Laman Webantu KM2A1: 4327 File Size: 17.1 Kb * |
TAG MT 87: Kami Diseksa Di bawah ISA By Zakiah Koya 28/4/2001 7:33 pm Sat |
TAG 087 [Empat wanita yang pernah ditahan melalui akta ISA menceritakan
pengalaman ngeri masing-masing. Mereka telah di dera dan ditekan
sebegitu rupa supaya akur sahaja kepada kehendak polis tetapi TIDAK
BERJAYA. Kekuatan dalaman mereka amat tinggi dan kesemuanya bersatu
kembali hari ini mendesak penahanan ISA ditamatkan segera. Perhatikan
latar belakang mereka yang hebat-hebat belaka - professor, pensyarah,
aktivis, NGO). Kesemua mereka masih hidup hari ini dan tetap aktif memperjuangkan
hak-hak kemanusiaandan rakyat jelata. Sekaligus ia membuktikan ISA
pun tidak akan mampu mengalahkan 'seorang ibu' kerana kekuatan wanita
memang terletak di situ. Sesungguhnya mereka itulah 'ibu' kita
semuanya yang kasihkan anak-anak mereka sehingga mampu bertahan 60
hari lamanya. Kalaulah mereka itu 'Puteri', sehari pun sudah tewas
agaknya walaupun mempunyai tali pinggang yang hitam warnanya...
- Editor] (We were tortured under ISA, say former detainees)
Oleh: Zakiah Koya Khamis: Empat orang wanita yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalaman
(ISA) sempena 'Operasi Lalang' tahun 1980-an dulu telah bersuara
lantang menceritakan bagaimana penderaan mental dan fizikal terpaksa
mereka tanggongi ketika ditahan untuk tempoh 60 hari penyiasatan
dilaksanakan oleh pihak polis. Mereka meminta agar 10 tahanan ISA dibebaskan setelah ditahan sejak
dua minggu yang lalu dan juga tiga orang lagi yang ditahan kerana
dikatakan menganut fahaman Shi'ah. Empat wanita itu menyatakan betapa
pengalaman mengajar mereka agar tidak mempercayai sebarang kenyataan
pihak berkuasa mengenai ISA. Empat wanita itu telah bercakap pada satu persidangan akhbar yang
dianjurkan oleh WAC (Women's Agenda For Change). Mereka mengatakan sikap
menidakkan ahli keluarga bertemu para tahanan itu memberi
anggapan betapa mereka sedang terseksa.
Empat orang wanita itu ialah Professor Dr.Cecila Ng, seorang bekas
pensyarah Universiti Putra Malaysia, aktivis Lim Chin Chin, Dr. Chee
Heng Leng (AWAM) dan Irene Xavier daripada Sahabat Wanita.
Xavier telah menceritakan pengalamannya selama 60 hari pertama dia
ditahan, dia telah didera bermasuk mengangkat kakinya untuk dibelasah.
'Penahanan dibawah ISA adalah satu rahsia dan para tahanan tidak perlu
dihadapkan kepada majistret. Inilah yang menafikan keselamatan para
tahanan,' kata beliau. Xavier telah mulanya ditangkap oleh polis Singapura dan dihantar
menyeberangi tambak dan diserahkan kepada polis Malaysia. Dia terkejut
juga dengaan semangat 'solidariti' dua negara untuk menangkapnya.
Saya terpaksa mengharapkan belas kasihan polis, tetapi itu adalah satu
kenyataan saya yang salah, kerana polis memang tidak tahu berperasaan
belas kasihan. Ketika itu saya sedang berubat kerana keadaan kesihatan yang menanggung
'endometrriosis'. Tetapi saya tidak pun diberikan catuan ubat saya
sehiggalah satu bulan selepas tangkapan itu. Hanya satu perkataan sahaja
yang layak digunakan untuk menggambarkan penyiksaan itu 'KEJAM,' kata
Xavier. Dia merasa dihinakan. Itulah pengalaman pertama beliau disiksa dengan
kejamnya, kerana 'ayah saya pun tidak pernah menampar saya.'
'Untuk mendapatkan satu pakaian dalam yang baru, saya terpaksa
mengunjukkan tuala 'sanitary pad' yang kotor. Saya telah dipukul dan
sepanjang penyiksaan itu tidak ada seorang pun polis wanita yang
hadir. Mereka selalunya bertanya pilihan saya sama ada mahu dibantai
dengan sekeping besi ataupun papan.
'Walaupun saya tidak pernah menunjukan pilihan, mereka terus membantai
saya dengan keras pada bahagian tapak kaki dan kaki saya.' Dia
tidak percaya, 10 orang tahanan itu tidak diseksa. 'Buktikanlah saya
bersalah dengan anggapan itu - hadapkan mereka kepada hakim yang
dianggap memihak kepada polis,' katanya.
Dr. Chee berkata beliau adalah salah seorang yang mula-mula ditangkap di
bawah Ops Lalang pada 1987. Ops itu adalah satu tindakan yang
ditumpukan kepada pemimpin agama, pemimpin NGO dan ahli parti
pembangkang ketika ekonomi negara sedang menguncup dan suasana poltik
sedang terlungkup. 'Cara sesaorang itu ditahan di bawah ISA ialah untuk menakutkannya
dan menanam perasaan ketakutan dan keazaban,' kata Chee.
'Saya sengaja didera supaya bersikap tidak berdaya untuk
mempertahankan diri. Mereka geledah rumah saya selama tiga jam sebelum
mereka membawa seya dan menyoal-siasat saya selama 72 jam tanpa henti.
'Saya telah digari, disuruh memakai kacamata hitam, dan diletakkan di
sebuah bilik kurungan tidak bertingkap. Makanan dihulurkan melalui satu
lubang kecil di bahagian pintu. Saya tidak dibenarkan berkasut, memakai
pakaian dalam dan pakaian persalinan untuk ditukar ganti. Pada dua malam
pertama saya didera untuk tidur di atas papan lapis, tanpa
selimut,' kata Chee. Che berkata cara mereka menyoal beliau ialah dengan mengetuk meja dan kerusi
dan mengguna perkataan yang keji. Ada kalanya mereka melakonkan
seolah-olah menyuntik benda beracun, kata beliau.
'Ketika ditahan, kemungkinan untuk kami melihat sanak saudara memang
amat bergantung kepada jasabaik penangkap itu. Kemudian, saya terpaksa
'mendapatkan markah' kunjungan mereka secara 'bekerjasama; dan
memberitahu apa yang mereka mahu dengar.' Kata Chee, yang kemudiannya
dialihkan ke KemTahanan Kamunting selepas tahanan awal 60 hari itu.
Lim telah ditahan pada Oktober 27, 1987. Dia menceritakan bagaimana dia
telah diberitahu oleh satu pasukan yang dianggotai enam pegawai plis
yang menangkap beliau betapa dia 'berkemungkinan bertindak yang
memudaratkan negara.' 'Saya telah diangkut dengan sebuah kereta yang tidak bertanda, dialihkan
kepada satu 'Black Maria' (kereta polis khas berwarna hitam) dan kemudiannya
dibawa ke satu destinasi yang tidak diketahui di mana saya telah
dibogelkan untuk hanya memakai satu pakaian yang longgar. Saya dinafikan
kasut dan pakaian dalam dan juga cermin mata yang pernah saya gunakan
sejak berusia sembilan tahun,' kata Lim.
Dia menceritakan betapa tangannya digari dan matanya ditutup dengan kain
dan disumbat pula dalam satu kamar yang kotor dan kecil tanpa jendela
dengan satu pangkin simen dan satu tandas.
'Saya disoal-siasat selama 15jam sehari dan semasa siasatan itu ada satu
hembusan angin daripada satu penghawa dingin yang disasarkan kepada
tengkuk saya. 'Pada hari yang ke lima belas, saya telah berpeluang berjumpa ahli
keluarga untuk 10 minit sahaja. Apabila saya meminta bantuan guaman,
para penyiksa saya telah memperlekehkan saya dengan berkata mana ada
peruntukan di bawah ISA. 'Saya merana kerana sakit kepala, disebabkan cermin-mata yang dinafikan.
Lagipun otot-otot saya menjadi kejang dan sakit kerana duduk terlalu
lama di atas satu kerusi yang mempunyai cuma tiga kaki,' kata Lim.
Beliau berkata semua itu dilaksanakan untuk mengaibkan beliau dan
penahanan selama 60 hari itu secara bersendirian adalah bertujuan untuk
melemahkan moral para tahanan dan menafikan mereka kepada sebarang
maklumat. 'Saya bergantung hanya kepaa para penyiksa saya untuk mendapatkan
maklumat Saya mahu tahu apa yang sedang berlaku di luar kamar
tahanan dan mereka memberitahu saya si polan dan si polan sudah pun
tertangkap dan telah membuat pengakuan, yang memang bohong
semata-mata. Mereka memperdayakan saya dengan menyiksa saya sehingga terasa
kesakitan apabila mengenangkan keluarga saya. Mereka menyogok maklumat
songsang dan memang sukar menyaring kebenaran daripada segala
pembongan mereka. Saya berpendapat kuasa yang diserahkan kepada polis di
bawah ISA, mesti dihapuskan,' kata Lim.
Dr. Ng menceritakan betapa beliau merupakan orang terakhir ditangkap di
bawah 'Operasi lalang'. Saya terlibat dengan satu projek di Jakarta
dan sekembali saya itu,saya telah ditahan dibawah ISA kerana dikatakan
'menganjurkan komunisma dan perjuangan kelas menengah'. Semua tuduhan
itu sengaja diada-adakan. 'Pembohongan seperti itu akan berterusan sebagai arahan harian di bawah
negara yang dijajah oleh seorang diktator yang akan terus berselindung
sebalik topeng ISA,' kata Ng, yang tidak pun menceritakan apa yang
berlaku semasa dalam tahanan. Sepuluh orang aktivis reformasi, tujuh daripadanya adalah peimpin Keadilan,
telah ditangkap dibawah ISA sejak dua minggu yang lalu adalah Tian
Chua, Mohamad Ezam Mohd.Nor, N Gobalakrishnan, Saari Sungib, Lokman Adam,
Dr. Badrul Amin Bharom, Abdul Ghani Haroon, Hishamuddin Rais, Raja Petra
Raja Kamaruddin dan Badaruddin Ismail.
Satu kenyataan akhbar WAC telah menyebut betapa tiga orang aktivis
Shi'ah adalah Norman Batcha, Zainal Taib dan Ahmadi Asab.
Presiden Tenaganita Irene Fernandez yang telah hadir pada persidangan
akhbar itu telah meminta Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)
menggunakan kuasa mereka 'menyodok jalan rintis' untuk melihat sendiri
keadaan mereka yang sedang ditahan itu.
-Zakiah Koya- Rencana Asal: http://www.malaysiakini.com/News/2001/04/2001042612.php3
We were tortured under ISA, say former detainees Zakiah Koya
5:19pm, Thu: Four women detained under the Internal Security Act
(ISA) during 1987's Operasi Lalang today spoke out on the mental
and physical torture they were forced to undergo during their initial
60-day investigative period. Calling for the immediate release of the 10 ISA detainees arrested
over the past two weeks and also three others who were arrested for
allegedly professing Shi'ite beliefs, the four women said their own
experiences had taught them not to believe statements issued by the
authorities on the ISA. The four women, who spoke at a press conference organised by the
Women's Agenda for Change (WAC), said the fact that families were
denied from visiting the recent detainees leads to the belief that those
arrested are being tortured. The four are Universiti Putra Malaysia retired assistant professor Dr
Cecilia Ng, women's issues activist Lim Chin Chin, founder member
of the Women's Development Centre (WDC) and All Women's
Action Society (Awam) Dr Chee Heng Leng and Sahabat Wanita's
Irene Xavier. No mercy Xavier said that during her first 60 days, she was subjected to
physical torture including holding up her foot so that she could be
beaten. 'Detention under ISA is secret and detainees need not appear before
magistrates, thus eliminating safeguards for the safety of detainees,'
she said. Xavier, who was arrested by the Singapore police and then sent
across the causeway to Malaysian police, said that she was quite
taken aback by the 'solidarity'of the two countries in her arrest.
'I was at the mercy of the police, but that would be wrong for me to
say, for the police has no mercy whatsoever.
'I was then on medication for a condition called endometriosis but I
was not given my medication until after a month I was arrested. There
is only one word to describe the interrogation - violent,' said Xavier.
'To get new underwear, I had to show my soiled sanitary pad. I was
beaten and during those particular sessions, no policewomen would
be present. They would ask me to choose whether I wanted to be
beaten by a metal piece or a wooden piece.
'Without me stating my preference, they would beat me hard on the
legs and on my soles. During these beatings, I was required to hold
my foot up to be beaten,' said Xavier.
She said that she does not believe that the 10 arrested under the ISA
over the past two weeks are safe. 'Prove me wrong - even if they have to be produced before judges
who have endeared themselves to the police,' she added.
Poisonous substances Dr Chee said that she was one of the first to be arrested under the
Operasi Lalang in 1987, an operation launched by the government
on religious leaders, NGO leaders and opposition party members in
the wake of the economic and political turmoil then.
'The way a person is arrested under ISA is designed to intimidate
and instil fear and terror,' said Chee.
'I was made to feel totally defenceless and the ISA allows for this.
They ransacked my house for three hours before they took me away
and put me through a non-stop 72-hour interrogation.
'I was handcuffed, made to wear blacked-out spectacles, and put in
a windowless cell, through which food was sent in through a small
opening in the door. I was deprived of footwear, underwear and
change of clothes. For the first two nights, I had to sleep on a
plywood, without a blanket,' said Chee.
She said that they would interrogate her by banging on tables and
chairs and using abusive language. At times they pretended to inject
her with poisonous substances, she added.
'During detention, the possibility of us seeing any family member is
totally dependent on the captors. Later, I would have to 'earn' these
visits by 'cooperating' and telling them what they wanted to hear,'
said Chee, who was moved to the Kamunting Detention Camp after
the initial 60-day period. Handcuffed, blindfolded Lim, who was arrested on Oct 27, 1987, said she was told by the
team of six police officers who arrested her that she was 'likely to act
in a manner prejudicial to the country'.
'I was taken in an unmarked car, transferred into a Black Maria, then
taken to an unknown destination where I was stripped of everything
and made to wear loose clothing. I was deprived of footwear and
underwear and even my spectacles, which I had been wearing since
I was nine,' said Lim. She said she was handcuffed and blindfolded and put in a small,
filthy, windowless cell with a cement bunk and a toilet.
'I was interrogated for more than 15 hours a day and during the
interrogation there would be a powerful air conditioner blowing down
my back. 'On my 15th day, I was able to meet my family but only for about 10
minutes. When I requested legal assistance, my interrogators
ridiculed me saying there was no such provision under the ISA.
'I suffered from headaches - due to my spectacles being taken away
- besides muscle cramps and pains from sitting on chairs with three
legs,' said Lim. She said that all this was done to humiliate her and the 60-day
confinement in isolation was to demoralise the detainee by cutting off
all access to information. 'I depended solely on my interrogators for all information. I wanted to
know what was going on outside and they told me that so and so has
been arrested and has confessed, which was all untrue.
'They played on my guilt and the pain I had brought upon my family.
They fed me with misinformation and it was impossible to discern the
truth from lies. 'In view of the powers vested to the police under the ISA, it must be
abolished,' said Lim. 'Bulldoze their way' Dr Ng said that she was the last person to be arrested during Operasi
Lalang. 'I was away for a project in Indonesia and when I returned, I was
arrested under the ISA for allegedly 'promoting communism and
middle-class struggle'. All the charges were fabricated.
'Such lies will continue to be the order of the day under this
dictatorial state, which continues to hide behind the insidious mask of
ISA,' said Ng, who did not relate what happened during her ISA
detention. The 10 reformasi activists, seven of them Keadilan leaders, who were
arrested under the ISA over the past two weeks are Tian Chua,
Mohamad Ezam Mohd Nor, N Gobalakrishnan, Saari Sungib, Lokman
Adam, Dr Badrul Amin Baharom, Abdul Ghani Haroon, Hishamuddin
Rais, Raja Petra Raja Kamaruddin and Badaruddin Ismail.
A WAC press statement said the three arrested for Shi'ite activities
were Norman Batcha, Zainal Talib and Ahmadi Asab.
Tenaganita president Irene Frernandez, who was also present at the press conference, called on the National Human Rights Commission (Suhakam) to use their powers to 'bulldoze their way through' and to see to the conditions of those detained. |