Laman Webantu KM2A1: 4340 File Size: 12.3 Kb * |
TJ MT MGG: Mokhzani Menjual Saham Dalam Syarikat Senaraian BSKL By M.G.G. Pillai 29/4/2001 9:00 pm Sun |
MGG 9601 [Mokhzani menjual sahamnya kepada seorang tauke sabun
Cina tanpa mendapat izin pihak berkenaan terlebih dahulu.
Syarikatnya mendapat kontrek kerajaan antara lain kerana
taraf bumiputranya itu. Dengan menjual kepada bukan melayu
dia telah mencemarkan kontrek (atau dasar melayu kerajaan)
itu. Oleh kerana Daim bercuti dan Mahathir di Dubai, bagaimana
Mokhzani boleh membuat pengumuman serta-merta itu?
Telatah Daim yang bercuti sekali lagi menyerlahkan sesuatu yang
tidak kena. Beliau mulanya diberitakan letih (oleh sumber rasmi
Umno), tetapi bila beliau masih berada di pejabatnya dikatakan
mempunyai banyak kertas kerja pula (sumber Umno lagi). Sekarang
lagi pelik - beliau masih boleh keluar merasmikan itu ini walaupun
banyak kertas kerja di pejabatnya. Apa yang menarik, sumber Umno itu 'betul belaka' sehingga polis
menangkap Ezam kerananya.. kenapa Mokhzani tidak dikenakan tindakkan
kerana melanggar peraturan urusniaga?
- Editor] (Mokhzani Mahathir Sells His Stakes In KLSE Companies)
Nampaknya, nasib Dato' Mokhzani bin Dr. Mahathir ada kaitan yang amat
bermakna dengan menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin. Dia telah
mengumumkan penjualan saham-saham pegangannya di syarikat yang tersenarai
di BSKL, untuk melindungi bapanya daripada kegagalan perniagaanya.
Lagipun dia mahu menghabiskan masa yang lebih kepada keluarganya dan
juga dia beranggapan semua rakyat Malaysia ini adalah bodoh-bodoh belaka.
Dia telah menyebut hanya dua nama syarikat -- Pantai Holdings dan
Tongkah, kedua-duanya adalah bergiat cergas dalam urusan kesihatan. Tongkah
pula bersama sebuah anak syarikatnya telah diberikan kontrak bernilai
RM350juta setahun untuk memberikan khidmat sokongan di hospital. Jadi,
apakah dia ditolak ataupun sengaja mahu menolak?
Besar kemungkinannya, keadaan tuntutan marjin (margin call) telah memaksa
beliau untuk menjual dua syarikat itu. Sebanyak 89 juta saham dalam
dua syarikat itu bernilai sekitar RM160 juta. Pada hari dia membuat
pengumuman itu, urusan niaga saham itu sahaja merupakan 60% putaran
niaga BSKL. Mokhzani telah menjualnya kepada pihak yang tidak pun
diumumkan namanya dalam satu 'private deal' (urusan peribadi.)
Keupayaannya menguruskan semua itu dalam satu hari perniagaan adalah
sesuatu yang menakjubkan. Mungkin yang membeli saham itu seorang tauke
Cina pengeluar sabun secara kecilan yang telah bergiat sejak beberapa
minggu yang lalu membeli saham itu di pasaran? Apakah penjualan Tongkah
itu bererti penguasaan orang Melayu dalam khidmat sokongan di hospital
kerajaan juga turut pupus? Benarkah dua syarikat ini sengaja menjadi
sasaran supaya khidmat penyeliaan hosptal menjadi perniagaan yang
dimonopoli oleh empayar niaga Daim?
Mokhzani berkata dia tidak dapat menghubungi ayahnya, di Dubai, untuk
memberitahu akan perkara ini. Sebelum dia boleh menjual saham
pegangannya, dia perlu mendapatkan persetujuan BSKL, Suruhanjaya Sekuriti
dan Jawatankuasa Pelaburan Asing. Hanya dua orang manusia (termasuk
bapanya) yang boleh memberikan izin itu dengan serta merta, sedangkan
bapanya itu tidak pula mengetahui rencana anaknya. Ini bererti orang yang
lagi satu itu ialah Tun Daim. Kenapa pula Tun Daim mesti begitu senang
membantunya sedangkan beliau sedang mengisytiharkan perang olok-olok
terhadap bapanya? Kenapa pula Mokhzani menggembar-gemburkan hanya dua daripada begitu
banyak syarikat lain dimana dia mempunyai pegangan saham yang besar?
Dia adalah ahli lembaga pengarah kepada 93 syarikat, termasuk yang
belum tersenarai di mana dia mempunyai pegangan saham yang berpada.
Kenapa sebut hanya dua nama syariakt di mana dia sudah pun menjual
sahamnya? Kenapakah dia menjual Pantai dan Tongkah, sedangkan Tongkah
telah dikurniakan dua daripada tiga kontrak dalam penswastaan
penyeliaan hospital yang bernilai RM350 juta setahun? Kontrak yang
ketiga telah dianugerahkan kepada Faber, syarikat di bawah Renong yang
diuruskan oleh kroni Tun Daim. Bukankah ini bererti penjualan saham
pegangan Mokhzani itu berakhir dengan wujudnya kuasa monopoli
perkhidmatan sokongan di hospital? Apakah Mokhzani merupakan satu 'bidak' dalam percaturan berani mati
antara Dato Seri Mahathir Mohamed yang menggunakan kuasa Politik Hapraknya
dan Tun Daim yang menggunakan kuasa wangnya? Doktor baik itu telah pun
menyindir betapa Daim telah mengusahakan halangan kepada Mokhzani menjadi
ketua bahagian UMNO Merbok selepas beliau sendiri tidak mengingini jawatan
itu. Betulkah Tun Daim mengarahkan bank-bank yang dikuasainya memaksa
Mokhzani menjual saham pegangan beliau itu setelah mengetahui beliau
sedang terlebih gering? Jika demikian, kenapa Tun Daim tidak
menyelamatkannya melalui Danamodal dan Danaharta, seperti yang
dilaksanakan kepada para kroni dan rakan niaganya?
Masalah Mokhzani bermula selepas Tun Daim menghantar surat perletakan
jawatan dan juga cuti dua bulan. Bagaimana Tun Daim menghabiskan
cutinya merupakan spekulasi yang hangat; dia berada di kementerian
kewangan dengan tekunnya menyelesaikan kerja-kerja yang lama tertangguh;
itulah yang dimaklumkan kepada kita. Namun, dia masih menjalankan tugas
seorang menteri kewangan, merasmikan persidangan, bangunan-bangunan dan
sebagainya. Apakah benar dia bercuti itu untuk memudahkan kerja-kerja
menyiapkan laporan lengkap selama 14 tahun lamanya mengenai pelaburan
UMNO, seperti yang diungkitkan oleh seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO?
Jika demikian, kenapa pula dia berada di kementerian kewangan?
Sepatutnya dia berada di Ibu pejabat UMNO.
Mokhzani telah memperlekehkan kesnya sendiri dengan satu cerita yang
tidak meyakinkan dan perilaku yang penuh keangkuhan. Dia beranggapan
kalau dia tidak mampu menjelaskan sesuatu, apa juga yang dia katakan
mesti diterima tanpa keraguan. Kerjaya niaganya adalah berkait rapat
dengan ayahandanya, betapa pun kita kaji perkara itu semuanya.
Dia masih belajar di universiti ketika ayahnya menjadi perdana menteri
pada 1981. Empayar niaganya membesar secara melonjak dalam masa satu
dekad dia menceburkan diri dalam perniagaan. Apabila ayahnya ditanya
akan perkara ini dalam mesyuarat kabinet satu ketika dulu, beliau
menjawab secara menyindir bahawa masa depan anak-anaknya tidak
seharusnya disekat oleh kedudukan jawatannya.
Oleh itu apa juga alasan yang diberikan oleh Mokhzani perlu dinilai
sewajarnya. Kalau dia benar-benar perihatin dengan maruah ayahnya
sepatutnya dia sudah bertindak lama dulu lagi. Sebaliknya pula,
ibunya pernah berkata dalam satu wawancara akhbar betapa ayah Mokhzani
tidak pernah membantu anak-anaknya, dan beliau memang tidak senang hati
mengenai perkara ini! Nampaknya banyak lagi kisah Episod Mokhzani
daripada yang dimaklumkan. Lagi banyak kita nilai episod ini, lagi
banyak ulat-ulat yang akan muncul. Semua itu tidak perlu muncul
daripada koridor mahkamah. Memadai dulu daripada pertelagahan antara
dua sahabat ikrab. Seolah-olah muncul ulang-tayang satu episod
bersejarah yang tercetus pada 1998 dulu.
-MGG Pillai- Rencana Asal: Mohkzani Mahathir Sells His Stakes In KLSE Companies
The Prime Minister's son, Mr Mokhzani Mahathir's fate is
inextricably linked with the finance minister, Tun Daim
Zainuddin. He sold his stake in KLSE-listed companies, so
he claimed, to protect his father for his business failings,
he wanted more time with his family, and thinks, without
doubt, that all Malaysians are fools. He names but two
companies -- Pantai Holdings and Tongkah, both in the
healthcare business, and after Tongkah and a subsidiary got
contracts worth RM350 million a year to provide hospital
support services. So, was he pushed or did he jump?
More likely, a margin call forced him to sell the two
companies. The 89 million shares in these two companies is
worth RM160 million. On the day of his announcement, this
represented 60 per cent of the KLSE's turnover. He sold it
to an unnamed party in a private deal. That he could find
one in a day is remarkable indeed. Could the buyer be the
small-time Chinese soap manufacturer who has, in recent
weeks, buying steadily into the two counters? Does this
sale of Tongkah mean non-Malay control of hospital support
services? Was these two counters targetted so that the
hospital care services would then be a monopoly in the Daim
business empire? He says he could not contact his father, in Dubai, to
tell him about it. Before he could sell his shares, he
needed KLSE, Securities Commission, and Foreign Investment
Committee approval. Only two men could give than approval
so quickly, and his father did not know of his son's plans.
So, it must be Tun Daim. Why must Tun Daim be so solicitous
of him when he is waging a phony war against his father?
Why should he highlight just two of the dozen and more
shares in which he has a stake? He is on the boards of 93
companies, many unlisted, in which he has sizeable
shareholdings, but mentiones just two from which he has
withdrawn. Why? Why did he sell Pantai and Tongkah, the
latter getting two of the three contracts for the privatised
hospital services worth RM350 million a year? The third
went to Faber, in the Renong stable run by a crony of Tun
Daim. So, would the sale of Mr Mokhzani's stake in the two
companies result in a monopoly of hospital support services?
Is Mr Mokhzani a pawn in the battle-unto-the-death of
Dato' Seri Mahathir Mohamed's Raw Political Power and Tun
Daim's Money? The good doctor already smarts that Tun Daim
did not ensure his son be UMNO division head of Merbok after
the finance minister did not want it. Did Tun Daim ask the
banks his empire controls to force Mr Mokhzani to sell,
knowing he is highly geared? If he was, why did not Tun
Daim rescue him through Danamodal and Danaharta, which did
his cronies and partners? Mr Mokhzani's problems begin after Tun Daim sent in his
resignation and took two-months leave. How Tun Daim
spends his leave is the subject of intense speculation:
he is in the finance ministry assiduously to clear files,
so we are told. Yet, he performs, on leave, functions as
finance minister, opening conferences, buildings. So, is he
on leave so he could present a full report in 14 years on
UMNO's investments, one UMNO supreme councillors now demand?
If so, why is he in the finance ministry? He should be at
UMNO headquarters instead. Mr Mokhzani spoiles his own case with his unconvincing
and arrogant performance. He believes that when he cannot
explain, anything he says will be believed. His business
career is linked to his father, however you look at it.
He was an undergraduate when his father became Prime
Minister in 1981. His business empire grew by leaps and
bounds within a decade he ventured into business. When his
father was asked about it in cabinet at that time, he said
testily that his children's future should not be constrained
by his position. So, one must discount his official reason for wanting
out. If he was so concerned of his father's reputation he
would have years ago. His mother, on the other hand, said
in a newpaper interview his father did not help the
children, and she was not happy about that! There is more
to the Mokhzani affair than we are told. The more one looks
into it, the more cans of worms surface. Not necessarily
from his bailliwick, but in the public dispute between two
friends, a replay of what happened in 1998.
M.G.G. Pillai |