Laman Webantu KM2A1: 4293 File Size: 11.2 Kb * |
FK TJ MT : SKM 1 - Pembohongan MP BN di Havana By Lim Kit Siang 23/4/2001 6:59 pm Mon |
FK 0201 [MP BN cuba menipu sidang IPU di Havana Cuba dengan
lapuran setebal 15 muka mengenai hak asasi manusia yang
datangnya entah dari mana. Mungkin ia terlupa sebelumnya
Gelita 14 Malaysia sudah mencabul hak asasi TERANG-TERANGAN
dengan menahan tanpa bicara dan tanpa bukti 7 aktivis reformasi
yang beritanya tersiar ke SELURUH DUNIA. Lagipun IPU tentunya
akan menyemak lapuran Amnesty International sebelum memberi
kata-dua - bukannya menerima sahaja semua lapurannya tanpa
menyiasat apa-apa. Jika IPU bersikap begitu imej IPU akan
tercemar. (sila baca nota kaki catatan MT juga.)
- Editor] Penterjemah: -MT-
Fokus Khas: 21/4/2001 (Kes Anwar: Ahli Parlimen UMNO/BN Berbohong Lagi)
Pada Isnin lalu, ketua delegasi Malaysia yang menghadiri jadual
ke-105 Interparliamentary Union (IPU) Conference di Havana,
Cuba, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (MP Tambun) telah
menyatakan betapa Jawatankuasa Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia di IPU telah 'menerima dengan senang' lapuran
delegasi Malaysia mengenai isu hak asasi manusia bersangkutan
dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Bernama 16/4/2001).
Beliau berkata lapuran setebal 15-muka surat itu telah
dikemukakan oleh delegasi Malaysia seramai 5 orang perwakilan
kepada Havana IPU Conference. Lain-lain peserta delegasi ialah
Datuk Ng Lip Yong (BN-Batu), Wan Junaidi Tuanku Jaafar
(BN-Batang Lupar), P. Komala Devi (BN-Kapar) dan Senator
Datuk Christina Tibok Vanhouten. Ahmad Husni memberitahu wartawan parlimen bahawa laporan
daripada Malaysia di Havana IPU Conference merupakan hanya
itulah satu-satunya di kalangan 18 lapuran negara yang telah
diterima tanpa sebarang keperluan penelitian rapi seperti
yang berlaku kepada lapuran negara yang lain (Nanyang Siang
Pau 17.4.2001). Saya telah merujuk kepada Sekretarian IPU di Geneva dan
mendapat tahu bahawa kenyataan Ahmad Husni itu adalah satu
pembohongan belaka. Saya telah menerima daripada sekratariat IPU di Geneva
resolusi terhadap kes Anwar Ibrahim yang telah diluluskan tanpa
sebarang pengundian oleh Majlis IPU pada sessi ke-168
(Havana 7hb April 2001)yang menyebut, antara lainnya:
"Menyedari bahawa delegasi Malaysia ke Persidangan ke-105
(April 2001) telah menyerahkan kepada Suruhanja (mengenai hak
asasi anggota parlimen), yang dijadualkan pada persidangan itu,
satu dokumen yang menyeluruh lengkap dengan pelbagai butiran
dan penjelasan berkenaan beberapa perkara yang dibincangkan
di atas, terutama sekali berkaitan dengan penghakiman terhadap
mengaibkan mahkamah oleh peguam (Zainur) Zakaria, tuduhan
hasutan yang dikenakan keatas peguam Karpal Singh,
'pengakuan bersumpah' Sukma Darmawan dan penggunaan
peraturan berkaitan barang bukti, 'Undang-undang Malaysia
berkaitan lokap', penderaan yang mengaibkan Anwar Ibrahim
oleh Ketua Polis Negara, keadaan tempat tahanan dan pendirian
Malaysia berkaitan piawaian hak asasi manusia sejagat, dan
juga pendirian Majlis berkaitan Anwar Ibrahim,
Semua MP Barisan Nasional itu telah 'ditangkap' dengan
jelasnya membuat pembohongan mengenai apa yang terjadi di IPU
Conference di Havana pada awal bulan ini. Oleh kerana lapuran
delegasi Malaysia itu tidak pun 'diterima dengan senang'.
Malahan lapuran itu akan dikaji dengan terperinci oleh
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia IPU yang akan mengemukakan
pula satu lapuran pendapatnya kepada Persidangan IPU yang
akan diadakan di Ouagadougou (Burkina Faso) daripada 9 -
14 September 2001. Ahmad Husni beserta delegasi seramai lima orang itu mesti
meminta maaf secara terbuka kerana berbohong kepada
rakyat negara ini bahawa lapuran itu telah 'diterima dengan
senang', memberi kenyataan seolah-olah IPU itu telah
berpuashati dengan segala penjelasan mengenai kes Anwar
Ibrahim dan perkara itu tidak lagi akan diperbesarkan oleh IPU-
sedangkan semua kenyataan itu adalah tidak benar.
Dalam hal ini, adalah amat dikesalkan sekali bahawa tidak ada
seorang pun MP Pembangkang yang dipilih untuk turut serta
delegasi Malaysia kepada IPU Conference di Havana itu, yang
sudah tentu dapat menyekat pembohongan seperti itu disebarkan
selepas berakhirnya persidangan. Ahmad Husni sepatutnya mengumumkan secara terbuka lapuran
yang dikemukakan oleh delegasi Malaysia ke persidangan di Cuba
itu, kerana sudah muncul satu soalan siapakah yang meluluskan
lapuran seperti itu dikemukakan kepada IPU sedangkan semua
MP (ahli parlimen) baik daripada Barisan Nasional dan
BarisanAlternatif, adalah ahli IPU Malaysia dan tidak ada pun
sebarang mesyuarat yang memberikan kebenaran mengenai
penyerahan lapuran seperti itu.
Parlimen dan rakyat Malaysia berhak mengetahui isi kandungan
lapuran delegasi IPU Malaysia di Havana, untuk membuat
pendirian samada delegasi IPU Malaysia (pimpinan Ahmad
Husni) telah bertindak melampaui bidang kuasa mereka dalam
menyerahkan lapuran seperti itu tanpa kelulusan sepenuhnya
Chapter IPU Malaysia. -Lim Kit Siang- Catatan Penterjemah: Alahai Kit Siang?.. Dasar orang tak tahu malu, kalau selama ini
para pengundi senang ditipu, apakah pula orang luar. Soalnya
sekarang apakah penyerahan lapuran itu atas arahan Raja
Penipu dan bolehkah rakyat marhaen membaca salinan lapuran
yang dikemukakan itu????? Rencana Asal: [BUNGARAYA] Anwar's case - BN MPs caught red-handed telling a lie
Media Conference Statement (3) by DAP National Chairman Lim Kit Siang at
DAP PJ Hqrs on Friday, April 20, 2001 at 12 noon:
Barisan Nasional MPs caught red-handed telling a lie about what transpired
at the IPU Conference in Havana On Monday, the head of the Malaysian delegation to the 105th
Inter-Parliamentary Union (IPU) Conference in Havana, Cuba, Datuk Ahmad
Husni Hanadzlah (MP for Tambun) said that the Human Rights Committee of the
IPU had "accepted favourably" the Malaysian delegation's report on human
rights issues affecting Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Bernama 16.4.2001)
He said the 15-page report was presented by Malaysia's five-member
delegation to the Havana IPU Conference. Other members of the delegation
were Datuk Ng Lip Yong (BN-Batu), Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Batang
Lupar), P. Komala Devi (BN-Kapar) and Senator Datuk Christina Tibok Vanhouten.
Ahmad Husni told parliamentary reporters that the Malaysian report at the
Havana IPU Conference was the only one out of 18 country reports which had
been "accepted" without having to undergo closed-door examination as was
the case with the other 17 reports. (Nanyang Siang Pao 17.4.2001).
I have checked with the IPU secretariat in Geneva and found that Ahmad
Husni's claim that the Malaysian report had been "accepted favourably" by
the IPU Human Rights Committee is completely untrue.
I have received from the IPU secretariat in Geneva the resolution on Anwar
Ibrahim's case adopted without a vote by the Council of the IPU at its
168th session (Havana 7th April 2001) which said, among other things:
"Noting that the Malaysian delegation to the 105th Conference (April 2001)
submitted to the Committee (on the Human Rights of Parliamentarians), during
the session it held on the occasion of the Conference, a comprehensive
document presenting detailed comments and explanations on the points
referred to above, in particular the contempt of court judgment regarding
defence counsel Zakaria, the sedition charge brought against defence counsel
Karpal Singh, the 'confession' of Sukma Darmawan and the applicable rules of
evidence, the Malaysian 'Lock-up Rules', Anwar Ibrahim's ill-treatment by
the Inspector-General of Police, general conditions of detention and
Malaysia's position in regard to international human rights standards, as
well as on the Council's position on Mr. Anwar Ibrahim,
"Considering that that the Committee wishes to give that document its full
and thorough attention,
The Barisan Nasional MPs have been caught red-handed telling a lie as to
what transpired at the IPU Conference in Havana early this month, as the
report of the Malaysian delegation had not been "accepted favourably" but
would be subject to a rigorous study by the IPU Human Rights Committee which
would submit a report of its conclusions to the next IPU Conference in
Ouagadougou (Burkina Faso) from 9 - 14 September 2001.
Ahmad Husni and the five-person Malaysian delegation should publicly
apologise for telling the lie that its report had been "accepted
favourably", implying that the IPU is satisfied with its explanations on the
Anwar Ibrahim case and that it is no more being actively pursued by the IPU
- when these are all completely untrue.
In this connection, it is most deplorable that no Opposition MP was included
in the Malaysian delegation to the IPU Conference in Havana, which would
have prevented such blatant lie being told after the conference.
Ahmad Husni should also make public the report submitted by the Malaysian
IPU delegation in Cuba, as a pertinent question is who authorised such a
report to be submitted to the IPU when all MPs, both Barisan Nasional and
Barisan Alternative, are members of the Malaysian IPU and no general meeting
authorising the submission of such a report had been held.
The Malaysian Parliament and people are entitled to know the contents of the
report of the Malaysian IPU delegation to Havana, so as to decide whether
the Malaysian IPU delegation had exceeded its powers in submitting such a
report without full authority of the Malaysian IPU chapter.
|