Laman Webantu KM2A1: 4300 File Size: 14.9 Kb * |
Daim: Satu Permainan Persepsi? By Man Kubur 25/4/2001 1:00 am Wed |
UMNO TIDAK BERSEDIA UNTUK REFORMASI
Pemilihan di peringkat bahagian dan Perhimpunan Agung Umno
tahun ini amat penting untuk melakar masa depan Umno agar tidak
terpupus dan menghilang dari dunia. "Umno tampak seperti sebuah kapal yang bakal tenggelam.
Pemilihan bahagian adalah penting untuk Umno menonjolkan
muka-muka baru untuk mencetus harapan agar orang Melayu
menyokongnya kembali" - Prof Agus. Legasi Mahathir bergantung kepada kemampuannya untuk menukar
parti yang angkuh, bongkak lagi degil untuk membaiki diri sendiri
sedangkan masa yang ada sudah semakin tidak mencukupi. Tahun
2004 pasti tiba nanti tetapi Umno masih belum bersedia untuk
memerangi korupsi (kerana yang tertangkap cuma ikan bilis belaka
tetapi si ikan paus dibiarkan pula). Di sinilah ahli Umno perlu berfikir apakah yang lebih disayangi
mereka - pemimpin ataupun parti. Menyimpan penyakit akan memautkan
Umno apatah lagi jika mengambil doktor yang cuba menyembunyikan
penyakit yang ada. Umno memerlukan khidmat pihak ketiga - seperti
BPR - tetapi malangnya Umno sendiri tidak sanggup dibedah olehnya
kerana ramai akan berpenyakit itu berada di atas-atas belaka.
"Tanpa reformasi, Umno akan menjadi sejarah sahaja dalam beberapa
tahun lagi untuk mengikut jejak nasib Golkar atau LDP di Jepun
yang sudah tidak bertaring lagi jika gejala membeli undi tidak
ditangani", tambah Agus lagi. Banyak pemerhati berpendapat rakyat sudah jelek dengan masalah
kroni dan korupsi. Rancangan piket MTUC mendedahkan sikap ini.
Mungkin juga itu sebabnya Mahathir cuba menonjolkan keikhlasannya
untuk memerangi korupsi tetapi lapuran polis Fauzi mengena batang
hidungnya sendiri. Dan mungkin juga Daim bercuti untuk menampilkan
kesungguhan Mahathir memerangi korupsi. Tetapi Daim pasti tidak
akan diburu dan diaib seperti Anwar kerana sebahagian besar BSKL
berada di hujung jejarinya untuk menyerang Mahathir kembali.
Cara terbaik adalah cara tradisinya selama ini - diam dan
senyap-senyap mengundur diri. Berundur sahaja tidak mencukupi. Apa yang dicekup itu mesti
diserahkan kembali kepada pihak yang dicuri. Di sinilah
mahkamah perlu berfungsi - malangnya ia tidak dilakukan kerana
ramai yang bakal terjerut nanti termasuk Mahathir sendiri.
Sikap Daim kini seperti sedang memarahi Mahathir. Menurut Berita
Harian, beliau hadir di pembentangan RM-8 tetapi terawal bangun
untuk pergi. Mahathir pernah menyebut 'marah' ini dalam gurauannya
mengenai Daim baru-baru ini. Khabar angin bertiup pantas Daim
mengirim surat perletakkan jawatan yang tidak bertarikh kepada
Mahathir. Kalau dulu khabar angin digunakan untuk meminggiri Anwar
kali ini khabar angin digunakan seolah-olah untuk melonjakkan
populariti Mahathir sendiri. Umno menghadapi masalah persepsi korupsi. Apa yang berlaku
akhir-akhir ini menunjukkan ada usaha untuk menukar persepsi -
bukannya untuk betul-betul membaiki. Jika tidak mahkamah dan
BPR sudah lama berkejar ke sana kemari. Cuba fikirkan Puteri
Umno dengan khidmat kemasyarakatannya dan presiden Umno dengan
tangis-tangisannya. Kesemua pemimpin reformasi dan keADILan
yang ditangkap ISA tempoh hari begitu lantang mengkritik
gejala korupsi dan menaikkan semangat rakyat sehingga tumpas BN
di Lunas tempoh hari. Menangkap mereka akan mengurangkan persepsi.
Mahathir terang-terang mencabar SUHAKAM dengan menambah dua lagi
pemimpin keADILan baru-baru ini kerana amat takut serangan
persepsi. Ezam pernah mendedahkan sebelum ditangkap bahawa ahli Umno
sendiri diharap akan menumbangkan Mahathir sendiri dengan
keADILan menggoncang tiang seri. -Man Kubur- Rencana Rujukkan: The South China Morning Post, HK Ruling party admits need to reform
JASBANT SINGH of Associated Press in Kuala Lumpur
When a senior official of Malaysia's ruling party broke ranks and
claimed publicly that corrupt party leaders were trying to shunt him
aside, Prime Minister Mahathir Mohamad immediately demanded the man's
resignation. But Dr Mahathir quickly withdrew his request for Fauzi Abdul Rahman to
drop out of the United Malays National Organisation (Umno). Instead he
urged an investigation into the claim that members were offered bribes
to ensure Mr Fauzi would be defeated in internal party elections.
The turnaround was the latest grudging recognition that the party that
has ruled Malaysia for four decades will have to put an end to
vote-buying and other shady practices if it wants to retain its hold
on government. Candidates have bought their way into positions of power with lavish
feasts, expensive vacations and promises of favours for party members
with voting powers. But with divisional elections under way for leaders to steer the party
towards national elections in 2004, observers warn that Malaysians are
tired of cronyism and corruption and could vote Umno out of power if
it does not clean up its act. "Umno is seen as a sinking ship," said Mohamad Agus Yusoff, a
political science lecturer at the National University of Malaysia.
"The divisional elections are important for Umno to bring in new
players to fire the imagination of the Malays once again."
Dr Mahathir's legacy could depend on his ability to change the party's
arrogant born-to-rule image. Without change, Professor Mohamad Agus
said, Umno could soon become history. "Umno can easily end up like
Golkar [in Indonesia] or the Liberal Democratic Party in Japan in a
matter of years if this vote-buying is not stamped out."
Dr Mahathir, who has led Malaysia since 1981, appears unassailable as
party leader, although at the age of 75 he has said he will not
contest the 2004 elections. But his authority has been weakened since
he fired his popular protege, Anwar Ibrahim in 1998, triggering a
split in the Malay community. Anwar's sacking and subsequent conviction for corruption and s###my
drew thousands of anti-government demonstrators into the streets and
invigorated a languishing opposition. Anwar, who is serving sentences
totalling 15 years, claims he was framed to prevent a challenge to Dr
Mahathir. Though thousands of Umno members defected during the upheaval over
Anwar, the party remains Malaysia's largest with 2.7 million members
and 16,000 branches. But in the 1999 elections, an opposition bloc
including a party led by Anwar's wife and the fundamentalist Parti
Islam se-Malaysia made inroads into Umno strongholds. Dr Mahathir is
now urging party reform. "I have advised, appealed, cried and I have prayed," Dr Mahathir
tearfully told an Umno rally in November. "Reject everything that
reeks of bribery for the sake of our race."
Umno has introduced new anti-graft measures, including a code of
ethics for aspiring candidates. The code bars ministers from using
their positions to lure support, and all candidates from giving
presents to party members or throwing feasts. But some party members
say these measures may not be enough.
"Positions in Umno are seen as the passports to power and wealth.
Therefore members are inclined to go all out and resort to
questionable means in securing party positions," said Zulkifli Alwi,
the assistant secretary of Umno Youth. He said it might be necessary
to separate party leadership posts from those in government to end the
tradition of corruption. http://www.scmp.com Support for Umno eroded by graft, says Mahathir
He says people are telling him that they think the party is led by
corrupt and untrustworthy leaders JITRA (Kedah) - In yet another criticism of his own party, Prime
Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad has said that many Malays are
not interested in joining and supporting Umno because its leaders are
corrupt and untrustworthy. The Umno president said this was based on feedback he had received
from the people during his recent nationwide tour.
'I met, among others, professors, university lecturers, government
officers, soldiers and policemen, who explained their perception of
Umno and why they have lost interest in supporting the party.
'They told me that Umno is being led by untrustworthy people who are
involved in corruption and used money to become leaders,' he said
while opening the Kubang Pasu Umno delegates meeting on Saturday.
Dr Mahathir said the people he had met described party leaders as
those who cared only for their own interests.
He said such perceptions could ruin the party and country if Umno
members did not take them seriously. 'There is no point in saying that corruption occurs in other parties,
just to cover up the wrongdoings in our party,' he said.
Dr Mahathir said Umno members had the responsibility to ensure the
party was clean at all levels. 'If the people's perception of Umno's leadership is that it is clean,
then only they will support us, and we can win and form a government.
'But now, their perception is still vague and they are of the opinion
that Umno had absorbed a dirty culture...a culture of corruption.'
He pointed out that there were some Umno members who attended branch
meetings because they received money and were promised free trips if
they supported certain candidates. Later, during a break in the meeting, Dr Mahathir said that extremely
rich Umno members would be barred from contesting top party posts
under a proposal to curb money politics.
He said that under a proposal which he would raise with the party's
supreme council, branch and division chiefs would also not be given
government contracts. Dr Mahathir said the rich liked to use their wealth to influence the
decision of delegates, and that such practices had changed the culture
of Malays. He also said that he had received allegations of money politics in the
Kubang Pasu division, but the reports were not very specific.
--The Star/Asia News Network http://www.emedia.com.my/Current_News/
BH/Tuesday/Mukadepan/20010424090301/Article/
Berita Harian Saya mahu berehat: Daim KUALA LUMPUR, Isnin - Kehadiran Menteri Kewangan,
Tun Daim Zainuddin, yang sedang bercuti ketika
pembentangan Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) oleh
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, hari ini menarik perhatian media.
Sebaik saja Perdana Menteri selesai membentangkan RM-8, Daim
kelihatan antara yang pertama keluar dewan, menyebabkan
wartawan, termasuk wakil media asing berkejar untuk mendapatkan
reaksi Menteri Kewangan itu. Khabar angin kononnya Daim berselisih faham dengan Dr Mahathir
menyebabkan kedua-duanya menjadi sasaran terutama, daripada
wartawan asing, yang ingin mendapatkan kepastian.
Pada sidang akhbarnya di lobi Parlimen, Perdana Menteri tidak
terlepas daripada pertanyaan media sama ada benar berlaku
perselisihan faham itu. Perdana Menteri secara berseloroh berkata:
"Saya baru lawan dengan dia (I just fought with him). Sebab itu dia
datang untuk mendengar suara saya (ucapan di Dewan Rakyat)
tadi. Saya tidak tahu mengapa dia datang kerana dia sedang
bercuti, tetapi seolah-olah dia mahu mendengar ucapan saya,
seperti orang lain, seperti anda yang juga mahu mendengar."
Sebelum itu, ketika dikerumuni wartawan, Daim berkata beliau sihat
dan keputusannya untuk bercuti selama dua bulan bermula awal
bulan ini, cuma mahu berehat. Berikut adalah antara soal jawab wartawan dengan Daim:
Media: Tun sihat? Daim : Sihat, alhamdulilah. Media: Adakah Tun akan berhenti (daripada Kabinet)?
Tun: Saya sedang bercuti (gelak). Media: Tetapi dua bulan adalah terlalu lama, adakah Tun
memulakan langkah untuk keluar (daripada Kabinet)?
Tun: Anda yang cakap. Media: Mengapa Tun bercuti? Tun: Mengapa? Adakah saya tidak berhak untuk mengambil cuti?
Media: Adakah Tun letih, inikah alasan untuk bercuti?
Tun: Saya ingin berehat. Media: Adakah sekarang ini masa yang sesuai untuk Tun bercuti
dengan keadaan ekonomi semasa yang kurang menggalakkan?
Tun: Ia cuma kelembapan. Media: Adakah Tun akan pergi ke luar negara untuk menarik
pelaburan? Tun: Tidak, saya hanya pergi ke luar negara untuk menghadiri
mesyuarat Bank Pembangunan Asia (Mesyuarat ini dijangka
diadakan di Honolulu, Hawaii Mei ini).
Terdahulu, ketika Daim yang juga Ahli Parlimen Merbok memasuki
dewan menuju ke tempat duduknya, penyokong kerajaan terus
menepuk-nepuk meja sebagai tanda sokongan.
Khamis lalu, Dr Mahathir mengesahkan Daim mengambil cuti
selama dua bulan dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk
Mohamed Nazri Abdul Aziz, akan mewakili Daim dalam Kabinet.
Malah, kehadiran Daim juga hampir menenggelamkan perhatian
media terhadap satu persidangan antarabangsa tadbir urus korporat
yang dirasmikannya di ibu negara, pada jam 9.15 pagi ini.
Namun, menyedari kemungkinan itu menteri berkenaan siang-siang
lagi dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau tidak mahu
perkara berkenaan berlaku. "Saya berharap seminar Tadbir Urus Korporat yang penting ini
tidak akan tenggelam berikutan minat terlalu mendalam di kalangan
media untuk membincangkan mengenai cuti saya selepas ini.
"Saya tidak dapat turut serta seperti biasa untuk menjawab
soalan-soalan panas daripada rakan-rakan media. Saya
sebenarnya akan terus ke Parlimen (lepas perasmian ini)," katanya
pada penghujung ucapannya di seminar itu.
Pelbagai khabar angin timbul ekoran tindakan Daim untuk bercuti
selama dua bulan. Media yang datang lebih ramai dari biasa itu
juga dikatakan berminat untuk mendengar sendiri dari mulut beliau
mengenai rancangan ketika bercuti. Seminar Antarabangsa Tadbir Urus Korporat dua hari itu dianjurkan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) dan Persatuan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (Maicsa) menarik 250 penyertaan peringkat antarabangsa dan tempatan. |