Laman Webantu KM2A1: 4281 File Size: 43.4 Kb * |
TJ KTK 6: fM: B3 Klon Dr. M By freeMalaysia 22/4/2001 9:17 pm Sun |
KTK 0601 [Anak Mahathir memang tidak pandai berniaga dan amat memerlukan
seseorang untuk dipaut untuk mengecapi kejayaan. Sesiapa yang cuba
'lari' dari membantu akan dikejar sehingga terpaksa akur sahaja
di dalam terpaksa. Inilah cara 'Klon M' berniaga - sebiji seperti
ayahandanya bekerja mengerjakan sesiapa.
Mukhriz melibatkan diri dalam perniagaan yang membahayakan keselamatan
negara tetapi diizinkan juga tanpa ada sesiapa dapat menegurnya. Ia
rupa-rupanya menjadi tempat persembunyian seseorang yang berharga yang
diperlukan mereka. Kumpulan Abu Sayaff dapat mengesannya - lantas
menculik untuk ditukar dengan wang berjuta-juta. Isu itu terlalu
sensitif sehingga Aziz Shamsudddin (dan bukan Menteri Luar) dipanggil
untuk menyelesaikannya. (makluman: ini pendapat sahaja)
Mukhriz juga mengusahakan kilang berisiko tinggi gentian optik untuk
membolot keperluan MSC (Telekom dan Time Engineering?). Dia lupa agaknya
bidang ini dipelopori oleh syarikat bertaraf DUNIA sahaja yang DAHSYAT
R&Dnya. Bakatnya yang memang teruk itu tidak akan mampu menyaingi
syarikat gergasi Nortel, AT&T, dsbnya. Lagipun, talian fiber itu
memerlukan ketelitian dan ketepatan yang amat tinggi dan perlu melepasi
beberapa piawai antarabangsa (seperti Cat 5, EIA/TIA, UL dsb). Malah ia
selalunya dijamin seumur hidup lamanya oleh pengilang! Syarikat IBM atau
Cisco pun tidak mempelopori bidang itu.. mengapakah Mukhriz terlalu sewel
pula ke situ? freeMalaysia Bahagian 3
Kita tidak perlu menggembar-gemburkan banyak perkara. Tetapi, fM
(freeMalaysia) telah mencatatkan betapa Malaysia dan Indonesia adalah
dua negara yang mempunyai banyak berbedaannya yang besar. Namun,
korupsi dan kronisma subur mewah di kedua-dua negara. Dr. M dan Suharto
telah sengaja menggalakkan pertumbuhan budaya yang jelek itu. Betapa
anak-anak Suharto menjadi lebih kaya raya dan lebih besar 'power'nya
daripada anak-anak Mahathir bukanlah kerana anak-anak Dr.M itu kurang
gelojoh dan haloba, tetapi kerana kekurangan ruang dan peluang untuk
membalun harta rakyat marhaen dan lebih banyak saingan daripada para
kroni yang perlu mereka tandingi. Namun demikian, sebelum krisis kewangan menghenyak Asia, 'Klon M'?
telah mencengkam lebih 200 syarikat dalam bentuk pembabitan mereka dalam
lembaga pengarah kepada pelbagai jenis perniagaan. Terdapat beberapa
dozen syarikat yang tersenarai di pasaran saham.
Para pembaca yang cuba meniliti suasana persekitaran dunia korporat
Malaysia tentu semakin sedar akan kegiatan 'Klon M' ini. Para pembaca
yang masih belum mengetahuinya, kami paparkan di sini sedikit gambaran
kekayaan mereka dengan memulakan sedikit cerita mengenai anak bongsu
diantara anak lelaki yang bertiga. Mukhriz Mukhriz dikira secara umumnya sebagai yang paling membosankan di
kalangan mereka bertiga. Malahan ada yang mengatakan di yang paling 'ngok'
sekali. Mungkin juga persepsi ini merupakan sesuatu yang tidak kena pada
tempatnya. Mungkin juga ia ada kena mengena dengan urusan niaga awalannya,
dan disebabkan kekecewaan yang dialaminya itu dulu yang terus
menghantuinya selalu. Namun, kadangkala persepsi umum itu mungkin juga sesuatu yang amat
bertepatan. Salah satu usahasama pertama Mukhriz adalah satu peranginan tapak yang
memberi penumpuan kepada sukan skuba (scuba-diving-resort), yang mungkin
tidak mampu dilakukan oleh orang lain melainkan dia itu adalah anak
Mahathir. Bisnes itu mungkin mendapat bimbingan 'Uncle Freddi' Hasim
Mohamed Ali yang pernah dilantik oleh Dr.M sebagai Ketua Turus
Angkatan Tentera Malaysia, dan sudah tentu bersedia membantu
menyelesaikan masalah birokrasi dan hambatan mengenai keselamatan negara.
Tapak peranginan itu terletak di sebuah pulau kenit di sekitar terumbu
Pulau Layang-Layang, di bahagian selatan Kepulauan Spratly yang
menjadi isu hangat diplomatic dan ketenteraan (di kalangan beberapa negara
Asean dan China - penterjemah). Adalah amat sukar untuk kita
memikirkan bagaimanakah pasukan tentera laut negara boleh merasa selesa
dengan kehadiran sekumpulan pelancong (terutamanya orang asing) bergurau
senda di atas air dan juga didasar laut yang jernih membiru di kawasan
yang dianggap paling hangat dalam keselamatan negara. Inilah tempatnya
yang dituntut oleh sekurang-kurangnya enam negara berasingan, ada yang
sanggup berperang untuk memperteguhkan tuntutan kedaulatan mereka.
Kemungkinan terperamnya simpanan minyak dan gas asli di kawasan ini
banyak negara yang sanggup bersikap lebih degil untuk bertahan, seperti
juga yang wujud di tempat lain di dunia ini. (Dalam hal ini kerana
projek itu urusan anak Dr.M kehadiran orang asing yang mungkin
merupakan perisik antarabangsa dan kuasa besar, sengaja tidak mahu
dipertikaikan-penterjemah). Ada satu lagi usahasama Mukhriz yang menaikkan kening telinga. Ia
merupakan satu projek pada tahun 1992 dengan seorang hartawan balak
Tiong Hew King. Usahasama itu diberi nama Optical Communications
Engineering Sdn.Bhd., pengeluar barangan optical-fiber (gentian optik),
barangan untuk revolusi teknologi maklumat yang dirancang oleh Dr.M untuk
digunakan dalam projek-projek di Cyberjaya (siberjaya). Tidak sukar
difikirkan siapa yang dimestikan menggunakan barangan ini untuk memberikan
keuntungan kepada siapa pula yang mengeluarkannya. Inilah yang dikatakan
jaminan daripada pasaran tetap yang menjadi stail perniagaan sukusakat
Dr. M. Namun, Tiong tidak berapa kisah dengan pulangan yang lembab itu
memandangkan Malaysia masih lagi merangkak dalam dunia IT. Sebagai
seorang pedagang balak, Tiong yang pernah menjadi seorang senator
untuk satu penggal memang tidak berminat sangat dengan urusan niaga
yang tidak memberikan pulangan yang cepat. Kerana itu dan mungkin kerana
sedikit 'ngok' juga, dia mula culas dalam peranan memberikan sokongan
kewangan kepada Opcom yang masih menanggung kerugian ketika itu. Tidak
lama kemudian, ibupejabat Tiong di Sibu telah diserang oleh satu
pasukan khas (Malaysian Special Branch) dan satu pasukan penyiasat
daripada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri. Tiong cepat bingkas dan
memahami isyarat yang jelas sejelasnya dan terus memenuhi janjinya
kepada Opcom. Isyarat itu memang amat jelas sekali: Jangan cuba
mengada-ngada dengan anakanda beta.!!!!!
Ada seorang lagi ahli 'Klon M' yang terlibat sama dalam Opcom ketika
itu. Beliau adalah anak lelaki Dr.M yang nombor dua.
-freeMalaysia- -Terjemahan KTK10- ...bersambung... Catatan Penterjemah: Mungkin kita ingat tulisan MGG Pillai dan Marhaintua mengenai Pulau
Sipadan dan Komander Robot serta pembabitan Aziz Shamsuddin untuk
membebaskan pelancong asing yang dilarikan ke Filipina. Masih ingatkah
kisah bagaimana radar negara di perairan Sulu sengaja dimatikan agar
pelarian itu tidak dikesan? Jadi, pusat pelancongan swasta itu siapa
yang punya? Betulkah cerita politik betapa penculikan itu satu sandiwara
juga? -KTK10- Rencana Asal: freeMalaysia Part 3 Even so, by the time the crisis struck Asia, the Boys held well over
200 company directorships in an array of businesses, about a dozen
of them publicly listed.
fM readers who track Malaysia's shifting corporate landscape
already are well aware of the Boys' exploits. But for those readers
who don't, we're happy to provide the following snapshots, beginning
with the youngest of the Mahathir Boys:
Mukhriz Mukhriz is widely perceived as the least capable of the three, even
somewhat of a dullard. Perhaps this perception is unfair. Maybe it's
just the early ventures and the later predicaments he found himself in
that inspired an incorrect viewpoint.
Then again, the general perception could be spot on.
One of Mukhriz's earliest ventures was a Spartan and
out-of-the-way scuba diving resort, which probably would have
been impossible for anyone but a Mahathir son to pull off. It also may
have helped that Uncle "Freddie" Hashim Mohamed Ali, appointed
by Dr. M as a one-time head of the Malaysian armed forces, was on
hand to clear the path of bureaucratic and national security
obstacles. You see, the resort is on a tiny atoll, Pulau Layang-Layang, in the
southern fringes of the diplomatically and militarily contested Spratly
Islands. Hard to imagine that the Malaysian navy would relish the
thought of a bunch of tourists frolicking above and below the shallow
blue waters of one of the region's hairiest hotspots, a chain of
submerged and nearly submerged outcrops claimed in whole or in
part by no less than six nations, some of whom seem destined to
clash to reinforce their claim. The possibility of huge oil and gas
reserves in and around the Spratlys has a tendency to make nations
a tad belligerent and overly protective, as it would anywhere in the
world. From sharing Layang-Layang with the navy, Mukhriz capitalized on
his tourism experience by latching onto publicly listed hotel-and-tour
operator Reliance Pacific Bhd. Reliance owns and operates a bunch
of hotels of the sort which Dr. M had been exhorting Malaysian
hoteliers for years to build for economy-minded local tourists, who
couldn't afford a night at the many five- and four-star inns that were
sprouting up all over the country. You could say Mukhriz did it for
daddy. fM would say daddy and friends paved the way for him.
Another venture which raised a stir was Mukhriz's 1992 partnership
with Sarawak timber tycoon Tiong Hiew King. It was called Optical
Communications Engineering Sdn. Bhd., a manufacturer of optical
fiber goods, promising products for the information technology
revolution that Dr. M would soon attempt to unleash in Malaysia with
his Cyberjaya rigmarole. And you can guess who would be required
to order Opcom's products, thus guaranteeing a secure and fixed
market, just the kind that habitués of Rogues Row prefer.
Tiong, however, didn't care for the slow returns before Malaysia
geared up for the promised IT revolution. Being largely a quick-cash
timber man, the one-time Malaysian Senator, wasn't into ventures
that offered deferred payback. So he foolishly started to withdraw his
financial backing from the then-loss-making Opcom. Before long,
Tiong's Sibu-based headquarters was invaded by Malaysia's
Special Branch and a team of inspectors from the Internal Revenue
Service. Tiong quickly got the hint from the Mahathir regime and duly
met his obligations to Opcom. But the signal was clear: Don't dare
mess with my Boys. Another of Dr. M's Boys also was involved in Opcom at the time, the
prime minister's No. 2 son. ....to be continued.... |