Laman Webantu KM2A1: 4306 File Size: 15.0 Kb * |
KPN Dan Mahluk Yang Sudah Luput Peradaban Insan! By CDB 25/4/2001 12:16 pm Wed |
[Tidak lengkap hidup seorang diktator jika tiada polisnya
yang teramat taat setia. PDRM hari ini sudah menjadi PDrM.
Itulah anjakkan paradigma tunggang-langgang hasil wawasan
Mahathir menyelia kementerian dalam negeri sekian lama - dia
telah menukar institusi itu menjadi sarang banjingan yang
berlesen yang berhati setan walaupun bertopi ugama di kepala.
Polis telah bersubahat dalam fitnah terhadap Anwar dan kali
ini fitnah terhadap kempimpinan keADILan dengan tuduhan yang
bukan-bukan. Jika semua tuduhan itu benar kerajaan tidak perlu
menggunakan ISA malangnya ramai yang masih tidak faham walaupun
sudah terang lagi benderang. Itu baru polis - belum dikira lagi lain-lain institusi yang sudah
dikerjakannya menjadi binatang peliharaannya yang masih setia buta
walaupun baru sahaja mengerjakan haji. Nyatalah polis hari ini
sudah rosak serosaknya dan tidak boleh diharapkan lagi untuk
menjaga keselamatan negara kerana keselamatan haji di tubuh sendiri
pun tidak terjaga. (Haji secara literalnya bermaksud berpergian untuk mencapai satu
objektif - bukan sahaja badan, tetapi hati juga sehingga ia tenggelam
di dalam ketaatan kepada tuhan SAHAJA untuk menjadi manusia yang
sempurna. Sebab itulah mereka yang mendapat haji mabrur diampunkan
SEGALA dosanya kerana dia sanggup meninggalkan semua yang tidak
bermakna di dalam hidupnya) KETUA POLIS NEGARA DAN MAKHLUK YANG SUDAH LUPUT PERADABAN INSAN !
Dalam sejarah tamaddun manusia semenjak Adam a.s. diciptakan, Firaun adalah
perlambangan manusia paling kejam dan zalim pernah diceritakan Allah s.w.t.
di dalam Al-Quran. Kezaliman melampaui batas Firaun ini menyebabkannya
sanggup membunuh anak-anak lelaki yang baru dilahirkan dan merebus
hidup-hidup kaumnya yang beriman kepada Allah s.w.t. Pembunuhan anak-anak
yang baru dilahirkan adalah justifikasi kepada perlindungan kepada
keselamatan dalam negara kerajaan Firaun kerana dibimbangi anak-anak
tersebut akan muncul salah seorangnya yang bakal menjatuhkan kerajaannya.
Kekuasaan dan kehebatan Firaun dalam mempertahankan kerajaan dan
'keselamatan dalam negaranya' didokongi oleh polis-polis dan tenteranya yang
gagah perkasa, yang bersiap sedia untuk bertindak apa sahaja sebaik
diarahkan oleh manusia kejam dan kufur itu. Kesetiaan polis dan tentera
Firaun yang tidak berbelah bahagi itulah menyebabkan Nabi Musa a.s. terpaksa
berdepan siang dan malam dengan ancaman dan kedudukan yang tidak selamat
dalam menyeru manusia ke jalan tauhid dan kebenaran. Kesetiaan tentera dan
polis Firaun itu jugalah yang menyebabkan mereka akhirnya turut sama
tenggelam dimusnahkan Allah s.w.t. di dalam Laut Merah sehingga kesemuanya
menjadi isi dan penghuni neraka jahannam.
Selepas tenggelamnya Firaun di Laut Merah kira-kira 3000 tahun yang lampau,
sejarah tidak pernah mencatatkan sebarang gelaran kepada pemimpin-pemimpin
yang zalim di sepanjang zaman itu dengan gelaran Firaun. Meskipun ramai para
pemimpin yang zalim dan memiliki watak-watak seperti Firaun, tetapi rakyat
mereka tidak pun menggelarkannya dengan panggilan 'Firaun'. Hitler yang
terkenal buas dan kejamnya itu, tidak pernah kita dengar digelar orang
dengan 'Firaun'. Begitu juga dengan Shah Iran, Shah Reza Phalavi yang
digulingkan oleh Ayatollah Khomeini dahulu. Tetapi di bumi Malaysia, bumi
umat Nusantara ini, gelaran yang jelik dan buruk itu telah digelarkan orang
kepada Mahathir Mohamad sebagai 'Mahafiraun', yang lebih hebat dari Firaun
Mesir Purba dahulu. Jika Firaun dahulu mendapat kekuatan daripada dokongan dan sokongan tentera
dan polisnya, maka Mahafiraun kini juga mendapat dokongan daripada polis
yang kesetiaannya tidak pernah dipertikaikan oleh Mahafiraun itu sendiri.
Seperti polis Firaun Mesir dahulu, polis Mahafiraun kini juga terpaksa
menjaga keselamatan dalam negara daripada ancaman mereka yang dibimbangi
akan menjatuhkan kerajaan Mahafiraun itu sendiri. Kesetiaan polis Mahafiraun
atau singkatnya PDrM itu semakin terserlah semenjak Tragedi 2 September
1998 dan terus berlarutan sehingga kini. Kesetiaan yang menuntut pembuktian
kezaliman dan kedurjanaan oleh polis Mahathir itu menyebabkan kita terfikir
adakah polis telah mematuhi etika kepolisannya atau pun lebih rela mematuhi
etika kesyaitanan dan kebinatangan dalam menjalankan tugas mereka dalam
mematuhi ketaatan titah perintah tuannya si Mahafiraun itu.
Tragedi mata lebam Anwar pada malam 20 September 1998 dahulu telah membuka
sejarah betapa institusi polis telah melakarkan imej mereka setaraf dengan
bajingan jahannam yang kerjanya mengeronyok si mangsa tanpa belas kasihan.
Sejarah hitam dan durjana yang dilukiskan oleh Rahim Si Bapak Anjing itu
akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai peristiwa malang dalam sejarah
kepolisan Malaysia semenjak merdeka hingga kiamat. Meskipun sejarah hitam
itu telah meruntuhkan secara mutlak integriti polis, namun demi ketaatan dan
kesetiaan mereka tidak pernah mahu belajar dari kesilapan tersebut untuk
cuba memperbaiki citra diri. Sebaliknya lebih galak untuk menunjuk dan
membuktikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi demi memuaskan hawa nafsu
pemimpin bertaraf binatang iblis bernama Mahathir !
Sebenarnya, institusi polis Malaysia menjadi teramat kotor, jijik dan
memualkan di zaman Rahim Si Bapak Anjing dan Norian Mai menjadi ketuanya.
Dua manusia ini lebih rela menjadi anjing suruhan daripada menjadi 'hamba
sanjungan' rakyat. Mereka lebih rela menjadi anjing suruhan yang jijik
kepada pemimpin tidak bermaruah seperti Mahathir daripada meninggalkan nama
yang harum berbakti kepada masyarakat dan negara. Dua manusia ini lebih
rela mencatatkan nama hitam, bukan sahaja dalam sejarah negara malah pada
titisan keturunan mereka sendiri. Apakah keamanan dan kedamaian yang rakyat boleh harapkan daripada manusia
yang tidak bermaruah dan sanggup melacurkan harga diri dan pakaian
seragamnya itu kepada pemimpin zalim yang sudah tidak diterima oleh rakyat
majoriti itu? Apakah perlindungan dan harapan yang boleh disandarkan rakyat
kepada manusia yang sanggup, bukan sahaja menjadi alat kepada pemimpin
berhati serigala seperti Mahathir itu, malah sanggup menjual kehormatan
institusi kepolisan sendiri dengan melakukan pembohongan besar yang amat
memalukan (dengan menuduh kumpulan reformasi mempunyai pelancar roket dan
bom petrol misalnya) ? Inikah rupa bentuk Ketua Polis yang dapat mencorakkan
kredibiliti seluruh pasukan sehingga menjadi sebuah institusi yang
berwibawa dan disanjungi tinggi ? Inilah bahananya apabila seseorang itu meletakkan keimanannya di tepi
longkang tetapi menjadikan kebobrokan nafsu sebagai pertimbangan hakiki,
lalu merelakan diri diperlakukan seperti haiwan yang tidak punya akli?
Untuk melihat kebejatan dan kebrutalan manusia bernama polis, kita kini
tidak perlu lagi pergi ke Palestine, tidak perlu lagi pergi ke Russia dan
tidak perlu hidup di zaman Shah Iran dengan Savaknya. Kebinatangan manusia
bernama polis seolah-olah mempunyai pertalian antara setiap zaman tanpa
perlu melihat sempadan geografi. Hakikatnya, sifat kezaliman dan
kebinatangan polis atas nama kesetiaan dan keakuran tanggungjawab terhadap
'pemerintah yang sah' menjadi ukuran utama betapa mereka perlu bertindak
sepertimana yang diarahkan tanpa perlu mempersoalkannya. Naluri insan dan
benih keimanan wajar dipersetankan atas nama kesetiaan kepada ketua meskipun
ianya jelas bercanggah dengan martabat insan. Soalnya, kekejaman dan
kezaliman yang polis lakukan untuk memuaskan nafsu pemimpin yang menjadi
tuan mereka itu, tidak akan sanggup dihadapi oleh mereka sendiri jika ianya
diperlakukan ke atas ahli keluarga mereka sendiri. Mengapa hilang sifat
kemanusiaan bila berdepan dengan orang lain dan merasa belas kesian bila
terkena keluarga sendiri? Inilah persoalan yang menuntut setiap warga yang
memakai uniform polis menjawabnya di dalam diri mereka.
Amat malang bagi rakyat negara ini bilamana keselamatan dan keharmonian
mereka diragut dan diperkosa secara ganas oleh manusia bernama polis yang
berketuakan Norian Mai. Lebih malang lagi bila manusia yang bertaraf Ketua
Polis Negara ini sanggup mempersundalkan diri dan maruahnya, meskipun baru
balik dari menunaikan fardhu haji, dengan membuat bohong sehingga satu dunia
pun mentertawakannya. Inikah rupa diri seorang yang bernama Ketua Polis
sehingga tidak lagi dapat berfikir dengan akal yang waras dan siuman akan
apa dan implikasi daripada ucapannya ? Jika inilah rupa diri seorang yang
bernama Ketua Polis Negara, maka sahlah bahawa negara ini lebih layak
dinamakan sebagai negara bajingan sahaja. Lagak samseng yang ditunjukkan
oleh Rahim Nor dan diteruskan pula oleh Norian Mai seolah-olah negara ini
dikawal oleh para keparat brengsek yang berselindung di sebalik uniform
mereka. Beruntunglah Tan Seri Abdul Rahman yang menjadi Ketua Polis Negara
tetapi mati ditembak oleh Botak Chin pada tahun 1975 dahulu kerana beliau
tidak sempat hidup dan berkhidmat di bawah regim diktator Mahafiraun ini.
Adalah sesuatu yang ironis apabila pihak polis, bila ingin melakukan
kezaliman dan kekejaman ke atas orang-orang yang tidak sehaluan dengan
citarasa pemerintah, akan menjustifikasi soal keselamatan dalam negara
sebagai helah untuk menghalalkan perbuatan mereka. Mereka lebih rela menjadi
musuh rakyat daripada melencong daripada keinginan pemerintah. Mereka lebih
rela menjadi seteru kebenaran daripada menjadi pendokong keadilan. Inilah
rupa paras yang cuba ditonjolkan oleh polis Malaysia di bawah kepimpinan
Norian Mai yang lemah dan lembik itu. Sebab itu tidak hairanlah jenayah
berleluasa seolah-olah tidak wujud pihak keselamatan sementara nyawa rakyat
pula sentiasa terancam. Bila polis lebih banyak menghabiskan masa mereka
untuk memuaskan nafsu pemimpin politik daripada menjaga keamanan, maka
timbullah keadaan jenayah yang sukar dibendung dan di atasi.
Perangai buruk, sial dan celaka polis ini lebih terserlah dengan sikap
berat sebelah mereka dalam mengambil sesuatu tindakan. Apabila tiba giliran
mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah, dibuat laporan yang bertulis
dengan tinta emas dan berlian sekalipun tidak dapat menggamit pihak polis
untuk mengambil tindakan. Tetapi apabila tiba giliran sesuatu yang dikira
merugikan pemerintah, belum sempat habis menulis laporan pun tangkapan sudah
dibuat. Hatta berdasarkan laporan akhbar pun sudah memadai untuk pihak polis
bertindak. Inilah padahnya bila kebenaran dipersetankan tetapi kebathilan
dan kebejatan dipertahankan oleh mereka yang bernama polis. Usah
bercakaplah soal profesionalisme. Usah bercakaplah soal etika kepolisan.
Usah bercakaplah soal kebenaran dan keadilan sesuatu fakta. Usah berlagaklah
betapa cekap dan cepatnya sesuatu tindakan. Hakikatnya, ia lebih layak
dihumban ke dalam longkang tahi yang dikerumuni oleh lalat dan langau hijau
sahaja. Melihat kepada rupabentuk tindakan dan perbuatan polis, nyatalah bahawa
polis Malaysia di bawah regim korup bangsat Mahathir ini sebenarnya sudah
tiada lagi memiliki sifat insan dalam diri mereka. Polis jelas sudah tidak
lagi menjadi makhluk yang mempunyai nilai dan tamaddun peradaban insan. Atas
nama kesetiaan, patuhlah segala suruhan dan persetankanlah segala kecaman!
Berdasarkan inilah kita melihat betapa polis seolah-olah menjadikan uniform
mereka sebagai suatu lesen atau tiket untuk melakukan apa sahaja kekejaman
dan kebinatangan ketika berdepan dengan seteru pemerintah. Menggeledah
rumah orang seperti perompak, menaiki masjid dengan berkasut seperti Yahudi
yang kafir, memecahkan pintu rumah orang seperti Gestapo, menyepak terajang
rakyat dan tahanan seperti haiwan dan seumpamanya menunjukkan dengan jelas
yang polis kita bukanlah berkhidmat untuk berbakti kepada masyarakat,
tetapi lebih kepada mahu mempertahankan pemimpin yang bangsat dan laknat
seperti Mahathir itu. Sudah menjadi suatu keseronokan kepada polis untuk menyiksa dan melakukan
kekejaman ke atas para tahanan. Tahanan ISA adalah suatu contoh paling
relevan betapa polis boleh berbuat apa sahaja atas nama 'mematuhi arahan'.
Kalau setakat membogelkan tahanan itu tidak mendatangkan apa kesan pun
kepada mereka, apalah sangat jika menyiksa tahanan ISA dengan pengepit
plier, menumbuk perut dan mencucuh puntung rokok kepada kemaluan mangsa.
Sebenarnya kekejaman dan kezaliman yang polis lakukan di lokap Bukit Aman
ke atas 9 orang reformis yang ditahan sejak minggu lepas itu tidak dapat
dilukiskan dengan kata-kata di sini. Atas alasan 'masih meneruskan
siasatan', mereka dengan buas dan ganasnya membelasah Ezam, Tian Chua,
Saari, Ghani, Badrul Amin dan lain-lain lagi, walhal 'bukti' yang cuba
'dibuktikan' itu tidak wujud sama sekali.
Ungkapan Badawi yang tidak mahukan satu lagi 'mata lebam' hanyalah ucapan
penyedap hati sahaja. Hakikatnya, beberapa algojo polis yang bertaraf
binatang dan haiwan di Bukit Aman sedang galak melepaskan tumbukan dan
tendangan mereka ke tubuh 9 orang itu. Saya berani bersumpah bahawa 9 orang
itu sedang diseksa dan ditorture dengan teruknya oleh anak buah Norian Mai
siang dan malam semata-mata untuk 'mengturning-over' pemikiran dan pendirian
mereka. Tempoh tahanan selama 60 hari itu sebenarnya suatu tempoh
'pembelasahan maksimum' mental dan fizikal untuk menjustifikasikan
pembohongan 'pelancar roket dan molotov c##ktail' Norian Mai tempoh hari.
Yang jelas, Ezam sudah pasti akan dihantar ke Kamunting bersama dengan
Badrul Amin dan Lokman Adam selama 2 tahun manakala yang lain-lainnya akan
dibebaskan selepas tamat tempoh 60 hari tadi.
Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh kita apabila polis sudah hilang
peradaban insannya. Inilah nilai perjuangan yang terpaksa kita tebusi
apabila polis dan haiwan tidak dapat membezakan diri mereka ketika
bertembung antara ketaatan yang tak berbelah bahagi dengan kebenaran yang
diperjuangkan rakyat. Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh kita apabila
polis lebih suka menjadi anjing suruhan yang mengganas daripada melindungi
keselamatan dan kepercayaan rakyat. Cukuplah jika saya katakan bahawa polis
Malaysia merupakan makhluk yang sudah hilang nilai manusia dan
insaniahnya. Jauh sekali daripada iman dan takwa kepada Allah s.w.t.
Tenggelam di dalam tamaddun yang runtuh bersama kezaliman yang
dipertahankan. Dan dimana, kemanakah Norian?
Cucu Datuk Bahaman |