Laman Webantu KM2A1: 4285 File Size: 24.5 Kb * |
TAG MT 85: B2 Wawasan Mahathir Yang Kabu.. By Dr. Khoo Boo Teik 23/4/2001 5:36 am Mon |
TAG 085 [Seorang pemimpin yang betul-betul berwawasan tidak akan
menumpukan kepada bahagian atas sahaja kerana ia akan beredar
di situ sahaja sehingga membentuk budaya manja yang akan
mengotori dirinya juga. Malaysia sebenarnya mempunyai ramai
pakar tetapi mereka tidak tertampil ke depan kerana mempunyai
prinsip dan ugama yang tinggi yang tidak disenangi Mahathir
kerana dia mempunyai agenda kroni. Lihatlah apa yang terjadi kepada peneraju MAS, Aziz Rahman dan
CEO TNB, Tajuddin Ali - semuanya ditolak ketepi untuk diganti
dengan kroni. Kepakaran dua anak melayu ini tidak dipakai lagi
setelah dinyahkan pergi. Wawasan Mahathir sebenarnya ampuh kerana ia gagal bila
teruji oleh krisis ekonomi 1997-98 sehingga berbilion rugi.
Dia sebenarnya membina satu kumpulan penyangak dan mahluk
perosak yang mencuri kekayaan negara - bukannya asas untuk
meletakkan Malaysia sebagai negara termaju. Akibatnya kita
tidak akan mampu bersaing secara global kerana masih lemah
akarnya walaupun apa yang tampak hebat-hebat belaka. Mahathir
sebenarnya meletakkan ASAS atau BOM jangka kemusnahan negara
kerana membina sesuatu yang tidak termampu dan bertahan lama.
Ia akan meletup bila ribut melanda - malangnya ramai yang tidak
bersedia lari kecuali Daim sahaja.....
- Editor] Penterjemah: -MT-
Makluman: Terjemahan dilakukan tanpa izin Aliran, walaupun saya pernah
menulis untuk menterjemahkan artikel mereka secara sukarela sejak enam
bulan yang lalu. -MT- (Mahathir's Faded Vision) Oleh: Dr. Khoo Boo Teik Rumusan yang dibuat mengenai keghairahan di tahap awal era
Mahathir itu dan kemalapan penghujungnya bukan bertujuan
menceriakan mereka yang berusaha mereformasikan perjalanan
politik Malaysia dan institusi awamnya. Kalau itu yang
berlaku, ia hanya membawa makna betapa mereka silap faham
ataupun tersilap menganggar kesan perubahan yang mengena
masyarakat Malaysia ketika mengharungi fasa kritikal itu.
Perubahan yang berlaku itu seragam baiknya ataupun
kesederhanaannya. Keuntungan besar yang diraih oleh segelintir
manusia membawa musibah kepada orang lain pula.
Dua sasaran kembar dalam Dasar Ekonomi Baru (NEP):
'pembasmian kemiskinan tanpa memilih ras', dan 'penstrukturan
masyarakat untuk membasmi kaitan kaum dengan pekerjaannya' telah
diubah dengan mudah kepada 'penstrukturan semula' untuk
memusatkan kemewahan di kalangan peniaga Melayu yang terpilih
di bawah Malaysia Inc., melibatkan penswastaan dan penyertaan
UMNO dalam dunia korporat. Di samping itu, memang wujud pertumbuhan yang tinggi beberapa
tahun lamanya menyumbang kepada kemewahan yang ketara. Pada
kemuncaknya di awal 1990-an, era Mahathir telah menyediakan
pelbagai penyelesaian ekonomi yang dianggap popular terhadap
pelbagai masalah tertangguh mengenai pendidikan, bahasa dan
budaya. Sememangnya, hanya rakyat yang paling terpinggir dan
segelintir kumpulan pekerja pendatang yang tidak menikmati
kekayaan yang ada. Ia mencetuskan perasaan wujudnya satu
masyarakat yang lebih padu, dan kebanggaan tentang keharuman
Malaysia di kalangan negara lain di dunia.
Ingatan politik memang singkat, apa lagi setelah enam tahun
berlalu selepas BN merangkul kemenangan besar pada pemilu 1995
dulu. Ramai rakyat Malaysia yang sudah lupa betapa mereka
menyandarkan harapan mega menantikan nikmat kemuncak pencapaian
wawasan 2020 ciptaan Mahathir. Penilaian Dalaman Tanpa sokongan berpadu para kroni, regim Mahathir mungkin
telah dinyahkan oleh krisis Julai 1997 dan September 1998
seperti yang dilaksanakan oleh ledakan 'Reformasi di Indonesia'
yang telah melenyapkan Suharto ke lembaran sejarah.
Bermula daripada akhir 1980-an hingga pertengahan 1990-an, Wawasan
Mahathir memang mempunyai pandangan yang jelas untuk
menilai masalah masyarakat Malaysia, sambil mengambil kira
perubahan sejagat dan memilih satu penyelesaian yang merenung ke
luar. Tetapi, bencana Tenggara Asia, telah menghenyak Mahathir, sekutu
politiknya, dan tanggungan korporatnya untuk mencetuskan aktiviti
ekonomi dengan mengawal aliran modal dalam negara, mengekang kadar
tukaran matawang, dan meningkatkan pengeluaran minyak. Dari segi
politik pula, Mahathir telah memilih untuk menindas dan
bergelumang kembali dengan putar belit politik perkaumannya, dan
memilih Anwar sebagai mangsanya. Kelentongan politik ini telah disanggah dengan baiknya oleh
satu segmen penduduk negara ini yang menyokong BA dan semua
NGO (Kumpulan Bukan Kerajaan) yang bersekutu dengannya untuk
mewujudkan satu benteng ketahanan terhadap penghakisan
kerajaan berperlembagaan dan peningkatan politik perkauman.
Walau bagaimana pun, tidak wujud lagi perubahan hala tuju
perancangan ekonomi negara yang mesti memainkan peranan utama
dalam pembentukan semula masyarakat Malaysia seperti yang
pernah dilaksanakan di awal perlaksanaan DEB dulu.
Wawasan Yang Menonjol Memang benar, pengurusan krisis yang dilaksanakan oleh
Mahathir pada 1998 telah membantu mengelakkan bencana-
ala-Indonesia di Malaysia dan telah mampu memikat masa untuk
pembentukan rancangan ekonomi. Kedegilannya menyanggah
fundamentalisme pasaran berkaitan dengan mobiliti pelaburan dan
pengurus dana sejagat memang mempunyai asas yang penting juga.
Tetapi, kedegilannya itu digelapi kecuaiannya untuk menghambat
peluang pra-Julai 1997 yang wujud untuk membangunkan keadilan
social ketika dia masih mempunyai kuasa dan peluang
melaksanakannya. Dengan terlepasnya peluang itu, dia telah
dihenyak masalah untuk menyelamatkan beberapa konglomerat yang
semakin terumbang-ambing, hampir tenggelam ditelan lautan
kemuflisan. Dia melaksanakan proses pengapungan dengan dana
rakyat marhaen tanpa mengenakan sebarang denda kepada pengemudi
korporat yang sudah kecundang itu. Segala tindakannya
menunjukkan betapa Mahathir telah terpaut kepada bajingan
korporat yang telah dibantunya untuk melahirkan mereka.
Dengan ini berakhirlah rumusan kita mengenai wawasan yang
menonjol itu. Wawasan Alternatif Apakah yang boleh dikatakan terhadap kemunculan 'wawasan
alternatif' dalam hal ehwal ekonomi? Pendekatan yang pilih
oleh parti utama dalam BA; PAS dan DAP memberikan jawapannya.
PAS bercakap mengenai 'pembangunan berunsur Islam'. Kerajaannya
di Kelantan dan Terengganu memang serba kekurangan disebabkan
sikap liar kerajaan pusat. Harakah tidak memberikan penekanan
terhadap masalah ekonomi. Kalau ada pun penulisan
mengenainya, selalunya ia memaparkan isu 'penderitaan rakyat
marhaen'. DAP menonjolkan iltizamnya terhadap 'demokratik sosialisme'.
Tetapi ia terhad kepada pendekatan 'skandal dan korupsi'
yang memberi penekanan kepada protes dan penentangan
terhadap pencabulan ketelusan, akauntabiliti dan governan tanpa
memberi penyelesaian terhadap masalah yang dicetuskan oleh
kapitalisme di dalam negara dan di luar negara.
Pendekatan yang dipilih oleh PAS dan DAP itu bukannya tidak
relevan tetapi terlalu tidak memadai. Apabila Manifesto
Bersama dan Perbelanjaan Rakyat diberikan taraf sampingan
sahaja, BA sememangnya tidak mempunyai rancangan ekonomi
untuk mereka banggakan. Bahaya Yang Ketara Seandainya saya telah melukiskan gambaran yang kelam, ia
bukannya bertujuan memancing perasaan yang difikirkan belum
merangsang. Ia bertujuan memberi isyarat awalan betapa
pengunduran Mahathir tidak mencukupi untuk mengikis segala
kejijikan dunia politik Malaysia, terutama sekali yang telah
berlaku sejak tiga tahun yang lalu.
Dengan berakhirnya Mahathirisme ia tidak bererti akan munculnya
fajar baru yang menjanjikan keadaan hidup yang lebih baik lagi,
disebabkan keadaan dalaman dan sejagat yang tidak beransur
pulih. Di dalam negara, kita masih dihantui kumpulan ningrat dari
pelbagai kaum (multi-kaum) yang 'masih menguasai dunia
korporat' dengan penuh keangkuhan tetapi penuh kecurigaan.
Kumpulan ningrat yang angkuh ini menganggap bahawa adalah hak
'makbapak' mereka untuk menikmati sumber semula jadi negara
ketika negara bersenang-lenang, dan apabila bencana mula
mencekik suasana, boleh pula menukarkan segala kerugian
persendirian mereka itu menjadi tanggungan rakyat marhaen.
Selama ini mereka tidak pernah selesa dengan pasaran global,
tidak mampu menyerlahkan sekelumit keupayaan untuk bersaing
secara global, tetapi terlalu bergantung-harap kepada
'sambungan' untuk menyauk naungan kerajaan.
Di luar negara, presiden Amerika yang baru, menyerlahkan sikap
berperang. Para penyebar semangat perang yang juga dikenali
sebagai pembentuk dasar industri kelengkapan ketenteraan yang
kompleks - sedang menyediakan strategi yang menonjolkan
senario 'Star Wars' (perang angkasa) di mana Asia dikiaskan
sebagai laman kokpit masa depan Amerika Syarikat. Amerika telah
sengaja menghumbankan Protokol Kyoto mengenai kehangatan
sejagat. Kuasa ekonomi di Timur dan Barat sedang dihambat kelembapan
ekonomi. Imperialisme pasaran global sudah semakin berkembang.
Kuasa yang ada pada institusi supra-nasional dan pelbagai
perjanjian multi-lateral telah mengecutkan ruang niaga
negara yang mempunyai kuasa ekonomi yang kecil.
Lorong Pembangunan yang Baru Masyarakat Malaysia kini memerlukan satu rancangan pembangunan
yang baru. Rancangan pembangunan baru ini mesti mengelakkan segala
kesilapan pembangunan ekonomi nasional yang dulunya bersifat
populis dalam retorikanya dan elitis dalam amalannya. ('populis' di
sini harus dilihat dalam konteks sesuatu yang ditaja oleh BN-UMNO
yang digembar-gemburkan sebagai disenangi oleh rakyat marhaen -
penterjemah). Rencana nasionalisme ekonomi yang sempit itu
telah memberi penekanan kepada urusan niaga dengan 'pelaburan
asing, teknologi dan rakan usahasama' untuk kepentingan utama
kepada kumpulan elit tempatan. Begitulah juga sukarnya untuk menyesuaikan diri kepada pengaruh
pasaran global. Mereka yang memperlekehkan campur tangan kerajaan
tidak akan merasa puas dengan putar belit pasaran itu
disebabkan ketiadaan sebarang rekod kejayaan dan pencapaian
pasca kolonial yang boleh dikatakan hasil kegiatan pasaran
terbuka. Pasaran terbuka yang tidak mempunyai 'isiperut, perasaan, jiwa,
kesedaran dan tanah tumpah-darah', akan hanya menghambakan
kehidupan, kebebasan dan keceriaan masyarakat yang terbabit dengan
pengejaran keuntungan. Seandainya diwujudkan juga satu rancangan alternatif itu, ia
tidak akan merupakan cetusan rasa seseorang ataupun seorang
pemimpin yang dianggap 'genius': seperti yang pernah dilaungkan
oleh seorang pengampu yang pintar lompat-melompat betapa Mahathir
adalah 'pemberian Tuhan kepada Malaysia'. Rencana alternatif
itu tidak juga akan merupakan satu cadangan yang diilhamkan
sebagai penduaan contoh sejarah ataupun rencana yang ada.
Alternatif yang dikemukakan itu akan merupakan hasil perjuangan
demokrasi untuk mendapatkan keadilan sosial yang mampu
melahirkan kebajikan jangka panjang kepada majoriti rakyat
Malaysia dan sesiapa yang menyumbang tenaga kerja dalam
pembikinannya. Hanya inovasi politik dan sosial begitu rupa yang akan
mengeluarkan kita daripada keadaan tertekan sekarang yang
menjebak kecelaruan antara penghujung wawasan yang menonjol
dan kelompongan satu wawasan alternatif.
Selagi hambatan itu kekal bertahan, bahaya munculnya semula
kemunduran politik itu akan semakin terserlah. Sudah tentu
gejala itu akan dirangkumkan dengan pengunduran Mahathir.
Mengimbau Zaman Silamnya Mahathir ialah seorang 'insan' yang kompleks, kuat berdendam
sehingga sanggup menindas saingannya. Dia telah kerap menunjukkan
kekuatannya mendera mereka yang kuat menyanggahnya.
Dalam 1986, dia telah sengaja memanjangkan NEP. Pada 1998 dia
melaksanakan kawalan modal. Di waktu lain, dia merupakan
hanya seorang ahli politik yang beragama Islam yang menentang
secara terbuka cadangan undang-undang yang mahu menghukum umat
Islam yang murtad. Inilah bentuk keberanian, termasuk bersedia melaksanakan perubahan
kepada peraturan permainan apabila seseorang itu diasak ke
dinding, yang membantu Mahathir terus berkuasa selama ini. Kini, Mahathir sudah pun diasak ke dinding dan masa terlalu
suntuk baginya sejak ajakannya untuk membincangkan perpaduan
Melayu tidak pun dihiraukan. Selagi Mahathir di Putra Jaya disamakan dengan Mahafiraun
sedangkan Anwar diberikan sanjungan harian bertaraf wirawan
sedangkan beliau masih dipenjarakan, selagi regim ini membantu
menyelamatkan tokoh korporat sambil mendera kerajaan PAS di
Terengganu dan rakyatnya, sebarang rayuan untuk persidangan
perpaduan Melayu itu akan berbaur satu kepalsuan yang
menyerupai satu sandiwara. Tetapi apakah seruan Mahathir untuk mempertahankan orang Melayu
terus dianggap satu sandiwara kalau ia tidak lagi dikaitkan
dengan orang yang dianggap sebagai paling berdosa terhadap
perpecahan itu? Mungkinkah panggilan yang sama apabila diulang semula selepas
pengunduran Mahathir nanti dan dengan keadaan ekonomi yang
terus tertekan, mempengaruhi para pengumpatnya dan
mengizinkan UMNO tanpa Mahathir untuk berkuasa semula?
Saya tidak meramalkan Mahathir mesti berundur secepat mungkin.
Namun, tentu dia sudah memikirkan juga betapa pengunduran lebih
awal daripada jangkaannya itu dapat menyumbang kepada
perjuangan UMNO dan juga perjuangannya sejak lebih 50 tahun
lamanya. Ada antara mereka yang berura-ura membawa reformasi kepada
Malaysia selepas 1998 dulu pernah berkata betapa Reformasi
itu tidak akan dapat diperpanjangkan melainkan ia bergerak
melampaui isu Anwar. Sesiapa yang memikirkan akan masa depan Malaysia seharusnya
bersiap siaga memperjuangkan Malaysia selepas Mahathir.
-Dr. Khoo Boo Teik- Khamis 19April, 2001. Rencana Asal: Mahathir's Faded Vision : Part 2
What would a Malaysia without Mahathir be?
by Dr Khoo Boo Teik This summary depiction of a fervent opening phase of the Mahathir era and
its flaccid end isn't intended to delight those who seek to reform
Malaysian political life and its public institutions. If it does, it can
only mean that they misunderstand or underestimate the impact of the
changes Malaysian society underwent during a critical middle phase.
The changes were not uniformly good or fair. Great benefits for some were
purchased at the expense of others. NEP's two-pronged objectives of 'poverty eradication irrespective of race'
and 'restructuring society to abolish the identification of race with
occupation' were all too frequently reduced to one prong - restructuring.
And restructuring progressively became 'less than one' prong. It was
increasingly used to justify a concentration of wealth among select groups
of Malay businesses. This happened under Malaysia Inc., privatisation and
the politicisation of business especially via UMNO's massive penetration of
the corporate world. Despite this, there were several years of high growth and 'trickle down'
which raised the general level of prosperity and visibly democratized
consumption. At its peak, in the early 1990s, the Mahathir era provided
economic and reasonably popular solutions to many previously intractable
problems of education, language and culture.
Arguably, only the most marginalised citizens and a new underclass of
migrant labour didn't experience a gain in prosperity, a sense of a more
unified society, and pride in Malaysia's place in the world.
Political memories being short, it's easy just six years after BN's sweep
of the 1995 election, to forget that many Malaysians came to possess a
stake in the realization of Mahathir's Vision 2020..
Turning Inwards Without more than the support of cronies, Mahathir's regime would have been
blown away by the crises of July 1997 and September 1998 - the way the
Indonesian Reformasi swept Suharto into oblivion.
At its clearest, from the late 1980s to the mid-1990s, Mahathir's vision
took in the problems of Malaysian society, factored in global changes, and
opted for outward-gazing solutions. But the East Asian debacle led Mahathir, his political allies, and his
corporate dependents to turn sharply inwards - economically by using
capital controls, currency peg, and pump priming, and politically by
resorting to repression and reverting to racial gamesmanship, beginning
with the Anwar affair. The political turn has been well resisted by a broad segment of the
population rallying around BA and its NGO allies to offer the only credible
bulwark against further erosion of constitutional government and escalation
of interethnic politics. However, no comparably significant alternative direction has been set for
the economy which must occupy a central role in any future reshaping of
Malaysian society - just as it did during the NEP years.
Dominant Vision It's true that Mahathir's crisis management in 1998 helped to avert an
Indonesian-styled collapse in Malaysia and bought time for economic
reorganisation. His resistance to the market fundamentalism of mobile
capital and global fund managers also had a crucial point.
But the point pales beside Mahathir's waste of pre-July 1997 chances to
extend and deepen social justice when he had the means to do so. After
that, his foremost priorities were to rescue sinking conglomerates at great
public cost and without penalty to their helmsmen. These measures showed
Mahathir to be captive to the corporate creatures he'd helped to create.
That sums up the end of a dominant vision.
Alternative Vision? What can one say of the emergence of an 'alternative vision' in economic
matters? The approaches of BA's major parties, PAS and DAP, tell much of
the story. PAS speaks of 'Islamic development'. Its governments in Kelantan and
Trengganu are clearly handicapped by the federal government's hostility.
But, in Harakah, say, there is scant attention to the economy. Where
writings on the subject appear, they belong to the 'grassroots are
suffering' genre. DAP claims a commitment to 'democratic socialism'. But it is limited by a
'scandal and corruption' approach which protests violations of
transparency, accountability and governance without addressing the problems
created by capitalism at home and abroad.
PAS's and DAP's approaches are not irrelevant but grossly insufficient.
And, with the Joint Manifesto and People's Budget relegated to general
disuse, BA has no economic programme to speak of.
Dangers Ahead If I've painted a bleak picture, it's not just to capture a public mood
that isn't upbeat. It's also to caution that Mahathir's departure alone
will not remove all that's objectionable about Malaysian politics,
particularly of these past three years.
Mahathirism's end doesn't necessarily promise a better Malaysia when in
fact domestic and global conditions aren't getting rosier.
At home, our new multiethnic elites - those who rule the corporate roost -
are both arrogant and insecure. They arrogantly consider it their birthright to profit from national
resources when times are good, and, when times turn bad, to convert their
private losses into public liabilities. They are insecure vis-à-vis the
international market since, unable to sustain any serious level of global
competitiveness, they depend upon their 'cables' of state protection.
Abroad, the new American presidency is avowedly warlike. It's warmongers -
a.k.a. the policy-makers of the military-industrial complex - are preparing
strategic 'Star Wars' scenarios in which Asia is recast as the USA's future
c##kpit. The USA unilaterally dumps the Kyoto Protocol on global warming.
The major economies in the East and West are headed for recession. The
imperialism of the global market has grown more extensive. The power of
supranational institutions and multilateral agreements shrinks the space
for small economies. A New Pathway to Development More than ever before, Malaysian society requires a new pathway to
development. The new pathway must avoid the pitfalls of an economic nationalism that is
populist in rhetoric and elitist in practice. That kind of narrow-minded
economic nationalism has long favoured deals with 'foreign investment,
technology and partners' so long as the wheeling-dealing profits domestic
elites. Likewise there can't be a naïve embrace of the global market. Those who
shun the abuses of state intervention won't find solace in the religion of
the market: hardly anything from Malaysia's post-colonial record of
achievement can be credited to a 'free market'.
An unfettered global market, which has 'no heart, soul, conscience,
homeland', will merely subordinate the lives, liberties and happiness of
communities to the pursuit of profit. If there is to be an alternative pathway, it won't arise from the thoughts
of one or another leader of supposed genius; as it were, a 'God's gift to
Malaysia?, as a flatterer once described Mahathir. Nor will the alternative
be a ready-made blueprint inspired by any historical example or existing
model. The alternative can only be the product of broad democratic struggles for
social justice that genuinely advance the long-term welfare of the vast
majority of Malaysia's citizens and those who labour within its borders.
Only such a social and political innovation can lead us out of the present
impasse of being trapped between the end of a dominant vision and the
absence of an alternative. As long as the impasse remains, the dangers of political retrogression
abound. And they're ironically bound up with the issue of Mahathir's exit!
Back to His Past Mahathir is a complex man, vain enough to have had contempt for his
opponents. He has repeatedly proven the strength of his convictions against
staunch opposition. In 1986 he 'held the NEP in abeyance'. In 1998 he imposed capital controls.
On another occasion, he was the only Muslim politician to object publicly
to proposed legislation that would punish apostasy in Islam.
It is that kind of courage, including a readiness to change 'the rules of
the game' when one's back is up against the wall, that has helped Mahathir
to stay in power for so long. Today Mahathir's back is truly up against the wall and time's running out
since his call for 'Malay unity' has been counter-productive.
So long as Mahathir in Putrajaya is likened to Mahafiraun while Anwar daily
appears as a martyr in prison, and so long as the regime saves the tokoh
korporat while it punishes Trengganu's masses, any plea for 'Malay unity'
will sound insincere: in a word, sandiwara.
But will Mahathir's call for the 'defence of the Malays' be still construed
as sandiwara if it no longer bears any association with the man most Malays
blame for their 'disunity'? Will such a call, if it is re-issued after Mahathir's exit and under
conditions of economic duress, overwhelm its detractors and allow an 'UMNO
without Mahathir' to re-assert itself?
I don't predict that Mahathir must go soon. But it would surely have
crossed his mind to wonder if his 'early exit' might be his final
contribution to UMNO's cause - his cause for over 50 years.
Some of those who thought of reforming Malaysia after September 1998 used
to say that Reformasi wouldn't go places unless it went 'beyond Anwar'.
Those who think about reshaping the future of Malaysia should be ready to
go beyond Mahathir.
|