Laman Webantu   KM2A1: 4328 File Size: 19.1 Kb *



TJ MT MGG: Sakit Belakang, Sakit Hati dan Sakit Mata
By M.G.G. Pillai

28/4/2001 8:15 pm Sat

MGG 9401 (Harakah)

[Setiap kali Anwar cuba diaibkan, Mahathir sendiri terkena aibnya walaupun Mahathir memilikki pelbagai jentera untuk memusnahkan Anwar di tangannya. Kesemua jentera itu tidak mampu dan tertewas juga akhirnya.

Isu UIA, saman malu mahkamah dan rawatan sakit Anwar menyerlahkan Anwar mahu dilupakan, dimufliskan, dan dilumpuhkan dengan sengaja tetapi terbalik pula kesannya sehingga Chua dan Hamid Albar tertewas dan teraib sama. Sakit dan aibnya Mahathir memang tidak terkira kerana dia akan menghadapi Perhimpunan Agung Umno yang bakal tiba sehingga terdesak menggunakan ISA pula kerana sudah tidak terdaya.

Kerajaan sebenarnya tiada rekod kejayaan melakukan pembedahan saraf seberat kes Anwar, jika tidak surat khabar hari ini akan penuh dengan kisah dan kejayaannya. Membius saraf tidak semudah membius biasa kerana di situlah terletak deria rasa yang amat sensitif pada manusia. Kegagalan membius secara mikro akan menyebabkan kesakitan yang amat ngeri yang boleh membawa risiko mati anggota jika tidak mati segala-galanya. Contohnya, tanyalah anak-anak yang pernah diambil sum-tulang belakang mereka kerana penyakit leukimia atau kuning dsbnya - memang sakit - tidak terperi walaupun telah dibius sebelumnya.

Sakit Anwar telah menyakitkan hati dan melebamkan mata kerajaan kerana politik cuba dijadikan doktornya. Sakit Anwar memang ada ubatnya tetapi sakitnya mata kerajaan yang lebam itu tidak ada sebarang ubatnya sampai bila-bila. Alangkah malunya.... - Editor]

Penterjemah: -MT-



Sakit Belakang, Sakit Hati dan Sakit Mata

(Back Pain And Bad Faith Amidst Black Eyes)

Menteri kesihatan, Chua Jui Meng telah berbohong kepada Parlimen berkenaan mantan timbalan perdana meneri Dato Seri Anwar Ibrahim. Menteri Luar Syed Hamid Albar telah menghabiskan dua hari berjumpa dengan para duta European Union selepas beliau berjumpa dengan duta Asean dan ketua perwakilan asing, ekoran perjumpaan presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah dengan beberapa duta itu mengenai kesihatan suaminya. Kerajaan telah menahan sepuluh orang di bawah ISA untuk memberikan gambaran betapa ia sedang tertekan. Keadaan tertekan ini turut dibayangkan oleh kenyataan timbalan perdana menteri Dato Sri Abdullah Ahmad badawi apabila dia memberitahu polis bahawa satu mata lebam sudah mencukupi dan tidak diperlukan dua atau pun tiga lagi.

Kerajaan telah menggembar-gemburkan layanan istimewa yang diberikannya kepada Anwar di penjara dan di hospital, tanpa menyebut betapa semua itu adalah perkara biasa denan para politikus, anggota polis dan lain lagi yang boleh berada dalam keadaan bahaya kalau dibiarkan bercampur gaul dengan banduan biasa. Di waktu yang sama kerajaan sengaja memadamkan sumbangannya kepada kemajuann Unversiti Islam Antarabangsa pada hari pembukaan rasminya. Untuk menghenyak keadaan Anwar lagi, mahkamah telah menjatuhkan hukuman memberikan Perdana Menteri RM85,000 sebagai kos terhadap Anwar dalam tindakan tuntutan malunya.

Keadaan tegang di pihak kerajaan memang tidak diragukan lagi: walaupun tiga tahun sudah berlalu sejak Dato Seri Anwar diaibkan dia masih lagi membesar dalam dunia politik sehinggakan bayangan ketokohannya itu sudah membayangi setiap tindakan kerajaan. Dia sudah menghancurkan martabat Perdana Menteri Dato Seri Mahathir yang masih mencuba sedaya upaya untuk menonjolkan ketokohannya. Usaha hapraknya itu telah menyemarakkan ketokohan Anwar untuk terus membesar lagi. Dr. Wan Azizah berjumpa hanya dengan beberapa orang diplomat sahaja, tetapi menteri luar menjadi gelabah dibuatnya.

Yang menjadi isu serius sekarang ini ialah kesihatan Anwar. Dia sekarang mengenakan alat penegang lehernya menunjukkan sakit belakang yang terpaksa ditanggungnya memerlukan pembedahan untuk memperbaiki keadaan. Politik dan bukannya perubatan ataupun pembedahan yang menjadi penghalang kepada segala-galanya. Chua telah mempolitikkan perkara ini sambil menabur pembohongan dan dakyah untuk menegakkan lakonannya. Dia berkata Anwar harus dipersalahkan kalau dia menolak perubatan; kerana Hospital Kuala Lumpur bertaraf antarabangsa dan melaksanakan 480,000 pembedahan dalam satu tahun. Tetapi dia gagal untuk menambah betapa hospital belum pernah melaksanakan 'endoscopic microseurgery' yang diperlukan, malahan belum ada kemudahan untuk pembedahan jenis itu ataupun pakar pelali yang mempunyai pengalaman dalam bidang pembedahan itu.

Kerajaan telah meletakkan syarat yang menakjubkan kepada pakar daripada Munich, Dr.Thomas Hoogland, sebelum dia datang untuk memeriksa Anwar. Secara terus terang dia telah diberitahu betapa sebuah bilik bedah boleh disediakan, dan dia boleh membawa masuk peralatan kepunyaannya untuk pembedahan itu. Dalam hal ini kerajaan sengaja mahukan Anwar membelanjakan sebanyak mungkin. Dr. Hoogland mengenakan bayaran antara US 5,000 dan US$25,000 (bersamaan RM20,000 dan RM100,000). Kalau dia terpaksa melaksanakan pembedahan itu di sini, dia mesti membawa peralatan yang diperlukannya dan ini akan membuat Anwar mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM600,000.

Nampak sangat tujuan sebenar ialah membuatkan Anwar menjadi seorang muflis. Dia memang sudah menghampiri jurang kemuflisan itu. Kos pembelaannya mungkin mampu diselesaikannya. Dia masih berhutang dan mempunyai tanggungjawab yang memakan ratusan ribu ringgit termasuk RM85,000 yang diperintahkan oleh mahkamah untuk dibayar kepada Mahathir. Memang tidak boleh dibayangkan kenapa peguam Dr. Mahathir menuntut kos. Perkara ini kini menjadi satu masalah baru kepadanya. Kalau dia memaksa Anwar menjadi muflis disebabkan perkara itu, sikapnya yang suka berdendam, memfitnah dan sengaja remeh-temeh akan memburukkannya lagi. Jika dia tidak membuat tindakan itu, ini bererrti sekali lagi dia kalah dalam pergelutan politik antara awang kenit dan gergasi.


Mahathir akan teraib lagi kalau Anwar tidak sembuh tetapi terpaksa hidup bergantung kepada kerusi roda ataupun terus melarat keaadaannya. Chua boleh menuduh Anwar yang bertanggungjawab kerana enggan dibedah di Malaysia. Tetapi, itu bukan sebenarnya. Keadaan Anwar sudah semakin teruk sehinggakan pembedahan konvensional akan memudaratkannya lagi. Itu sebabnya dia memilih 'endoscopic microsurgery' kerana ia tidak terlalu menyulitkannya dan membuat pilihan keatas Dr. Hoogland selepas Kedutaan Jarman di Kuala Lumpur yang memperakukan kepakarannya dalam bidang ini. Sebaiknya pembedahan itu dilaksanakan dengan bantuan 'local anaesthesia' (pelalian bertempat?) Keseluruhan pembedahan itu boleh memakan sekitar dua jam, dan pesakit itu boleh pulih dalam jangkamasa beberapa hari.

Wan Azizah bersedia meminta kerjasama Kerajaan Jarman agar suaminya itu diangkut dengan pesawat udara dalam masa beberapa hari selepas pembedahan itu untuk menyenangkan keraguan kerajaan. Tetapi, kerajaan tidak akan bersetuju. Dr. Mahathir berkata kalaulah Anwar dibenarkan keluar negara, dia tidak akan pulang semula. Sebenarnya dia lebih takut kalau Anwar pulang kembali. Anwar mampu menarik minat ratusan ribu manusia untuk menyambut kepulangannya nanti sedangkan Mahathir tidak mampu menarik sekadar ribuan sahaja.

Chua telah mempersoalkan sikap kurang keyakinan Anwar terhadap pakar perubatan tempatan. Seperti biasa dia tersasar bicara. Anwar pernah dilanyak hampir mati oleh Ketua Polis Negara ketika dikurung dulu. Kesangsiannya terhadap masalah pembedahan yang tidak dapat diperbaiki semula memang sepatutnya diambilkira. Ini tidak ada kena mengena dengan tahap kepintaran pakar bedah ataupun petugas bilik pembedahan tempatan. Sikap ini harus dibenarkan.

Anwar berada dalam Wad kelas pertama dan tidak dirantai kerana dua sebab utama: Pertama, Kakitangan penjara tidak dapat menjamin keselamatannya dalam wad kelas tiga yang terbuka, ataupun dalam wad berasingan di penjara. Kedua, menggari sesaorang yang mengerang kesakitan bahagian belakangnya akan memudaratkan lagi keadaannya, terutama sekali kalau keadaan kesakitan itu memang sudah teruk seperti yang ditanggungi oleh Anwar. Chua juga sengaja tidak mendedahkan pendapat kepakaran pakar uratsaraf dan pakar-pakar perubatan lain, betapa setiap pembedahan mesti dibuat dengan iringan 'general anaesthesia' dan inilah yang dipilih oleh Anwar untuk mendapatkan 'microsurgery'.

Akta Penjara (Prison Act) mempunyai hanya satu seksyen mengenai penyakit dan rawatan perubatan, yang disediakan oleh hospital kerajaan. Ia tidak pernah menjangkakan adanya satu kes dimana seorang banduan bersedia membayar kos pembedahan di luar negara. Yang anihnya Akta itu menegah Anwar dibedah di hospital tempatan, tetapi tidak pula di hospital luar negara. Kerajaan sedang gelabah dalam hal ini dan cuba mengelat dengan mencipta pelbagai cara menumpulkannya. Dr. Hoogland dibenarkan masuk kerana 'endoscopic microsurgery' ataupun EMS tidak disediakan di Malaysia.

Chua dan kerajaan telah melancarkan satu kempen betapa kesetiaan Anwar terhadap Malaysia boleh disangsikan kerana dia tidak yakin kepada institusi tempatan dan peraturannya. Inilah sebodoh-bodohnya anggapan yang tidak punya relevan. Kalau kita menerima-pakai pemikiran ini, bagaimana pula kisahnya dengan Proton yang mengenakan tayar bikinan Thailand, dan paip-eksos buatan Indonesia, sambil memperlekehkan kewujudan barangan yang sama bikinan tempatan?

Yang menjadi perhitungan sekarang ialah benda lain: kesihatan yang berkekalan. Sanggupkah Chua menuduh rakannya dalam kabinet waima Yang Dipertuan Agong kerana kurang keyakinan kepada kemudahan perubatan disebabkan mereka menjalani pembedahan jantung di luar negara; ataupun kalau rakyat Malaysia yang membeli pakaian mereka dibutik luar negara? Saya tidak faham kenapa Chua dan juga kerajaan sanggup menghina martabat diri sehingga ketahap longkang najis semata-mata cuba menegakkan benang basah.

Jadi, apa yang kita dapati sekarang ialah keadaan gencatan. Anwar dan kerajaan mula-mula bersetuju bahwa EMS adalah sebaik cara untuk menangani masalah perubatan Anwar. Yang diperbalahkan sekarang ilah tempatnya. Kerajaan bertegas tempatnya ialah di Malaysia, dan Anwar bertegas juga tempatnya itu ialah di luar negara. Anwar menang juga dalam dua cara itu. Kalau dia pergi ke seberang laut ia akan mencalitkan satu lebam kepada mata kerajaan, kalau dia tidak jadi pergi, mata yang lagi satu akan terlebam sama. Tidak ada yang akan merugikan Anwar selain dari nyawanya, tetapi kerajaan Mahathir akan kehilangan segala-galanya.

Lagipun sebagai bekas timbalan perdana menteri tentu sekali Anwar layak menerima sedikit penghormatan yang lebih baik lagi.


-MGG Pillai-
Harakah. 01-15Mei,2001

>>>>>>>>>>>>>>>MT. Jumaat 27/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Harakah

01-15 May 01

COLUMN


Back Pain And Bad Faith Amidst Black Eyes

M.G.G. Pillai


The health minister, Dato' Chua Jui Meng, lies in Parliament about the jailed former foreign minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim. The foreign minister, Dato' Seri Syed Hamid Albar, meets European Union ambassadors individually over two days, after he meets ASEAN and other envoys after the Keadilan president, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, meets them over her husband's medical problems. The government arrests eight under the Internal Security Act to yet destroy the likes of what makes it nervous. Its nervousness is reflected in the deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi's remark when he told police after the arrests that "one black eye is enought" and did not want two or three more.

The government harps on special facilities it provides Anwar in prison and in hospital, without mentioning that this is the norm with politicians, policemen and others who could be in danger if let loose on the prison hoi polloi. And erases his contribution to the growth of the International Islamic University on its official opening. As if this is not enough, the courts have awarded the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, RM85,000 in costs against Anwar for a failed libel action.

Why it is nervous is in no doubt: despite three horrendous years to make Dato' Seri Anwar a non-person, he is large as life in politics, so prominent that his shadow stalks every move in government. He all but destroys the reputation of the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, whose every move is to wrest clear of his unseen, dominating presence. But in so doing, he ensures the Anwar affair is kept alive. Dr Wan Azizh meets a few diplomats, and the foreign minister loses his head.

The most serious issue now is Anwar's health. He now wears a neck collar, a sure sign the lumbar pain he complains of, and needs surgery to correct, worsens. It is politics, not medical nor surgical, that prevents it done. Chua politicises his treatment, spreading lies and calumny to justify it. He says Anwar is to blame if he refuses treatment; that the Hospital Kuala Lumpur is international recognised and does 48,000 operations a year. But he fails to add it has done no endoscopic microsurgery he wants, nor has it the facilities or anaesthetists with experience of that procedure.

The government put incredible conditions for the specialist from Munich, Dr Thomas Hoogland, before he came here to examine Anwar. He was told bluntly that an operating theatre could be set up, with him bringing those instruments and machinery it does not have. In all this, the government is intent of Anwar spending as much as he can be made to. Dr Hoogland's fees are between US$5,000 and US$25,000 (or RM20,000 and RM100,000); if he were to operate here, he must bring in most of the equipment, and that would set Anwar back at least RM600,000.

The aim it appears is to bankrupt Anwar. He is almost there. His legal defence is possible because almost all work is pro bono. He owes bills and obligations of hundreds of thousands of ringgit, to which must be added the RM85,000. Why Dr Mahathir's lawyers persists in getting costs is inexplicable. Now it throws the ball back at his feet. If he forces Anwar into bankruptcy over it, his vindictiveness, calumny, pettiness in dealing with him will enhance; if he does not, he would have lost yet another round in this David-and-Goliath political struggle.

And lose further if Anwar's lumbar conditions confines him to a wheelchair and a vegetable. Chua can claim that Anwar is responsible if he does not opt for surgery in Malaysia. Not so. His condition is so far gone that conventional surgery could damage him further. Which is why he close the "minimally invasive" endoscopic microsurgery, and chose Dr Hoogland after the German Embassy in Kuala Lumpur confirmed his eminence in his field. Ideally, the operation should be under local anaesthesia. The whole operation could take no more than two hours, and the patient is up and about within days.

Wan Azizah is prepared to request the German government to have her husband on a plane within days of surgery if that would make the government relent. It would not. Dr Mahathir says if Anwar is sent overseas, he would not return. That is nonsense. He is more frightened he would. Anwar could easily draw hundreds of thousands of people to welcome him as he cannot thousands.

Chua questions Anwar's "lack of faith" in local medical experts. But, as usual, he misses the point. Given that the Inspector-General beat him to a pulp in detention, his fear of irreversible surgical problem caused by ill-intent is real. This has nothing to do with how competent local surgeons or operation room staff are. And it must be allowed.

He is in the first class ward and unshackled for two reasons: one, the prisons staff cannot guarantee his security in an open third class ward, or even in a separate prison ward; two, handcuffing a man with back pain only worsens his condition, especially the severity of it is worse as in Anwar's case. What Chua also does not reveal is the view of local neurosurgeons and specialists, any surgery should not be under general anaesthesia, and this is why Anwar chose microsurgery.

The Prisons Act has only one section on sickness and medical treatment, and provides for treatment in government hospitals. It did not envisage a case where the prisoner is prepared to pay for surgery overseas. Curiously, the Act forbids Anwar to have his surgery done in a local hospital, but not overseas. The government is caught by this, and finds creative ways to scupper it. Dr Hoogland was allowed to come in because endoscopic microsurgery or EMS is not available in Malaysia.

Chua, and the government, mounts a campaign to suggest Anwar's loyalty to Malaysia is in doubt because he does not have faith in local institutions and procedures. It is a stupid irrelevant argument. If we take this to its logical conclusion, what about Proton which insists on shodding its cars with Thai-made tyres and Indonesian exhaust pipes, ignoring the local product with the same arguments Anwar puts forth.

What is at stake is something else: ultimate wellbeing. Would he accuse his cabinet colleagues, and indeed the Yang Dipertuan Agung, of lack of faith in local medical facilities because they had cardiac bypass surgery overseas; or if Malaysians who buy their shirts in boutiques overseas? I cannot understand why he, and the government, descends into the gutter to not prove a point.

So, what we have now is a standoff. Both Anwar and the government agree EMS is the best way to handle Anwar's medical problem. What is at dispute is the venue. The government holds firm it has to be in Malaysia, and Anwar holds justs as firmly it has to be overseas. Anwar wins either way. If he goes overseas, it is one black eye to the government; if he does not, it gets another. Anwar has nothing to lose but his life; the government everything. Yet, the man was once deputy prime minister. Surely, he deserves better.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my