Laman Webantu KM2A1: 4307 File Size: 15.6 Kb * |
TJ MT MGG: ISA dan Ketidak-selamatan UMNO By M.G.G. Pillai 25/4/2001 10:09 pm Wed |
MGG 9101 [Umno sudah mati aqal untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat
sehingga terdesak menggunakan akta ISA. Inilah gambaran kekuatan
Umno yang sebenarnya. Tidak ada bukti nyata - jika tidak pemimpin
KeADILan tentunya boleh dihadapkan ke mahkamah segera. Musuh Umno
sudah dikira musuh negara pula. Umno kini sedang menghadapi bahang Anwar di luar dan bahang Fauzi
di dalam. Menangkap dan menggertak rakyat bukan penyelesaian
kemusnahan dirinya. Ia hanya mempercepatkan Umno berkubur segera kerana
setiap yang tertekan akan terkeluar dengan sendirinya bila cukup
resepinya dan masak tempohnya. Bila itu berlaku rakyat akan muncul
dengan sendirinya tanpa dipanggil sesiapa dan tanpa kehadiran pemimpin
mereka. Polis pun tidak akan mampu berbuat apa-apa walaupun lengkap
bersenjata. Bukankah itu yang berlaku di Serbia?
- Editor] 2.12 p.m.: Satu ketika dulu ISA (Internal Security Act: Akta
Keselamatan Dalaman) digunakan apabila orang Melayu naik marah; kini
apabila UMNO yang berperasaan begitu. Satu ketika dulu undang-undang di
bawah akta itu memang diperlukan, untuk mengelakkan daripada adanya
sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Kini, ia digunakan untuk
menghambat ahli parti pembangkang. Dalam operasi penangkapan terbaru, semua sembilan orang yang ditahan itu
adalah penentang UMNO. Betapa kita melihatnya, ISA dikuatkuasakan
berasaskan dakwaan yang dicurigai betapa adanya ura-ura untuk
melancarkan revolusi bersenjata di negara ini.
Pada masa dulu, ketika ISA dikatakan sebagai alat untuk menahan
mereka yang dicurigai sebagai musuh-musuh negara, ia diberikan takrif
mengikut dua cara: satu jalan mudah ialah untuk menahan segala
bedebah; dan secara bertentangan dengan pendapat umum (paradoks)
adanya kesangsian betapa dinding pun boleh bertelinga. Oleh itu
adalah lebih baik kalau kita membisu sahaja. Daripada dua anggapan itu
tidak ada satu pun yang menyerlahkan kebenarannya melainkan di
kalangan mereka yang memang hampir gila.
Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Norian Mai telah mengugut untuk
melaksanakan beberapa tangkapan lagi. Timbalan menteri dalam negeri
terpaksa menyisihkan tanggungan kerajaan daripada tindakan polis -
dia berkata kerajaan tidak tahu-menahu sesiapa lagi yang akan
ditangkap oleh polis. Kerajaan pernah mengenakan ISA terhadap mantan timbalan perdana
menteri, Anwar Ibrahim, pada 1998. Itu merupakah pengalaman Anwar yang
kali kedua dengan ISA. Dia pernah ditahan selama dua tahun pada
1973, ketika tercetusnya demonstrasi pelajar memprotes kelaparan di
Grik. (Baling sebenarnya - penterjemah)
Penangkapannya itu merobah sengat ISA. Menangkap seorang timbalan
perdana menteri dengan menggunakan ISA telah menggoncangkan kerajaan ke
akar umbinya, dan bahana tindakan itu masih lagi berterusan untuk
menghantui kerajaan sehingga masakini. Orang Melayu tidak lagi takut
kepada ISA. Kerajaan bersama UMNO dan juga pihak polis tidak
dapat mencari penjelasan kenapa berlakunya satu anjakan persepsi yang
sungguh dramatik. Namun, ia masih berfikiran akta zalim ini boleh
digunapakai untuk mendera sesiapa yang mereka suka.
Kerajaan pernah berjanji tidak menggunakan ISA terhadap ahli parti
politik pembangkang. Perdana menteri Dr. Mahathir Mohamad dan juga
timbalannya Abdullah Ahmad Badawi memang telah berjanji mengenai ini
tanpa syarat. Tetapi, lapan orang ahli Keadilan sudah pun ditangkap,
dan kalau Norian Mai tepat dengan kenyataannya, masih ramai lagi
yang akan diserkap. Kenyataan Norian Mai itu menunjukkan ISA sudah pun digunakan kini
bagi tujuan politik. Kalaulah unsur-unsur sabversif itu sudah
diketahui, tentu polis boleh menahan mereka tanpa ribut-ribut lagi.
Jadi, kenapakah Norian Mai terus melalak memberi amaran terhadap mereka
yang mahu ditangkapnya kerana bersikap anti-negara dan aktiviti
militan? Bahana penangkapan Anwar di bawah ISA pada 1998 telah memaksa
kerajaan mengelak menggunakannya untuk memerangkap puak pembangkang.
Apabila kerajaan melancarkan penangkapan terhadap pihak yang menentang,
dengan menafikan hak mereka untuk mengadakan perhimpunan ataupun
sebaliknya, pihak pembangkang memilih untuk melancarkan demonstrasi
secara besar-besaran. Polis menjadi bingung dengan fenomena ini dan
bertindak di luar batasan. Gelombang manusia itu terus mahu berhimpun
juga. Sekarang, betapapun polis cuba memberikan alasan yang dianggapnya
manasabah dengan penangkapan itu, alasan itu tidak dipercayai lagi. ISA
disauk semula untuk dikuatkuasakan dengan dendam yang lama terperam.
Namun, kumpulan anti-UMNO dan anti-kerajaan tidak hairan dengan tindakan
itu. Lagi galak ISA digunkan untuk menekan, lagi galak kerajaan menjadi
tertekan. Isu sebenar bukanlah seperti yang disebut oleh kerajaan yang
beranggapan kalau para penunjuk perasaan dan aktibiti anti-kerajaan
dibiarkan, ia akan terus menular menjadi satu konfrontasi antara
kerajaan dengan pembangkang. Demokrasi hanya boleh bertapak dengan suburnya kalau ada pertembungan
pendapat politik mengenai cara negara ini harus ditadbirkan. Inilah
yang tidak dibenarkan oleh kerajaan Malaysia. Mungkin ia bersedia dengan
pendapat ini apabila ia sudah mencengkam kuasanya keatas orang
Melayu dan rakyat Malaysia. Tetapi, keadaan sudah jauh berubah. Orang
Melayu sudah mempunyai pendirian berbeza daripada UMNO. Mereka mahukan
hak untuk didengar dan hak untuk menerangkan pendapatnya.
Orang Melayu sudah bijak memahami apakah batasan hidupnya dan sudah
besedia untuk menentukan mereka berupaya melepasi hambatan itu. Inilah
satu iktikad yang tidak mudah ditarik balik. Dalam banyak hal keyakinan
diri ini merupakan satu kesedaran berpolitik. UMNO melawan untuk
merangkul kembali asas sokongan yang pernah dimonopolinya, sedangkan orang
Melayu, terutama golongan muda terus menolaknya. Di tengah-tengah
kemelut inilah ISA ditonggang kembali untuk menyekat kebangkitan
hegemoni budaya Melayu yang semakin membuak geloranya.
Inilah yang membuatkan UMNO mencelaru. Tekanan-tekanan orang Melayu
inilah yang menyukarkan usaha untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada
UMNO. Tetapi, para pemimpin yang sudah terkenal kerana kelesuan,
keangkuhan, tamak dan haloba semakin sedar walaupun secara terkejut,
betapa usaha yang sukar ini kalau diteruskan juga akan menelan mereka
dan UMNO akhirnya. UMNO sudah berpecah kepada beberapa fraksi, di mana cengkaman pusat
sudah pun semakin tetas di tepiannya. Inilah yang tidak mahu diperakui
oleh UMNO itu sendiri. Inilah juga sebabnya mereka sanggup
bermati-matian untuk menahannya.
Bahana Kemelut Fauzi Pengundian UMNO di peringkat bahagian tidak menghasilkan keputusan yang
diharapkan oleh para pemimpinnya. Bahana tuduhan Fauzi berkemungkinan
menyebabkan persaraan orang yang dituduhnya sebagai korup - itulah
dia bekas menteri besar Pahang yang kini menjadi menteri penerangan
dan setiausaha agong UMNO. Perdana menteri sudah pun mengugut untuk menyekat orang yang kaya raya
daripada memegang jawatan dalam parti. Menteri kewangan Daim Zainuddin
mengambil cuti untuk dua bulan lamanya, sedangkan dia amat diperlukan
di Parlimen untuk menerajui pelancaran Rancangan Malaysia Kedelapan.
Media perdana, memang pantas melaporkan majlis UMNO secara sambil lewa
sahaja, dan menutup cerita yang pelik-pelik yang tercetus ketika
mesyuarat dikendalikan. Cerita sebenar memang tidak diketahui, tetapi
kumpulan puak Anwaristas telah mencapai kejayaan. Apalagi dengan kemelut
Fauzi yang membuatkan UMNO menggelupur kepanasan.
Ada juga calon kesayangan perdana menteri yang menang kerusi mereka,
walaupun ada juga yang terpaksa berduka. Kebanyakan yang kecundang adalah
mereka yang terlibat dalam konspirasi memenjarakan Anwar dan
mengaibkannya laksana binatang. Ketua bahagian yang menang perlu
berusaha menggerakkan bahagiannya semula dan menghidupkan kembali
kegemilangan sokongan lama. Usaha seperti itu tidak boleh dilaksanakan dengan menggunakan ISA
terhadap pihak pembangkang. Ia tidak akan menarik minat bekas orang UMNO
untuk balik semula menjadi ahli. UMNO menjadi terkejut beruk
apabila seorang bekas exco UMNO menubuhkan cawangan PAS terbaru di
pinggir Kuala Lumpur dan berjaya menarik beratus tetamu untuk
menyerikan majlisnya. Apa yang UMNO memang perlukan ialah satu reformasi dalaman sendiri, dan
ISA bukannya alat untuk mencapainya.
-MGG Pillai- Rencana Asal: malaysiakini Tuesday April 24 01 2:12pm, Tue: Once the Internal Security Act was invoked when
Malays were incensed; now when Umno is. What once was a
useful, indeed required, law to prevent the overthrow of the
government, it is now brought to rein in political
opponents. In the recent crackdown, now standing at nine, all are
political opponents of Umno. However you look at it, the ISA
is enforced on questionable assertions of an armed
revolution planned. In the past, when the ISA is justified to detain perceived
enemies of the state, it was viewed two ways: good riddance
to bad rubbish; and, paradoxically, the concomitant fear
that walls have ears and we had better shut up. In other
words, it silenced dissent. In the latest crackdown, neither
view surfaced, except amongst the very paranoid.
Instead, Inspector-General of Police Norian Mai had to
threaten further arrests. The deputy minister of home
affairs had to distance the government from the police
action - he said the government did not know whom the police
intend to arrest. The government used the ISA on its deputy prime minister,
Anwar Ibrahim, in 1998. It was Anwar?s second brush with the
ISA; he was detained for two years in 1973, amidst student
demonstrations to protest the famine in Grik.
His arrest is a watershed in the ISA's bite. Arresting the
deputy prime minister under the ISA shook the government to
its roots, and the fallout continues to haunt it to this
day. The Malay is no more afraid of it. Neither the
government nor Umno nor the police can explain this dramatic
shift in perceptions, but think it can be invoked to put
people in their places. The government had promised the ISA would not be used on
political opponents. Both Prime Minister Dr Mahathir Mohamad
and the deputy prime minister and home minister, Abdullah
Ahmad Badawi, were categorical about this. But eight
Keadilan members were picked up, and if Norian Mai is
correct, more would be. That he says so suggests the ISA is used for a political
purpose; if the subversives were known, the police would
have just detained them without further ado. So, why is
Norian Mai warning those he wants arrested for anti-national
and subversive activity? The Anwar fallout The fallout from Anwar's arrest under the ISA in 1998 forced
the government to eschew it to rein in political opponents.
When it cracked down on dissent, refusing permission for
rallies or otherwise, the opposition resorted to massive
demonstrations. The police is petrified with each and
overreacted. But it kept coming. So, however good a case it can mount to justify the arrests,
it is now disbelieved. It now raises the ante. The ISA is
brought back with a vengeance. But the anti-Umno and
anti-government Malay is unconcerned. The more the ISA is
used to crush dissent, the more the government is under
notice. The issue is not, as the government claims, if
demonstrations and overt anti-government activity would
develop into a continuing confrontation between government
and opposition. But it this lack of political space for
those who have a view different from the government that
brings this confrontation about. The government insists,
however, that that right is theirs only at elections.
But for democracy to function, there must be this continuing
clash of opinions on politics and how the country should be
governed. The Malaysian government does not allow it. It
could when it wrought its will, politically and culturally,
on the Malay and Malaysia. Not anymore. The Malay, with a
view different from Umno, wants the right to be heard, and
explain his view. He does not accept the restraints, and is prepared to ensure
it in what way he can. He has drawn the line beyond which he
would not withdraw. It is, in many ways, a political
awakening. Umno fights to retain the support it has, as the
Malay, especially the young, reject it. It is in this
light, the ISA is used to contain this growing resurgence of
Malay cultural hegemony. Umno is in flux. These Malay pressures come as it tries to
reorient itself back into the Malay mainstream. But tired,
arrogant, self-serving leaders realise in shock if it is
allowed to continue, it could consume them and Umno.
Umno itself breaks into factions, with the centrifugal hold
on it fraying at the seams. Umno does not accept it, and
fights tooth and nail, against immeasurable odds, to prevent
it. The Fauzi fallout The Umno divisional elections did not go as the leaders
expected. The Fauzi fallout could still bring about the
resignation of the man he accused of corruption - former
Pahang mentri besar and now information minister and Umno
secretary-general. The prime minister threatens to bar the rich from party
positions. The finance minister, Daim Zainuddin, goes on
leave for two months, when he is most needed in Parliament
to shepherd the Eighth Malaysia Plan through.
The mainstream media, quick to cover Umno functions not in
depth but to blanket with it, is strangely reticent on how
branch and divisional meetings fared. The full details are
not known, but the Anwaristas are returned in force, with
the Fauzi affair putting Umno on the defensive.
The prime minister's men have come home, though several,
especially those involved in the conspiracy against the
jailed former deputy prime minister, Anwar Ibrahim, lost.
But the divisional heads must assert, revitalise the
divisions, rekindle lost support. That cannot be done by having the ISA used on the
opposition. It would still not prevent Umno members joining
other parties. Umno was shocked to its roots when a former
Umno state executive councillor formed a PAS branch on the
outskirts of Kuala Lumpur and a few hundred turned up to
grace the occasion. What Umno needs is a reformasi of its own, and the ISA is
not how to achieve it. M.G.G. Pillai |