Laman Webantu KM2A1: 4315 File Size: 21.5 Kb * |
TJ KTK 10: fM: Amin Shah: Orang Kita di ... Tirana ? By freeMalaysia 26/4/2001 10:52 pm Thu |
KTK 1001 [Amin Shah adalah kroni yang langsung tiada gaya atau
bakat melainkan menjadi orang menandatangani perjanjian
persefahaman sahaja. Beliau tidak mendapat perhatian walaupun
oleh media milik kroni sendiri. Kecerdikkannya yang begitu kurang
itu menyebabkan dia dikirim untuk mengetuai misi yang pelik-pelik
(di luar negara yang memerlukan kepakaran budaya dan bahasa)
yang amat ditakuti oleh lain-lain kroni kerana tinggi risikonya.
Akibatnya banyak yang berakhir dengan kekeliruan dan lingkup juga
walaupun telah dikatakan faham segala-galanya. Ini menyusahkan
si mentornya juga akhirnya kerana menjadi gempar dan terserlah
juga semua rahsia. Terjemahan: -KTK/2-
http://www.freemalaysia.com/rogues/amin_shah.htm
(Amin Shah: Our man in ... Tirana ?) Kerapkali Daim terpaksa menonjolkan beberapa watak karekter
yang tidak biasa untuk bertindak sebagai CEO untuk projek
usahasamanya yang berbagai bentuk dan ragam itu, terutamanya
yang melibatkan perniagaan di luar negara Malaysia di mana
pulangannya tidak seterjamin sebagaimana ada di dalam negara.
Mengapa perlu mengambil anak-didik yang sederhana sahaja yang
memungkinkan beliau kecundang dalam perniagaan yang
meragukan? Daim tidak ambil kesah semua itu; dia hanya
memerlukan seorang anak-didik yang berkutu untuk itu.
Datuk Amin bin Haji Shah Omar Shah adalah watak karekter itu
kerana terbukti memang cetek kepakaran koperatnya yang
dilahirkan oleh sistem kapitalis kroni Mahathir. Dialah seorang yang
perlu melakukan tugas itu dan mengambil arahan tanpa membantah
semua titah dari ketua kumpulan barisan banjingan itu.
Amin Shah tidak mendapat liputan meluas dalam dunia niaga jika
kita melihat kepada apa yang terlapur di dalam media tempatan dan
serantau. Tiada sesiapa pernah melapurkan betapa beliau seorang
yang bersih lagi kemas; jaguh perunding; membina empayarnya
daripada sifar; bahawa beliau adalah CEO jenis Jack Welch; atau
apakah beliau datang bekerja secara biasa dan berjadual. Mungkin
keterampilannya yang begitu selekeh terhadap dunia yang bekerja
itu menyebabkan Amin Shah tidak kelihatan lebih serius daripada
seorang peniaga atau penjaja pasar malam Sabtu sahaja.
Rakan dan kenalan merasa hairan dan lucu bagaimana beliau
dapat meraih begitu banyak kemewahan bila dipanggil Daim. Satu
hari beliau mungkin berlegar di kedai kopi di Pulau Pinang tetapi
keesukkannya dia boleh muncul di bilik persidangaan koporat yang
hebat. Cuba bayangkan! Inilah yang berlaku kepada DEB di bawah
kendali Dr M. Mungkinkah kita perlu memujinya?. Tidak seperti anak-didik Daim
yang lain, Amin Shah kelihatan tidak gemar bercakap besar
mengenai hubungannya yang tidak pernah renggang dengan
mentornya itu. Tetapi ini hanya satu kebijaksanaan yang mungkin
kebetulan sahaja yang tidak dimilikki oleh beberapa
adik-beradiknya. (sebagai contoh, Azhar Shah Omar Shah, salah
seorang adiknya). Untuk mengkaji lebih mendalam mengenai Azhar, sila melayari
laman geocities.com dan lakukan satu carian nama. Di sana para
pembaca akan menemui satu laman Azhar yang tersendiri lengkap
dengan autobigrafi masa mudanya dulu. Ia siap dengan gambar
potretnya yang kelihatan seperti seorang yang tembam dan
gedempal berbanding dengan abangnya yang tertua itu jika
dipandang dengan menyamakan usia mereka.
"Saya dilahirkan 33 tahun dulu di Taiping, satu bandar kecil yang
aman di Perak dimana di sinilahlah tercatat hujan yang paling lebat
di dalam negara saya." ujar Azhar kepada alam siber.
"Saya dibesarkan dan bersekolah di Pulau Pinang. Tahap
pelajaran saya tidaklah setinggi mana, tetapi saya mendapat
pengalaman pembinaan sejak awal-awal lagi dengan mengikut
jejak ayah saya yang telah pergi itu -- ayah saya adalah seorang
kontraktor yang gigih pada ketika itu (lewat 80an).
"Saya dan adik saya, Azlan Shah, sedang membantu abang tertua
kami, Datuk Amin Shah, untuk menguruskan bisnes koporatnya.
Pengalaman masa silam saya dalam sektor pembinaan dan Azlan
telah banyak membantu perniagaan abang tertua kami.
"Saya tinggal di Subang Jaya, bukan kerana saya suka melihat
kapalterbang melayang di udara di atas atap bumbung rumah kami,
tetapi kerana Subang Jaya mempunyai semua kemudahan asas
seperti pasar besar, kompleks beli-belah, klinik awam dan swasta,
kedai makan serta pusat hiburan. Pendeknya - semuanya lengkap
dan mencukupi. "Keadaan lalulintas pula telah banyak berubah dan pulih sejak
dibuka lebuhraya ekspres Shah Alam dan laluan lebuhraya Utara
Selatan. "Teman-teman saya selalunya menziarahi saya untuk menghirup
secawan kopi yang pekat dan memakan keropok sambil kami
berborak dan berjenaka serta berbual mengenai isu semasa.
Azhar memperkenalkan pembaca sibernya kepada dua rakan
karibnya, Ismail dan Roslan. Beliau seterusnya memberitahu
pembaca bahawa Ismail adalah seorang anggota polis di raja
Malaysia yang juga adalah teman wanita yang asyik ditemuinya -
"tetapi tentunya bukan dengan gadis yang sama".
Kemudian dia memperkenalkan Roslan, seorang jurutera awam
yang juga 'sifu komputer'nya - yang telah membantunya
mendirikan laman itu. Azhar juga mempamirkan satu iklan
perniagaan sampingan (selepas waktu kerja) Roslan kepada
pembaca: "Selain daripada terlibat dalam sektor pembinaan, Roslan juga
memberi nasihat dan menulis wasiat untuk rakan-rakannya yang
tidak mempunyai masa untuk menemui peguam"
Amin Shah mungkin bukan penjaga semua adik-beradiknya, tetapi
beliau masih mengekalkan jawatan senior eksekutif itu yang juga
bermakna Daim memegangnya juga. Amin Shah adalah 'jack' dalam
semua perniagaan yang tidak memilikki apa-apa kepakaran, dan
selalunya mudah sesat di sepanjang jalan.
Media Malaysia kerap merujuk beliau sebagai Mr MOU .. yakni Mr
Memorandum Persefahaman. Tahun terdekat ini beliau telah
menandatangani banyak MOU di luar negara, dan ada beberapa
yang telah memberi hasil pulangan. Tetapi apakah jenis bunga-api
yang dapat kita jangkakan dari pelaburan (yang sewel) seperti
berikut ini:
Lapan tahun lepas, Amin Shah yang berusia 45 tahun itu tidak
dapat pun menemui di atas peta kebanyakkan negara dimana
syarikat'nya' yang kemudiannya diarahkan melabur itu. Dan siapa
sangka dia akan menjadi "Orang kita di Tirana", satu bandar yang
kerap tercetus pergaduhan di negara yang termiskin di Eropah,
Albania. Pernah satu ketika dulu pada pertengahan tahun 1990an, rakan
kongsi Amin Shah mengatakan beliau mnghabiskan seminggu
setiap bulan di Albania - memantau kepentingannya di syarikat
seperti Arab Albanian Islamic Bank dan PSC Albania S.H. p.k. P.
FreeMalaysia hanya dapat meneka beliau melakukan khidmat
nasional bagi pihak Dr M untuk membantu masyarakat minoriti
muslim di sekitar Yugoslaia atau Balkan yang telah berpecah itu.
Ada satu kisah gempar satu ketika dulu pada tahun 1993 mengenai
penswastaan pengkalan tentera laut di Lumut Perak ketika
keperluan tentera sedang memuncak. Tentu sebahagian para
pembaca masih ingat. Syarikat Business Focus Group milik Amin
Shah sedang dalam proses untuk mengambil alih projek pembinaan
dan pembekalan kapal-kapal militari yang kebanyakkannya
kapal-kapal ronda dengan bantuan sebuah syarikat
Australia yang bernama Transfield Corp. Tetapi ia menjadi kelam
kabut pada letika itu kerana Sedap Food & Confectionary Bhd, satu
syarikat yang bersangkut paut dengan Daim juga turut terbabit dan
dinamakan sebagai satu instrumen untuk mengambil-alih.
Namun begitu kekeliruan itu telah terserlah kemudiannya.
Menjelang akhir tahun 1993 adik beradik Shah yang bersinar itu
telah menusup begitu jauh ke dalam Sedap, dengan Azhar dan
Azlan turut bersama Amin Shah telah menjadi pengarah. Amin Shah
telah pun menjadi pengarah syarikat lain yang di kawal Daim
seperti Daibochi Holdings, Daibochi Plastic & Packaging dan
Kedah Cement Holdings. Asas untuk mengambil alih projek pengkalan tentera laut itu telah
bermula jauh sebelum tahun 1993 lagi. Mula-mula Menteri
Kewangan dan TUDM menubuhkan syarikat usahasama Naval
Dockyard Sdn. Bhd. pada tahun 1990, ketika Daim menjadi Menteri
Kewangannya. Langkah itu memang diatur untuk mengambil alih
kesemua projek membina dan menyelenggara kapal tentera di
Lumut. Pada awal 1991, Amin Shah dan dua adik beradiknya telah
menubuhkan syarikat Business Focus Sdn. Bhd. Setahun kemudian
dia membeli 100% kepentingan dalam Penang Shipbuilding Corp.
Sdn. Bhd (PSC) dengan kos RM29 juta yang dibayar melalui
pinjaman bank dengan saham PSC sebagai kolateral. Pada tahun
1993, permainan koporat ini semakin mula menyerlah dengan
Business Focus merancang untuk mencantumkan PSC dengan
Sedap untuk membolot kontrek membina dan menyelenggara kapal
TUDM itu. Tetapi, seperti yang sering berlaku di dunia Daim, kroni-kroninya
lingkup dan tersadai juga walaupun membolot projek yang gergasi
itu. Syarikat yang mempunyai hubungan politik itu merayu untuk
diselamatkan seperti yang berlaku pada tahu 1994 di mana
Perusahaan Sadur Timah Malaysia Bhd., (atau Perstima), telah
digunakan untuk mengambil-alih Sedap - lantas menjadikan Amin
Shah sebagai seorang tuan besar atau maharajah koporat yang
tiada tandingnya. Tetapi rundingan itu tidak berhasil kerana telah
disanggah oleh Menteri Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim.
Amin Shah berada dipinggiran sahaja selama 2 tahun, dan
akhirnya muncul kembali selepas taikun Soh Chee Wen
menyesakkan Perstima dengan hutang menggila dari rancangan
pengembangannya. Amin cepat-cepat melupuskan aset yang tidak
teras di dalam Perstima selepas mengambil alih nya pada Disember
1995. Tetapi pada bulan Mei 1997, Amin ditendang keluar dari
syarikat itu selepas sekumpulan pemegang saham lain merampas
kuasa di Perstima. Krisis kewangan Asia kemudiannya berperanan mengkuburkan
saki-baki perniagaan yang masih ada. Ia telah menenggelamkan
banyak syarikat yang disokong oleh kerajaan di mana Amin Shah
amat bergantung harap padanya. Ini memusnahkan rancangannya
untuk memulihkan banyak syarikatnya termasuk Khong Guan and
Setron. Seperti anak didik Daim yang lain, Amin Shah sudah pun
tergelincir sampai kini. Tetapi freeMalaysia yakin Mr MOU ini akan kembali beraksi tidak
berapa lama lagi. Dengan secubit pertolongan dari Corporate Debt
Restructuring Committee (CDRC) dan satu dua dos dari dana
kerajaan - prospek buat Amin Shah mungkin bersinar kembali.
Apa-apapun akan dilakukan untuk menolong "Orang Kita di
Tirana" ini. -freeMalaysia- -Terjemahan KTK2- Rencana Asal: freeMalaysia http://www.freemalaysia.com/rogues/amin_shah.htm
Contrary to popular opinion, two-time Finance Minister and
longtime pal of Prime Minister Mahathir Mohamad, Tun Daim
Zainuddin, does not have an inexhaustible supply of
business proteges. It only seems that way.
Often enough, Daim has had to resort to some unusual
characters to act as figurehead CEOs for his many and
varied ventures, especially those heading up expendable
corporate escapades far afield from Malaysia and
not-so-guaranteed business bets at home. Why take away
a mediocre protege from a sure financial success and sick
him onto a business proposal of questionable sense? Daim
doesn't; he just posts a lousy protege.
Datuk Amin bin Haji Shah Omar Shah is such a character,
proof enough of the shallow corporate gene pools created
under Mahathir's crony capitalism. But, hey, somebody has
to do it, take orders from the Rogues Row ringleader.
Amin Shah doesn't cut a wide swath through the business
world, judging by what has been reported in the local and
regional media. No one has ever reported that he's polished;
that he's a savvy dealmaker; that he's built his little empire
from scratch; that he's a Jack Welch type of focused chief
executive; or even that he comes to work on a regular basis.
Perhaps it's this casual attitude toward the rest of the
working world that keeps Amin Shah attired for nothing more
serious than Saturday night at an up-market hawker stall.
Friends and acquaintances are rather amused and bemused
by his stunning good fortune in having been snapped up by
Daim. One day, he's a habitue of Penang's coffee shops
and the next a parvenu of Malaysia's corporate boardrooms.
You figure! That's how it goes with the NEP under Dr. M.
To his credit, however, and unlike many other Daim
proteges, Amin Shah doesn't appear to be in the habit of
boasting about his unshakeable links to his powerful mentor.
But this appears to be a personal discretion not shared by
some of his brothers. For instance, take Azhar Shah Omar
Shah, one of Amin Shah's younger brothers.
To learn more about Azhar, simply browse to geocities.com
and run a name search. There you'll find Azhar's very own
and very juvenile autobiographical home page, complete
with a picture of himself, looking as plump and bovine as his
eldest brother looked at the same age. His photo is
accompanied by a caption: "That's me, in one of my smiling
good mood (sic)." (fM will dispense with the many (sic)
needed in the text below. The grammar is all his.)
"I was born 33 years ago in Taiping, a peaceful little town in
Perak with the highest-recorded amount of rainfall in the
country," Azhar gushes to the cyber-world. "I was brought
up and went to school in Penang. My education level was
not very high, but I gained construction experience at a
very early level, following my late father's footstep -- my
late father was a struggling contractor at that time (late
eighties), you see. "I and my younger brother, Azlan Shah, are assisting our
eldest brother, Datuk Amin Shah, to run his day-to-day
corporate business. The previous construction experience
that Azlan and I had helped a lot towards helping our eldest
brother's business... "I live in Subang Jaya area, not because I love to see the
aeroplanes flying above our rooftops, but because Subang
Jaya have all the facilities, like supermarkets, shopping
complex, private clinics/hospital, food outlets and
entertainment outlets -- in short, if is self-sufficient. The
traffic situation has improved ever since they open the Shah
Alam Expressway and the North-South Expressway Link.
"My friends used to visit me at my house to have black
coffee and keropok session while we joke and talk about
current affairs..." Azhar introduces his by-now engrossed cyber-readers to
two of his closest friends, Ismail and Roslan. He goes on to
tell readers that Ismail is a member of the Malaysian police
force and is his female-dating buddy, "but of course not
with the same girl." And there is Roslan, a civil engineer and Azhar's
"computing guru," who so thoughtfully helped him to set up
the Web site. Azhar even puts in an after-hours business
plug for his mate: "Apart from being involved in construction,
Roslan also advises and writes wills for his friends who don't
have the time to go to the lawyers." Amin Shah may not be his brothers keeper, but still he
retains this sharp blade in a senior executive job, which
effectively means Daim does as well. Let's face it, Amin
Shah is a jack of all trades, master of none, and hopelessly
lost at most. The Malaysian media has referred to him as "Mr. MOU," as
in Mr. memorandum of understanding. Over recent years, he
has signed many of them overseas, few of which have
produced the promised returns. But what sort of fireworks
would you expect from the following:
Eight years ago, the 45-year-old Amin Shah couldn't have
found on a map most of the countries in which "his"
companies would later be directed to place investments.
And who would have thought that he would become "Our
Man in Tirana," the chaotic capital of the poorest nation in
Europe, Albania? At one point in the mid-1990s, Amin Shah's associates say
he was spending as much as one week every month in
Albania, overseeing his interests in such companies as
Arab Albanian Islamic Bank and PSC Albania S.H. p.k. P.
freeMalaysia can only guess that he was performing
national service on behalf of Dr. M's efforts to assist the
minority Muslim communities in neighboring Yugoslavia and
elsewhere in the fractured Balkans. There was, of course, the market-driven hubbub in 1993
about the privatization of the navy shipyard in Lumut, Perak,
at the height of Malaysia's rearmament drive. Remember?
Amin Shah's Business Focus Group was to take over the
construction and supply of military vessels, mostly patrol
ships, with the help of Australian-based Transfield Corp. But
there was some confusion at the time, largely because
longtime Daim-affiliated company Sedap Food &
Confectionery Bhd. was also mentioned as the takeover
vehicle. Well, the confusion was soon cleared up. By late 1993, the
scintillating Shah brothers were deep inside Sedap, with
Azhar and Azlan joining Amin Shah as company directors.
Amin Shah already was a director of Daim-controlled
companies Daibochi Holdings, Daibochi Plastic &
Packaging and Kedah Cement Holdings. The groundwork for the takeover of the navy shipyard was
laid even before 1993. First the Finance Ministry and the
Royal Malaysian Navy incorporated Naval Dockyard Sdn.
Bhd. in 1990, during Daim's first tour of duty as Finance
Minister, with the express purpose of taking over the
military's entire shipbuilding and repair operations in Lumut.
In early 1991, Amin Shah and his two brothers incorporated
Business Focus Sdn. Bhd., which a year later acquired
100% interest in Penang Shipbuilding Corp. Sdn. Bhd. for
RM29 million, paid through bank borrowings with shares in
PSC posted as collateral. By 1993, the corporate game plan
was becoming increasingly evident, with Business Focus
plotting to merge PSC with Sedap's planned acquisition of
the navy dockyard to secure the government's huge
armament contract to build and maintain the navy's fleet of
patrol vessels. But as so often happens in Daimland, cronies left out of the
big deals clamor to get in, and stumbling, politically linked
companies beg for part of the action to bail themselves out.
Such was the case in 1994, when Perusahaan Sadur Timah
Malaysia Bhd., or Perstima, was tapped to take over Sedap,
ostensibly making Amin Shah the enlarged company's
overlord. But the deal fell through because of objections
raised by then Finance Minister Anwar Ibrahim.
Amin Shah remained on the sidelines for two years, finally
reemerging after fallen tycoon Soh Chee Wen saddled
Perstima with crippling debts from his ambitious expansion
plans. He quickly shed some of Perstima's non-core assets
after taking over in December 1996. But by May 1997, he
again was out of the company after yet another group of
shareholders grabbed the reigns at Perstima.
The onset of the Asian financial crisis took care of the rest. It
pushed aside many of the government-backed projects in
which Amin Shah was so heavily depending on getting and
set back his recovery plans for many of his other flagging
firms, including Khong Guan and Setron. Like so many other
Daim proteges, Amin Shah has been on the skids ever
since. But freeMalaysia is willing to wager that Mr. MOU will be
back in action before long. A little help from the Corporate
Debt Restructuring Committee here and a dose of
government funds there, Amin Shah's prospects very well
could revive. Anything to help "Our Man in Tirana."
|