Laman Webantu KM2A1: 4292 File Size: 24.1 Kb * |
TJ KTK 9: fM: Lee Kim Yew: Kroni Pencinta Desa By freeMalaysia 23/4/2001 6:07 pm Mon |
KTK 0901 [Lee Kim Yew begitu berhati-hati tetapi lingkup juga
bila menjebak diri dalam wawasan Mahathir membina sesuatu
yang mega yang tidak berdaya maju. Beliau lebih banyak
membina sesuatu yang ganjil yang belum atau jarang diterokai
oleh orang lain kerana di situ mudah disembunyikan kos bawah
meja untuk tuannya. Beberapa projek yang dibalunnya melibatkan
sesuatu yang rahsia, sensitif dan seperti biasa, terlalu mahal
kosnya - termasuk mahligai, menara dan satelit. Beliau
mungkin 'teliti' orangnya dan disukai Mahathir kerana 'kemas'
buatannya sehingga mahligai itu dibina olehnya.
Mahathir begitu banyak menolongnya - mungkin kerana merasa
bersalah menjahanamkan masa depannya juga dengan wawasan yang
menggila. Tetapi mungkin ada sebab lain - dia mengetahui banyak
rahsia perisikkan Mahathir... dan cara Mahathir 'bekerja'.
- Editor ] http://www.freemalaysia.com/rogues/leekimyew.htm
Lee Kim Yew : Kroni Pencinta Desa
(Lee Kim Yew : The Country Crony) Tidak sukar untuk menyenaraikan semua projek yang
dimaksudkan itu :-
Para pembaca sudah tentu dapat membuat kesimpulan di
sini. Setiap kali Dr. M dan orang-orangnya melayani
nafsu besar mereka, seringkali juga rakyat yang
terpaksa menanggung bebannya. Country Heights milik Lee tidak pula menonjolkan
ciri-ciri gah seperti yang lain. Diperhatikan di sini
Lee telah mengambil sikap berhati-hati dengan mengorak
langkah secara sederhana. Berbanding dengan kebanyakan
teman-teman seangkatannya yang lebih cenderung untuk
terus melabur di dalam projek-projek besar dan
skim-skim pembangunan yang berisiko, Lee memutuskan
untuk melibatkan diri di dalam perniagaan yang
menjadikan golongan-golongan yang agak berkemampuan
sebagai sasaran. Dengan kata lain, beliau telah
berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sebarang
percaturan. Bagi tujuan tersebut beliau telah menawarkan satu gaya
kehidupan baru dengan ciri-ciri ala desa yang bakal
diperluaskan ke serata ceruk Semenanjung Malaysia.
Namun projek Country Heights yang dijalankan pada
tahun 1985 itu tidak membuahkan hasil yang boleh
dibanggakan oleh Lee. Beberapa tahun berikutnya beliau
memperkenalkan pula satu slogan yang berbunyi
'Pencarian Berterusan Ke Arah Kehidupan Yang Lebih
Baik' sebagai motto kumpulan syarikatnya itu.
Hakikatnya , slogan yang berbunyi 'Pencarian
Berterusan Untuk Terus Bernyawa' mungkin lebih sesuai
pada masa itu. Begitulah gambaran kemuraman pasaran
hartanah Malaysia semasa negara sedang menghadapi
zaman kemelesetan ekonominya yang pertama selepas
merdeka. Jangan kita tersalah membuat anggapan. Ramai yang
menyangka bahawa Lee, yang berumur 44 tahun ketika
itu, memulakan langkah yang pertama di dalam bidang
perniagaan melalui Country Heights. Sebenarnya beliau
telah melalui pengalaman kerja yang lebih mengecewakan
sebelum itu. Sebaik sahaja menamatkan persekolahan pada awal tahun
70an, Lee telah cuba menceburi beberapa jenis
perniagaan. Semua itu telah menjadikan beliau sebagai
seorang anak muda yang sanggup berbuat apa sahaja,
yakin pada kebolehannya sendiri dan menyimpan
cita-cita untuk mengumpul kekayaan. Baru-baru ini
beliau memberitahu Singapore Business Times tentang
jenis-jenis perniagaan yang dijalankannya merangkumi
semua bidang dari membekalkan ubat-ubatan dan
peralatan perubatan sehinggalah kepada barang-barang
antik dan sistem-sistem pagar otomatik. Hasil dari
kepelbagaian inilah yang telah menyediakan satu tapak
untuk beliau melabur di dalam pasaran hartanah
Singapura yang memberansangkan sepanjang tahun 70an
hingga ke awal tahun 80an. Namun sehingga pertengahan tahun 80an Lee mengambil
keputusan untuk meninggalkan bidang pelaburan tersebut
dan menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang
pembangunan hartanah. Di sini beliau telah menyuntik
satu kelainan dengan memperkenalkan konsep perumahan
ala Amerika kepada rakyat Malysia. Sudah pasti beliau
cuba mengelak dari menggunakan nama Amerika untuk
projek perumahan tersebut. Apatah lagi Dr. Mahathir,
yang terkenal dengan kelantangannya mencemuh
negara-negara Barat, bakal menjadi pembiaya utama dan
penduduk hinggap perumahan itu sendiri. Maka cara yang
terbaik adalah dengan menerapkan konsep Malaysia dan
memanggilnya sebagai kehidupan ala desa.
Sungguhpun demikian, bermula dari hari pertama lagi
Country Heights bagaikan sebuah perkampungan di dalam
satu babak filem Hollywood. Di situ terdapat
jalan-jalan bertar, rumah dengan kemudahan api dan air
dan beberapa buah tandas di bawah satu bumbung,
atap-atap genting yang tidak mudah bocor,
kelengkapan-kelengkapan hawa dingin dan talipon,
tempat letak kenderaan yang luas dan paling ketara
sekali tiada ayam-ayam yang berkeliaran. Semua
gambaran ini menjadikan Country Heights sebagai sebuah
perkampungan Malaysia yang berciri luar biasa sekali.
Walau bagaimanapun pada tahun 1985 Country Heights
cuba mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan. Untuk
tujuan itu, Lee memerlukan banyak kawasan yang luas
dengan kemudahan jalan yang menghubungkannya ke Kuala
Lumpur (yang kemudian diambilalih oleh Lebuhraya Utara
Selatan). Selepas 2 tahun beliau berjaya menemui satu
kawasan yang dimiliki oleh teman lama Dr. M, Tan Sri
Azman Hashim yang menerajui Kumpulan Arab-Malaysian,
sebuah kawasan perladangan getah seluas 162 hektar
yang terletak di Hulu Langat di dalam daerah Kajang.
Bersesuaian dengan keadaan Malaysia yang sedang
merangkak keluar dari kemelut ekonominya pada masa
itu, Country Heights menawarkan harga rumah yang agak
murah dengan penjualan yang tidak menggalakkan. Namun
keadaan ini pasti akan dapat diatasi juga. Untuk itu
Lee sepatutnya berterima kasih kepada Dr. M yang turut
memperolehi sebuah rumah persinggahan hujung minggu
yang menarik di situ. Penulis memilih perkataan memperolehi berbanding dengan membeli kerana difahamkan rumah tersebut adalah hadiah daripada Lee dan beberapa rakan Mahathir, sebagaimana proses penyerahan Awana pada tahun 80an oleh Menteri Kewangan buat kali kedua Daim Zainudin. Langkah membariskan nama PM sebagai salah seorang bakal penduduk di situ telah berjaya meningkatkan penjualan di hari pelancaran tapak perumahan tersebut. Ramai rakan Dr. M dan golongan-golongan elit korporat Malaysia yang hadir membeli unit-unit kediaman banglo dengan harapan disedari oleh Mahathir. Sehingga ke hari ini Country Heights tetap mendapat
tempat di hati Dr. M, di mana dalam suasana kemelut
politik masa kini beliau memilih untuk tinggal di sana
bersama-sama isterinya Datin Siti Hasmah Ali walaupun
mahligai di Putrajaya telah siap menanti kehadirannya.
Tidak salah lagi, keputusan pilihan raya umum yang
lalu begitu menghantuinya yang mana beliau tidak
pernah termimpi perkara sedemikian akan terjadi semasa
memutuskan untuk membina mahligai kemegahan itu.
Secara tidak langsung Lee berjaya memasuki kelompok
teman-teman peribadi Dr.M dan seterusnya menjadi
sebahagian dari tokoh kroni korporat. (perlantikan
abang ipar Dr.M, Datuk Paduka Hashim Mohamed Ali,
sebagai pengerusi Country Heights Holdings Bhd. juga
banyak membantu ke arah itu). Hasilnya, pembangunan
ala desanya itu telah melangkah ke hadapan dengan
projek-projek yang lebih besar dan menyaingi
pemaju-pemaju perumahan Malaysia yang lain.
Namun seperti yang berlaku kepada kebanyakan ahli-ahli
perniagaan yang terperangkap dengan citarasa tinggi
Dr. M, kecenderungan untuk terus melabur di dalam
projek-projek mega sama ada di dalam dan luar negara
bagi tujuan mengambil hati Dr. M, sering mengatasi
kemampuan sebenar mereka. Bagaimana untuk menolak
kehendak ataupun hanya satu usulan dari Dr. M?
Biasanya mereka terpaksa menurut segala kemahuan
beliau dan menyerahkan nasib kepada takdir sambil
berharap sesuatu yang buruk tidak akan terjadi ke atas
mereka. Jika berlaku juga, mereka berharap Dr. M akan
sentiasa mengenang tali persahabatan yang telah
terjalin dan tampil ke hadapan membantu mereka menebus
kerugian yang ditanggung. Lee mungkin tidak perlu dipujuk oleh Dr. M untuk
membangunkan projek Mines Resort City, yang menelan
belanja sebanyak RM2 bilion meliputi hotel-hotel,
kursus-kursus golf, pejabat-pejabat, pusat membeli
belah, taman permainan, tapak sukan air di bekas
lombong terbiar dan dewan pameran serta hotel Palace
of Goleden Horses yang terletak di pinggiran Kuala
Lumpur. Tetapi Dr. M telah menunjukkan penghargaannya
dengan menyediakan banyak peluang untuk menganjurkan
forum-forum antarabangsa di tempat Lee itu apabila
Malaysia menjadi tuan rumah kepada antaranya Sidang
Kemuncak G15, Dialog Tahunan Asia Pasifik ke-4, Sidang
Kemuncak Tidak Rasmi Asia, Seminar Lingkaran Pasifik
dan Forum APEC. Seperti menjadi satu tradisi bagi kumpulan kroni
korporat Malaysia, Lee mula menceburi bidang-bidang
yang di luar kepakarannya di dalam membangunkan bekas
tapak perladangan dan perlombongan menjadi
bandar-bandar dan pusat-pusat peranginan, seperti
bidang pendidikan, perhotelan dan hiburan, serta
sektor pembuatan. Malah beliau turut membuat pelaburan
yang meluas di negara-negara seperti Mauritius, Afrika
Selatan, Amerika Syarikat dan Britain sejak seringkali
mengiringi Dr. M di dalam rombongan perdagangan ke
luar negara. Syarikat Country Heights Holdings, seperti yang
dialami oleh lain-lain syarikat hartanah Malaysia
semasa dan selepas zaman kemelesetan ekonomi, turut
mengalami kerugian. Keuntungan bersih yang diperolehi
untuk tahun kewangan yang berakhir pada 28hb.Jun, 1999
telah menunjukkan penurunan sebanyak 49% kepada
RM8.3juta daripada RM16.4juta pada tahun sebelumnya.
Tetapi di dalam kes Country Heights ini, kerugian yang
dialaminya hanya seketika apabila pendapatan pada
pertengahan tahun itu dilaporkan meningkat kepada
RM77.2juta daripada hanya RM5.1juta di dalam tempoh
yang sama tahun sebelumnya. Tidak dinafikan Country Heights terpaksa berhempas
pula untuk menjelaskan beban-beban hutang bagi
tahun-tahun berikutnya, salah satunya adalah kepada
ahli perniagaan Taiwan Shih Yu Lung. Inilah antara
sebab mengapa Country Heights menukarkan pegangan
saham sebanyak 42.7% di dalam projek Pusat Pameran
London (Excel), yang dijangka siap pada awal tahun
2001, kepada bentuk tunai dan saham di dalam Nusa
Pasifik Sdn.Bhd. milik T.Ananda Krishnan, yang
merupakan tuan punya Pan Malaysian Sweeps Lottery.
Nusa Pasifik dijangka akan mebuat permohonan untuk
disenaraikan di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.
Penyenaraian tersebut akan memudahkan Lee untuk
menjual sebahagian atau kesemua pegangan saham beliau
di dalam Nusa Pasifik bagi mendapatkan tambahan wang
tunai. Langkah Ananda membantu Lee mungkin menjadi satu
petanda buat Lee untuk keluar dari masalahnya dengan
selamat. Ataupun mungkin Ananda sendiri mempunyai
agenda yang tersembunyi di sebalik penguasaan kepada
Excel itu. Adalah tidak mustahil juga jika semua itu
tidak lebih dari sifat tolong menolong sesama kroni
mereka ataupun arahan dari Dr. M sendiri.
Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang amat
meyakinkan penulis : Lee tidak mungkin akan terhimpit
sehingga terpaksa melalui sendiri kehidupan ala desa
Malaysia ciptaannya itu. Tidak mungkin dibiarkan
ayam-ayam berkeliaran di atas halaman rumputnya yang
terjaga dengan rapi. -freeMalaysia- -Terjemahan KTK6- Rencana Asal: freeMalaysia http://www.freemalaysia.com/rogues/leekimyew.htm
There's no mystery behind Tan Sri Lee Kim Yew's climb to Malaysian
corporate fame. For his was the same tried and true path tread by most of
freeMalaysia's Rogues Row inmates. That path being: Suck up to
Malaysia's big boss, Prime Minister Mahathir Mohamad, with a can-do
attitude and a development project that feeds his excrescent "Edifice
Complex," however ludicrous it might seem to those who don't share Dr. M's
big-is-best mania. You know the sort of edifices and projects fM is referring to:
Record-breaking flagpoles, telecommunications
towers, underwater electricity cables, dams and
office buildings; massive national car, steel and
cement projects with little chance for an export
market; an instant Silicon Valley that only Dr.
M's favorite illusionist, David Copperfield,
could conjure up; equally instant island vacation
"paradises," but without the infrastructure to
make them sustainable; an imperial residence to
rival Versailles - with hippos; a new fM thinks you get the point. Whenever Dr. M and his guys think big, which
is often, we all pay dearly. "Country Heights" Lee, to his credit, doesn't entirely fit the typical Rogues
Row profile. Rather, he set his initial sights considerably lower and with a
focus most of the other rogues would have dismissed as needlessly
cautious. While they rushed to risk big bucks - less their own than those of
Malaysian taxpayers - on white-elephant glam projects and harebrained
development schemes, Lee decided to target Malaysia's nouveau riche and
the upper tier of the growing middle class. In other words, he gave some
actual thought to his game plan. His offering? Let's call it "nouvelle vague",
a weirdly urbano-rural new-wave lifestyle that soon would be sweeping
through parts of Peninsular Malaysia.
In hindsight, 1985 hardly seemed a propitious starting point for Country
Heights Lee's lifestyle venture. Years later, he adopted the slogan "Ever
Searching For Better Living" as the motto of his Country Heights Group of
Companies. But back in the mid-80s, "Ever Searching to Stay Afloat" would
have been more appropriate; such was the sorry state of Malaysia's
property market as the country headed into its first serious recession since
independence. Don't be misled. The 44-year-old Lee didn't launch his business career
with Country Heights, though many Malaysians mistakenly have this
impression. No, Country Heights Lee's career was far more prosaic in his
early years. After cutting short his schooling in the early 1970s, Lee toyed around with a
number of businesses. In short, he became a young hustler, relying on his
wits and an ambition to make good. He recently told the Singapore Business
Times that he pushed everything from medical supplies and equipment to
antiques and automatic gates. Though mundanely eclectic, it was enough to
generate the nest egg he eventually used to begin delving into Singapore's
booming property market through much of the '70s and very early '80s.
Still, it wasn't until the mid-1980s that Country Heights Lee dropped his
penny-ante hustle and threw his heart and soul into the property game. But
he did it with a unique twist, at least locally, by bringing to Malaysia an
American residential-community concept. He, of course, didn't call it
American. His soon-to-be prime benefactor and occasional Country
Heights resident, the West-baiting Dr. M, wouldn't have liked that one bit.
So instead, Lee "Malaysianized" the concept, calling it kampung-style
living. But from day one, Country Heights was anything but a Hollywood film set of
a rural kampung scene. For starters, all the roads were paved; every house
had piped-in water and electricity and more than a single toilet under the
main roof; bedrooms were plentiful, as were every other type of room; the
roofs were tiled and didn't routinely leak; air-conditioning units and
telephones were abundantly visible; car ports were big enough for two and
three cars; and, most telling, there were no chickens pecking about. In
short, Country Heights was unlike any kampung Malaysians had ever seen
before. In 1985, however, Country Heights was little more than a vision. To make it
happen, Lee needed plenty of wide-open space, with convenient road
access to Kuala Lumpur. (Soon to be taken care of by the North-South
Expressway.) Two years later he found it. And it was longtime Dr. M pal,
Tan Sri Azman Hashim, head of the Arab-Malaysian Group, who owned it
-- a 162-hectare rubber plantation southeast of the Malaysian capital in
the sleepy Hulu Langat enclave of Kajang.
With Malaysia still grappling with the fallout from the recession, Country
Heights' home-site sales initially were quite cheap and slow to move. But
soon enough, this too would change. And for that, Lee largely can thank
Dr. M, Malaysia's horse-riding premier, who "acquired" a lovely weekend
retreat there. freeMalaysia says acquired, rather than purchased, because we
understand the home was a gift from Country Heights Lee and other
Mahathir friends, much like the Awana getaway provided in the 1980s by
two-time Finance Minister Daim Zainuddin. However, having the Prime
Minister as a resident did wonders for the development's site sales,
sparking keen buying interest among Dr. M's buddies and Malaysia's
corporate elite for their own bungalows within eyesight of Mahathir.
To this day, Dr. M remains fond of his Country Heights home, preferring to
live there with wife Datin Seri Siti Hasmah Ali during these politically
troubled times rather than move into his newly completed palace at
Putrajaya. His embarrassment, especially with a general election pending,
is understandable and shows a glimmer of sensitivity sorely lacking when
he had the Versailles-like palace built in the first place.
In any event, that's how Country Heights Lee worked his way into Dr. M's
orbit of personal friends and then into the premier's inner circle of corporate
cronies. (It helped, by the way, that Lee appointed a Dr. M brother-in-law,
Datuk Paduka Hashim Mohamed Ali, as chairman of his main holding
company, Country Heights Holdings Bhd.) That's also how his elitist
kampung-style development soon became his blueprint for even grander
projects and for a series of knock-offs by other Malaysian property
developers. But as often happens to businessmen sucked into Dr. M's whirlwind plans,
the temptation to overstretch their companies' financial and technical
capabilities at home and abroad for the sake of pleasing Mahathir is often
more than they can resist. How to shrug or say no when the old man insists
or simply suggests? Well, they usually don't. Instead, they cross their
fingers and hope that the economic tide doesn't turn against them. And if it
does, they can only pray that Dr. M's friendship remains steadfast and will
be there to help bail them out, if need be.
Country Heights Lee may not have needed any coaxing by Dr. M to build
his Mines Resort City -- a RM2 billion extravaganza of hotels, golf
courses, offices, a shopping center, theme park, water sports in the
abandoned mining pool and an exhibition hall -- as well as the adjoining
Palace of Golden Horses Hotel on the outskirts of KL. Still, Mahathir has
shown his gratitude by steering many of the more prestigious international
forums in his direction when it's Malaysia's turn to play host, such as the
G15 Summit, the fourth annual Asia Pacific Dialogue, the ASEAN Informal
Summit, the Pacific Rim Conference and the APEC forum.
And in keeping with Malaysian corporate crony tradition, Country Heights
Lee began tackling businesses far afield from his expertise in converting
former plantation and mining land into townships and resorts, such as
moving into education, hotel and leisure, and manufacturing. Moreover, a
frequent member of Dr. M's business entourage on trips abroad, Lee found
himself investing in places like Mauritius, South Africa, the United States
and Britain. Lee's Country Heights Holdings, like every other Malaysian property
company in and after the recession, took a beating. Net profits for the year
ended Feb. 28, 1999, slumped 49% to RM8.3 million from RM16.4 million a
year earlier. But in Country Heights' case, the beating appears to have
been brief, as its reported financial mid-year earnings shot back up to
RM77.2 million from only RM5.1 million in the comparable period last year.
Nonetheless, it is taking some nimble footwork to make sure that Country
Heights meets its debt obligations in the next few years, among them to
Taiwanese businessman Shih Yu-Lung. This, in part, explains why Country
Heights is swapping its 42.7% stake in the London Exhibition Centre
(Excel), expected to be completed in early 2001, for part cash and part
shares in T. Ananda Krishnan's Nusa Pasifik Sdn. Bhd., owner of the Pan
Malaysian Sweeps lottery. Nusa Pasifik is expected to apply for a listing on
the Kuala Lumpur Stock Exchange. A listing would allow Lee to easily sell
some or all of his Nusa Pasifik shares to raise additional cash.
That the savvy Ananda, an early Rogues Row inmate, sees fit to assist
Country Heights Lee could be interpreted as a sign that Lee will pull out of
the property slump relatively unscathed. Or perhaps Ananda smells blood
and easy corporate pickings down the road, especially at Excel. Or maybe
it's just a case of one rogue helping another, even if it's at Dr. M's behest.
But there's one thing freeMalaysia is certain of: Country Heights Lee won't
be reduced to living in a true Malaysian kampung. There will be no
chickens on his manicured lawn. |