Laman Webantu KM2A1: 4333 File Size: 21.0 Kb * |
TAG MT 88: Gambaran Kisah By Harun Rashid 29/4/2001 1:39 am Sun |
TAG 088 [Ada banyak sebab tangkapan ISA dibuat pada saat ini.
Salah satu puncanya ialah kes pengundi hantu di Lunas
yang melibatkan kesaksian mereka yang tertahan ini.
Juga kemungkinan pilihanraya Beserah akan menyaksikan
tektik pengundi hantu digunakan lagi kerana yang menangkap
hantu sudahpun digari dalam ISA. Demikianlah kotornya
mainan politik Umno masakini. Daim yang bercuti itu pula harus diperhati kerana dia
kini sedang merancang sesuatu yang amat penting sekali.
Lebih penting dari segala-galanya kerana masa depannya
amat bergantung dengannya - bukan dengan jawatannya.
Seperti biasa, jangan muncul di tengah sandiwara, nanti
buruk akibatnya.... Daim sedang menyusun kertas kerjanya
untuk mengerjakan seseorang (atau lebih?) yang menggugat
dirinya. *Gambar yang disertakan di dalam rencana ini mungkin
diambil di Kulim, tidak di Lunas. Walaupun begitu
mesejnya tetap sama - terbongkarnya isu pengundi hantu
menyebabkan Umno malu semalunya sehingga menggunakan ISA
untuk mengkuburkannya. Tetapi Umno tidak akan berjaya
kerana ia sudah tersebar ke seluruh negara untuk mengaibkan
Umno selama-lamanya. (A Picture Story) Oleh: Harun Rashid Upacara itu berlangsung juga seperti yang direncana, walaupun orang yang
merancangnya ditangkap untuk masuk penjara. Majlis berlangsung dengan aman,
dan semua pihak bersetuju betapa segala penangkapan itu memang tidak
perlu. Namun, mereka yang ditangkap tidak dibebaskan lagi. Penangkapan dibawah
akta purba ISA memang sesuatu yang dibenci. Itulah episod yang akan
menghenyak UMNO-BN yang sedang berkuasa, kerana akibatnya ialah semakin
berkurangnya sokongan rakyat terhadap mereka. Soalnya sekarang, kenapa
mereka lakukan tangkapan itu? Politik ialah satu lagi jenis mainan orang dewasa dimana pihak yang
menang merangkul wang dan kuasa. Permainan ini mesti dimainkan dengan
penuh helah proses demokrasi. Setiap permainan ada peraturannya, dan pemain
yang baik-baik bermain untuk menang mengikut ketetapan peraturannya.
Di dalam politik, permainan mudah tercemar menjadi kelibut. Peraturan
diputar-belit sehingga jadi karut. Setiap usaha dilaksanakan untuk
menyorokan kenyataan betapa kemudahan yang tidak patut sudah pun
dibolot. Ini bertujuan menumpaskan pembangkang yang cuba mengugut.
Secara amnya, adalah tidak adil memenjarakan pemain pasukan lawan untuk
diikat tangan dan kakinya dan menghenyaknya untuk disiksa dengan
pelbagai cara. Apa gunanya memisahkan mereka daripada kawan dan
keluarga, dan mendera sesiapa juga yang datang untuk menolong dan
bertanya. Inilah mainan kotor yang sedang dipergiatkan di Malaysia.
Bantahan rakyat marhaen semakin meluap. Yang ditangkap dan terpenjara masih
belum diberi peluang menunjukkan muka. Walaupun majlis sudah lama
terlaksana, orang yang ditangkap masih terpenjara. Para pendakwa raya
yang tinggi impiannya dan tinggi pula gaji-bulannya, dan seorang hakim
yang telah lama diperas-ugut kini dikerah melakonkan aksi mereka
mengikut skrip politik yang sudah tersedia. Keadilan dan undang-undang
sudah lama berbau haprak membuatkan seluruh dunia naik jelak.
Para konspirator UMNO-BN menggunakan para strategis yang tidak berbuat
perkara lain selain sibuk bermain politik yang menjanjikan kekayaan
dan kuasa. Mereka semua mengongsi segala habuan yang muncul walaupun
banyak tandatanya mengenai agihannya sudah tersembul.
Para perancang itu memang sudah berjaya, walaupun tangan penuh dosa.
Gerakan mereka terlalu nyata untuk memberikan keuntungan segera.
Penyelewengan perturan yang ditetapkan menidakkan peluang merangkul
kemenangan yang berpanjangan. Mereka sedar kepayahan peperangan jangka
panjang, kerana itu dicetusnya tindakan dari arah belakang. Mereka
bertahan sedaya mungkin sambil merencana segala kemungkinan sebagai
pemangkin. Semua tindakan yang dilaksanakan kini bertujuan melengahkan
keadaan tertekan lagi. Tandatanya semakin latang disuarakan, kenapakah perancang BN UMNO
merencana penangkapan dan penahanan tanpa perbicaraan dan menafikan
bantuan guaman? Yang pasti mesti ada sebabnya melaksanakan tindkan
ini pada mulanya. Kenapa Penangkapan Dibuat Cuba bayangkan gambaran ini di mana ceritanya dapat dicari.
![]() Gambar pertama diambil dihari pilihanraya kecil, Lunas*. Orang-orang
dalam gambar itu telah menahan beberapa bas yang sarat dengan pegundi
upahan untuk mengundi di Lunas. Undi hantu dan undi tipu memang
penting untuk memenangi pihanraya yang ditanding.
Perancang UMNO membantah dengan keras apabila pengundi upahan mereka
diberkas. Mereka membuat pengakuan betapa para penumpang bas itu hanya
para penyokong yang datang untuk membantu. Tetapi, sokongan untuk membantu
seperti itu adalah menyalahi undang-undang pilihanraya negara ini.
Para penumpang bas itu mengaku mereka dibayar RM50 oleh pegawai UMNO
untuk memangkah kertas undi tipu. Pegawai pilihanraya pula enggan membuat
perakuan mengenai pendaftaran mereka. Para penumpang itu bersama para
pengupah mereka sudah pun melakukan kerja-kerja jenayah. Tidak seorang
pun yang dikenakan tuduhan walaupun polis mempunyai nama dan kesalahan
mereka dalam simpanan. Pegawai pilihanraya dilihat sebagai turut
bersubahat. Orang yang digambarkan itu telah menangkap mereka melakukan kesalahan.
Dia memberitahu seorang perancang kanan UMNO supaya jangan berhelah lagi.
'Khalil Yaakob, janganlah bohongi saya pula. Bukankah kita faham
kebenarannya? Bukankah kita sudah lama bersama merancang perkara yang
serupa?' Orang yang digambarkan telah menahan bas-bas yang sarat pengundi hantu
muncul di Lunas. UMNO kecundang pilihanraya di situ. Medreka mengutuk
orang ini kerana aksinya. Apabila dia melaporkan bantahan kepada polis
mengenai peristiwa bas itu, polis tidak ambil peduli. Sebaliknya apabila
pihak lain buat laporan polis mengenai mereka, polis bertindak dan
menangkap mereka pula. Kekalahan Lunas adalah satu pengaiban besar kepada BN dan UMNO.
Hancurlah segala keangkuhan yang dilakonkan selama ini. Semua pihak
menyaksikan satu pilihanraya yang bersih dan saksama. Terbongkarlah
segala penipuan pemilu 1999 dulu. Perdebatan bahawa parti yang sedang
berkuasa memenangi suara pilihan majority secara telus dan adil terus
terbogel. Kuasa UMNO-BN ditentukan melalui penguasaan kerusi terbanyak di
parlimen. Para calon telah diberi jaminan betapa kerusi mereka itu adalah
selamat dan sebaik sahaja sesaorang calon itu dicadangkan oleh UMNO-BN,
kejayaannya di pemilu itu sudah terjamin. Perkara ini ada kebenarannya
yang terang selagi proses pengundian itu diputarbelit semacam wayang.
Janji-janji itu berasaskan keupayaan menipu, kehadiran jumlah besar
pengundi hantu dan kepintaran para pegawai pilihanraya yang sama
membantu. Lunas membuktikan bahawa kemenangan melalui penipuan bukannya satu jaminan.
Para calon tidak boleh bergantung-harap kepada bas yang datang
lagi. UMNO-BN kini diserang pemberontakan yang sungguh menyeluruh. Mereka
sudah merasa tergugat diparlimen, malahan kerajaan negeri pun pasti
runtuh. Fauzi telah menjadikan keadaan itu sebagai sesuatu yang amat jelas dan
cerah. Kejelekannya terhadap sikap UMNO mengenepikan saki-baki
penyokong Anwar dalam UMNO mendesak nalurinya agar terjadi pilihanraya
kecil di Beserah. Dia telah kemukakan tuduhan terhadap Khalil yang
dianggap sebagai orang halimunan dalam gambar itu. Tetapi Khalil tidak
pun dikenakan sebarang tuduhan kerana perkara itu mahu diperamkan saja
oleh parti yang berkuasa. Dulu, UMNO-BN mengimpikan istirehat sebaik sahaja pemilu sudah selesai.
Lima tahun dianggap tempoh yang sesuai untuk bersantai. Fauzi
mengejutkan mereka dengan kenyataan tugas-tugas yang belum selesai. Para
penyandang kerusi kini boleh memeras-ugut parti untuk disalai.
Keyakinan betapa sesuatu pemilihanraya itu dapat dimenangi mesti
dipulihkan semula. Rencana baru mesti dibuat menentukan bas-bas seperti
dulu boleh masuk tanpa dihambat. Orang-orang yang menahan bas-bas itu
mesti disimpan dulu. Kalau mereka dipenjarakan bererti pilihanraya boleh
dimenangi dan parti boleh bersorak lagi: 'Lihat, bukankah kami buat
jaminan bahawa kemenangan tetap dalam tangan?' Orang-orang yang menahan
bas dulu sudah pun terperuk di kamar berjejari besi, masalah mereka
belum diselesaikan lagi. Tetapi, berapa ramai lagi anak-anak muda
yang menunggu dengan ghairahnya menyambung perjuangan mereka? Inilah
yang belum menjadi satu kepastian. Sokongan sebenar perlu diukur dulu
sebelum diisytiharkan pemilu yang terbaru.
Kemelut Beserah mesti diperpanjangkan sedaya mungkin. Begitu juga dengan
pilihanraya di Sarawak. Pilihanraya tidak boleh dibenarkan selagi
kemenangan tidak terjamin. Itulah strateginya, apakah ia boleh berjaya?
Rakyat sudah semakin pintar berpolitik dan banyak kerusi parlimen dan
negeri yang akan jatuh tergolek. Para penyandang jawatan kerusi
parlimen dan negeri UMNO-BN sudah semakin galak bertukar haluan dan
mengubah selera untuk bertanding semula sebagai calon parti BA pula
nanti. Pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian tidak berjalan licin
seperti yang diharapkan. Memang ada muka baru yang tidak boleh
diharapkan menggantikan yang lama. Mereka yang dikaitkan dengan Awnar
sudah pun jatuh diketepikan. Inilah yang menakutkan golongan lama yang
berada di peringkat atasan. Seorang ketua percencana, menteri kewangan
(yang mempunyai banyak kepentingan) telah bertindak untuk bercuti
daripada terus mengemudi. Dia bercuti daripada jawatan rasminya untuk
menumpukan masa dan tenaga kepada peperangan yang lebih besar di luar
medan perang. Orang tahanan tidak akan dibebaskan daripada penjara kerana terlalu banyak
pengetahuannya. Mereka sanggup mengambil segala risiko untuk menahan
bas-bas yang dulu. Sesiapa juga yang melangkah ke depan membantu
keluarga mereka akan ditangkap juga. Rencananya ialah memisahkan
para tahanan daripada sanak sekeluarga, sambil mengugut mereka agar
mengalah untuk membisu dan menyerah. Semua ini tidak akan berjaya. Sebab musababnya akan kita bincang di lain
masa. Memang banyak alasannya. Sementara itu jangan lupa mengikuti
pergerakan menteri kewangan yang sedang bercuti. Dialah orangnya
yang disebut dalam kemelut Anwar sebagai bapak konspirasi. Kini dia
mempunyai peluang meneliti pergerakan pasaran saham dengan penuh
hati-hati. Berwaspada dengan gerak lonjakan 'rally' yang berpada. Dialah
orangnya dan bukannya menteri dalam negeri yang mengkotak-katikkan
pasukan polis kita. Tangan halimunannya jugalah yang selama ini
mencekik leher rakyat marhaen. Rencana Asal: http://home.yqi.com/harunrashid1/62Picture.html
A Picture Story by Harun Rashid The national police, acting under directions of
the Umno party strategists, have made a number of
arrests. The reason given is that street demonstrations
were planned, and these were a threat to national
security. They were arrested prior to a planned
event, the delivery of a memorandum to the Human Rights
Commission requesting certain reforms.
The affair happened as planned, even though the men who
planned it were incarcerated. The event was a peaceful one,
and all present agreed there was no necessity for alarm or
peremptive arrests. Yet the men have not been released. The arrests under the
ancient ISA law are very unpopular. The episode is a
very costly one for the Umno-BN party-in-power, as it
most assuredly has cost them majority support. The question
then, is why did they do it? Politics is another variety of adult game, in which the
winner gets money and power. The game must be played under
the subterfuge of democratic processes. Games have rules,
and good game players learn how to win within the rules.
In politics, however, the game often gets dirty. The rules
are twisted until they become unrecognizable. Every effort is
made to conceal the fact that unfair advantage has been taken.
This is done in an effort to disarm potential opponents.
In general, it is not fair to incarcerate members of the
opposing team. To bind him hand and foot. To submit him to
various types of torture. To separate him from friends and
family. To harass any and all who might come to help. This
is the "dirty pool" being played in Malaysia today.
There is great public outcry against the arrests. Yet
those arrested have not been released. The event is
long past, but the men have not been released. The
ambitious well-paid public prosecutors and the poor
black-mailed judge have been pressed into action as
political pawns again. Justice and the law have been
made odorous. All throughout the world are nauseated.
The Umno-BN conspirators employ strategists who do
nothing but devise means to play the political game
for wealth and power. All share the spoils, though
there is great inequity in the distribution.
The strategists are successful, if somewhat
heavy-handed. Their moves are too transparent
for anything but a temporary advantage. Departure
from the rules has cost them the ultimate victory.
They know they have lost the long term war, so the
present strategy is to wage a rear-guard action. To
hold on as long as possible, making plans for all
eventualities. All current events thus must be seen
in the perspective of a delaying action.
The question arises why the Umno-Bn strategists
made plans to arrest these men, and to hold them without
trial or counsel. Why have they accepted the loss of all
future support? Certainly there is a reason this move
was felt necessary. Look at this picture. It tells the story well.
![]() The picture was taken the day of the election in Lunas. The
man in the picture has intercepted a number of buses
bringing illegal voters into Lunas. The illegal votes
are crucial to win the election, though by fraudulent
means. Umno planners have objected to their illegal voters
being prevented from voting. They argue that the passengers
are just ardent supporters, volunteering to help in the
election. Such help on election day is illegal in Malaysia.
The people on the bus confess they were paid RM50 by Umno
officials to cast an illegal vote. The election officials
refused to confirm or deny their registration. Both the
passengers and those who paid them have committed a crime.
Neither passengers nor their paymasters have been charged,
though their names are known to the police. The election
officials and the police are seen as accomplices in the act.
The man in the picture has caught them in the act.
He is telling a senior Umno strategist not to talk
nonsense to him. He is saying, "Khalil Yaakob, don't
lie to me. You and I both know the truth, because we
both have planned many, many of these same operations
ourselves." The man in this picture stopped the buses carrying
phantom voters to Lunas. Umno lost the Lunas election.
They hold this man responsible. When he filed a police
report over the bus incident, alleging electoral fraud,
the police ignored it. Instead they filed a police report
against him, along with others also active. They have been
arrested, too. The loss of Lunas was a disaster for Umno-BN. The facade
of invulnerability was destroyed. All saw an election
won by fair means. The fraud of the 1999 general election
was exposed. The argument that the party-in-power is the
choice of the majority was seen to be a lie.
The power of the Umno-BN is exercised through control of
the parliament seats. The candidates have been assured
that the seats are safe, and that once Umno-BN choses
a candidate, his success at the polls is assured. This
is true so long as the electoral process is suborned.
The promise depends on the ability to rig the elections.
The phantom voters play a large role, alongside election
officials who cheat in various ways. But Lunas showed that victory by fraud is not a guarantee.
The candidates cannot depend on the buses anymore. Umno-BN
is threatened with wholesale revolt, losing not only parliament
but states as well. Fauzi made the situation plain. His resentment at the
Umno-BN attempt to close ranks by eliminating any
remaining Anwar supporters led him to threaten a by-election
in Beserah. He has brought charges against Khalil, the
unseen man in the picture. Khalil has not been charged.
The matter is being hushed up within the party.
After the last election the Umno-BN thought they could sit
back and rest easy for five years. Fauzi has shown them
this is not the case. Now the seats are all in question.
The seat holders can now blackmail the party. If the party
doesn't pay up, the seat holder will force a by-election,
and threaten to join the opposition. Confidence that an election can be won must be restored.
To do this it must be shown that the buses can get through.
The men who stopped the buses must be kept in the penalty
box. If they can be kept in jail, then the election can
be won, and the party can again say, "Look, we can still
guarantee your seat." The young men who stopped the buses
are in jail. But the issue is still not certain. How many
more are waiting in the wings to step into their shoes?
That is the great uncertainty. The depth of support must
be determined before another election can be held.
Beserah must be delayed as long as possible. Ditto for
Sarawak. No election can be allowed until victory is
a certainty. That is the strategy. Will it work?
The people have become more politically astute, and many
state and parliament seats will certainly fall to the BA
in any coming election. The Umno-BN politicians holding
precariously to their state and parliament seats, have
begun to opportunistically change sides, preferring to
present themselves as a BA party candidate in the next
election. Umno branch and division elections have not all transpired
as hoped. There are new faces, not dependable, replacing
the old. Many who are responsible for the unjust treatment
of Anwar were defeated. This is frightening to the old guard
at the top. One chief strategist, the finance minister (with
much at stake), has felt it necessary to take leave in order
to direct the battle. He is on leave from his public post in
order to better concentrate his time and energies on the
greater battle behind the scenes. The men are not to be released from prison. They know too
much. They are willing to risk all to stop the buses.
Any who come forward to help them or their families will
also be subject to arrest. The strategy is to isolate
the detainees and their families, intimidating the opposition
workers into acquiesence and silence.
It will not work. Why it will not work is the subject of
another column. There are many reasons.
In the meantime, watch the on-leave finance minister. He was named
in the Anwar trials as the mastermind behind the conspiracy. He is
now free to devote all his attention and energy to the stock market.
Beware a low volume rally. He, not the home minister, gives strategic
direction for the police force. It is his not-so-hidden hand that
grasps the throat of the people.
Link Reference : Worldview: Harun Rashid's Malaysia Commentary |