Laman Webantu KM2A1: 4311 File Size: 15.5 Kb * |
TJ MT MGG: Mana Satu Yang Pintar, Kerajaan Atau Kadpintar Bikinannya? By M.G.G. Pillai 26/4/2001 6:04 pm Thu |
MGG 9201 [Di dalam dunia ini tidak ada satu sistem pun yang tidak
dapat dipecah masuk (hacked/cracked) kerana ia bikinan manusia.
Ini termasuk kadpintar juga. Walaupun ia menggunakan enkripsi -
itupun mampu terjerobos juga. Apa yang perlu cuma sebuah
komputer yang cukup laju dan dua smartcard berbeda yang
diketahui siapa yang empunya. Mengapa dua? Itu rahsia yang
tidak perlu dicatatkan di sini nanti susah semua!!
Perhatikan Celcom sahaja yang kini sedang menggeleng kepala -
itu sudah cukup untuk mengajar siapa yang lebih pintar
sebenarnya. Kad yang betul-betul selamat adalah kad yang
diendoskan oleh badan piawai terkemuka dunia dan dijamin
olehnya. Jika tidak ia akan menyusahkan lagi semua.
Banyak negara maju menggunakan kadpintar tidak secara kritikal
dan lebih kepada ciri-ciri komplimentari sahaja kerana ia belum
cukup selamat dan sesuai untuk manusia. Ia dilakukan di Malaysia
kerana ia sesuai untuk memperkayakan banjingan sebenarnya.
- Editor (sila baca catatan -MT- di bawah)]
(The Cards Are Smart But Are Government Departments?)
Paspot keluaran Malaysia bertaraf pintar masakini, sehinggakan imigresen
di pintu masuk (negara asing) tidak dapat mengesannya. Apabila kita
tinggalkan Malaysia, maklumat itu disimpan dalam komputer tetapi tidak
pula ada catatan yang dirakamkan pada pastpot yang berkenaan. Inilah yang
menjebak pemegang paspot itu sebaik tiba (di negara orang) apabila
pegawai imigresen yang terlalu cermat cuba mencari maklumat asal usul
ketibaan pemegang paspot itu. Oleh kerana maklumat pintu keluar pemegang
paspot itu tidak dirakamkan, bermulalah masalah yang tidak diingini.
Perkara ini terjadi bukan sahaja di Seoul ataupun Medan malahan juga
di Kuala Lumpur. Saya pernah pulang daripada Eropah, di mana sudah
menjadi satu kebiasaan yang masih diamalkan lagi untuk membiarkan
paspot tanpa dicop. Saya terpaksa memberi penjelasan panjang lebar
kepada pegawai imigresen di Subang. Sekarang ini saya sudah semakin
cermat mahukan paspot saya dicop setidak-tidaknya sekali dalam satu
perjalanan ke EC. Sebuah syarikat bernama Iris Technologies, yang
mempunyai pengerusi syarikat yang merupakan anak saudara kepada menteri
kewangan yang sedang bercuti (ataupun boleh juga disebut yang hampir
berpergian?) dan juga kepada mantan pengerusi PBB.
Sebagai tindakan pantas kepada keadaan ini kerajaan telah mengumumkan
ciptaan satu kad pengenalan bersaiz kecil yang dikatakan mengandungi semua
maklumat yang sah si pemegangnya. Ada perakuan betapa maklumat itu
akan menjadi satu rahsia, tetapi tidak ada sesiapa yang berani berbuat
perjanjian mengenainya. *(sila lihat komen penterjemah di bawah
nanti). Kenapakah saya mesti merelakan maklumat peribadi saya disematkan
dalam kadpintar itu untuk bacaaan seluruh dunia? Jelas sekali, kad pintar
itu adalah untuk memudahkan kerja-kerja kerajaan dan bukannya untuk
kemudahan si pemegangnya. Saya memberi jaminan kad ini akan mencetuskan
banyak perbalahan. Timbalan perdana menteri berkata kad itu tidak perlu
diserahkan kepada sebarang pejabat keselamatan. Tetapi, undang-undang ada
menyebutkan bahawa kad pengenalan tidak boleh diserahkan kepada sesiapa
pun melainkan seorang pegawai polis. Sesiapa sahaja boleh membelek
kadpintar itu dan mencatatkan maklumat dalamannya dan memulangkannya
semula. Saya tidak akan menyerahkan kadpintar saya dalam apa keadaan pun.
Jadi, apa perlunya membuat janji manis seperti ini?
Kita dijanjikan kemudahan kecanggihan komputer. Kita mempunyai satu kad
pengenalan yang baru. Apakah ini membawa perubahan kepada hidup kita?
Tentu tidak. Dalam borang permohonan yang biasa, sama ada kita perlu
berjumpa seorang pegawai ataupun untuk membeli sesuatu barang ataupun apa
sahaja, kita diminta menunjukkan kad pengenalan yang lama dengan
kadpintar pengenalan yang baru. Kenapa pula begitu? Jabatan Pengangkutan
jalan hanya dapat mengecam kad pengenalan saya yang lama. Seorang
peguam telah menulis surat untuk mengetahui apakah nombor kad satu
pintar baru yang menggantikan (nombor) kad pengenalan yang lama. Di
zaman kerja-kerja dibuat secara manual, maklumat seperti itu boleh
dicari dalam masa satu hari, dengan penggunaan komputer yang
canggih-manggih ia mengambil masa selama sepuluh hari. Pencarian di
Jabatan Kemuflisan mengambil masa hanya seminggu satu ketika dulu.
Sekarang, komputer canggih-manggih memerlukan 90 hari. KWSP (EPF) kini
berfungsi secara onlain (online) menyediakan maklumat mengenai nombor kad
pengenalan lama dan baru secara spontan. Tetapi prestasi begini tidak
wujud lagi di beberpa jabatan kerajaan yang lain. Bukankah
penyimpanan maklumat dengan nombor kad yang baru itu bertujuan
untuk mempercepatkan kerja? Malahan AAM (Automobile Association of
Malaysia) bertegas mahukan nombor kad lama dan kad baru saya. Apakah
kad pengenalan pintar yang kenit itu menyimpan dua-dua nombor lama
dan baru? Kad pengenalan yang baru akan menyimpan banyak lagi butiran peribadi.
Sesiapa yang memerlukan maklumat itu hanya perlu melekapkan kad itu
kepada mesin yang akan membacanya. Perkara ini boleh diamalkan kalau
semua orang mempunyai alat 'scanner' untuk membacanya. Alat pembaca ini
membolehkan sesiapa pun mengetahui butiran peribadi kita walaupun
orang yang membaca kad itu cuma mahu mengesahkan nama kita saja.
Masalah keselamatan tidak pun diambil kira. Kalau ada sesaorang yang
mahu mengetahui siapa nama saya sebenarnya apakah perlunya dia
mengetahui jenis darah saya? Betapa kad yang mempunyai ciri-ciri
teknologi canggih itu boleh mudah rosak tidak pula diselesaikan dulu.
Saya menyimpan kad pengenalan saya dalam poket (kemeja?). Orang lain
menyimpannya, terutama sekali pekerja yang berlenging, dalam poket seluar
ataupun dalam lipatan kain ataupun di tempat yang mudah tercemar.
Apakah jaminannya kad yang tercemar itu tidak mengeluarkan maklumat
songsang? Bagaimana pula caranya anggota polis di satu sekatan-polis
membaca kad seperti itu ketika bergegas menjalankan tugas? Siapa yang
memasukkan maklumat satu lesen memandu yang baru? Siapa pula yang
mempunyai kuasa memasukkan maklumat dan melupuskannya daripada kad itu?
Berapa lama pula kerja-kerja keluar-masuk itu akan diperlukan?
Masalah yang timbul dalam kisah percintaan kita dengan komputer yang
canggih-manggih ini adalah untuk membolehkan para kroni, anak-pinak,
adik-beradik dan sukusakat kumpulan ningrat membalun kontrak yang
ada (dan sengaja diada-adakan -penterjemah). Lebuhraya Korridor
Multimedia (Multimedia Super Corridor) adalah satu contoh yang sungguh
menyerlah apa yang tersasar jauh menyimpangnya dalam usaha kerajaan
memajukan industri komputer yang canggih-manggih di negara ini. Tidak
wujud janji manis perkhidmatan yang lebih baik selain kemasukan
teknologi haprak yang sudah pun lama basi. Tidak ada satu pusat
perancangan untuk menyelaraskan sistem komputer yang sepatutnya
digunakan oleh jabatan kerajaan. Tidak juga ada kajian yang
dilaksanakan untuk mengkaji faedah kegunaannya. Malaysia mahu
menonjolkan wibawa negara seolah-olah berada di pinggir kecanggihan
teknologi sedangakan tidak ada usaha ataupun pemikiran yang mengkaji
betapa kehidupan harian penduduknya yang semakin merempat.
Kerana itu perubahan dan system dikuatkuasakan untuk menyerlahkan
kerajaan yang seolah-olah sentiasa kelihatan cekap. Apakah perlunya kita
menukar kad pengenalan yang ada kepada kad pengenalan baru? Sistem
yang ada baru hanya berusia dua belas tahun. Kenapakah kad pintar itu
tidak diperkenalkan secara bertahap; bermula dengan pemohon berusia 12
tahun yang baru mendaftar pertama kali, dan kepada mereka yang terpaksa
menukarkan kad mereka disebabkan masalah peribadi?
Sebaliknya, kita diberitahu kerajaan akan membelanjakan RM12 daripada
kos bernilai RM32 untuk menyediakan kad pengenalan baru itu. Tetapi
kenapakah saya mesti menggantikan kad lama saya yang baru saya
perbarui untuk mendapatkan kad yang baru lagi? Bagaimana pula caranya
kontrak pembikinan kad terbaru itu diagihkan? Adakah melalui tender
antarabangsa ataupun apakah para kroni, juak, anak-pinak, suku-sakat
yang sama diberikan tender itu untuk mengelakkan mereka menjadi
muflis pula? -MGG Pillai- Catatan penterjemah: Rencana Asal: Malaysian passports are so smart these days that immigration
at ports of entry do not recognise it. When we leave
Malaysian ports, the information is stored in a computer but
no mention of it is made on the passport itself. That gets
you into trouble when you land when overzealous immigration
officers scan it for where you came from. That is, of
course, not printed on it, and the hassles begin. This
happens not only in Seoul or Medan but also in Kuala Lumpur.
I once returned to Kuala Lumpur from Europe, where it is, or
was, the practice not to stamp passports, and had much
explaining to do at Subang. I am now careful to insist that
an entry and departure mark is made at least once during a
journey in the EC. A company called Iris Technologies,
whose chairman is a nephew of the finance minister-on-leave
(or should it be the leaving-finance minister?) and former
UN General Assembly chairman. Fast in the wake of this, the government announces a
smart identity card, which would contain all relevant
information about one. Privacy is promised but can it be
guaranteed? Why should I want my personal details -- and it
would contain more information than anyone needs to know
about the holder -- paraded to the world? The card clearly
is for the government's, not the holder's, convenience. For
it would, I guarantee, a hassle. The deputy prime minister
says it need not be handed over to any security office. But
the law says one's identity card should not be handed over
to any but a police officer. Any one else can look at it,
write down the records, but return it. I do not hand over
mine over under any circumstances. So, why is this promise
necessary? We are promised the benefits of computerisation. We
have a new identity card. Does it make you life any easier?
Certainly not. In routine application forms, whether to see
an official, or to purchase an item or whatever, you are
asked to provide both the old and new identity card. Why
should it be so? The Road Transport Department recognises
only my old identity card. A lawyer wrote to the National
Registration Department to find out the new identity card
number for which the old is known. When it was done
manually, he would have got it in a day; with
computerisation it takes ten days. Searches in the
Bankruptcy Department once took a week; now with
computerisation, it takes 90 days. The EPF is online, so
information about old and new identity card is
instantaneous. Few other government departments are. But
was not the point of the new identity cards to speed matters
up? Even the AAM insists on both my old a new identity card
numbers. So, would the smart identity card contain both the
old and new numbers? The new identity card will contain other personal
details. All the fellow who wants to know the details is to
put it through a machine and read it. This of course
assumes everyone has the required scanner. With it our
personal and other details can be got at by any who wants
only to know your name. The questions or privacy is not
addressed. When someone wants to check if I am who I say I
am, why he should he know my blood group? That the high
technology card makes it susceptible to damange is
unaddressed. My identity card is in my pocket. Others keep
it, especially when working bare back, in one's trousers, or
wrapped around some cloth or in conditions that it would be
subject to the elements. What guarantee is there that the
card would not provide wrong information. How does the
policeman at a checkpoint read the card when he has to in a
hurry? How would he check if a driving licence is valid if
he does not have a scanner? Who encodes details of a new
driving licence on it? Who would have authority to add or
delete details from it? How long would that take?
The problem is our love affair with computerisation is
to enable the cronies, siblings, courtiers of the
establishment get the contracts for it. The Multimedia
Super Corridor is a prominent example of what goes wrong on
the ground at every step of computerisation. There is no
promise of better service, only that outdated techology
would find a home in Malaysia. There is no central planning
for a common system that government departments would use.
There is no proper study on the benefits. Malaysia wants to
be seen to be at the cutting edge of technology, but no
thought or effort is made to see that everyday life does not
become a hassle. So, changes and systems are enforced to make the
government look good. Why it is necessary that we change
our identity cards to the new smart identity cards? The new
system is less than a decade old. Why could not the smart
cards be introduced gradually, beginning with the
12-year-olds who registers for it the first time, and those
who for any reason must change their identity cards?
Instead, we are told the government will absorb RM12 of the
RM32 the cards will cost. But why should I replace my
identity card, a few years old, for this card? And how was
this contract for the smart card given out? Was it by
international tender, or has the usual courtier, sibling or
crony give it to ensure he does not become a bankrupt?
M.G.G. Pillai |