Laman Webantu KM2A1: 4336 File Size: 16.9 Kb * |
TJ BOM: B3 Bolehkah UMNO Bertahan? By Dr Maznah Mohamad 29/4/2001 1:27 pm Sun |
PELURU 0301 [Umno menghadapi masalah ketandusan pemimpin yang layak untuk
membawa parti itu kearah kecemerlangan. Satu-satunya aset terpenting
parti - Anwar telah dibunuh kariernya oleh presiden sendiri melalui
keaiban yang dicipta. Kesemua pemimpin yang lain mempunyai masalah
yang akan merusakkan lagi Umno kerana mereka memang tiada kebolehan
yang boleh dibanggakan. Lagipun mereka telah diaib sendiri oleh
Mahathir juga. Nasib yang menimpa Umno hari ini adalah kerana Mahathir telah merancang
lama untuk memusatkan segala kuasa kepada dirinya dengan mengaibkan
sesiapa sahaja yang dapat menyainginya. Dia akan mencipta kepalsuan
jika bukti itu tiada untuk memusnahkan karekter dengan media sebagai
pengantara. Jika itupun belum berjaya polis bertopeng akan dikirim untuk
mengkerbaukan mereka. Akibatnya tiada lagi tokoh di dalam Umno melainkan
sudah dirosakkan kesemuanya. Hari ini Umno tidak mempunyai seorang pun
pemimpin tertinggi yang dapat dibanggakan kerana mereka telah terjerumus
di dalam jerat penipuan Mahathir. Musa Hitam tentu ingat darah yang basah
ditangannya sedang Mahathir bergelak ketawa....
- Editor] Bahagian Ketiga (Akhir)
Oleh Dr Maznah Mohamad Sehingga kini masalah paling serius yang dihadapi oleh
parti adalah jurang kredibiliti di dalam barisan
kepimpinannya. Tiada seorang pun di antara mereka yang
bakal menduduki kerusi presiden parti boleh menyamai
keterampilan Dr. Mahathir ataupun ketokohan Anwar
Ibrahim. Lebih dahsyat lagi, Mahathir sendiri pernah
mengumumkan secara terbuka, sebagai satu cara untuk
menghukum Anwar Ibrahim seberat-beratnya, bahawa
kepimpinan yang dicontohi mesti bersih dari sebarang
perlakuan tidak bermoral kerana pihak lawan mengambil
perhatian yangs serius tentang hal ini. Jika perlakuan
tidak bermoral ini boleh digunakan, ia akan digunakan
habis-habisan sebagai satu senjata di dalam pembunuhan
karektor seseorang. Tidak salah lagi, itulah yang
berlaku sebenarnya! Ternyata, penyingkiran Anwar Ibrahim telah menyedarkan
rakyat Malaysia yang ketandusan pemimpin yang bersih,
bermoral tinggi, bijak, berani bersuara, amanah -
pemimpin yang selari dengan tuntutan sebuah masyarakat
yang terbuka dan berkebolehan untuk menguruskan
suara-suara ramai di dalam masyarakat yang berbilang
budaya; seorang pemimpin yang tidak gentar untuk
menghadapi ideologi-ideologi yang baru dan mencabar
tanpa perlu bergantung kepada alat-alat yang menekan;
seorang pemimpin yang akan terus berpegang kuat kepada
lunas-lunas undang-undang. Anwar Ibrahim telah
menghampiri sebahagian dari ciri-ciri pemimpin yang
disebutkan itu. Bagi yang lain, sikap mereka yang
menyanjung tinggi Mahathir biarpun telah bertindak
tanpa peri kemanusiaan dan tanpa berfikir panjang itu
telah menjejaskan kelayakan mereka untuk menjadi
penggantinya (ataupun klonnya). Tiada harapan lagi di dalam keadaan yang sedemikian,
dengan setiap nama (dari Najib Razak sehingga Tengku
Razaleigh) tidak terlepas dari gossip yang hanya
menjadi bahan ketawa sinis buat mereka yang
berangan-angan untuk menjejaki kedudukan tersebut.
Jika mereka bermoral tinggi, mereka mungkin berfikiran
rendah; jika mereka tidak berfikiran rendah, mereka
mungkin mempunyai moral yang tercemar; jika mereka
tidak menyimpan jerangkung di dalam almari mereka,
mereka mungkin tidak cukup cemerlang untuk tugas
tersebut; dan begitulah seterusnya. Sebuah majalah
berita luar negeri baru-baru ini ada menulis tentang
prospek Razaleigh sebagai pengganti yang mendedahkan
beberapa aspek yang ganjil tentang beliau. Pejabatnya
dikatakan menyerupai Pejabat Bujur (Oval Office) di
Rumah Putih Amerika Syarikat, dan beliau sedang
menanti masa yang sesuai untuk menerajui negara.
Sekurang-kurangnya Musa Hitam bertindak waras
meninggalkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana
Menteri pada tahun 1986 dan kemudiannya bersara dari
arena politik dengan perasaan rendah diri. Menoleh ke
belakang, beliau boleh dikagumi kerana meninggalkan
segala kepincangan didalam pentadbiran Wawasan 2020
kepada mereka dengan beberapa keraguan yang timbul.
Di dalam satu temuramah dengan Mingguan Malaysia
(1hb.Nov, 1998), Musa Hitam memberitahu 'Saya
merasakan selagi kita boleh memberikan ruang dan
kebebasan kepada individu-individu untuk memberikan
pendapat kedua dan kemudiannya pendapat-pendapat yang
seterusnya, iaitu untuk satu tempoh di mana
kredibiliti kita sabagai pemimpin akan terjamin. Saya
berpendapat sikap yang tidak bertolak ansur dan tidak
dapat menerima kritikan-kritikan telah menimbulkan
banyak krisis-krisis politik yang telah kita hadapi
sehingga membawa kepada apa yang kita sedang saksikan
akhir-akhir ini'. Satu pemilihan perkataan-perkataan yang bertepatan
dengan keadaan pada masa kini, tetapi adakah beliau
dapat meninggalkan kesan ke atas parti bertahannya
itu, yang beliau mengakui masih sayang dan tidak mahu
melihat 'sebarang masalah dihadapi di dalam pilihan
raya yang akan datang ini'? Pengaruh UMNO berhubung rapat dengan perlaksanaan
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Merujuk kepada pencapaian
DEB, kita dapat melihat banyak percanggahan. Sementara
beberapa orang personaliti mendapat faedah darinya
dengan mengumpul harta kekayaan, ramai lagi yang hanya
hidup dari serpihan-serpihan mereka yang bergelar
orang kaya baru itu. Namun satu perkara yang pasti :
DEB (untuk lebih baik atau lebih buruk) telah memaksa
satu perubahan yang mendadak terhadap carahidup
sebahagian besar masyarakat melayu. Satu darinya
adalah ramai yang berhijrah ke bandar-bandar
telah menerapkan gaya hidup bandar; mereka ini
mempunyai kecenderungan untuk mempunyai pemikiran yang
berlawanan dengan asal usul mereka. Kumpulan kelas pertengahan yang baru ini yang
menikmati segala kemudahan pelajaran, mungkin
membayangkan untuk menukar peribadi dan identiti diri
mereka sendiri yang ternyata menyimpang jauh dari
objektif DEB. Bertentangan dengan semangat kepatuhan
dan kesetiaan yang sepatutnya dilihat pada sikap
politik Melayu, sikap tidak bersimpati dan tidak ambil
peduli secara perlahan-lahan timbul. Sama ada ini
dilaung-laungkan melalui Islam, bantahan dari golongan
belia, atau semata-mata satu perasaan tidak puas hati
terhadap ketidakadilan, mereka ini hanya berani
mengeluarkan kenyataan-kenyataan politik.
Dengan perkembangan semasa krisis politik tanahair,
UMNO yang satu ketika dahulu pernah membangkitkan
kesedaran di kalangan orang-orang Melayu untuk terus
bangun, sedang kehilangan peranannya sebagai
satu-satunya penyelamat. Adakah parti ini memberikan
tindak balas terhadap suara-suara keras yang semakin
bertambah dari bawah sana? Apakah UMNO Baru bersedia
memberikan laluan kepada UMNO Baru yang baru (seperti
tanggapan sesetengah pihak yang merasakan UMNO
memerlukan reformasi dari dalam)? Tanpa sokongan yang menyeluruh, UMNO hanya boleh
mengekalkan kuasanya jika ia mengambil langkah yang
sama iaitu menggunakan muslihat-muslihatnya yang biasa
sebelum ini : terus dengan amalan politik wang secara
berleluasa untuk memancing undi, memutarbelitkan
pandangan-pandangan para pengundi melalui kawalan
media, mempertahankan perniagaan-perniagaan besar yang
berunsur rasuah, menyokong imej pelbagai kaum dengan
menjaga hati lain-lain parti komponen di dalam Barisan
Nasional dan menyerang parti lawan dengan sengaja
mencetuskan suasana politik yang tidak stabil,
kucar-kacir dan melampau, di samping menafikan hak-hak
asasi rakyat seperti kebebasan untuk bersuara dan
berhimpun bagi pihak lawan yang berpotensi. Ianya
bagai satu formula yang sangat mudah untuk terus
digunakan, itupun sekiranya para pengundi masih
berminat kepada perkara yang sama.
Walau bagaimanapun, suasana tenang yang nampak ketara
semasa Perhimpunan Agong Luar Biasa UMNO pada 13
Disember 1998 tidak dapat menyembunyikan hakikat
bahawa 'Ada sesuatu yang buruk di dalam negeri
Denmark'. Ucapan dari presiden parti tidak mengkagumkan,
sekurang-kurangnya tidak pada mereka yang berfikir.
Tetapi, buat presiden sebuah parti yang kebal,
menimbulkan spektra tentang penjajahan asing sering
dapat membantu parti untuk terus hidup. Inilah yang
dilakukannya, tanpa perasaan malu, sehingga kepada
sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal.
Perhimpunan Agong Luar Biasa UMNO itu seperti telah
dapat dijangkakan oleh pemerhati biasa. Tidak berlaku
sebarang kekecohan, para perwakilan hanya akur dan
memberikan persetujuan secara sebulat suara seperti
biasa. Semua cadangan untuk membuat pindaan
perlembagaan disokong, kecuali dua cadangan yang tidak
memudaratkan. Parti itu sendiri kelihatan seperti
seekor dinasor yang kalah - kuat hanya kerana ia
besar. Pemimpinnya berjalan sekeliling bagaikan sang
maharaja yang berkeadaan bogel, sepanjang masa
menyangka badannya disaluti pakaian yang terindah
sekali. Tiada siapapun di sekeliling yang tidak patuh kepada
sang maharaja, yang sanggup dan berani untuk
menyatakan kebenaran dari pemerhatian tersebut.
Nampaknya parti itu seperti akan terus wujud, bahkan
mungkin membentuk kerajaan yang seterusnya, dan kita
juga akan terus menanggung bebanan perbelanjaannya
yang tinggi. .....Tamat..... Rencana Asal: Part 3 (Final) Can UMNO Survive? Credibility Gap By far the most serious short-term problem faced by the party is
the widening credibility gap within its leadership. None of the
probable successors to the president of the party could come close
to replicating the authoritative stature of Mahathir or the charisma
of Anwar Ibrahim. To make matters worse, Mahathir himself
pronounced publicly, as a way of chastising Anwar Ibrahim to the
utmost, that leadership suitability must hinge on an impeccable
moral track record Critics and opponents of the party will take
serious note of this. If moral turpitude can be used, it will be used to
its gutter-worst, as a weapon of character assassination. As if it is
not already the case! The removal of Anwar Ibrahim has actually made Malaysians realise
that the country is indeed short of an incorruptible, morally upright,
intelligent, articulate, honest leader - a leader who is in tune with
the demands for an open society and who is able to handle the
pluralist voices of a multicultural society; a leader who is fearless
about confronting new and challenging ideologies without resorting
to repressive instruments; a leader who will firmly adhere to the
rule of law. Anwar came close to filling in the shoes of such a
leader, for some. For others, their adulation towards Mahathir for
his brute decisiveness and warrior-like forthrightness debilitates
their ability to think of a replacement not in his cut (or his clone as
present vibes suggest). The situation has become almost hopeless, with every single name
mentioned in gossip circles (from Najib Razak to Tengku Razaleigh)
only sparking comic cynicism among those trying hard to imagine if
anyone of them can indeed fit the bill. If they are morally upright,
they may be vacuous; if they are not vacuous, they could be
morally tainted; if they do not have any skeletons in their
cupboards, they may simply be inept or colourless at the job; and so
on and so forth.A regional newsmagazine's recent write-up on the
prospects of Razaleigh becoming a probable successor exposes a
very peculiar side to this man. His office is said to be an exact
replica of the Oval Office of the White House, and he is waiting for
the right moment to preside. At least Musa Hitam had the gumption to leave his job as Deputy
Prime Minister back in 1986 and subsequently even had the humility
to withdraw from active politics. With hindsight, one can almost
admire him for leaving behind all the chicanery of a Vision 2020
administration to those with fewer scruples to spare.
In a recent interview with Mingguan Malaysia (1 November 1998)
he had this to say: "My feeling is that so long as we are able to give
the space and the freedom for individuals to express a second
opinion and subsequent opinions thenceforth, that is for how long
our credibility as a leader will be guaranteed... I am of the opinion
that an attitude which falls short on tolerance and the inability to
accept criticisms have triggered many of the political crises we
have had leading to what we are witnessing of late."
Well-chosen words in times like this, but will he be able to leave
any imprint on his embattled party, which he professes to still love
and would not want to see "...face any problems in the coming
general elections"? Whither Renewal? UMNO's dominance is tied to the implementation of the New
Economic Policy (NEP). Looking at the achievements of the NEP,
we see its numerous contradictions. While a few personalities have
benefited from it by amassing enormous wealth, there are many
more who are only living off the crumbs of the newly rich. But one
thing is for sure: the NEP (for better or for worse) has forced a
dramatic upheaval of lifestyles upon a large cross-section of the
Malay community.One manifestation is that scores have migrated
to the cities and adopted urban lifestyles; they are bound to think
differently from their forefathers. This new middle-class is endowed with the privilege of education
and may even visualise a kind of personal and identity change that
goes beyond the NEP. In opposition to the mantra of obedience and
loyalty that is supposed to underscore Malay political behaviour, the
chains of apathy and indifference are slowly being broken. Whether
this is expressed through Islam, youthful rebellion, or plain
intolerance of injustice, these people are making their most
articulate political statement yet. In the wake of the present political crisis, the UMNO that used to
writ large over the Malay sense of survival is losing its appeal as
the unequivocal saviour. Is the party addressing or responding to
this groundswell of indignant voices? Will the present UMNO Baru
make way for a newer UMNO Baru (as some seem to think that
UMNO just needs to be reformed from the inside)?
Short of a massive upheaval, UMNO can only remain in power if it
does more of the same, i.e. employ its usual tricks of the trade:
continue to use money politics in a massive way to buy votes,
manipulate the opinions of voters through unabashed control of the
media, back big businesses in quid pro quo deals, uphold the
semblance of a multiracial image by cultivating the other partners in
the Barisan Nasional coalition and simply countering the opposition
by unscrupulously raising the spectre of political instability, unrest
and extremism, besides denying other civil rights such as freedom
of speech and assembly for potential contenders. It seems like an
easy formula to continue using, that is, if voters want more of the
same. However, the outwardly calm mood at the recent UMNO
Extraordinary General Meeting (EGM) held on 13 December 1998
was not able to conceal that "something is rotten in the state of
Denmark". The president's speech was not impressive, at least not to thinking
minds. But, for a besieged president of a beleaguered party, raising
the spectre of foreign domination can always be relied upon as a
ploy to justify the party's survival. This he did, shamelessly, to the
point of illogic. The UMNO EGM was predictable to the casual observer. There was
no mayhem, just the usual compliance and demonstration of
consensus among its delegates. All of the proposed amendments to
the constitution were approved, save for two innocuous proposals.
The party is looking like a lost dinosaur - strong only because it is
big. Its leadership struts around like the naked emperor, all the while
believing that it is clothed in the finest of attires.
There is no one around, who is not beholden to the emperor,
untainted or innocent enough to blurt out the truth of the
observation. It looks like the party will go on, perhaps even form
the next government, and we will continue to foot its hefty bill.
.....The End..... |