Laman Webantu   KM2A1: 4319 File Size: 5.8 Kb *



Orang KAYA mana yang tidak boleh bertanding?
By Dahlia

27/4/2001 8:56 am Fri

[Mahathir selalunya menyerang bila beliau diaibkan. Kali ini aktivis reformasi menjadi sasaran tanpa belas dan tanpa kasihan. Menurut beberapa sumber rahsia, Mahathir memandu kereta (Perdana?) dengan Adnan disebelahnya tertunduk di sepanjang perjalanan - mungkin kerana Daim telah mengikat Adnan dengan sesuatu atau kerana geram krisis Fauzi yang menjerut Khalil dan memalukan Mahathir sendiri. Sumber tersebut juga menyebut polis memang mendapati Khalil terbukti bersalah menyeleweng harta balak Pahang dan beberapa kesalahan lain yang tidak enak disiarkan disini. Diberitakan Khalil telah mengadap sultan - mungkin untuk berjanji tidak mensabitkan sultan di mana-mana.

Ada beberapa punca Mahathir mengamuk sekarang - kes Fauzi dan kekalahan beberapa generalnya dalam pemilihan bahagian. Selain itu internet memainkan peranan besar kekalahan tersebut - sebab itulah ada usaha untuk menangkap dan menekan pengendali laman web sekarang serta merangka satu undang-undang siber yang baru. Dipercayai ahli Umno terlalu meminati laman web pro-reformasi menjelang perhimpunan agung Umno. Sebagai contoh, di KM2 dan NewsKINI, pelawat semakin bertambah hari demi hari.... dan kebanyakkannya dari negeri yang kuat Umnonya.... -Editor]


Orang KAYA mana yang tidak boleh bertanding?

Sejak kenyataan Mahathir tempoh hari agar "orang kaya sangat" tidak boleh bertanding dalam umno, kalangan pemimpin umno menganggap kenyataan itu dibuat oleh seorang yang benar-benar nyanyuk!

Mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Mahathir. Kaya yang bagaimana, tidak kaya yang bagaimana. Apakah ukuran yang digunakan untuk menentukan seseorang itu kaya sangat atau kaya tidak sangat.

Menurut sumber, Mahathir sangat kecewa apabila orang-orang penting beliau seperti Aziz Shamsudin, Megat Junid, Rahim Thamby Chik dll lagi tewas dalam pertandingan di peringkat Bahagian. Tewas yang mengaibkan beliau. Mahathir tahu itu merupakan signal jelas ahli parti akar umbi untuk menolak beliau. Apa alasan lagi yang perlu beliau cari untuk menidakkan realiti yang sudah banyak kali terjadi.

JUTAAN RINGGIT UNTUK SEBUAH KEMENANGAN

Megat Junid yang kalah di tangan Ramli di Perak, sungguh kecewa. Jutaan ringgit digunakan untuk mengalahkan Ramli Ngah Talib. Kemenangan Megat bererti kemenangan bagi Mahathir, begitu juga Aziz di Gopeng. Rahim TC memang sejak awal-awal lagi diduga tewas. Lambaklah banyak mana duit sekalipun, tetapi perwakilan umno sendiri telah cukup bersedia membenamkan RTC di Melaka. Bagi orang Melaka, RTC perlu ditamatkan riwayat kehadirannya di dalam kepimpinan umno Melaka. Maka untuk sekian kalinya, perwakilan sekali lagi memberi signal jelas kepada Mahathir , "sorry brother, we don't need you anymore!".

SIAPA JENERAL MAHATHIR?

Mahathir cukup resah apabila melihat Dolah Badawi mula mengorak langkah lebih laju memikat hati pemimpin atasan dan bawahan. Lawatan Dolah ke serata Negara memberi impak jelas terhadap penolakan rakyat kepada Mahathir. Mahathir sedar, sangat sedar tentang desas-desus populariti Dolah semakin meningkat grafnya. Mahathir juga sedar bahawa penerimaan orang ramai, terutama orang umno kepada Dolah bukanlah kerana Dolah itu pandai dan cekap, tetapi kerana sudah tidak ada pilihan lain. Dalam erti kata lain, orang umno sendiri sudah tidak suka kepada Mahathir, Dolah Badawilah pilihan yang ada. Apakah Dolah sedia membuktikan kesetiaannya kepada Mahathir sekali lagi sebelum diperlakukan sebagaimana rakan-rakan TPM sebelum beliau?

Apakah Mahathir boleh mengharapkan Khalil Yaakob? Lucu juga apabila nama Khalil tidak tercicir semasa perubahan kecil berlaku dalam barisan kabinet Mahathir yang lepas. Nama beliau memang tercicir! Tetapi ada beberapa sebab menyebabkan Mahathir membuat keputusan terbalik. Terpaksa, kerana Mahathir sudah tidak ada barisan jeneral untuk membantu beliau. Najib sudah dikira keluar dari senarai. tengku Adnan Mansor langsong tidak boleh diterima oleh ahli umno. tengku Adanan Mansor umpama melukut di tepi gantang. "Hidung Tak Mancung ...... " Kasihan... Nampaknya Khalil terpaksa mengupah lebih ramai tok-tok bomoh/tok pawang dan tok-tok batin di Negeri Pahang bagi memastikan beliau tidak tercicir dalam reshuffle akan datang.

DAIM MERAJUK?

Yang jelasnya kini, ke mana si Diam tu membawa diri? 2 bulan bukannya sekejap. Kata sumber, banyak pertelingkahan berlaku antara Mahathir dan Daim sejak setahun dulu. Daim memperkukuhkan kedudukan dengan memberi projek yang begitu banyak kepada beberapa pemimpin umno tertentu di Negeri dan di Persekutuan sebagai satu "long-term investment" kepada beliau dalam umno. Huh! Itu yang membuatkan Mahathir meradang! Nasib baik Datok Nan Brutal tidak ditendang atau disepak ke tepi oleh Mahahtir kerana Dato Nan dikenal pasti sebagai salah seorang pemimpin yang sangat taksub kepada Daim.

Apapun, bagi saya sendiri, Daim bukan sebarang Daim. Begitu juga Mahathir. Masing-masing mempunyai perancangan dan strategi licik yang sukar dicium oleh orang lain... tetapi, bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga! Seangkoh-angkoh Firaun pun jatuh tersungkur, inikan Mahathir atau Daim... alahai. Allah SWT sahajalah yang maha mengetahui.


Dahlia/KL