987, and its investment arm
broken up. Daim, as UMNO Treasurer, has not given a
detailed report of what is held and what its position is.
In recent meetings of the UMNO supreme council, the pressure
on him to reveal all is so great that not attending UMNO
meetings would allow him time to write a report on how much
it has lost. There is no reason to assume that UMNO
holdings would be well taken care of when personal holdings
are at the brink of bankruptcy. More than that, the PAS MP, Mohamed Sabu, has
mercilessly put Daim in a spot with his cutting remarks.
He is so persistent in raising what would not if the
opposition did not have the numbers it has now. In one
session, he wanted to know who "this Josephine" was, since
she is CEO of a bank and is awarded the RM1,000 million
computerisation of government hospitals; and if her
"Napolean" is a short man with a moustache. That Mohamed
Sabu comes up for criticism in the mainstream press suggest
that his barbs hit home. This is not reported in the newspapers, but is widely
told on the "ceremah" circuit. People believe it. Even in
government. They do not believe that Daim should be in the
cabinet at all; that if he should be it should not be in an
important portfolio as finance, and overseeing economic
policy in the prime minister's department.
Obviously, Dr Mahathir himself believes this now: he
has appointed as his special economic advisers, Ali Abul
Hassan Sulaiman, the former Bank Negara governor, and Nor
Mohamed Yakcop. Why should he have them when Daim is
already economic adviser to the government? It is still
just a rumour but Dr Mahathir and Daim are going their
separate ways, and do not see eye-to-eye on just about
everything. Ultimately, all this has come to a head because the two
men believed in their own belief that nothing on earth could
fell them. They lived in their past glories, that what they
did once correctly -- in defying IMF advise -- would work
their magic in other fields, with different skills, and
different policies in changing circumstances. It did not.
There was self-interest in the fallout of this economic
and financial bonanza. That is where everything went wrong.
The more autocratic the government became, the more
lackadaisical in maintaining the country's finances. The
massive projects to show Malaysia had arrived as a nation
was at the cost of its future. Sans checks and balances Malaysia is immured in so much debt -- mostly from its
failed policies -- that the banking system is in a mess, and
if Danamodal and Danaharta were not set up to take over the
non-performing loans, it would have collapsed as
spectacularly as it did in the United States during the
Great Crash of 1929. However you look at it, Malaysia is on the brink of
one. It is made worse by rumours eventually turning up to
be correct. The government runs without checks and
balances, and does not even take Parliament into its
confidence. It has the answers, and no one else can
challenge it. It did once. But it does not any more.
Daim's resignation is therefore inevitable. UMNO
regards him as the evil genius behind Mahathir. For an
unelected senior UMNO leader, as Treasurer, he wields
immense power, and uses it. But he is challenged. He is
blamed, willy nilly, for what happened to the jailed former
deputy prime minister. His behind-the-scenes moves to align
himself with whomsoever is the next prime minister causes so
much resentment that it is a safe bet that he whom he backs
could not possibly succeed. But when all this is not explained in public as and
when it happens, sudden crisis like now over his going on
leave and if he would resign as well, it creates an
unnecessary stir. But the rumour is clear on this: In due
course, Dr Mahathir would be finance minister, while a dark
horse, whom I shall not name now, would be economic adviser
and eventually finance minister. But are these rumours? Well, yes and no!
M.G.G. Pillai |