Laman Webantu KM2A1: 4302 File Size: 12.7 Kb * |
TJ MT MGG: Masalah Tun Daim By M.G.G. Pillai 25/4/2001 5:10 am Wed |
MGG 9001 [Seseorang pemimpin yang bertanggung-jawab tidak akan bercuti
2 bulan lamanya di saat negara dirundung masalah ekonomi (rezab
menurun, ringgit tertekan, ekspot susut, BSKL menjunam, pekerja
dibuang, dll). Daim dikatakan penat tetapi mengapa beliau seperti
masih bekerja - malah pergi pula mendengar pembentangan RM-8?
Ada sesuatu yang tidak kena dan cuba disembunyikan di sini.
Menurut Dr Jomo, Daim memprotes dengan gaya (diam) yang tersendiri.
MGG menyebut khabar Daim membebel anak-anak Mahathir yang mendapat
keistimewaan luarbiasa sekali. Jangan lupa sebelum Daim dilantik
semula menjadi menteri, Mahathir memegang jawatan menteri kewangan
itu terlebih dahulu dan menolong terus Mirzan yang sedang tercekik
itu dan beberapa kroninya tanpa ramai yang tahu secara sembunyi.
Kroni Daim sedikit lambat mendapat bantuan dan terpaksa mengikut
jalan yang terang yang kini sudah dipersoalkan. Rahsia Mahathir
tidak ramai yang tahu kecuali Ali Abul Hasan dan mungkin juga Lee
Kim Yew. Dengan Daim bercuti sekarang dia mungkin terlepas dari beban
menjawab beberapa pertanyaan dan mungkin juga serangan yang
bakal tiba nanti. Beliau sudah tersasul ketika menjawab di
parlimen tempoh hari dan mungkin tersasul lagi jika diasak
bertubi-tubi. Mungkin diam sahajalah yang akan menyelamatkan
dirinya dalam waktu terdekat ini. Sebab itulah beliau bercuti
agar dapat mendiamkan diri?. (The Problem With Tun Daim Zainuddin) Perdana Menteri telah mengizinkan menteri kewangan, Tun Daim
Zainuddin bercuti selama dua bulan. Sepatutnya dia tidak meluluskan
permintaan Daim untuk bercuti. Rancangan Malaysia ke-8, yang
diumumkannya semalam (23 April, 01) memerlukan kehadiran beliau,
tetapi dia dibenarkan cuti pula. Tun Daim pergi ke pejabat seperti
biasa, menghadiri persidangan antarabangsa dan Parlimen, seperti
biasa, dan tidak akan pergi ke luar negara melainkan ada persidangan
yang memerlukan kehadirannya. 'Saya sedang bercuti,' katanya
dengan bangga kepada pemberita. Kesihatannya ternyata baik. Ketika
ditanya kenapa bercuti saat genting ini, dia menjawab: 'Apakah saya
tidak berhak untuk bercuti?'. Dato' Seri Mahathir gembira melihatkan
Daim menghadiri Parlimen mendengar beliau membentangkan
Rancangan Malaysia ke-8 itu. Itu bukan isunya. Kenapakah menteri kewangan dibiarkan bercuti
panjang ketika kita sedang dihenyak masalah ekonomi yang sukar?
Bukankah dia patut terus bekerja untuk membetulkan ekonomi negara?
Kalau bercuti, kenapa dia berada di pejabat membelek kertaskerja?
Kalau dia meneliti kertaskerja alangkah elok dia batalkan cutinya itu
supaya orang lega daripada dihantui mainan 'wayang kulit-tipu'?
Memanglah tidak ada sebarang pergeseran antara Perdana Menteri
dan Tun Daim, seperti juga tidak ada perbalahan antara Mahathir
dengan Anwar Ibrahim enam hari sebelum beliau diaibkan daripada
kabinet dan disumbat di penjara Sungai Buluh.
Sebenarnya banyak lagi cerita yang kita tidak tahu. Mahathir perlu
membersihkan dirinya untuk meyakinkan kita. Desas-desus daripada
ibukota yang memang saya percaya memberitahu bahawa Daim telah
menghantar surat persaraan yang tidak ada tarikhnya bersama satu
surat meminta cuti, kemudian dia pun terus pergi. Cerita bahawa
mereka berdua sudah tidak ngam lagi, bukannya berita yang baru.
Kisah betapa Tun Daim kerap bercerita akan keistimewaan yang tidak
sepatutya diberikan kepada Kabilah Bin Mahathir, bukanlah satu
rahsia lagi. Malahan Tun Daim memberitahu para diplomat betapa dia
jarang berjumpa orang tua itu sekerap dulu memang tidak boleh
dinafikannya. Sebalik semua itu, Tun Daim telah diminta menyediakan akaun UMNO,
yang di bawah penjagaannya dan yang menjadi punca kesangsian
umum disebabkan keadaan pasaran saham yang terus merudum.
Perdana Menteri pun naik marah terhadap cara Daim merancang
penyelamatan saham Tajudin Ali daripada MAS, dan peranan dana
pencen kerajaan dalam penyenaraian Time DotCom yang dianggapnya
sebuah syarikat swasta yang dianggapnya gagal. Syarikat ini dikuasai
oleh seorang anak-didik Daim, Tan Sri Halim Saad. Dengan lain
perkataan, Tun Daim tidak boleh bercuti kalau dia berenggang dengan
segala buku dan penyata akaun di Perbendaharaan dan UMNO.
Akar umbi UMNO memang mahukan Tun Daim menyediakan akaun itu,
dan menganggap beliau sebagai Rasputin kepada Mahathir. Ramai
yang percaya, penubuhan Danamodal dan Danaharta adalah untuk
menyelamatkan syarikat yang dikuasai oleh kaum ningrat, para kroni,
juak, suku-sakat dan anak-pinak. Apatah lagi apabila Tun Daim
menguasai sebanyak 75 persen semua kaunter saham yang tersenarai
di BSKL. Setengah daripada kaunter itu memang dikuasainya hasil
pembelian saham-saham CLOB yang diamanahkannya kepada
seorang kroni. BSKL tidak lagi bertandak mengikut rentak ragamnya
lagi. Berita beliau pergi bercuti dan kemungkinan bersara untuk
mengundurkan diri sudah lama diambil kira. Semakin ramai pelabur
memandang sepi kegiatan pasaran saham termasuklah usaha
saat-saat terakhir untuk menjentik pasaran sebagai gambaran sentiman
BSKL yang semakin mengancam. Perdana Menteri merenggangkan dirinya daripada Tun Daim dan
bersedia mengorbankan Daim untuk menyelamatkan dirinya pula. Dia
mungkin terpaksa mengorbankan lebih ramai tokoh politik yang kaya
raya untuk dilapah oleh akar umbi yang marah kepadanya dengan
tujuan melegakan mereka. Mungkin sudah terlambat kerja musibat itu.
Dia memerlukan sesaorang yang tabah hati dan penuh azam seperti
yang ditunjukkan oleh timbalan perdana menteri, Dato' Seri Adbullah
Badawi. Kini Mahathir cuba menyauk ketokohan seorang penyendiri di
Langak Golf, yang lebih terkenal sebagai Musang Kelantan, yang
bernama Tengku Razaleigh Hamzah. Ada lapuran mengatakan mereka
kerap berhubung melalui telefon, kadangkala sampai dua jam
lamanya. Tetapi, terdayakah Tengku Razaleigh melaksanakan sesuatu yang
Dr. Mahathir tidak termampu dan mengembalikan kegemilangan UMNO
seperti dulu? Saya tidak percaya semua itu. Namun, kalau diperlukan
juga musang pintar daripada Kelantan itu mungkin juga dapat
melaksanakannya. Dia akan masuk melangkah kalau Dato' Seri
Mahathir bertindak meringankan beberapa bebanan UMNO yang
meruntunnya selama ini. Antaranya ialah Tun Daim, para menteri besar
dan menteri kabinet yang korup dan kaya raya, dan juga segala
hambatan yang perlu dipertanggungjawabkan sendiri oleh perdana
menteri. Perkara ini nampak begitu serius untuk Mahathir memulakan usaha
itu. Itu sebabnya dia menganjurkan agar mereka yang terlalu kaya
diketepikan sahaja dalam (pemilihan jawatan) UMNO, dan beberapa
cadangan yang sukar untuk dipraktikkan. Yang paling utama kepada
perdana menteri ialah untuk mengelakkan dirinya dipariahkan seperti
bangkai bernyawa. Bukankah dia yang memecah-belahkan UMNO
menjadi dua pada 1988 dulu, menukarkan pergerakan nasional itu
menjadi sebuah parti politik, dan membelahnya lagi kerana cara beliau
mengaibkan Anwar? Kalaulah dia berjaya menyelamatkan dirinya itu,
sudah tentu ia merupakan cerita lain pula.
Rencana Asal: The Problem With Tun Daim Zainuddin
The Prime Minister allowed his finance minister, Tun Daim
Zainuddin, to go on two months' leave, when he should not
have. The Eighth Malaysia Plan, announced yesterday (23
April 01), requires him to be around, yet he was allowed to
leave. But Tun Daim goes to office as usual, will attend
international conferences, and Parliament, as usual, would
not go abroad except when conferences require him to. "I am
on leave," he says proudly to reporters. His health is
fine. When he is asked why goes on leave at this crucial
juncture, he retorts: "Am I not entitled to my leave?".
Dato' Seri Mahathir thinks it clever to remark that Tun Daim
has come to hear him introduce the Eighth Malaysia Plan.
But it skirts the issue. Why is the finance minister,
at such difficult economic times as we now face, allowed to
go on leave, and for two months!, when he should be here
setting the economy right? If he is on leave, what is he
doing in office looking at papers? If he looks at papers,
then he should cancel his leave and spare us the "wayang
kulit". There is no rift, of course, between Dato' Seri
Mahathir and Tun Daim, as there was no rift between Dato'
Seri Mahathir and one Dato' Seri Anwar Ibrahim six days
before the latter was unceremoniously booted out of cabinet
and into Sungei Buloh prison. There is more to it than we are told. Dato' Seri
Mahathir must come clean and take us into his confidence.
The rumour in town, from a source I trust implicitly, is
that Tun Daim gave the Prime Minister an undated letter of
resignation and a note he was taking two months leave and
left. That the two men are not on cordial terms anymore is
not new; that Tun Daim openly talks of the unfair
advantages the Bin Mahathir clan has is no more a secret;
that Tun Daim himself has told diplomats that he does not
see the Old Man as often as he once did cannot be denied.
More than that, Tun Daim is asked to account for UMNO
assets, which he had full control of, and is strained much
by the sharp decline in the stock market. The Prime
Minister himself is angry at the Daim-engineered bailout of
Tan Sri Tajuddin Ali from MAS, and at the government pension
funds role in the failed listing of what he calls a private
company, TimeDotCom. This company is in the control of a
Daim acolyte, Tan Sri Halim Saad. Tun Daim, in other words,
cannot go on leave if he is separated from his books, in the
Treasury and in UMNO. The UMNO ground wants Tun Daim to account, regards him
as the Rasputin to Dato' Seri Mahathir. Danamodal and
Danaharta are set up, it is widely believed, to rescue the
companies the establishment cronies, courtiers, siblings
mismanaged. More than that, Tun Daim controls as much as 75
per cent of all counters listed on the KLSE, about half
under his control, thanks to the CLOB purchase through a
crony. The KLSE does not dance to his tune any more, and
news of his leave, and expected resignation, is discounted.
More stay away from the stock market, and even the last
minute manipulation of the KLCI helps uplift market
sentiment. The Prime Minister distances himself from Tun Daim.
He is prepared to sacrifice Tun Daim if he could be saved.
He would have to throw richer and more powerful morsels of
politicians to the raring angry ground in the hope that he
could stave them off. It is probably too late for that.
He needs someone resolute and determined than he believes
his deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
is, and roots his star on to the coatails of the Hermit of
Langgak Golf, also known as the Musang from Kelantan, one
Tengku Razaleigh Hamzah. They are, it is reported,
constantly telephoning each other, sometimes for as long as
two hours at a time. But could Tengku Razaleigh pull off what Dato' Seri
Mahathir cannot, and restore UMNO to its pristine glory. I
doubt it. But if there is one who possible could, it is the
sly Fox from Kelantan. He comes only if Dato' Seri Mahathir
himself clears some of the more pressing problems that drag
UMNO down. Among them is Tun Daim, the aggressively rich
and corrupt mentris besars and cabinet ministers, and other
impediments for which the sole blame must rest with the
Prime Minister. The matter is serious enough for him to attempt the
task. Hence his call for the filthy rich to be sidelined in
UMNO, and other unworkable proposals. For the bottom line
for the Prime Minister is to ensure that he is not doubly
damned: he split UMNO into two in 1988, turning the
national movement into a political party, and splits it
again over how he managed the Anwar problem. If he could
is, of course, another matter. M.G.G. Pillai |