Laman Webantu KM2A1: 4335 File Size: 14.9 Kb * |
TJ MT MGG: UMNO Perlekehkan Yang Kaya Raya !! By M.G.G. Pillai 29/4/2001 7:03 am Sun |
MGG 9501 [Orang kaya menjadi sasaran baru Mahathir untuk mengemis
popularitinya yang sudah pudar itu. Rakyat termasuk akar umbi
Umno sendiri sudah benci dan mula mempertikaikan kekayaan
luar biasa pemimpin Umno sedangkan gaji tidaklah seberapa
dan kepandaian berniaga tidak ada. Mereka kaya melalui Umno
bukannya melalui usaha. Malang bagi Mahathir, belum apa-apa Rafidah Aziz telah memecahkan
tembelangnya itu. Umno mahu menguasai kerajaan, bukannya sebaliknya.
Ini bermakna Umno berada di atas segala-galanya sehingga kerajaan
(seperti BPR) tidak mampu berbuat apa-apa.
Sampai kini pemimpin Umno termasuk Mahathir sendiri tidak
mengisytiharkan semua harta setelus-telusnya dan BPR seperti
tidak bekerja sedangkan indeks korupsi negara semakin teruk
angkanya. Nampak sangat indah khabar dari rupa.... Bank di
Singapura tentu menyimpan banyak rahsia siapakah pemimpin Umno
yang sebenarnya. UMNO Perlekehkan Yang Kaya Raya !!
(Dr: UMNO does not want the filthy rich!)
Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad, terpaksa mundar-mandir meraih
simpati dalam UMNO agar tidak tersingkir. Keghairahan kaum wanita
memasukki Keadilan dan PAS telah mendesak beliau menubuhkan Puteri
UMNO khas untuk mereka berumur bawah 35 tahun. Dia mahu
bincangkan hal perpaduan Melayu dengan PAS untuk menumpulkan bisa
Keadilan. Kini dia mahu membawa reformasi dalam UMNO dengan
menghalang yang kaya raya memegang jawatan dalam parti.
Setiap langkah yang dianjurkannya adalah bertujuan untuk mengekalkan
dominasinya ketika ahli UMNO lebih selesa untuk mengecutkan kuasanya
itu dan menghumbannya daripada parti. Setelah memimpin UMNO
melakukan segala tindak tanduk yang mengaibkan parti itu kini, dia sedar
betapa sokongan orang Melayu terhadapnya sudah lama memencilkan diri.
Satu prinsip yang menyebabkan ketidakpuasan itu bukanlah disebabkan
kuasa wang tetapi kerana munculnya orang kaya baru yang berbelanja
sakan untuk melonjak naik ke persada jawatan.
Perkara ini memang tidak diperakui tetapi ia jelas terpampang sebelum
berlakunya pengundian UMNO lagi, apabila para pemimpin mengeluarkan
ugutan hukuman berat seandainya wang digunakan untuk berpolitik, dan
ugutan itu memang jarang sangat dipraktikkan. Tiba-tiba, tuntutan
Mahathir agar yang kaya raya tidak diberi tempat untuk mewarnai heiraki
UMNO menunjukkan ia bukanlah usaha untuk menyegarkan parti tetapi
untuk membantu mempupuskannya. Apa yang dia mahu memang tidak mempunyai apa-apa erti lagi. Siapakah
yang kaya raya itu? Bagaimana menafsirkan siapa yang kaya dan siapa
yang kayap? Apakah mereka yang membalun kekayaan melalui
"penjimatan yang berhemah ketika bertugas'" - itulah jawapan mereka
setiapkali disoal BPR bagaimana mereka menjadi kaya raya - dinafikan hak
memegang jawatan dalam UMNO? Apabila menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pergi bercuti untuk dua
bulan, Rancangan Malaysia Kedelapan sedang diperkenalkan. Dr.
Mahathir telah melantik secara tergesa-gesa seorang penasihat ekonomi
istimewa. Ini memberikan kiasan betapa perpisahan mereka berdua bukan
berlaku atas dasar suka sama suka. Dr. Mahathir menafikan adanya
perbalahan, tetapi apabila dia menafikan adanya perbalahan dengan
mantan timbalan perdana menteri, enam hari sebelum beliau diaibkan pada
1998 dulu, Dato' Seri Anwar Ibrahim akhirnya terpenjara dan terseksa
begitu rupa. Akar umbi UMNO memang marah, jelak dan meluat melihatkan betapa para
kroni dan sekutu niaga Dr. Mahathir dan Tun Daim naik melonjak dalam
dunia perniagaan. Cara dana kerajaan digunakan untuk menyelamatkan
para kroni dan sekutu niaga melalui Danaharta dan Danamodal telah
dihenyak lagi oleh cara kerajaan menyelamatkan Tan Sri Tajuddin Ramli,
seorang anak-didik Daim, dalam kemelut MAS. Begitu juga dengan
penggunaan dana kerajaan dan dana wang amanah pencen untuk
menyokong TimeDotCom yang dikuasai Tan Sri Halim Saad.
Jadi, Dr. Mahathir terpaksa menggunakan sesuatu untuk mengekalkan
sokongan orang Melayu. Dia pun bertindak terhadap sesuatu yang
sepatutnya dilaksanakan lebih satu dekad dulu. Kaedah memutar balik jam
sejarah itu tidak akan memberikan kejayaannya, kerana tidak semudah itu
membetulkan kerja-kerja tipu-menipu. Kini dia meminggirkan mereka yang
kaya raya dengan tohmahan mereka adalah segala punca kemalapan
UMNO, tanpa menyebutnya. Masalah yang lebih besar, generasi peniaga era DEB memang sudah jelek
dengan UMNO dan tidak mahu lagi melibatkan diri dengan parti itu.
Kekuasaan sebenar putra-putra UMNO itu adalah berdasarkan keakraban
mereka dengan orang yang sedang berkuasa. Betapa pun pemimpin
UMNO termasuk Mahathir menafikannya, sebenarnya yang membuatkan
UMNO bernafas ialah WANG. Inilah yang diulang-ulang setiap kali UMNO
bersidang, terutama sekali apabila pemilihan datang menjelang. Seorang
Melayu yang berminat dengan kerjaya politik mempunyai peluang yang
lebih baik dalam keadilan dan PAS: dalam UMNO dia mesti berusaha untuk
menjadi kaya raya dulu. Apakah cadangan Mahathir ini cara beliau menentukan siapa yang
sepatutnya memegang jawatan dalam parti? Akar umbi sudah sibuk
dengan angin kencang betapa tiga orang menteri besar yang akan
tumbang disebabkan terlalu banyak wang. Begitu juga dengan beberapa
menteri kabinet. Mereka telah membalun terlalu banyak harta dan terpaksa
pergi juga. Setiap kali BPR menjengah mereka untuk menyiasat kekayaan
sesaorang menteri kabinet, adalah sesuai mengandaikan betapa menteri itu
adalah antara mereka yang memang terlalu kaya mengikut tafsiran perdana
menteri, seperti orang lain yang disyakki menjadi begitu.
Apakah keadaan perdana menteri menyerang golongan kaya itu
merupakan satu rencana jangka panjang beliau untuk menjadikan UMNO
lebih penting daripada kerajaan yang dipimpinnya?** Ketua Wanita UMNO,
Rafidah Aziz telah pun membuka tembelang rencana itu apabila dia
bertegas baru-baru ini bahawa UMNO mesti sentiasa menguasai kerajaan,
dan bukan pun sebaliknya. Memang ada sedikit kebenaran kepada kenyataan itu tetapi ia juga
bertujuan untuk menyekat tindakan mereka yang meyokong para
penentangnya dan juga pencabarnya. Tengku Razaleigh Hamzah bukanlah
termasuk dalam kategori ini. Saya telah diberitahu bahawa dua manusia ini
kerap menghabiskan masa yang lama berbincang melalui telefon setiap
hari. Nampaknya mereka lebih akrab lagi daripada keadaan Mahathir
dengan menteri kewangan yang terpisah itu. Tun Daim, kini bercuti dengan
segala kemungkinan untuk menghilang daripada kabinet. Semua gerak dan
aksi ini adalah bertujuan untuk menentukan keunggulan presiden parti
dalam kerajaan dan juga parti. Rafidah telah terpicit telur tembelang
dengan mengulas muslihat gerakan itu. Beberapa cadangan telah
diutarakan: bahawa Majlis Tertinggi diperbesarkan melebehi 43 ahli dan
akan melantik seorang presiden daripda kalangan ahli majlis itu,
seakan-akan kaedah yang diamalkan oleh Majlis Peguam memilih ahli
jawatankuasanya. Presiden kemudiannya melantik perdana menteri. Satu
lagi cadangan ialah tidak membenarkan menteri kabinet menganggotai
majlis tertinggi seperti yang diamalkan oleh BJP di India.
Seorang pegawai kerja parti telah berpendapat bahawa semua ini masih
samar lagi, kerana yang paling dirunsingkan oleh para pemimpin apakah
Persidangan UMNO akan mengizinkan perubahan ini. Apabila pemimpin
UMNO mencuba memansuhkan peraturan yang melarang jawatan presiden
UMNO dicabar dalam satu persidangan khas dulu, usul itu telah ditolak
dengan kerasnya. Masalah itu masih berkekalan. Cadangan Mahathir
untuk menyekat orang kaya raya itu adalah sebahagian bisikan hatinya
mengenai cara untuk memperteguhkan UMNO. Tetapi, dia mula-mula
sekali perlu meyakinkan UMNO yang dia memang serius dalam hal ini, dan
bukannya sengaja berhelah untuk terus berkhidmat secara kesumat sampai
kiamat. -MGG Pillai- Jumaat 27 April,2001. Rencana Asal: Harakah 01-15 May 01 By M.G.G. Pillai In every one of these moves, he does this to ensure his
dominance at a time when UMNO members would rather diminish
his stature and have him out of their hair. After
encouraging UMNO to be what it is today, he finds the Malay
ground slipping away from him. One principle cause of that
dissatisfaction is the importance of not money but the
suddenly rich who bought their way into party positions.
This is not admitted, but is clearly evident before
UMNO elections, when leaders threaten severe punishment,
rarely carried out, if money is used to be elected into
office. But Dr Mahathir's sudden, inexplicable demand that
the very rich have no place in the UMNO heirarchy suggests
not an attempt to revitalise the party but to help it along
to its irrelevance. What he wants means nothing. Who are the filthy rich?
How do you define who is rich and who is not? Would those
who acquired their wealth through "shrewd investments in
office" -- the usual justification when ACA asks them to
explain away their new found wealth -- be denied positions
in UMNO? When the finance minister, Tun Daim Zainuddin, went on
leave for two months, when during that period the Eighth
Malaysia Plan was introduced, and Dr Mahathir immediately
appoints a special economic adviser, it suggests the parting
is not cordial. Dr Mahathir denies a rift, but then he
denied a rift existed between him and the now jailed former
deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, six days
before he was dismissed from office in 1998.
The UMNO ground seethes in frustration and anger at the
rise to prominence of Dr Mahathir's and Tun Daim's cronies
and business associates. The use of government funds to
bail out the cronies and business associates through
Danaharta and Danamodal was made worse by the government
bailing out Tan Sri Tajuddin Ramli, a Daim acolyte, from MAS
and the use of government and employee pension funds to
support Tan Sri Halim Saad-controlled TimeDotCom.
So, Dr Mahathir had to do something to staunch the
Malay support. So he makes the moves he should have more
than a decade ago, and tries to turn the clock back. That
is well nigh impossible, as matters stands. He now
alienates those UMNO made rich by suggesting that they are
the cause, without saying so, of all that is wrong with
UMNO. The bigger problem though is that the NEP generation of
businessmen are so disenchanted with UMNO that they want
nothing to do with UMNO, and seek a political umbrella under
PAS or Keadilan. UMNO does not accept this view, but when
PAS formed a branch in Ampang Jaya, Selangor, recently, a
few hundred turned up and willingly contributed to pay its
way. The leading light in that is a former UMNO state
executive councillor. This is not an isolated incident.
The surest way to remove UMNO from the Malaysian
political landscape is to bar the rich from office. The
very essence of the power of the UMNOputras is their
closeness to power. However much Dr Mahathir and UMNO
leaders would deny it, money is what makes UMNO run. It
comes into blatant play in every UMNO meeting, especially in
elections. A Malay who wants a political career would have
a better chance in Keadilan or PAS; in UMNO he should
expect to be rich first. So is this proposal his way to remove those he does not
like or want from office? The grapevine is full of rumours
of three mentris besar being the first victims of this
"filthy rich" policy. A few cabinet ministers could also.
They have acquired, so the rumours go, wealth beyond their
wildest dreams. Whenever the ACA is called in to
investigate the wealth of a cabinet minister, it is fair to
assume he is one of the "filthy rich" Dr Mahathir talks of.
All the suspects have been. Does Dr Mahathir target the rich as part of a long-term
plan to make UMNO more important than the government it
leads? The UMNO Wanita leader, Datin Rafidah Aziz, gave the
game away when she insisted recently that UMNO must always
control the government, not the other way around.
There is some truth in it, but it is also to restrict
the actions of those who support his opponents and
challengers. Tengku Razaleigh Hamzah is not in this
category. I am informed that the two men have long
conversations over the telephone daily, and are closer than
Dr Mahathir ever was to his estranged finance minister, Tun
Daim Zainuddin, now on leave with his resignation from the
cabinet all but certain. These moves come within moves to ensure the primacy of
the party president in government and party. Rafidah gave
the game away with her comments. Several suggestions are
offered: that the supreme council be expanded beyond the
present 43 and which would elect the president from amongst
the members, somewhat how the Bar Council elects its office
bearers. The president would then appoint the prime
minister. Another suggestion would have cabinet ministers
out of the supreme council, as in the BJP in India.
One party appartchik said however all this is still
vague, the biggest worry amongst the leaders is if the UMNO
General Assembly would agree to the changes. When UMNO
leaders wanted to remove the highly-restrictive election
procedures enforced to prevent the UMNO president from being
challenged, a special general assembly refused to. That
problem remains. His proposal to bar the filthy rich is
part of his thinking-aloud views on how UMNO can be
strengthened. But he first has to convince UMNO he is
serious, and not peddle this just to continue in office.
M.G.G. Pillai
|