Laman Webantu KM2A1: 4289 File Size: 11.2 Kb * |
TJ KTK 7: fM: B4 Klon Dr.M-Mokhzani By freeMalaysia 23/4/2001 4:58 pm Mon |
KTK 0701 [Mokhzani lebih menonjol dalam industri perubatan dan
dia kini sudah menggondol banyak perkhidmatan yang berkait
dengannya melalui penswastaan. Ayahanda dan bondanya yang
pernah berkhidmat dalam bidang itu tentunya cukup arif
di mana Mokhzani harus menyauk untuk mendapat 'ikan' berharga
dengan banyaknya. Walaupun dia membolot bidang perubatan itu, dia demam juga
bila krisis ekonomi melanda kerana itu memang bukan bidangnya
dan bakatnya. Bidang Perubatan adalah bidang kemasyarakatan
yang bergaul dengan pelanggan, bukannya bergaul dengan wang
sehingga mencekik pelanggan. Pelanggan tentu gerun untuk mendapatkan rawatan dari syarikat
yang sakit kerana bimbang kecuaian akan meragut orang tersayang.
Lagipun mereka sangsi kenapa bondanya tidak berambut sedangkan
anaknya memilikki hospital, ubat dan kelengkapan yang serba-serbi.
Malah Mahathir sendiri tidak dirawat di hospital anaknya sendiri.
- Editor ] freeMalaysia Bahagian 4
Mokhzani Di kalangan masyarakat korporat KL, Mokhzani dianggap sebagai
pelabur jangka pendek, dan bukannya seorang pembina perusahaan
jangka panjang. Seperti yang ditanggung oleh Mukhriz, anggapan
ini mungkin salah. Mungkin juga di tahap awal pelaburannya dulu di
Kestrel Securities, rakyat Malaysia nampak gelagatnya yang terlalu
berminat mengejar keuntungan secara cepat sahaja.
FM lebih berminat memikirkan bahawa pembabitan Mokhzani dalam
Kestrel dan beberapa pelaburan lain merupakan cara yang memudahkan
usahanya untuk melompat masuk dalam banyak ruang niaga yang
menguntungkan mengikut arahan telunjuk yang ditonyohkan kepadanya
yang tidak pun menyulitkan sangat pembabitannya.
Kenderaan korporat yang utama digunakan oleh Mokhzani ialah
Tongkah Holdings Bhd. Lembaga pengarah syarikat telah mula
memancing pembabitan Mokhzani pada awal 1990-an lagi untuk
meminjamkan namanya dan pengaruh politik yang terpendam kepada
sebuah syarikat yang sudah lama meraba-raba dalam dunia niaga
tanpa satu hala tuju yang ketara. (Kemasukannya itu dipermudahkan
dengan kewujudan peruntukan saham istimewa untuk Bumiputera.)
Setelah menanggung kerugian berniaga selama lapan tahun
berturut-turut, lembaga pengarah Tongkah memang sudah
menggelupur untuk mencuba apa sahaja. Ketika itu Tongkah
berdagang dalam pelaburan yang ada kaitan dengan galian, dan
pengurusan operasinya memang tidak menyumbang kepada
pembayaran kos. Itu sebabnya ahli lembaga pengarah yang dulu
beranggapan kelulusan Mokhzani sebagai graduan jurusan 'geology'
(kaji bumi) dan pengalamannya sebagai seorang jurutera petroleum
boleh membantu meningkatkan operasi itu semuanya. Mungkin juga,
mereka lebih berminat kepada DNA-politik yang 'mengalir' dalam
tubuhnya. Seperti mana yang dilakukan oleh ahli-ahli kelab kroni, Mokhzani
telah melibatkan Tongkah dalam pelbagai rupa usaha niaga, tanpa
memikirkan apa yang dikatakan oleh perunding pengurusan sebagai
perniagaan yang ada hubung kait kepada 'synergy'. Mula-mula, dia
babitkan operasi seismic-data dengan usahasama Campagnie
Generale de-Geophysique daripada Peranchis. Kemudian dia
babitkan pula usahasama pembangunan hartanah di KL dan Pulau
Pinang. Selepas itu muncul pelaburan dalam pembikinan (perkilangan),
kebanyakannya dalam pengeluaran gantian audio dan barangan getah.
Kemudian, dijalin pula satu hubungan pengeluaran dengan Goldron
Ltd yang berpusat di Singapura. Seperti teman-teman yang satu 'fraternity' dengannya Mokhzani
cuma mencari dan cuba mendapatkan satu projek yang boleh
dianggap menonjol dalam setiap ceruk dunia niaga kroni Malaysia
yang dapat dicekaunya, kerana kebanyakan projek yang menonjol
itu sudah lama dicekau oleh penyangak lain. Dia yakin akan
memperolehinya juga. Tidak ada satu pun asset ataupun institusi perkhidmatan kerajaan
yang merupakan kawasan ataupun barang larangan dalam proses
penswastaan Mahathir yang mengambil sikap laksana orang yang sedang
mengamuk itu. Dengan ilham itu sebagai nawaitunya, Mokhzani pun
mula mengelebek sana-sini mencari dan menunggu kalau-kalau ada harta
kerajaan yang akan diswastakan. Pada pertengahan 1990-an, ketika
dia terjengah-jengah dengan gelojohnya dia terantuk kepada
perkhidmatan penyeliaan kesihatan, satu industri di mana regim
Mahathir sudah pun serahkan secara berkesan kepada para kroni dan
ahli keluarganya. Mahathir dan juga isterinya pernah berkhidmat dengan kerajaan
dalam bidang perubatan. Tentulah dia sedar akan kesulitan yang
dihadapi oleh hospital-hospital apabila dirundung peralihan
daripada satu institusi yang dipunyai oleh kerajaan kepada proses
penswastaan yang dikendalikan oleh orang awam yang tidak tahu pun
ataupun tidak pun menerima latihan perubatan. Menyelamatkan nyawa
ataupun memanjangkan usia, termasuklah menguruskan masyarakat yang
pada amnya memang sihat, tidak mudah diterjemahkan kepada untung
dan rugi di atas kertas perakaunan korporat.
Namun, pada 1997, kerajaan Mahathir telah memfaraidkan Tongkah
dengan satu kontrak yang memakan masa 15 tahun lamanya untuk
menguruskan 20 hospital yang dipunyai oleh kerajaan Malaysia dan
memberi izin kepada syarikat itu menguasai saham sebuah syarikat
tersenarai di BSKL yang bernama Hospital Pantai Bhd. Sekaligus
Mokhzani menjadi seorang 'maharajah' dalam dunia seliaan-kesihatan
dan pembekal peralatan perubatan jenis bawahan di seantero Asia
Tenggara. Inilah gunanya kalau ada seorang ahli di rumah yang menjadi doktor
perubatan, teristimewa sekali kalau doktor itu tinggal pula di Wisma
Perdana. Tetapi, seperti yang berlaku kepada ramai lagi kroni
Mahathir, krisis Asia yang melanda negara ini juga telah membuatkan
Mokhzani melutut, lantas membuatkannya bingkas mencari bantuan
Bank Negara meminta tolong Jawatankuasa Penstrukturan Hutang
Korporat di situ. Penguasaannya dalam Tongkah dan Pantai
Holdings akan menurun begitu besar sekali dalam satu rencana
menukarkan hutang bertapuk itu dalam usaha mengurangkan beban
Tongkah Group (Kumpulan Tongkah) daripada penderitaan pinjaman
jangka pendeknya. Mokhzani dan Mukhriz memang perlu meracau lebih jauh lagi kalau
mahu bertanding dengan abang sulung mereka.
-Terjemahan KTK10- Rencana Asal: freeMalaysia Mokhzani is regarded in KL corporate circles as quick-shot
investor, rather than a long-term enterprise builder. As with
Mukhriz, this impression too might be wrong. Perhaps it was
his early investment in the Kestrel Securities investment
outfit that gave Malaysians the impression that the
38-year-old was only out for the quick and profitable
strike. fM, however, is more inclined to think that Mokhzani's
Kestrel and other ventures were merely easy avenues that
made him readily available to leap into the many promising
ventures that were directed his way and required little effort
on his part. After all, he's not known to be a workhorse or a
diligent executive. Mokhzani's main corporate vehicle is Tongkah Holdings
Bhd., whose board sought him out in the early 1990s to
lend his name and his perceived political influence to the
company's going-nowhere future. (His entry was made
easy through a Special Bumiputera allotment of shares.)
After eight consecutive years of losses, Tongkah's board
was willing to try anything. Tongkah's mineral-related investment and management
operations simply weren't paying the bills. So perhaps, the
earlier directors figured that Mokhzani's U.S. education as a
geologist and petroleum engineer would help to boost those
operations. More likely, it was his political DNA in which
they were interested. True to crony form, Mokhzani took Tongkah into all sorts of
business ventures, very few of which were what
management consultants would call synergistically related.
First, there was a seismic-data operation, in partnership
with France's Compagnie Generale de Geophysique,
followed by property development ventures in KL and
Penang. Then came investments in manufacturing, mostly
audio parts and rubber products, and a co-manufacturing
relationship with Singapore-based Goldtron Ltd.
Like his fraternity colleagues, Mokhzani was simply looking
and conniving for a winner in every available corner of
Malaysia's crony-led economy, bearing in mind that many
corners already were spoken for. Still, he may have found
his winner. No government asset or service has been declared hands
off from being auctioned by the Mahathir regime's run-amok
privatization policy. With that in mind, Mokhzani scouted
around for the next state asset to go on the block and in the
mid-1990s hit upon healthcare services, an industry in
which Dr. M's regime effectively has since turned over to
his cronies and family. Mahathir, himself and his wife former government-employed
physicians, should have been well aware of the difficult
transition hospitals face from being government owned to
privately held by businessmen with little or no medical
training. Saving and prolonging lives, as well as
maintaining a generally healthy population, doesn't easily
translate into profits and losses on a corporate balance
sheet. Nonetheless, the Mahathir government in 1997 awarded
Tongkah a 15-year contract to manage about 20 of
Malaysia's government-owned hospitals and permitted the
company to acquire a controlling stake in publicly listed
Hospital Pantai Bhd, thus making Mokhzani one of
Southeast Asia's most formidable healthcare czars and
low-end medical-equipment makers. It always pays to
have a doctor in the house, especially if the doctor lives in
the prime minister's residence. But as happened with so many other Mahathir cronies, the
Asian crisis brought Mokhzani to his knees, forcing him to
scurry to Bank Negara's Corporate Debt Restructuring
Committee for a manageable debt workout with Tongkah's
lenders. His controlling stakes in Tongkah and Pantai
Holdings will be drastically reduced through the
debt-conversion exercise to relieve the Tongkah Group of
its short-term borrowings. Mokhzani and Mukhriz, however, have a long way to go
before catching up with the dubious achievements of their
eldest brother. ....to be continued.... |