Laman Webantu KM2A1: 4280 File Size: 12.9 Kb * |
TJ KTK 5: fM: B2 Klon Dr. M By freeMalaysia 22/4/2001 8:40 pm Sun |
KTK 0501 [Anak-anak Mahathir bukanlah berbakat sangat berniaga.
Ini dapat dibaca kerana mereka tidak pernah pun menjadi
rebutan untuk berceramah di mana-mana mengenai kejayaan
mereka. Mereka berjaya kerana semua datang kepada mereka -
bukan mereka mengejar dan mendapatkannya. Patutlah mereka
mudah merosakkannya kerana boleh diambil yang lain pula
atau bantuan akan menjelma mudah dengan mengadu kepada
ayahanda. Penceburan anak Mahathir dalam bidang perniagaan tidak
disanggah oleh Daim dan anak didiknya kerana terlalu banyak
projek yang ada sebelum krisis itu sudah mencukupi buat
semua. Tetapi sekarang lain pula keadaannya. Semua sesak
nafas kerugian kerana projek tidak cukup untuk dibalun akibat
kemelesetan ekonomi. Maka mulalah mereka bergaduh sesama
sendiri sehingga teruk jadinya ekonomi hari ini. Semua
mahu diselamatkan dulu tetapi pelampung tidak mencukupi...
- Editor ] freeMalaysia Bahagian 2
Warisan Mahathir nanti, satu masa apabila yang sedikit menipu
yang ramai, ketika yang segelintir itu mencuri suara ramai,
apabila yang segelintir menjajah yang ramai dan apabila yang
sedikit itu akan mengajak yang ramai terjun ke dalam jurang
yang dalam. Semua itu akan mengambil masa yang lama untuk
diperbetulkan. Itu pun kalau ia boleh dibetulkan, tanpa
mencetuskan revolusi rakyat yang kini sentiasa menghantui
pemerintahan pasca-Suharto di Indonesia.
Bukannya satu kerja mudah untuk menyentak ekonomi Malaysia
menjauhi punting susu para kroni yang bermaharajagila selama
Mahathir berkuasa. Formula kejayaan perniagaan mereka selama
ini adalah berdasarkan formula yang disebut sebagai acuan
sendiri yang disogokkan kepada golongan elit dunia korporat dan
yang telah dikaji dan ditiru oleh generasi pemimpin niaga yang
menyusul kemudiannya. Turut mengancam ialah kemunculan satu kumpulan rakyat Malaysia
yang turut dianggotai oleh anak-anak Mahathir yang akan
menentang sebarang usaha pembaharuan dalam apa bentuk jua
berkaitan dengan penyusunan struktur politico-korporat masa
kini. Sebarang perubahan, terutama sekali yang berbentuk
pembaharuan selalunya mengundang kegelapan kumpulan itu..
Ahli-ahli kumpulan ini hanya perlu menoleh kepada Indonesia dan
wilayah lain di rantau ini untuk melihat apa yang masih ada
untuk mereka seandainya Dr. M ataupun akhirnya, seorang wakil
peribadinya tidak lagi wujud untuk memberi perlindungan kepada
mereka. Ketika persekitarannya semakin tergugat dan mengancam itulah
waktunya Dr. M membuat pilihan untuk membawa masuk anak-anaknya
ataupun 'Klon M' itu. Pada tahap awalan dia telah memberi
ingatan agar mereka berhati-hati, dan perihatin kepada bahana
keresahan yang akan tercetus di kalangan masyarakat niaga UMNO,
yang sudah pasti kegusaran akan kehilangan peluang. Apatah lagi
dengan wujudnya kebencian di kalangan akar umbi terhadap
dinasti politico-niaga itu. Sekali lagi, Indonesia menyediakan
satu halaman ingatan terhadap cabaran ini, untuk dikaji dan
diteliti oleh para kroni di Malaysia dan juga kumpulan
rakyatnya yang masih tulus ikhlas lagi.
Sememangnya, ada satu ketikanya apabila anak-anak Mahathir itu
dianggap sebagai satu bahan ancaman yang penting oleh klik
kroni yang lama bertahan. Mereka itu telah ditafsirkan oleh
golongan yang mencemburui masa depan mereka itu sebagai tamak
dan haloba, kumpulan korporat yang sambil lewa, tidak serius
berniaga, angkuh, terlalu bergantung kepada bapa (Dr. M), lembap,
rakus, didalangi (oleh bapa), kuat rasuah, punyai keistimewaan,
manja dan sengaja korup. (Ramai kroni veteran yang beranggapan
'Klon M' ini masih lagi mempamerkan gelagat itu semua).
Para pengkritik 'Klon M' ini mungkin mempunyai kebenarannya.
Tetapi, apakah gelagat itu tidak boleh dirujukkan kepada mereka
juga? Tentu boleh, secara pasca-krisis, 'Klon M' dan para
kroni semuanya mempunyai ciri-ciri perwatakan yang seakan-akan
sama, boleh dikumpulkan setongkang, dan terlalu memerlukan
bantuan untuk diselamatkan oleh regim Mahathir.
Masa berterusan, selagi ekonomi terus berkembang dan kuasa politik
Mahathir terus bertahan, jaringan kroni itu menerima masuk
'KlonM' sebagai ahli persekongkolan mereka. Mereka memang tidak
punyai banyak pilihan. Anak-anak yang dulunya bermain di jalan
belakang kini mesti ditonjolkan sebagai pemain baru dalam pasukan
mereka. Tidak siapa yang berani membantah kerana takutkan
padahnya. Bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim menyedari
perkara ini, dan terpaksa menanggung azab kerananya.
Walau bagaimana pun, 'Klon M' meningkat naik secara perlahan,
berbeza dengan fenomena yang dialami oleh anak-anak Suharto.
Pada tahap awalan aktiviti mereka, telah dicongak begitu rapi
untuk tidak menjejaskan jaringan niaga yang sedia ada hingga
mencetuskan perbezaan bersahaja dengan dinasti besar yang wujud
di negara jiran, di Indonesia. Malahan, jenis urus niaga
yang mula-mula diceburi oleh 'Klon M' dan yang mereka mahu
kuasai dianggap perniagaan yang lembap dan tidak menarik.
Pada waktu yang sama di bahagian akhir awal 1990-an,
tercetuslah kesenangan kepada perkampungan kroni di mana hampir
semua yang ditaja oleh kerajaan adalah merupakan peluang yang
sedia diperolehi. Hak penswastaan kepada perkhidmatan awam
yang asas seperti jalan raya, penyaluran air, pelupusan sampah,
tebus tanah, jana kuasa, penyiaran awam, telekomunikasi,
pembangunan projek mega, dan lain lain lagi. Para kroni, tidak
kira yang besar mahupun yang kecil, telah berbaris
berbondong-bondong menampung ihsan untuk mendapatkan projek
usaha sama perindustrian - seperti auto, empangan, teknologi
canggih maklumat, industri aerodinamik, dan banyak lagi.
Ada pihak yang berpendapat, kemunculan lewat 'Klon M' itu ada
bersebabnya. Dr. M mahukan mereka mempelajari selok-belok dunia
perniagaan itu dengan amalan praktikal dulu. Namun, fM
berpendapat itu bukan sebabnya yang sebenar. Besar kemungkinan
Daim dan para kroninya serta jaringan urusan niaganya belum
bersedia lagi memberi ruang kepada anak-anak Mahathir itu.
Penyertaan mereka secara mendadak sudah tentu akan menggugat
satu perjanjian Mahathir-Daim yang sudah lama termeterai. Itulah
perjanjiannya di mana Dr. M berkuasa dalam dunia politik dan
Daim mengungguli dunia niaga. Peluang niaga masih memihak kepada mereka berdua, kerana
lonjakan ekonomi sejagat telah mampu memberi ruang yang
secukupnya kepada kedua-dua keluarga dan jaringan niaga mereka.
Mereka berjaya bernafas seiring jalan dan mampu saling
bantu-membantu. 'Klon M' akhirnya dijemput turut serta sebagai
sebahagian kumpulan geng dan menerima jemputan terbuka untuk
turut serta dalam majlis makan-sebanyak-mana yang terdaya oleh
kontrak kerajaan dan kemudahan pelaburan yang disediakan jua.
Semua ini adalah santapan duniawi kepada mereka yang sanggup
membayar harganya dan mengikut rentak ragam peraturan yang
ditetapkan oleh Dr. M sahaja. Lagipun, kesanggupan untuk menerima penglibatan bersama 'Klon M'
itu membuka peluang lagi untuk mendapatkan penyertaan peluang
niaga yang lebih istimewa yang memang tidak mudah diberikan
kepada sesiapa sahaja. Sebagai anak-anak kepada perdana menteri
tentulah pembabitan mereka itu memberikan banyak bonus dalam
neraca perakaunan syarikat yang melibatkan mereka. Siapakah
yang boleh menandingi taraf kemuliaan mereka? Siapakah yang
boleh memberikan jaminan betapa sesuatu urusan niaga itu akan
ditunaikan, tidak kira berapa kosnya dan apa pula hambatannya?
-Terjemahan KTK10- ...bersambung... Rencana Asal: freeMalaysia Part 2 Mahathir's legacy -- a time when the few cheated the many,
when the few stole the voice of the many, when the few ruled
the many and when the few led the many into the abyss --
may take years to undo. And that's if it can be undone, short
of the sort of revolution now roiling post-Suharto Indonesia.
For it won't be easy to wean Malaysia's economy off the
crony teat. Dr. M's business-success formula is THE only
formula known by the country's corporate elite and studied
and imitated by its next generation of business leaders.
It's into this now precarious environment that Dr. M admitted
his Boys. At first he urged them to exercise caution, aware of
the backlash it could create within UMNO's business-minded
elite, who stood to lose ground with their emergence, and of
the electorate's disdain for political-corporate dynasties.
Again, Indonesia had been a daily reminder of this threat, for
Malaysian cronies and upright citizens alike.
Indeed, there was a brief period when the Mahathir Boys
were perceived as a significant potential threat by the
established crony clique. They were portrayed by their
then-envious future crony colleagues as: greedy, corporate
dilettantes, not business savvy, brash, dad-dependent,
somewhat slow, indulged, coached, bribed, privileged,
nudged, co-opted and just plain corrupt. (Some senior
cronies think the Boys continue to exhibit these traits.)
The boys' critics probably were right. But couldn't most of
these traits also be used to describe the critics themselves?
Certainly, post-crisis, Boys and cronies alike appear
indistinguishable parts of the same incompetent fraternity, in
dire need of being saved and revived by the Mahathir
regime. Over time, as the economy continued to expand and Dr. M's
political power prevailed, the crony network admitted the
Boys into their corporate crew. They had little choice. The
back street boys had to be made the new kids on the block.
Object at your own peril. Former Deputy Prime Minister
Anwar Ibrahim found this out the hard way.
Still, the Boys emerged slowly, unlike the Suharto Kids. And
their early corporate moves were calculated to cause little
disruption to the prevailing network's business interests and
scant comparison with the neighboring dynasty in Indonesia.
In fact, the businesses the Boys were initially keen to acquire
were considered rather passé and drab.
At the same time, toward the end of the early 1990s, it was
boom-time in cronyville, where almost everything was
coming up for grabs. Privatization rights to fundamental public
services -- such as roads, water delivery, waste treatment,
land reclamation, power generation, public broadcasting,
telecommunications, mega-development projects, etc.
Cronies large and small were shoving their way to the
forefront of Dr. M's harebrained industrialization ventures --
such as autos, dams, sophisticated information technology,
the aerodynamic industry, etc. Some have said the Boys' late start was due to Dr. M's belief
they should first serve their corporate apprenticeships in the
trenches. But fM thinks not. Rather, it probably was because
Daim, his protégés and the existing crony network weren't
prepared to make way for Mahathir's Boys. Their quick entry
would have seriously disrupted the implicit Mahathir-Daim
pact. That being: Dr. M will carry the politics, and Daim will
carry its costs. Fortunately for both, the economic boom eventually
accommodated both family and network. They learned to live
with each other and collaborate. The Boys, in short,
eventually were made part of the gang, now openly invited to
UMNO's all-you-can-eat corporate buffets of government
privileges and investment opportunities - open to those who
paid their dues and played by Dr. M's rules.
Moreover, the eventual acceptance of the Boys made for
opportunities not normally offered run-of-the-mill cronies.
After all, they were the premier's kids, a major plus on the
crony balance sheet. Who could beat their political pedigree?
Who could better guarantee that the deal would get done,
regardless of the cost and the obstacles?
....to be continued.... |