Laman Webantu KM2A1: 4338 File Size: 13.9 Kb * |
Mengenali Abd Ghani Haroon By Spy LUNAS 29/4/2001 2:03 pm Sun |
INSAN YANG BERNAMA ABD. GHANI HAROON
Pada 22/4/2001 yang lalu, rombongan Presiden keADILan
telah mengunjungi rumah Sdr. Abd. Ghani Haroon di
Kulim dan bertemu dengan keluarga beliau. Dr. Wan
Azizah dengan diiringi oleh YB Saifuddin Nasution dan
YB Abd. Rahman Kadir serta dan keADILan Kedah dan
Pulau Pinang, telah menyampaikan sumbangan wang derma
dan beberapa barang keperluan harian buat keluarga
Sdr. Abd. Ghani. Isteri Sdr. Abd. Ghani, Puan Roslijah,
dan ibu kepada Sdr. Abd. Ghani merasa amat terharu
dengan keperihatinan Dr. Wan Azizah dan mereka yang
hadir serta mengucapkan terima kasih di atas sumbangan
tersebut. Suasana begitu pilu dan sayu tatkala Puan
Roslijah memberikan sedikit kata-kata aluan,
sehinggakan ada di antara hadirin, terutamanya kaum
wanita, yang tidak dapat menahan air mata. Ramai juga
yang hadir memberikan sokongan kepada keluarga Sdr.
Abd. Ghani pada hari itu. Tidak ketinggalan si siput-siput
babi yang asyik membazirkan wang rakyat dengan
tidak jemu-jemu mengambil gambar para penyokong yang
hadir dari sebuah rumah jiran yang berdekatan.
Kalaulah saya tuan rumah jiran tersebut, sudah tentu
penyapu saya hadiahkan kepada bangsat-bangsat penjilat
mamak tongkang tersebut dari mengizinkan premis saya
dijadikan stesen kerja jahanam mereka itu. Larat ke
nak mengISAkan semua yang hadir pada majlis tu??!!
Mungkin nama Abd. Ghani Haroon agak asing kepada para
penyokong BA. Malah semasa media menjilat, Utusan
Meloya, pertama kali melapor dan menyiarkan gambar
individu-individu 'the magnificent 7' yang ditahan di
bawah ISA, semua kecuali gambar Sdr. Abd. Ghani boleh
didapati. Jika begitu asing penampilan Sdr. Abd. Ghani
di mata mereka untuk dikaitkan dengan barisan hadapan
pahlawan-pahlawan rakyat yang menentang kezaliman di
Malaysia ini, mengapa pula nama beliau berada sebaris
dengan personaliti-personaliti pemimpin BA, khasnya
keADILan, yang telah diISAkan sejak 10/4/200 itu.
Tambahan pula beliau adalah di antara mereka yang
paling awal sekali 'diculik'. Perkara ini sedikit
sebanyak telah menimbulkan banyak tanda tanya di
kalangan pencinta keadilan dan masih menjadi misteri
sehingga ke hari ini. Oleh yang demikian, saya ingin
mengajak para penyokong BA sekalian mendekati dan
menyelami diri seorang pemuda yang bernama Abd. Ghani
Haroon itu. Sdr. Abd. Ghani yang merupakan exco Pemuda keADILan
Pusat, juga memegang jawatan di dalam keADILan Pulau
Pinang. Di dalam pilihanraya umum 1999, beliau telah
diberi peluang bertanding satu kerusi ADUN bagi satu
kawasan di Kepala Batas. Biarpun tewas, beliau masih
mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat di
kawasan tersebut sehingga sekarang di mana beliau
sering mengambil bahagian di dalam sesi-sesi ceramah
di sana. Sdr. Abd. Ghani seperti rakyat biasa Malaysia yang
lain, menjadi 'breadwinner' di dalam keluarganya yang
sederhana besar. Mempunyai 5 orang anak : Yang sulung
berusia 14 tahun dan yang bongsu berusia 5 tahun
manakala isterinya menjadi suri rumahtangga sepenuh
masa. Selain dari isteri dan anak-anaknya, beliau
menetap di Kulim bersama-sama dengan ibu dan 2 lagi
adik beradiknya. Bapanya telah meninggal dunia pada
tahun 1997. Sesuatu yang menarik tentang beliau adalah sifat
berani dan suka menolong orang yang telah tertanam di
dalam dirinya sejak zaman remaja lagi. Sewaktu
bertugas di sebuah kilang di Kulim dahulu, beliau
sering menjadi pembela dan memberi semangat kepada
teman-teman sekerjanya untuk menyuarakan segala rasa
tidak puas hati di dalam menghadapi tugas seharian.
Sifat keberaniannya itu saling tak tumpah seperti
arwah ayahnya yang pernah mewakili Malaysia di dalam
sukan tinju Sukan SEAP semasa bertugas di dalam
pasukan tentera British. Bukan itu sahaja, jiwa
berjuang yang mengalir di dalam darah arwah ayahnya
turut mengalir di dalam dirinya. Arwah ayahnya yang
merupakan orang kuat PAS kawasan pada masa itu telah
mengizinkan beliau untuk menyertai UMNO semata-mata
untuk mendapatkan 'kemudahan' bagi disalurkan kepada
masyarakat setempatnya. Dan itulah yang sebenarnya
beliau lakukan. Sebarang kemudahan mahupun keuntungan
dari urusan-urusan yang ditaja oleh UMNO, beliau tidak
akan lupa untuk menyerahkannya kepada arwah ayahnya
bagi disalurkan untuk kepentingan masyarakat setempat.
Salah satu darinya adalah projek mendirikan sebuah
masjid di Air Merah yang diuruskan oleh beliau. Kini
masjid tersebut berdiri megah tidak jauh dari tempat
kediamannya dan aktif di dalam segala kegiatan
keagamaan untuk masyarakat setempat. Biarpun terdapat
suara-suara sumbang yang mempertikaikan akan perolehan
dari projek masjid tersebut, kenyataanya adalah beliau
terpaksa menggadaikan sebidang tanah arwah ayahnya
demi menyempurnakan pembinaan masjid tersebut. Begitu
juga semasa belaiu menjadi salah seorang ahli JKKK di
kampungnya itu, usaha dan sumbangan beliau untuk
kemajuan kampungnya tidak boleh dipandang ringan.
Di penghujung riwayatnya bersama UMNO, beliau
berpeluang menikmati sedikit kesenangan hidup dengan
mempunyai beberapa orang pekerja menjalankan
perniagaan sendiri. Namun segala-galanya berakhir
apabila beliau secara terbuka menentang penyingkiran
DSAI pada tahun 1998. Jiwa berjuang yang telah sebati
dengan dirinya tidak mengizinkannya untuk bersekongkol
dengan kezaliman yang begitu ketara itu. Tidak mungkin
beliau akan belot terhadap prinsip yang dipegang teguh
oleh arwah ayahnya. Siapalah Anwar Ibrahim kalau
hendak dikaitkan dengan dirinya. Dengan penyertaannya di dalam Parti Keadilan Nasional
selepas peristiwa pemecatan DSAI, satu demi satu
sumber pencarian hidupnya terpaksa dikorbankan. Dari
kereta pajero, beberapa buah lori dan beberapa pekerja
sendiri, semuanya terpaksa dilepaskan. Sehingga pada
satu peringkat beliau terpaksa menjual nasi ayam
masakan isterinya di sebuah gerai kecil di Kulim.
Namun semua itu tidak pernah beliau kesali.
Biarpun menetap di Kulim, beliau tidak pernah
ketinggalan menyertai sebarang perhimpunan dan
demonstrasi aman di Kuala Lumpur sejak tahun 1998
lagi. Malah beliau adalah di antara orang yang
terlibat dengan demonstrasi keracunan arsenik di
Masjid Negara serta pernah menjadi buruan
anjing-anjing kurap. Sepak terajang dan kezaliman
anjing-anjing kurap sudah menjadi asam garam
kehidupannya. Kali terakhir beliau mengalami keganasan
anjing-anjing itu adalah semasa perhimpunan di luar
mahkamah Kulim, pada 18/2/2001, sebagai sokongan moral
kepada Sdr. Ezam, YB. Azmin, Sdr. Ruslan Kssim, Sdr.
Tian Chua, Sdr. Gobalakrishnan dan beberapa aktivis BA
menghadapi pendakwaan di Mahkamah Majestrit Kulim. Di
dalam peristiwa hitam yang mewarnai sejarah Kulim itu,
beliau dan seorang gadis telah diseret dengan kejamnya
oleh anjing-anjing belaan mahataik itu.
Hubungan erat yang terjalin di antara beliau dan Sdr.
Ezam, Ketua Pemuda keADILan Malaysia, tidak perlu
dipertikaikan lagi. Mungkin di atas dasar perjuangan
yang sama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau
telah menyatukan mereka. Sesungguhnya beliau adalah di
antara golongan pemuda yang sangat cekal, yakin dan
berani menghadapi perjuangan yang penuh dengan cabaran
ini. Kebolehannya berucap dengan cara tersendiri
dipergunakan sepenuhnya untuk mendedahkan sebarang
kepincangan di dalam sistem pemerintahan mahafiraun.
Kelantangannya itu kadang-kadang menggerunkan para
pendengar, namun prinsip 'berani kerana benar' telah
sebati dengan dirinya. Jika Sdr. Ezam dilihat sebagai
anak didik Anwar Ibrahim, tidak keterlaluan jika
dikatakan Sdr. Abd. Ghani pula adalah anak didik Sdr.
Ezam. Keberanian dan keikhlasan Sdr. Ezam telah
menjadi pendorong kepada Sdr. Abd. Ghani untuk
bersama-sama memikul tugas yang amat berat itu. Selain
Sdr. Lokman dan Sdr. Zahid, boleh dikatakan 'di mana
ada Ezam di situ ada Ghani' bagi menunjukkan betapa
kuatnya ikatan di antara pemuda-pemuda harapan bangsa
ini. Mendekati isteri Sdr. Abd. Ghani pula, Puan Roslijah,
membuatkan diri ini insaf akan penderitaan yang
dilalui oleh seorang isteri yang setia dan begitu
mencintai suaminya. Beliau adalah seorang wanita yang
berhati lembut dan menumpukan sepenuh perhatiannya
kepada pengurusan rumah tangga yang telah terbina
sekian lama. Malah beliau tidak pernah terlibat dengan
aktif bersama-sama Sdr. Abd. Ghani di dalam
aktiviti-aktiviti politiknya kecuali semasa berkempen
sebagai isteri calon yang bertanding dahulu. Dengan
kata lain, beliau kurang terdedah tentang permainan
politik regim mahazalim masa kini. Lantaran itu semasa
mendapat berita tentang penahanan Sdr. Abd. Ghani di
bawah ISA itu, beliau hampir-hampir hilang
pertimbangan. Tambahan pula melihat ibu Sdr. Abd.Ghani
meratapi nasib yang menimpa anak lelakinya itu.
Dicekalkan hatinya untuk turun seorang diri ke KL
yang begitu asing buatnya dan berkumpul bersama-sama
isteri para tahanan ISA itu. Di sana barulah beliau
menyaksikan sendiri betapa api perjuangan yang telah
sebati dengan suaminya itu tetap membakar dan
diteruskan oleh para sahabat dan keluarga mangsa
sendiri. Ternyata dirinya tidak dibiarkan keseorangan
menghadapi saat-saat yang amat memilukan itu. Semangat
dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak semasa
beliau di KL tempoh hari telah banyak membantu beliau
untuk terus menghadapi hari-hari yang mendatang.
Jadi, di mana letaknya kedudukan Sdr. Abd. Ghani di dalam kerakusan regim laknat madey mengISAkannya bersama-sama dengan teman-teman lain yang kini telah menjangkau bilangan ke 10 itu? Beliau tidak boleh dikatakan sebagai pemimpin barisan pemuda yang paling hadapan jika hendak dibandingkan dengan Sdr. Mustafa Kamil, Sdr. Hamdan Taha, Sdr. Zahid dan lain-lain. Selama ini nama beliau tidak pula menjadi igauan dan mimpi buruk sebagaimana nama Ezam, Dr. Badrul Amin, Tian Chua buat madey dan kroni-kroni yang sebangsat dengannya. Segala macam kemungkinan boleh difikirkan dan mungkin juga salah satu dari yang berikut :
Untuk menentukan jawapan yang mana satu dari yang
disebutkan di atas tidaklah semudah untuk meneka
jawapan soalan objektif sambil memejamkan mata.
Semuanya akan tetap tinggal sebagai satu misteri
selagi Haji KPN (kalau jenis tak malu nak mengaku
gelaran suci tersebut!) dan kuncu-kuncunya masih buta
hati dan perasaan ataupun Haji Madey belum bertemu
buku dengan ruas. Namun yang pasti jawapannya adalah
..bukan berkaitan dengan Black 14, gerakan ala
militan, memiliki atau merancang memiliki rocket
launcher/ bom molotov c##ktail/ bazooka hatta
merancang MEMBUNUH SANG MAHARAJAH yang sebenarnya
sudah separuh mampus itu! Peristiwa yang kejam ini tidak akan hilang dari
sejarah Malaysia. Biarpun mereka tidak akan
mencatatkan kisah yang sebenarnya secara rasmi di
dalam buku-buku teks ataupun mengarkibkan ke dalam
khazanah sejarah Malaysia, setiap rakyat Malaysia yang
cintakan keadilan akan menyimpan kemas peristiwa ini
di dalam kotak memori mereka sehingga ke anak cucu
mereka. Regim zalim ini mungkin boleh melakukan apa
sahaja pada masa ini kerana mereka berkuasa penuh
dengan dokongan yang tidak berbelah bagi dari
anjing-anjing penyembah mahataik itu. Tetapi mereka
terlupa satu perkara dan rakyat tidak pernah
lupa..kata-kata keramat 'KALAU TIDAK HARI INI,
HARI ESOK....KALAU TIDAK MINGGU INI, MINGGU
DEPAN DAN KALAU TIDAK TAHUN INI, TAHUN ??!!!'
Semoga para wira kita di dalam sana akan terus tabah
dan dilindungi Allah s.w.t sepanjang masa. Marilah
kita pula meneruskan perjuangan mereka di luar
sini bermula dengan mengambil tanggung jawab menjaga
kebajikan keluarga-keluarga mereka yang ditinggalkan.
Sumbanglah semampu yang boleh...bukan sekali tetapi
sehingga para wirawan kita itu dapat menghirup kembali
udara yang nyaman di luar sini! ALLAHUAKBAR! (lampiran gambar-gambar yang diambil semasa kunjungan
Kak Wan ke rumah Sdr. Abd. Ghani pada 22/4/2201)
|