Laman Webantu KM2A1: 4308 File Size: 17.4 Kb * |
TAG MT 86: Mahathir Dan UMNO: Menggali Akar-Umbi Kebajingan By Kim Quek 25/4/2001 11:12 pm Wed |
TAG 086 [Mahathir mahu membanteras korupsi agar Umno boleh menang
bukannya kerana ia satu penyakit yang perlu dibanteras kerana
ia memusnahkan orang. Inilah tanggapan pemikiran Mahathir yang
tidak ikhlas berjuang - dia lakukan sesuatu untuk Umno dan
dirinya menang bukannya untuk rakyat menang. Maknanya kalau
Umno boleh menang mudah dia tidak perlu memerangi korupsi atau
menangis memujuk orang menghentikan korupsi bagai anak
kecil-kecilan. Seseorang 'wira dunia ketiga' yang berwawasan tidak perlu
menangis dan memujuk untuk menang berperang dengan kebanjingan
kerana itu hanya akan membikin penyangak terbahak ketawa
kegirangan. Berilah kebebasan kepada BPR dan institusi kehakiman
nanti semua masalah boleh selesai tanpa perlu menangis dan memujuk
berpanjangan sebagaimana yang terserlah di Singapura dan Hong Kong.
Malangnya Mahathir tidak faham walaupun beliau seorang doktor yang
belajar perihal penyakit dan kuman. Biasanya doktor sebegini adalah
pesakit yang sudah tiada harapan.... Mahathir Dan UMNO: Menggali Akar-Umbi Kebajingan
(Mahathir & UMNO: What Is Root Of Evil)
Ketika berucap merasmikan persidangan UMNO bahagian yang dipimpinnya
sendiri di Kubang Pasu, Kedah, Mahathir telah membuat satu cadangan yang
memeranjatkan untuk menghalang orang yang kaya raya daripada bertanding
sebarang jawatan dalam parti; dan ketua cawangan dan bahagian tidak lagi
diberikan kontrak kerajaan. Untuk menyokong cadangannya, Mahathir telah mendedahkan banyaknya
tindakbalas yang diterima daripada sebahagian besar masyarakat dalam
lawatannya seluruh negara baru-baru ini. Ada satu konsensus bahawa
heiraki UMNO adalah korup dan mementingkan diri, sambil mengabaikan
tanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara. Dengan lain perkataan,
UMNO sudah kehilangan sokongan rakyat jelata.
Dengan mengambil langkah-langkah yang dicadangkan itu, untuk
membersihkan UMNO, Mahathir merasa yakin bahawa UMNO boleh menarik
minat orang Melayu untuk kembali menyokong parti dan memperbaharui
sokongan rakyat marhaen. Tanpa sokongan itu Mahathir fikir UMNO tidak
mungkin berjaya memenangi pemilu yang lagi satu.
Walaupun rakyat negara ini sudah lama mengetahui betapa UMNO sudah
semakin lemas di samudera korupsi, pengakuan Mahathir secara terbuka
ini merupaan satu pengakuan yang ada kepentinan sejarahnya.
Inilah pertama kalinya seorang perdana menteri negara ini yang
mengaku betapa adanya sikap pilih kasih yang meluas dalam pemberian
kontrak kerajaan kepada pemimpin UMNO. Perbuatan ini adalah
bertentangan dengan undang-undang rasuah negara. Walaupun Mahathir
tidak pun menjelaskan perkara itu, rumusan terhadap kesongsangan ini
memang tidak boleh dinafikan lagi. Kalau penganugerahan semua kontrak
kerajaan kepada pemimpin UMNO dilaksanakan dengan penuh ketelusan,
kenapa pula semua aktiviti itu telah mencemarkan imej UMNO dan
kenapakah UMNO memikirkan perlunya menyekat amalan itu dengan tujuan
menyelamatkan martabat parti daripada terus tercemar? Apakah ura-ura
menidakkan kontrak kerajaan kepada pemimpin UMNO seperti itu
merupakan pencabulan hak perlembagaan mereka, lebih-lebih lagi kalau
mereka sudah memenangi kontrak selama ini melalui tender yang bersih
dan terbuka? Apakah cadangan Mahathir itu (menghentikan pemberian
kontrak kepada pemimpin parti) mendedahkan betapa kepimpinan UMNO dan
bukannya perkhidmatan awam, yang membuat penentuan terhadap pengagihan
kontrak kerajaan. Sekaligus ia memperakukan adanya campurtangan politik
dalam peraturan pentadbiran, yang merupakan amalan korupsi di bawah
peraturan undang-undang? Pengakuannya berkaitan amalan rasuah yang merebak luas itu menarik
tumpuan kita kepada satu lagi kegagalan besar dalam perjalanan Badan
Pencegah Rasuah, kerana ia tidak pernah berjaya mengemukakan sebarang kes
mengenai amalan rasuah untuk dikenakan tuduhan.
Satu lagi rumusan negatif yang boleh kita andaikan daripada kenyataan
Mahathir itu ialah cara beliau berfikir yang tidak lagi mempunyai
unsur prinsip moral. Perhatikanlah betapa dorongan Mahathir untuk
menyekat amalan korupsi itu bukannya disebabkan pendiriannya bahawa amalan
itu adalah salah, tetapi kerana dia memikirkan itulah satu strategi
yang baik untuk menarik bakat-bakat baru sebagai jaminan memenangi
pemilu yang lagi satu. Sebaliknya, seorang perdana menteri yang
bijaksana sudah tentu mengarahkan amalan rasuah itu dihentikan sebaik
sahaja amalan itu dikesan. Tindakan seperti itu bukanlah kerana
amalan itu memang salah, malahan ia amat bercanggah dengan perundangan
kita. Soalannya sekarang: Berjayakah Mahathir menyintuk limau amalan korupsi
UMNO itu, seandainya cadangan beliau dilaksanakan sepenuhnya?
Jawapannya semesti tidak, kerana Dr.Mahathir hanya membawa penawar
untuk mengubati simtom penyakit dan bukan penyebab penyakit itu.
Sebagai permulaan, apakah yang menghalang kepimpinan UMNO daripada
meneruskan amalan pemberian kemudahan kerajaan yang dianggap haram
kepada agen mereka, nomini, proksi, anak-kesayangan, dan sebagainya selagi
nama mereka tidak tersenarai sebagai pemimpin cawangan dan bahagian
parti? . Apakah yang boleh menyekat pemimpin UMNO dan kakitangan
kerajaan menerima rasuah daripada orang awam, yang tidak pun tersenarai
dalam carta orang yang mesti diketepikan?
Adalah jelas bahawa punca kepada segala bajingan ini terletak kepada
system yang ada dan bukannya pada manusia yang diberikan kontrak.
Selagi satu system agihan tender yang telus dan bersih tidak
diwujudkan, untuk menggantikan kaedah amalan korupsi dan pilih-kasih
dalam pemberian kontrak kerajaan dan projek penswastaan, korupsi yang
berleluasa akan terus menjadi amalan harian.
Kita boleh memanjangkan perbincangan ini dengan memikirkan seandainya sudah
wujud satu sisem pemberian tender itu, apakah korupsi sudah boleh
dianggap sesuatu yang dapat dibenteras? Jawapannya pun tidak juga.
Pada kali ini alasannya terletak kepada ketiadaan satu jentera
pembenterasan korupsi yang bebas dan bekesan. Badan Pencegah Rasuah
yang wujud di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, dilihat sebagai satu
lambang untuk menangkap ikan bilis dan dijadikan satu alat yang
menakutkan musuh politik dan untuk menghalang kemungkinan meletusnya
sanggahan politik di kalangan kumpulan bawahan; sedangkan ia
sepatutnya diwujudkan sebagai satu institusi yang dihormati untuk
menentang amalan rasuah. Kegagalannya yang berpanjangan untuk bertindak
secara berkesan terhadap amalan korupsi di kalangan orang besar-besar
dan salahguna kuasa di kalangan mereka sudah sampai ke tahap yang
menjijikkan rakyat marhaen sehinggakan orang yang paling bengap pun tidak
percaya dengan keberkesanan agensi itu lagi.
Kita memang mudah mencari beberapa contoh betapa sebuah badan
pembenterasan rasuah yang bebas dan berkesan adalah jawapan kepada usaha
membenteras rasuah. Contoh terbaik ialah Hong Kong. Pada 1970-an dulu,
satu agensi pencegah rasuah yang bebas dan tidak tertakluk kepada bidang
kuasa Gaboner Hong Kong, tetapi kepada sebuah kementerian di United
Kingdom, telah berjaya memperbaiki salah satu masyarakat yang paling
korup di dunia bertukar menjadi salah satu kerajaan yang paling bersih
sekali. Dengan lahirnya satu pentadbiran yang bersih di Hong Kong
menjadikan pulau itu salah sebuah pentadbiran yang mencapai kemajuan
ekonomi yang sungguh pesat sekali. Perkara yang sama boleh dikatakan di
sini mengenai pencapaian ekonomi yang menakjubkan Kali ini kita
boleh menjenguk negara jiran kita, Singapura. Tidak ada sesiapa
yang boleh mencabar kenyataan bahawa salah satu sebab Singapora
berjaya mencapai transformasi yang menakjubkan daripada sebuah pulau
yang serba kekurangan menjadi salah sebuah negara yang terkaya di dunia
dan dikagumi dalam satu masa yang singkat tanpa merosakkan
martabat negara itu sebagai negara yang begitu bersih daripada rasuah.
Sebagai tujuan menjentik minda kita, seandainya Singapura telah
mengamalkan korupsi bajingan yang dahsyat seperti amalan di negara
ini, apakah Singapura boleh mencapai separuh daripada kemajuan yang
telah pun dinikmatinya? Di Malaysia kita pun mempunyai formula yang bijaksana untuk
melonjakkan kita daripada cengkaman korupsi. Caranya ialah menentukan
BPR itu betul-betul bebas dan tidak lagi tertakluk kepada Perdana
Menteri, tetapi kepada Parlimen. Perlantikannya bukan dibuat oleh
ekskutif tetapi oleh satu suruhanjaya yang bebas daripada naungan
politik, dan diberikan kuasa untuk mendakwa sesiapa sahaja tanpa
campurtangan politik. Isu sebenar yang menghantui Mahathir dan UMNO ialah: Apakah UMNO
mempunyai keupayaan politik untuk berubah sikap dan keluar daripada
banyangan silamnya yang penuh rasuah itu? Ataupun apakah UMO sudah
begitu berkarat dengan daki-daki korupsi sehinggakan sebarang fikiran
menganainya merupakan satu impian semata?
Kalau kita mahu lebih berterus terang kini, apakah cadangan terbaru
Mahathir ini hanya satu sandiwara lagi?
>>>>>>>>>>>>>>>>Rabu 25/1/2001 -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Rencana Asal: 23.04.2001 The Prime Minister and President of UMNO Mahathir Mohamad seems poised to
take the devil head on in his bid to rid UMNO of its scourge - money
politics and rampant corruption. In a speech opening UMNO delegates meeting in his own home division of
Kubang Pasu in Kedah, Mahathir made the stunning proposal that very rich
members would be barred from contesting party posts and branch and division
chiefs would no longer be given government contracts.
To buttress his proposal, Mahathir revealed that from the feedback he
received from a wide spectrum of society in his recent nationwide tour,
there was a consensus that the entire UMNO hierarchy was corrupted and
self-seeking, and had forsaken their duty to race, religion and country. In
short, UMNO had lost the support of the people.
By adopting the above measures to cleanse UMNO of its corrupt image,
Mahathir expressed confidence that UMNO could again attract people to join
the party and regain people's support, without which, Mahathir did not
think UMNO could win in the next General Election.
Though the people of this Country have known for quite sometime that UMNO
has been drowning in a sea of corruption, Mahathir's public cognizance of
this fact nevertheless carries great historical significance.
For the first time, a Prime Minister of this Country admits tacitly that
there has been wide spread favouritism in the award of government contracts
to UMNO leaders; and this conduct is in breach of our corruption laws.
Though Mahathir has not expressly said so, the inference of impropriority is
inescapable. If the award of all these government contracts to UMNO leaders
is above board, why should these activities have sullied UMNO's image, and
why should UMNO have thought it necessary to curtail this practice in order
to save the Party from disrepute? And wouldn't the deprivation of
government contracts to such UMNO leaders be deemed violation of their
constitutional rights, if in fact they have all along been winning
government contracts through fair and transparent tenders? And isn¡¦t
Mahathir's proposal (to stop giving contracts to party leaders) tantamount
to saying that it is the UMNO leadership, and not the civil service, that
decides on the award of government contracts, confirming undue political
interference in administrative procedure, which constitute corrupt practices
under our laws? The admission of these widespread corrupt practices brings into focus
another important failure of our Government - our Anti-Corruption Agency is
a total flop, as it has never brought a single case of such corrupt practice
to book. Another negative inference we can draw from Mahathir's statements is that
his thinking is devoid of moral principles. Note that Mahathir's
motivation to stop the corrupt practice is not because he thought such a
practice is wrong, but because he considers it a good strategic move to
attract new talents and to win the next election. Whereas a good prime
minister would have ordered a stop to this corrupt practice in the first
instant when it is discovered, simply because such a practice is morally
wrong, and legally in breach of our laws.
The next big question is: will Mahathir succeed in exorcizing UMNO of
corruption, assuming his proposal is fully implemented?
The answer is an emphatic no! Simply because Dr. Mahathir's medicine
treats only the symptoms but not the cause. For a start, what is there to
stop the UMNO leadership from continuing granting illegal government favours
to its agents, nominees and favourite sons, as long as their names do not
appear on the list of party branch and division leaders? And what is there
to prevent UMNO leaders and government employees from taking bribes from
the general public, whose names surely are not in UMNO's exclusion list?
It is obvious that the root of the evil is in the system, not in the people
receiving contracts. Unless a system of clean and transparent tenders is
institutionalized to replace the present cesspool of corruption and
favouritism in the award of government contracts and privatization
projects, rampant corruption and cronyism will continue to be the order of
the day. To take our deliberation a step further, even if a healthy system of tenders
is in place, will corruption be successfully tackled then? The answer is no
again. This time it is due to the lack of an independent and effective
machine to fight corruption. Our Anti-Corruption Agency, which is
answerable only to the Prime Minister, is generally seen more as a showpiece
to catch small fries and a feared tool to torment political adversary and to
prevent potential political rebellions among the rank and file of the ruling
hierarchy from taking place, rather than a respected institution to combat
corruption. Its numerous and endless failure to act against high profile
scandals of irrefutable corruption and abuse of power has so disgusted and
numbed the general public that not even the least ignorant of observers
could have any illusion of its efficacy.
It has been shown that a truly independent and efficient anti-corruption
body is the answer to the corruption plague. An eminent example is Hong
Kong. Through the establishment of an independent corruption fighting
agency answerable not to the Hong Kong Governor but to the ministry in U.K.
in the seventies, Hong Kong has succeed in transforming itself from one of
the most corrupted society into the top rank of the cleanest governments in
the world. Hong Kong's corruption free administration has been recognized
as one of the most important factors that made its miraculous economic
growth possible. The same can be said of another economic miracle, this
time at our doorstep: Singapore. No body would challenge the statement that
Singapore could not have achieved the miraculous transformation from an
economically desolate island state to one of the world's richest and most
admired country in such a short period, without at the same time keeping the
island state squeaky clean from the taint of corruption. Just for the sake
of provoking of our mind, if Singapore has been as corrupted as Malaysia, do
you think Singapore could have achieved half as much as it has achieved?
In Malaysia, we too have a good formula to raise ourselves from the mire of
corruption. And that is to remake our ACA into a genuinely independent body
answerable not to the Prime Minister but to Parliament, appointed not by the
Executive but by a commission free of political domination, and empowered to
prosecute the highest in the land without undue political interference.
The real issue facing Mahathir and UMNO is: Does UMNO have the political
will to turn a new leaf from its corrupted past? Or is UMNO so ingrained
with corruption that such a thought is mere wishful thinking?
Or, to bring us nearer to home truth, is Mahathir's latest proposal just
another sandiwara? -Kim Quek- |