Laman Webantu KM2A1: 4329 File Size: 5.8 Kb * |
Ringkas: Konspirasi Menjatuhkan Mahathir? By CDB 28/4/2001 9:18 pm Sat |
[Jika Mahathir ingin menjatuhkan seseorang dia perlu mencari
keaiban jika ada, atau menciptanya jika tiada. Penulis upahan
menjadi hamba suruhannya dan beberapa sandiwara akan dipentaskan
jika perlu untuk menyakinkan semua. Inilah silap mata yang banyak
memukau rakyat yang dikawal minda mereka. Kini Daim seperti akan
menjadi mangsa kerana dipercayai merancang menggulingkan Mahathir
untuk diganti dengan Dollah Badawi. Walaupun Mahathir ketiadaan Aziz Shamsuddin ketika ini, dia mempunyai
ramai jembalang yang dibela di MKT. Dollah mungkin menguasai polis
biasa tetapi polis bertopeng terlalu setia kepada Mahathir dan mungkin
memusnahkan Dollah jika tergesa-gesa. Lagipun Mahathir sendiri memberi
kenyataan pemimpin politik juga akan diISAkan kerana politik wang....
Mengapa itu keluar dari mulut Mahathir - tidak dari Dollah Badawi?
Jawapannya mungkin ada di dalam buku yang sedang beredar di dalam waktu
terdekat ini.... Saya tertarik dengan tulisan di bawah yang baru disiarkan di Laman Reformasi
sebentar tadi. Adakah suatu konspirasi licin dan licik sedang diatur di
sebalik 'kelalaian' Mahathir meninggalkan negara ketika mana semua orang
sudah tidak sukakannya lagi? Agak sukar keadaan Mahathir sekarang kerana
orang kuatnya Aziz Shamsuddin sedang terlantar di IJN dan ramai pula
orang-orangnya yang lain kalah teruk dalam pemilihan Ketua Bahagian
baru-baru ini. Ketika memuncak krisisnya dengan Daim, sementara Badawi pula semakin intim
dengan Daim, Mahathir nampaknya mengambil risiko tinggi ke luar negara
sedangkan pihak polis dan KDN di bawah kawalan Badawi. Ternampak seperti
suatu kecenderungan yang kuat bahawa Badawi, Daim dan mereka yang sekapal
dengannya akan melakukan 'coup de tat' ke atas Mahathir pada kali ini ketika
mana beliau masih berada di luar negara. [Adakah Badawi mendapat semangat
yang tinggi daripada penangkapan Estrada?]
Keyakinan saya ini semakin diperkuatkan oleh amaran Badawi melalui Chua Jui
Meng yang memberikan ultimatum kepada Anwar untuk dihantar balik ke penjara
Selasa ini, suatu keputusan yang boleh dianggap sebagai persiapan mengawal
penyokong reformasi dan BA daripada mengambil kesempatan di dalam suasana
yang tidak pasti ketika berlakunya 'coup de tat' tersebut.
Maklumat-maklumat yang disampaikan oleh penulis reformasi seperti Ummu
Natasya mengenai krisis Mahathir - Daim nampaknya semakin mendekati
kenyataan. Siapakah yang bakal menjadi 'teman' Anwar di Penjara Sg Buloh
kali ini? Sama-samalah kita tunggu dan lihat heavy drama yang semakin
mendebarkan pada kali ini. Cucu Datuk Bahaman -- Laman Reformasi http://mahazalimtwo.tripod.com/270401zaj.html
Pengunduran Datuk Mokhzani Mahathir dari jawatan CEO Pantai Holdings Bhd dan
Tongkah Holdings Berhad adalah kemuncak kepada krisis antara Perdana Menteri
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
Daim didakwa hanya 'membantu' kroninya tetapi tidak akan membantu perniagaan
yang dikuasai kroni Perdana Menteri. Antara tokoh-tokoh korporat yang
menjadi mangsa Daim ialah Tan Sri Rashid Hussein dan Tan Sri Azman Hashim.
Perdana Menteri dijangka akan 'melakukan suatu kejutan' sebaik sahaja balik
dari Dubai terhadap Daim dan satu sumber lain pula membeitahu, Daim juga
akan melakukan sesuatu kepada Dr. Mahathir dalam masa terdekat. Ramai yang
percaya, Tun Daim akan ditangkap dan didakwa dalam isu Time dotCom dan
saham MAS tetapi ada juga dakwaan mengatakan Dr. Mahathir akan ditangkap dan
didakwa dalam masa terdekat. Krisis yang tidak dapat dielakkan lagi ini dikatakan turut membabitkan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tun Daim
dikatakan mahukan kerjasama dari Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri,
kementerian yang bertanggungjawab kepada pasukan polis.
Usaha juga sedang dibuat untuk membawa Najib Tun Razak turut serta dengan
Daim bagi memastikan tentera turut bersama-sama Daim dan Abdullah
menjatuhkan Dr. Mahathir dari kerusi Perdana Menteri.
Abdullah dikatakan amat terhutang budi kepada Daim yang membiayai kempennya
untuk menang kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1996, hingga membawanya
ke kerusi Timbalan Perdana Menteri dalam tahun 1998. Orang-orang Abdullah
sedang sibuk menafikan hubungan Abdullah dengan Daim sekarang bagi
mengelakkan nasib Abdullah sama dengan nasib tiga Timbalan Perdana Menteri
terdahulu. Penulis upahan terkenal, S.H. Alatas sedang memberi percuma buku terbarunya
bertajuk 'Diam-diam Daim' yang ditaja seseorang bertujuan mengulangi
peristiwa kejatuhan Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran buku 50 Dalil Mengapa
Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Buku 50 Dalil dahulu ditaja tengku Adnan Tengku Mansor dan pengedarannya
diuruskan Aziz Shamsuddin dari Pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri.
Kali ini, buku ini tidak dapat diedarkan dari Pejabat Aziz Shamsuddin kerana
Aziz sedang terlantar di hospital selepas pembedahan jantungnya.
S.H. Alatas tidak pernah menulis buku tanpa penaja dan dalam masa terdekat,
orangramai boleh tahu siapakah yang membiayai semua kos penerbitan tersebut.
Sama-sama kita tunggu, siapa yang akan dipenjarakan - PM atau Tun
Daim/Abdullah Ahmad Badawi. Kiriman Ramlan Jantan
|