Laman Webantu KM2A1: 4291 File Size: 12.4 Kb * |
TJ KTK 8: fM: B5 Klon Dr.M-Mirzan By freeMalaysia 23/4/2001 5:02 pm Mon |
KTK 0801 [Mirzan menceburi bidang pengangkutan atau logistik
tetapi lingkup juga kerana lebih banyak membawa hutang
sendiri dari membawa barang. Dia tersadai bila krisis
matawang mengganda-gandakan hutangnya sehingga terpaksa
diselamatkan dengan dana Petronas kira-kira RM1.8 bilion
banyaknya. Itupun masih hidup mengangkut hutang lagi
sehingga sekarang. Perniagaan logistik amat memerlukan kecekapan yang tinggi
serta kepakaran merancang. Seseorang yang terlalu banyak
bisnes seperti Mirzan tidak akan mampu mengendalikannya
kerana ia amat memerlukan tumpuan. Ia bagai memandu kereta
sambil mengira wang - tentulah akan terbabas masuk gaung
jika tidak ke longkang. Malangnya dia tidak faham itu semua
walaupun beristeri anak hartawan dan pernah bekerja di
syarikat bertaraf dunia. Dia pernah diberitakan ingin
membunuh diri dan kaki judi - patutlah terbabas semua yang
dipandunya hari ini. freeMalaysia Bahagian 5 (akhir)
Mirzan sudah pun berusia lebih 41 tahun. Dia mengahwini
(satu perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh ibu
bapanya di tahap awalannya) seorang wanita yang
bersaudara dengan salah seorang hartawan terkaya di Asia
Tenggara, hartawan Indonesia Liem Sioe Liong, dan
rakan niaga kepada adik-ipar Lee Kuan Yew.
Hubung-kait ini semua tidak merupakan kelayakan untuk
meletakkannya di bahagian teratas tangga kroni,
melainkan dengan jentikan seorang 'daddy'.
Sebagai seorang anak lelaki sulung, yang menerima
pendidikan di Britain dan Amerika Syarikat, dan pernah
menerima pengalaman bekerja dengan IBM (International
Business Machines) dan Solomon Brothers -- tentunya
banyak peluang niaga dan usahasama samada di
peringkat kerajaan ataupun swasta yang disogok
kepadanya. Malahan, Mirzan berkedudukan yang amat
hampir menandingi anak-anak Suharto dalam
pembabitannya bergelumang dengan pelbagai kepentingan
niaga sejak bertahun lamanya, (sehinggakan ada jenaka
masyarakat KL yang menyebut betapa Mirzan kerap
terlupa 'bisnes' yang sudah pun dipunyainya -
penterjemah). Walau bagaimana pun ada satu bidang
niaga yang amat diminati oleh daddy'nya yang
diberikannya tumpuan sebagai satu keistimewaan -
perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan udara - ada
pihak yang lebih suka menyebutnya sebagai 'a complete
logistic solution - satu penyelesaian logistik yang
menyeluruh'. Perkapalan merupakan urusniaga yang paling besar
bocornya dalam dulang akaun semasa negara. Bertahun
lamanya, Malaysia yang banyak mengekspot, terpaksa
bergantung kepada Singapura untuk mengangkut pelbagai
jenis barangan pembuatannya untuk diekspot, sehingga
menjejaskan kos kepada pengeluar Malaysia dan mencubit
sumbangan kepada Keluaran Kasar Negara.
Jawapan Mirzan kepada keperihatinan 'daddy'nya (Ataupun
kepada arahan ayahanda Maharajah) ialah dengan
mewujudkan satu syarikat pengangkutan mega di mana
dia menguasai 72 persen saham Konsortium Perkapalan Bhd.
(sudah pun bertukar namanya kini - penterjemah) dengan
memulakannya sebagai syarikat pengangkutan darat dan
kemudiannya berkembang melalui pengambilan Perbadanan
National Shipping Line, sebuah syarikat perkapalan
terbesar di Malaysia. Kerana memerlukan dana untuk membesar, Mirzan telah
menyenaraikan Konsortium Perkapalan pada 1996, dan
menggunakan dana yang terbit dari situ untuk membeli
Pacific Basin Bulk Shipping dan kemudiannya Diperdana
Corp. (Malaysia) yang satu ketika dikuasai oleh adik
kepada seorang bajingan utama negara, Tan Sri
Vincent Tan Chee Yioun. Kemudian dia membeli pula
lebih satu pertiga saham 'Transmile Air Services' untuk
melengkapkan semua unsur-unsur perkhidmatan pengangkutan
itu, yang membolehkannya menguasai operasi pelabuhan
dan urusan perkapalan di luar negara. Penyenaraian
yang dilaksanakan dan pembesaran niaga itu menyungkit
nilai kekayaan (networth) Mirzan melebihi RM1 bilion
dan menjadikan KPB salah sebuah stok yang amat diminati
di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kerana masih tidak puas hati dengan apa yang
dikumpulkannya dalam satu masa yang singkat, Mirzan
telah melancarkan usaha menyauk saham syarikat
perkapalan yang dikuasai kerajaan, Malaysia
International Shipping Corp. sehingga bernilai lebih
US600 Million (dollar: lebih satu billion ringgit
mengikut kadar pertukaran matawang lama -
penterjemah). Dengan kadar itu, KWSP tentunya telah
mengalami kerugian kerana membeli saham setakat 30%
kepentingan dalam usaha yang sama.
Krisis matawang pun menghayunkan penumbuk sulongnya.
Ayunan sulung itu telah melebamkan mata Mirzan (yang
tidak ada sesiapa menggari tangannya di belakang -
penterjemah) kerana dari situ terdedahlah pintu gua
rahsia urusniaga Mirzan selama dulu dan terlucutlah
segala bayangan cerita indah-indah mengenai urusan
niaga yang molok-molok dulu untuk terus menghambat
Mirzan dan mengaibkan regim Mahathir hingga ke hari
ini. Sepatutnya Mirzan teruskan usaha merangkul kuasa
majority dalam MISC dengan bantuan Petronas yang
dikuasai sepenuhnya oleh bapanya. Sebaliknya anak sulung
Maharajah ini telah membuat keputusan untuk
mengurangkan bebanan hutangnya dengan menjual sebahagian
besar asset Konsortium Perkapalan kepada MISC. Semua
kerja putar belit, pintal-memintal, tolong-menolong dan
maju ke depan dan gostan ke belakang yang dilakukan
selepas itu oleh kerajaan menunjukkan betapa kerajaan
memberikan bantuan yang teristimewa untuk menyelamatkan
putera sulung si maharajah. Apabila sebuah entity yang
dikuasai oleh kerajaan digunakan untuk mengengsot bebanan
hutang yang mencekik temboloknya, tentunya tidak
membantu tohmahan akan wujudnya nepotisme.
'Kecundangnya' Mirzan, seperti yang digambarkan oleh satu
profail 1998 dalam The Asian Wall Street Journal, 'telah
terjadi seperti juga yang telah terjadi kepada
kebanyakan peniaga pilihan Malaysia yang lainnya, kerana
terdapatnya terlalu banyak peluang berniaga daripada
pengetahuannya dalam bidang perniagaan yang telah
dilanyaknya'. FreeMalaysia dan banyak pihak lain
menganggap pendapat ini sebagai sesuatu yang adil.
Tetapi itu tidak menyekat putera sulung di kalangan
'Klon M' itu mengeluarkan saman terhadap akhbar harian
di Hong Kong itu, pencetaknya di Malaysia dan
penerbitan lain yang telah menyiarkan laporan tersebut
kerana fitnah. Tindakan menyaman yang dimulakan oleh Mirzan itu,
bertujuan memberi amaran kepada sesiapa juga agar
berfikir dua kali sebelum menaikkan kemarahannya dengan
rujukan yang tidak menyenangkan. Jelas, 'Klon M' sudah
menampakkan kematangannya bergelumang dalam dunia niaga
kronisme. Mereka sudah pintar menyerap segala taktik
mengugut dan mengacah, menyerap amalan perniagaan
kumpulan bedebah, dan segala muslihat putar belit mainan
para juak yang ganas dan haloba. Seperti kroni yang
lainnya, mereka kini sedang merendahkan diri sambil
menunggu masa dan ketika (kalaulah masih ada masanya
- penterjemah) untuk naik tegak dan segak membalun lagi
apa yang baru yang menjentik nafsu dan mengait
selera. Mereka akan melakukan itu semua dengan nama
ayahanda Maharaja. -Terjemahan KTK10- ....TAMAT.... Rencana Asal: freeMalaysia Eminence Front: Dr M and his #1 son Mirzan is 41 years old; married to a relative of one of
Southeast Asia's wealthiest businessmen, Indonesian
tycoon Liem Sioe Liong (a wedding his parents didn't
initially approve of); and a business partner of former Prime
Minister Lee Kuan Yew's sister-in-law. Even these links,
though, didn't have much bearing on his phenomenal vault
into the upper reaches of cronydom. But daddy certainly
did. No. 1 son -- educated in Britain and the U.S., with
employment experiences at International Business
Machines and Salomon Brothers -- is into many, many
business ventures, public and private. Indeed, Mirzan
comes closest in profile to the Suharto Kids in the array of
interests he has collected over the years. But there is one
particular area, near and dear to his dad's heart, that he
has focused on as a specialty -- haulage by land, sea
and air -- or as some prefer to call it, "a complete logistics
solution." Shipping was among the largest leaky sieves in the current
account. For years, export-dependent Malaysia has been
forced to rely on Singapore to ship its enormous loads of
manufactured goods to export markets at a considerable
expense to Malaysian manufacturers and a drain to the
bottom line of the nation's Gross National Product.
Mirzan's answer to his dad's concerns (Or could it have
been his dad's command?) was to patch together a
mega-haulage company under his 72%-owned Konsortium
Perkapalan Bhd., which began as a lorry-hauling company
and soon expanded through its acquisition of Perbadanan
Nasional Shipping Line, one of Malaysia's largest shipping
companies. Needing cash to expand, Mirzan took Konsortium
Perkapalan public in 1996, using the proceeds to acquire
Hong Kong-based Pacific Basin Bulk Shipping and later
Malaysia's Diperdana Corp., once controlled by a brother
of leading Rogue, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. His
subsequent acquisition of a more than one-third stake in
Transmile Air Services brought air haulage under the
company's shipping services, which also began expanding
its operations into port and shipping ventures abroad. The
public listing and these acquisitions elevated Mirzan's
pre-crisis worth, at least on paper, to well over RM1 billion
and made KPB one of the Kuala Lumpur Stock Exchange's
top performing stocks in 1996. Still not satisfied with all that he had amassed in so short a
time, Mirzan then launched his brazen acquisition for the
government's controlling stake in Malaysia's largest
shipping company, Malaysia International Shipping Corp.,
for more than US$600 million. At that price, the nation's
Employee Provident Fund, Malaysia's national pension
program, would have sustained a loss on the price it
initially paid to acquire its 30% interest.
Then the Asian financial crisis struck, unraveling much of
what Mirzan had bundled together in only a few years and
stirring up controversy that dogs him -- and the Mahathir
regime -- to this day. Rather than following through on the
planned acquisition of a controlling stake in MISC, with the
help of the national oil company Petronas (which Dr. M
happens to control), No. 1 son decided to sharply reduce
his debt by instead selling much of Konsortium Perkapalan's
shipping assets to MISC. The opaque twists, turns and
sudden reversal pointed to preferential government
assistance in helping to bail out Dr. M's boy. And that it
was a government-controlled entity that ultimately eased
his crushing debt hasn't helped to allay allegations of
nepotism. Mirzan's "failure," as a 1998 profile in The Asian Wall
Street Journal put it, "came because he, like many of
Malaysia's chosen businessmen, had more opportunities
than business know-how." To freeMalaysia and many
others, the remark seems fair. But that didn't stop No. 1 son
from suing the Hong Kong-based daily, its Malaysian
printer and any other publication that reprinted the report for
defamation. With Mirzan's punitive legal suit, intended to make any
reporter think twice about angering him with an unflattering
reference, the Boys have clearly come of age in crony
terms. They have fully assimilated the intimidating tactics,
shady business practices and behind-the-scenes dealings
of their crony cohorts. And, like the other cronies, they are
laying low and biding their time until they can resume their
conquest of the Malaysian business scene. And they will
do so in the name of their father. ....THE END.... |