Laman Webantu KM2A1: 4322 File Size: 16.3 Kb * |
TJ MT MGG: UMNO Terjebak Perangkap Sendiri By M.G.G. Pillai 27/4/2001 7:37 pm Fri |
MGG 9301 [Kenyataan Mahathir telah mendedahkan tembelang selama ini
betapa politik wang MEMANG UJUD dalam Umno dan kontrak telah
diBERIKAN kepada pemimpin Umno. Ini bermakna satu jenayah sudah
dilakukan dalam pengetahuannya tetapi beliau tidak berbuat apa-apa.
Maka menularlah penyakit itu dalam Umno sehingga menjerut sendiri
dirinya. Sampai kini banyak aduan telah diterima tetapi tangkapan
hampir tidak ada. Sebaliknya aktivis reformasi yang membantah
penyalahgunaan kuasa pemimpin Umno ditangkap ISA pula.
Anwar yang menderita kesakitan itu kini mahu dihadapkan kembali
ke mahkamah untuk menghadapi lebih banyak tuduhan (melalui
pengakuan seseorang lagi?). Tetapi perbicaraan itu nanti mungkin
akan mendedahkan kezaliman yang akan memercik ke perhimpunan agung
yang akan datang kerana samarnya pendakwaan serta perasaan simpati
keadaan kesihatan Anwar yang amat menyedihkan. Jika nama Mahathir
muncul tiba-tiba dan teraib di mahkamah, dia akan dihumbankan oleh
ahli Umno yang sudah lama memeram perasaan. Apa yang berlaku kepada
Aziz Shamsuddin dan Daim itulah ukuran pemberontakkan dari dalam.....
- Editor] Penterjemah: -MT-
UMNO Terjebak Perangkap Sendiri
(UMNO zugzwangs itself) Sudah wujud satu perminan politik yang baru di ibukota. Para pemimpin
UMNO sedang menuduh satu sama lain dengan pedasnya tentang wang politik
sebagai punca segala musibah dalam parti. Mereka mengakui betapa
seriusnya perkara ini, dan telah melantik satu jawatankuasa khas di
kalangan pemimpin kanan parti untuk menyiasat segala tohmahan. Tetapi,
mereka tidak pula berapa berminat untuk membiarkan jawatankuasa itu
menjalankan pernanannya. Semakin kerap presiden UMNO, timbalannya ataupun salah seorang naib
presiden parti berkhutbah betapa politik wang iu boleh menghancurkan UMNO
dan juga dunia politik, sedangkan mereka tidak sedar setiap kali mereka
berkhutbah setiap kali itu juga pendengarnya ketawa berdekah-dekah.
Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad, yang juga merupakan presiden
UMNO, mahu mereka yang terlalu kaya raya dihalang daripada menjawat
sebarang kedudukan dalam parti; dia tidak lagi mahu memberikan kontrak
kepada pemimpin UMNO, sekaligus memperakukan selama ini merekalah
yang membalunnya. Timbalan perdana menteri merangkap timbalan presiden UMNO, Ahmad
Abdullah Badawi, bercakap bertapa seriusnya politik wang, seolah-olah
kedudukannya itu tergugat kalau dia tidak menyentuh perkara itu
setiap kali diberi peluang untuk bercakap.
Seorang naib presiden, Muhyiddin Yassin, menyalahkan cara pemilihan calon
untuk jawatan dalam parti. Inilah caranya mereka menggelupur cuba meragut apa sahaja untuk mengelak
daripada kelemasan. Politik wang sudah menjadi darah daging UMNO.
Projek kerajaan diagihkan kepada ahli UMNO ataupun syarikat di mana
mereka mempunyai sahamnya. Malahan syarikat asing memerlukan seorang
rakan niaga daripada UMNO untuk berjaya.
Setiap projek penswastaan, yang sudah pun lingkup tertelangkup, diberikan
kepada pra kroni dan juak UMNO, kalau projek itu tidak lagi diingini
oleh para pemimpin terkanan dalam parti. Tetapi sebahagian daripada
keuntungan projek tersebut mesti dicurahkan sedikit (atau sebahagiannya
mengikut peraturan) secara terus ataupun sebaliknya. Perkara ini tidak
boleh dikecualikan. Tida sesiapa pun yang bercakap mengenainya, tetapi
itulah hakikatnya. Tidak ada yang peliknya perkara ini. Ia merupakan satu perkara biasa
di mana semua parti politik di dunia ini mengutip derma, terutama
ketika masih berkuasa. Jadi, kenapa pula digembar-gemburkan kisah
pemberian wang yang lumayan daripada mereka yang telah membalun banyak
faedah daripada system UMNO ini? Menyisihkan mereka yang kaya raya seperti yang dicadangkan oleh
Mahathir tidak akan menyelesaikan masalah parti. Yang sudah kaya raya
memang telah meraih naungan politik. Para kroni, anak-pinak, juak dan
jongos adalah mereka yang kini sudah menjadi kaya raya itu.
Empayar perniagaan Daim Zainuddin yang besar dan merata dan yang kini
diawasi oleh para kroninya dan juaknya adalah penyebab kenapa orang
Melayu menendang UMNO. Mahathir terpaksa bertindak, cuma caranya itu
yang tidak bertepatan dengan yang sepatutnya.
Rungutan mengenai korupsi dalam parti bukanlah satu perkara baru.
Kenapakah Abdullah sengaja tidak pedulikan jawatankuasa khas yang
menyiasat perkara itu? Apakah dia dan UMNO sengaja tidak serius
akan perkara ini pada pemilu yang lalu?
Kenapa pula perkara ini menjadi penting sekarang? Ada seorang pemimpin
yang telah dipecat daripada UMNO lebih satu dekad dulu kerana
dikatakan membelanjakan RM6 juta untuk menjadi pengerusi bahagian. Tetapi
seperti yang diberitakan perkara ini sudah membarah, kenapa pula
mereka yang terbabit seperti yang dilapurkan oleh media tempatan, tidak
dikenakan tindakan? Muhyiddin memang ternyata tidak ikhlas apabila menyebut bahawa politik
wang muncul dalam pemilihan jawatan parti disebabkan keperluan
melepasi pelbagai halangan yang memerangkap para calon, termasuklah
menentukan adanya sokongan kuat daripada cawangan dan bahagian untuk
setakat memenangi jawatan di peringkat bahagian.
Tetapi, bukankah Dr. Mahathir yang mencipta peraturan baru supaya
membolehkan beliau menang tanpa dicabar, terutama sekali setelah UMNO
berpecah-belah pada 1988? Apabila jawatankuasa khas UMNO yang dipelopori oleh Muhyiddin
mengsyorkan sekatan ini dibatalkan, persidangan luarbiasa UMNO pada
November lalu telah enggan mempersetujuinya. Tindakan seperti itu bukannya
boleh dilakukan dengan mudah lagi dalam persidangan UMNO yang akan
datang. UMNO terjebak dalam perangkap bikinannya sendiri. Para pemimpin yang
sedang memegang tampuk kuasa mahukan satu sistem yang menyekat
kemunculan pemimpin yang baru. Kerana itu, menteri baru dan timbalan
menteri dipilih daripada mereka yang tidak memenangi pemilihan kerusi
parlimen, menyebabkan akar umbi parti menjerit kerana melanggar
peraturan. Akar umbi parti memang meluat dengan semua perkara ini. Ia sudah
melihat betapa UMNO sudah menjadi satu parti politik di mana para
pemimpinnya mahu terus berkuasa sampai tidak lagi bernyawa.
Sudah wujud dua pendapat dalam UMNO. Para pemimpin yakin bahawa hanya
mereka sahaja yang boleh memimpin dan menyokong orang Melayu dan
menentukan kewujudan masyarakat deomokratik yang multi-kaum. Satu
pendapat lagi merakamkan betapa orang Melayu sudah melihat UMNO itu
tidak lagi untuk kepentingan orang Melayu, kerana ia sudah wujud
sebagai sebuah parti politik Melayu dan bukan untuk kesinambungan
budayanya. Orang Melayu pada dasarnya amat marah terhadap cara dan tindak-tanduk
kerajaan yang menguasai UMNO mengaibkan Anwar Ibrahim, timbalan
perdana menteri yang sudah pun terpenjara.
Sudah tidak ada titik penyelesaian kepada dua pandangan yang
bercanggah ini, dan pemimpin UMO sudah beranggapan perkara ini hanya
akan dapat diselesaikan dengan menangkap sesiapa juga yang tidak
bersetuju dengannya di bawah akta keselamatan dalaman (ISA).
Cara penyelesaian seperti itu adalah satu cara lama. Ahli UMNO sudah
pun lari menendang UMNO untuk memasukki PAS dan Keadilan. Ahli
UMNO yang ada sengaja enggan menghadiri mesyuarat UMNO. Seorang ahli
seumur hidup UMNO, baru-baru ini menubuhkan satu cawangan PAS di
pinggir Kuala Lumpur. Inilah gambaran penyakit dalaman yang tidak
mahu dibincangkan oleh para pemimpin UMNO.
Kalau UMNO masih mahukan satu lagi alasan yang mencetuskan masalah, ia
muncul kerana keputusan kerajaan mengemukakan lima lagi tuduhan berbaki
terhadap UMNO minggu ini. Pejabat Ketua Peguam Negara, sedang
mencelaru apakah tuduhan itu akan ditarik balik atau pun diteruskan sahaja.
Melaksanakannya dalam tempoh dua bulan sebelum menjelangnya persidangan
UMNO tentu sekali mencetuskan tuduhan menggila.
Keadaan tidak lagi mengambilkira samada kes itu ditarik balik ataupun
diteruskan. Kerajaan sudah semakin terdesak sekarang. Adalah lebih baik
kalau semua tuduhan itu diperlekehkan sahaja. Tetapi, UMNO tidak mahu
lain lagi selain melepaskan geram dendam lama terhadap Anwar kerana
segala kebobrokan ini. Seperti masalah layanan perubatannya, kerajaan dan tentunya UMNO telah
terjebak, apapun tindakan yang akan ditetapkan.
Salah urusan beginilah, dan bukannya korupsi, politik wang, ataupun
perundangan mengenai pilihanraya , yang telah menjerit UMNO. Tidak kiralah
kalau-kalau para pemimpin UMNO itu meletakkan jawtan dan menyerahkan
penerajuan parti kepaa pemimpin reformasi yang baru.
Kalaulah Tengku Razaleigh Hamzah dibawa semula menganggotai puak
penasihat presiden, dia mungkin berjaya mengekalkan sokongan itu untuk
satu ketika. Untuk itu tidak menjadi penting lagi kalau wujudnya 3,000 ataupun
30,000 rungutan tentang pemilihan jawtankuasa bahagian yang telah
dikemukakan. Ataupun kalau-kalau peraturan sudah pun berubah. Lagipun
UMNO sudah merupakan sebuah parti politik yang tidak akan berjaya
mendapatkan sokongan yang sudah pun lari darinya. Inilah yang berada
di tahap paling corot dalam Dilemma UMNO.
Rencana Asal: http://www.malaysiakini.com/Column/2001/04/2001042601.php3
Umno zugzwangs itself CHIAROSCURO 2:42pm, Thu: There is a new political game in town. Umno leaders fall over each other
to excoriate money politics as the source of all evil in the party. They accept how
serious it is, appoint a special committee of party elders to look into claims, but would
not let it do its work. Ever so often, the Umno president, his deputy or one of the vice-presidents
pontificate on how it could destroy Umno and politics, missing the point that what
they say is received with a big yawn.
The Prime Minister, Dr Mahathir Mohamad, who is the Umno president, wants the
filthy rich to be barred from holding office in the party; he wants no more contracts
given to Umno members, which confirms they always have been.
The deputy prime minister and Umno deputy president, Abdullah Ahmad Badawi, talks
of how serious money politics is, as if his position is at stake if he does not speak about
it when he gets a chance. A vice-president, Muhyiddin Yassin, blames it all on how candidates for Umno office
are nominated. They grasp at straws. Money politics go hand in hand with Umno. Government
projects go to Umno members or companies in which they have a prominent share.
Even foreign companies need an Umno partner to succeed.
Every privatisation project, all failures, go to Umno cronies and courtiers, if not senior
leaders themselves. But they have to pour part of their profits into Umno directly and
indirectly. There is no escape from this. No one talks about it, but it is a fact of life.
Nothing unusual There is nothing unusual about it. It is an unseen and unmentioned way in which political
parties around the world collect funds, especially when in office. So, why is a fetish
made about the large payments from those who benefit from the system?
To sideline the rich, as Dr Mahathir wants, from politics would not resolve Umno's ills.
This rich benefitted from this political patronage, and are cronies, siblings and courtiers
of the establishment to boot. Daim Zainuddin's extensive business empire, controlled by his cronies and courtiers, is
why the Malay moves away from Umno and Dr Mahathir had to act. But how he did is
not how to. Complaints about corruption in party elections is not new. So, why does Abdullah
ignore the special Umno committee looking into it? Was he and Umno not serious
about this in previous elections? Why is it so important now? One man was expelled from Umno more than a decade
ago for allegedly spending RM6 million to become a branch chairman. But if as the
news suggests it is an endemic problem, why are the culprits, as local newspapers
would put it, not brought to book? Muhyiddin is disingenuous to insist that money politics in Umno elections came about
because candidates must clear several hurdles, including support from more than his
own branch and division for office, even at division level.
But Dr Mahathir had reworked the rules so that he would not be challenged as Umno
president, especially after Umno was split in 1988.
When Muhyiddin's special Umno committee recommended that this restriction be
dropped, the Umno extraordinary general meeting in November refused to. It would be
more difficult to do that in a future Umno meeting.
Umno trapped Umno is caught in a trap of its own making. The leaders in office wanted a system that
restricts new leaders emerging. Then new ministers and deputy ministers are elected
from those not elected members of parliament, causing the Umno rank and file to cry
foul. The Umno ground seethes at this. It sees Umno as a political party that ensures its
leaders hold power for all time. There are two views of Umno. The leaders insist, only they can lead and support the
Malays and ensure a democratic multiracial society; the other that the Malay sees Umno
as un-Malay, for it exists as a political party of the Malays, and not its cultural
continuance. He is incensed at the pettiness and cynicism with which the government of the day,
controlled by Umno, tries to destroy the jailed former deputy prime minister, Anwar
Ibrahim. There is no meeting point between the two extreme views, and Umno leaders now
think this can be resolved by locking up those who disagree with it under the Internal
Security Act (ISA). The time for that is passed. Umno members drift away to PAS and Keadilan. Umno
members stay away from party meetings. One Umno life member formed a PAS branch
on the outskirts of Kuala Lumpur recently. It reflects a malaise within, which Umno
leaders do not want to discus. Pound of flesh If Umno wants another reason for its problems, it is the curious decision to bring to
court the five outstanding charges against Anwar this week. The Attorney-General's
chambers is coy if the charges would be withdrawn or proceeded with. To do so within
two months of the Umno general assembly is madness.
It does not matter if the cases are withdrawn or proceeded with. Either way, the
government is forced on the defensive. It would have been more elegant to ignore the
charges. But Umno wants nothing more than its pound of flesh from Anwar for
putting it in such parlous straits. Like the problem over his medical treatment, the government, and therefore Umno, is
caught, whatever action it takes. This mishandling, not corruption, money politics, nor questionable election rules, which
puts Umno in a political straitjacket. Even if the leaders resign and leave it to new
reforming leaders. If Tengku Razaleigh Hamzah is brought into Umno's inner circle, he could staunch the
support a while. For that, it does not matter if 3,000 or 30,000 complaints about branch elections are
filed, or if the rules must be changed. Umno is, after all, a political party that cannot
win back supporters it persistently loses. That is at the bottom of the Umno dilemma.
|