Laman Webantu KM2A1: 4314 File Size: 18.2 Kb * |
TJ BOM: B1 Bolehkah UMNO Bertahan? By Dr Maznah Mohamad 26/4/2001 8:33 pm Thu |
TJBOM 0101 [Mahathir sebenarnya mencipta bom kemusnahan Umno sendiri. Hari ini
Umno sedang dilanda krisis identiti dan kepupusan idealisma yang sukar
diperbaiki lagi kerana ia telah koyak rabakkan oleh Mahathir sendiri
dari awal lagi di peringkat universiti melalui AUKU. Tanpa idea baru
serta minat golongan muda, Umno tidak akan mampu bertahan lama menghadapi
cabaran semasa dan terpaksa bergantung kepada minda seperti Umi Hafilda
yang tentunya akan semakin menghancurkan Umno juga sebagaimana dia
merosakkan keluarganya. Oleh Dr Maznah Mohamad Apabila UMNO disytiharkan haram pada tahun 1998, ramai
yang meramalkan itu sebagai satu petanda yang pasti
akan membawa kepada kemusnahannya. Namun itu tidak
pula berlaku. UMNO tidak pupus terus kerana
campurtangan badan kehakiman. Ia telah dilahirkan
semula sebagai UMNO baru tetapi di dalam sarung
lamanya. Ia telah dikembalikan kepada status quo ante.
Pada hari ini, perkataan 'politik wang' yang sering
dilaung-laungkan sebagai masalah UMNO semakin kuat
kedengaran. Malah Ummi Hafilda, saksi utama di dalam
kes perbicaraan Anwar Ibrahim, pergi lebih jauh lagi
sehingga sanggup mengaib dan memecahbelahkan
keluarganya sendiri, semuanya demi 'menyelamatkan'
parti UMNO. Presiden parti itu pernah menyebut separuh
serius tentang tiada siapapun yang layak menduduki
tempatnya melainkan 'kembarnya'. Semua ini jelas
menunjukkan bahawa parti UMNO kini dilanda masalah
yang besar sekali lagi. Walau bagaimanapun, kebimbangan ramai tentang
kemungkinan UMNO akan berpecah dikurangkan dengan
kepercayaan mereka terhadap Mahathir. Tiada masalah
yang beliau tidak dapat selesaikan. Bahkan tidak
mustahil beliau dan partinya itu akan menjadi lebih
berjaya lagi selepas krisis tersebut. Maka timbullah
satu pertanyaan. Apakah perkara yang sama akan berlaku
pada kali ini? Untuk mendapat gambarannya, mari kita
lihat kepada beberapa aspek UMNO yang tidak
memberansangkan. Sebagai permulaan, parti UMNO
sebenarnya ketandusan idealisme-idealisme yang baru.
Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri dari mereka yang
sering mencari kesempatan dan bercita-cita menjejaki
alam korporat dari mereka yang benar-benar mempunyai
komitmen terhadap perjuangan parti. Sesetengah orang
melihat bahawa di dalam UMNO, mereka sanggup
bermati-matian (atau menipu) hanya kerana wang.
Sementara masalah politik wang ini berleluasa di dalam
parti, perjuangan asal yang berteraskan 'Ketuanan
Melayu' itu semakin dilupakan. Pemimpin-pemimpin UMNO
tidak langsung bersedia untuk memperkembangkan
perjuangan yang 'satu lagi'. Parti itu memaksimumkan
pembentukan banyak kumpulan orang-orang Melayu yang
dinafikan hak untuk mengundi, yang menjadi mangsa
penyelewangan pembangunan. Tindakan para pemimpin UMNO
menggunakan taktik kotor dan ke-Machieavellian untuk
kesinambungan politik itu meninggalkan warisan moral
yang penuh dengan lubang. Ia juga menjarakkan lagi
garis pemisah sebuah kepimpinan yang berkalibar.
Krisis Identiti : Tidak dapat dinafikan lagi bahawa UMNO sedang dilanda
satu krisis identiti. Umno yang sebelum ini begitu
sebati dengan orang-orang Melayu, tidak pernah
menghadapi sebarang masalah di dalam mencapai
kedudukan ekonomi yang samarata, penguasaan politik
dan pengiktirafan agama. Demokrasi, hak asasi manusia,
dan undang-undang telah diketepikan sebagai
perkara-perkara yang boleh membantutkan kemajuan
bangsa Melayu. Kini, tanpa ragu-ragu lagi, apa yang dikatakan telah
sebati dengan bangsa Melayu itu sedang bergoncang
dengan kuatnya. Di satu segi, kesama-rataan ekonomi
sahaja tidak boleh terus dibanggakan di dalam keadaan
yang semakin meruncing itu. Di satu segi yang lain,
pengiktirafan agama itu terpaksa mengambil langkah
yang lebih pragmatik. Ketidakadilan yang amat ketara
di dalam pengendalian isu Anwar Ibrahim telah menjadi
sesuatu yang tidak boleh diabaikan sewenang-wenangnya.
Lantaran itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan
kebebasan badan kehakiman, perjalanan proses
undang-undang dan hak asasi manusia telah bergema
dengan sekelip mata di dalam sebahagian besar
masayarakat Melayu. Apabila Anwar Ibrahim disingkirkan di atas kesalahan
moral, presiden parti (yang terlalu kemodenan itu)
telah bertindak melampaui batas adab orang-orang
Melayu : Pemerintah sepatutnya tidak sekali-kali
bertindak mengaibkan seseorang kerana ditakuti
kemurkaan tuhan yang akan menghancurkan semuanya.
Tidak pernah berlaku di dalam sejarah UMNO seorang
tokoh yang tidak sealiran diberi penghinaan yang
sebegitu dashyat secara terbuka (Anwar Ibrahimlah
satu-satunya) dan dipecat atas sebab-sebab moral.
Malah di dalam kes Rahim Tamby Chik, tiada sebarang
pertuduhan rasmi yang menyebut sama ada beliau telah
melakukan sebarang kesalahan moral atau jenayah!
Pemecatan Anwar Ibrahim adalah satu-satunya peristiwa
politik yang bertanggung jawab kepada penolakan ramai
golongan Melayu terhadap kepimpinan UMNO. Namun
begitu, proses kehancuran UMNO sebenarnya telahpun
bermula sejak lama dahulu. Percantuman dari
ketidakpuasan masyarakat Melayu secara beramai-ramai
ini dan struktur parti yang semakin lemah menjadi
kunci kepada bagaimana peristiwa-peristiwa masa
hadapan akan dibentuk. Kehilangan Idealisme: Ketiadaan agenda yang kuat di dalam UMNO berkait rapat
dengan keangkuhannya untuk menerima pandangan golongan
muda. Semenjak awal tahun 1970an, UMNO tidak berupaya
untuk membangkitkan semangat golongan muda. Ini adalah
akibat buruk dari dasar yang digunapakai untuk
menyekat keresahan di kalangan pelajar dan golongan
muda yang tidak puas hati. Pelajar-pelajar telah
dipaksa untuk tidak melibatkan diri di dalam politik
selepas penglibatan mereka di dalam tunjuk perasaan
pada tahun 1974. Tunjuk perasaan tersebut, yang
sebahagiannya diterajui oleh golongan pelajar, telah
menggugat teruk regim kerajaan pada masa itu. Oleh
kerana itu, bagi menghalang berlakunya peristiwa yang
sama yang memperlihatkan kuasa pelajar, Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diperkenalkan.
Ia telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri
Pelajaran pada masa itu, Dr. Mahathir Mohamad.
Penguatkuasaan Akta tersebut telah berjaya
membantutkan kreativiti, pandangan-pandangan yang
kritikal dan 'penentangan' yang sihat di kalangan
pelajar universiti pada masa sekarang. Selain dari
tenaga, masa, semangat dan keperluan sosial untuk
terlibat di dalam politik, pelajar universiti telah
disogokkan dengan kehidupan yang pasif dan hanya
bergelumang dengan buku-buku. Akibat dari ini lalu timbulnya rasa kurang minat atau
simpati serta tidak peka terhadap isu-isu sosial.
Mereka yang mempunyai pandangan tentang politik pula
menyuarakannya secara senyap-senyap dan mengamalkan
penapisan sendiri di dalam rangka yang dikira selamat.
Semasa hari-hari yang teruk dilanda masalah ekonomi,
pelajar universiti menjadi semakin tidak peduli
tentang tanggung jawab sivik mereka, apatah lagi
memainkan peranan yang penting di dalam politik.
Secara semula jadi, sebahagian besar pelajar-pelajar
Melayu memilih bidang keagamaan kerana itulah
satu-satunya cabang yang diperakui sah di segi
undang-undang untuk mengeluarkan kenyataan (melalui
berbagai-bagai persatuan yang bernaung di bawah
Islam). Bahkan ini juga telah dibataskan melalui
pengharaman pengaruh Al-Arqam di dalam kampus. Kita
tentu masih ingat zaman sebelum AUKU diwujudkan di
mana satu kehidupan yang sihat dipamerkan oleh
masyarakat kampus yang sentiasa bersaing untuk
mengenengahkan ideologi-ideologi mereka.
Pada hari ini, dengan usia 21 tahun di universiti -
cukup matang untuk memilih kerajaaan mereka - disekat
dari bercakap dan berfikir tentang politik. Namun
tidak menjadi halangan pula untuk mereka memakai
petanda warna politik di lengan mereka. Tiada siapa
dapat membayangkan bagaimana sucinya persekitaran
kampus pada masa sekarang. Sebahagian kecil pula berpendapat bahawa kebanyakan
parti-parti politik masa kini seperti ketandusan daya
imaginasi dan idealisme yang kuat dan meyakinkan.
Tanpa penyertaan golongan muda yang bersemangat
tinggi, telus dan bertenaga, adalah sukar untuk
pergerakan-pergerakan politik itu memperbaharui diri
mereka ataupun sesebuah parti politik itu untuk
dicipta semula agar tidak dikatakan ketinggalan zaman.
Sejak akhir-akhir ini, apabila menyedari bahawa
golongan muda sudah tidak lagi memberikan sokongan
mereka (mungkin mereka kini yang memenuhi setiap
perhimpunan Reformasi), UMNO secara tergesa-gesa dan
tanpa berfikir panjang telah mengusulkan agar tahap
umur minima untuk menyertai parti politik diturunkan
kepada 16 tahun. Langkah ini sebenarnya tidak memberi
sebarang kesan kerana kita sedia maklum bahawa
anak-anak kelahiran Malaysia menjalani tempoh
persekolahan yang lebih lama pada masa sekarang.
Mereka yang tercicir dari persekolahan pada usia 16
tahun pula mungkin terdiri dari keluarga miskin atau
benar-benar tidak berminat untuk meneruskan
persekolahan. Kedua-dua kumpulan itu lebih memerlukan
bantuan yang asas daripada dilatih berkecimpung dengan
alam politik. Seperti yang dijangkakan, langkah yang
terburu-buru demi untuk meningkatkan bilangan keahlian
untuk parti tidak mendatangkan kebaikan. Maka usulan
itupun dibatalkan. ....bersambung.... -Terjemahan Bazooka-
Rencana Asal: Events of the past months may have aroused raging questions
about the durability of Dr Mahathir's premiership. Deeper than this
perhaps, is the question of the survival of the party he controls.
Can UMNO, which has virtually become undifferentiated from the
state and which has ruled the country since independence, continue
to form the government, ad infinitum?
By Dr Maznah Mohamad When UMNO was declared illegal in 1988, many took it as
the surest sign of its eventual demise. It did not happen.
UMNO did not vanish because of judicial intervention. It
was re-born as UMNO Baru, or "new" UMNO, but in its
old cast. It was restored to its status quo ante.Today, the
oft-echoed lamentation of "money politics" as being
UMNO's bane is louder. Ummi Hafilda, key witness in the
Anwar Ibrahim trial, even went as far as, it appeared,
slandering and breaking up her own family, all to "save"
UMNO, the party. The party president even half-seriously
suggested that nothing short of his twin could fill his
shoes. All of these signal that UMNO, the party, is in great
turmoil, again. However, the fear among many people of UMNO ever breaking-up
is being allayed by their trust in Dr Mahathir. There is nothing that
he cannot fix. In fact, he, and the party may even come out more
triumphant after the crisis. So goes the thought. Will it work this
time around?To get an idea, let's look at some aspects of UMNO's
less bright side. To begin with the party lacks renewed idealism. Its
membership is elicited among social climbers with corporate
ambitions, rather than among those with a commitment to a cause.
As some would see it, in UMNO, the only cause worth dying for (or
lying for) is money. While the politics of money reigns high within the party, its original
dictum of "Ketuanan Melayu" (Malay ownership) rings increasingly
hollow to the Malay masses. UMNO leaders are not in step with the
"other" side of development. The party is marginalising many groups
of "disenfranchised" Malays, who are the victims of skewed
development. UMNO leaders' recurring resort to Machiavellian and
dirty tactics for political survival is leaving a moral legacy that is
full of holes. It is also leaving a gaping leadership credibility gap.
Identity Crisis The party is undeniably encountering an identity crisis. What used to
constitute the Malay ethos, UMNO-style, was unproblematically
couched in the attainment of economic parity, political
one-upmanship and the religious high ground. Democracy, human
rights, and the rule-of-law were shunted aside as unnecessary
inconveniences obstructing the process of Malay advancement.
Today, without doubt, what was touted as the Malay ethos is
undergoing a shakedown. For one thing, economic parity per se
cannot be upheld under conditions of the shrinking pie. For another,
the religious high ground is being forced to take on a more pragmatic
dimension. The injustice that was apparent in the handling of the
Anwar Ibrahim issue has become too transparent to ignore. Hence,
the ideas of judicial independence, due process of law, and human
rights have almost overnight struck a chord with large sectors of
the Malay community. When Anwar Ibrahim was dismissed on moral grounds, the party
president (being too much of a moderniser) was out of touch with
the xistence of an ancient Malay social covenant: a ruler should
never resort to the ploy of shaming a subject (memberi 'aib) lest
the wrath of the almighty is set upon the land to destroy it.Not once
in the history of UMNO has any prominent dissident been so
publicly humiliated (as Anwar Ibrahim has been) and removed on
moral grounds! Even in the case of Rahim Tamby Chik, there was
no formal accusation that he had committed any moral or criminal
wrongdoing! The removal of Anwar Ibrahim is the one single political event that
has been responsible for unleashing the many facets of Malay
resentment. On the other hand, the process of UMNO's decay had
actually set in long before. This combination of recent Malay mass
disaffection and a weakening party structure holds the key as to
how future events will be shaped. Lost Idealism UMNO's lack of a single powerful agenda is related to its disdain for
counter-pointing youthful voices. Since the early 1970s, UMNO has
not been able to tap into the energies of youth. This was the result
of the backlash of policies put into place to tame the restlessness
of students and young dissidents. Students were forced to
disengage from politics after their involvement in the peasant
uprising of 1974. The uprising, which was partly student-led, shook
the then regime so badly, that to prevent the repeat of any show of
student power, the University and University Colleges' Act (UUCA)
was crafted for use. It was tabled by the then Education Minister,
Dr Mahathir Mohamad. The legislation has become so successful that it is now stultifying
creativity, critical reflection and healthy "rebellion" among
university students. Despite their energy, time, spirit and social
disposition for engaging in vibrant political concerns, university
students are proscribed to a life of staid and often vacuous bookish
pursuits. The consequence of this is apathy and indifference towards social
issues. Those who harbour any political inclinations express
themselves surreptitiously and exercise self-censorship within
perceived safety limits. During the heady days of the economic
boom, university students became even less concerned about
fulfilling civic duties, let alone about contemplating meaningful roles
in politics. Naturally, Malay students predominantly resorted to religion
because it was the only legitimate avenue for political expression
(through the Islam of various shades). Even this was circumscribed
Witness the banning of the Al-Arqam influence on campus. We may
recall that during the pre-UUCA days the lively proclamation of
competing ideological postures was one of the healthy features of
campus life. Today, twenty-one year olds at university - old enough to choose
their government - are muzzled from talking and thinking politics. As
for wearing their political colours on their sleeves, that is strictly
off-limits. One cannot imagine how sterile the campus environment
can be these days. Small wonder that most political parties today (except for PAS)
lack any cogent sense of idealism or imagination. Without some
participation from spirited, incorruptible, energetic youths, it may be
difficult for political movements to renew themselves or political
parties to be re-invented to avoid obsolescence.
Lately, having realised that it has no consensus among the young
(perhaps the crowd that had been thought to throng the Reformasi
rallies), UMNO hastily and unthinkingly proposed that the minimum
age for eligibility for party membership be reduced to 16 years. This
will not amount to anything since most of us know that Malaysian
children are staying longer in school these days. Those who drop
out at the age of 16 must be either extremely poor or extremely
uninterested in school. Either way they need help of the more basic
kind rather than apprenticeship into politics. As expected, this hasty
move to tamper with figures to score numbers for the party did not
come to fruition The proposal was dropped.
....to be continued.... |