Laman Webantu KM2A1: 4341 File Size: 8.2 Kb * |
TJ Baz NST: Selangor Berjaga-jaga Wabak Denggi By Annie Freeda Cruez 29/4/2001 10:57 pm Sun |
[Sejak Anwar diaibkan negara menghadapi pelbagai bencana
yang bagai ingin memberi amaran kepada rakyatnya yang masih tidur
sedangkan kezaliman berleluasa. Setiap kali ia melanda, terkorban
beberapa nyawa yang sebelum ini nampak selamat dan sihat-sihat
sahaja. Kali ini Selangor dilanda wabak denggi setelah Johor diserang
penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD). Dulu kita digemparkan
dengan virus JE Nipah yang membunuh manusia dengan dahsyatnya
sehingga lengang bagai puaka Bukit Pelanduk di Negeri Sembilan.
Sesungguhnya tuhan mengirim sesuatu dengan tragedi-tragedi itu
agar manusia belajar dan insaf akan hidupnya yang boleh ditamatkan
serta-merta dalam keadaan yang amat terleka.
Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar dari penyakit ini kerana
sejarah merakam tuhan mengirim bala kepada umat yang berdiam diri
kepada kezaliman dan ia menghempap semuanya sekali kerana masih
berdegil untuk memperjuangkan ugama dan maruah yang dinodai.
Bila itu berlaku segunung harta pun tidak akan mampu menyelamatkan
apa-apa lagi. Selangor di dalam keadaan berjaga-jaga untuk wabak
denggi 4 menemui ajal di dalam tempoh 113 hari
Lebih kurang 1400 orang dimasukkan ke hospital
Oleh : Annie Freeda Cruez Selangor telah diletakkan di dalam keadaan
berjaga-jaga untuk wabak denggi apabila penyakit itu
telah mengorbankan 4 nyawa di dalam masa 113 hari
tahun ini. Dalam pada itu, sejumlah 1,383 orang telah dimasukkan
ke hospital-hospital kerajaan dan swasta selepas
dijangkiti penyakit itu di antara bulan Januari dan
kelmarin. Menteri Besar Datuk Seri Dr. Khir Toyo berkata Kerajaan
Negeri memandang serius pertambahan jumlah kes dan
telah mengarahkan semua jabatan-jabatan kerajaan
tempatan dan jabatan-jabatan kesihatan daerah untuk
segera bertindak mengawal wabak tersebut melalui
langkah-langkah yang proaktif sebelum lebih banyak
nyawa yang terkorban. Beliau memberitahu bahawa kawasan-kawasan yang paling
teruk dilanda penyakit tersebut adalah Shah Alam,
Subang Jaya, Klang dan Kajang. Kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam berada di senarai
teratas paling banyakdengan 458 kes-kes denggi
termasuk 1 kematian, diikuti oleh Majlis Perbandaran
Klang dan Daerah Klang dengan 227 kes dan 2 kematian,
Majlis Perbandaran Subang Jaya (266), Majlis
Perbandaran Selayang (108), Majlis Perbandaran Kajang
(100), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (82), Sepang
(55), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (40), Kuala
Langat (22), Kuala Selangor 12 dengan 1 kematian, Hulu
Selangor (11) dan Sabak Bernam (2). Selain dari memantau indeks aedes, Dr. Mohd. Khir
berkata, pegawai-pegawai penguatkuasa telah diarahkan
untuk melakukan pemeriksaan di semua kawasan yang
berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes
seperti tapak-tapak pembinaan, kawasan pelupusan
sampah, longkang-longkang yang tersumbat dan
kawasan-kawasan perumahan. "Orang-orang awam juga perlu memainkan peranan yang
proaktif di dalam menghalang penyakit tersebut dari
merebak. Mereka hendaklah memastikan rumah dan kawasan
sekitar rumah sentiasa di dalam keadaan yang bersih,"
tambahnya. Pemilik-pemilik rumah telah digesa untuk memusnahkan
semua bekas-bekas kosong, plastik dan apa sahaja yang
boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk-nyamuk aedes.
Bekas-bekas seperti baldi-baldi atau tong-tong
mestilah bertutup rapat dan abate digunakan pada air
yang disimpan selain dari sentiasa menukar air pada
tapak pasu-pasu bunga dan dulang-dulang serta
membersihkan pepalung pada bumbung rumah.
Dr. Mohd. Khir berkata denggi boleh dikawal hanya
dengan kerjasama para penduduk. Pegawai-pegawai jabatan kesihatan negeri menjelaskan
bahawa mereka telahpun memulakan operasi-operasi di
seluruh negeri dengan memberi perhatian kepada
kawasan-kawasan yang berisiko tinggi di samping
menjalankan gotong-gotongroyong, program-program
pendidikan kesihatan dan aktiviti-aktiviti foging
(penyemburan asap ubat untuk memusnahkan tempat-tempat
pembiakan nyamuk aedes) di semua kawasan yang dilanda
wabak denggi. Pegawai-pegawai penguatkuasa juga telah diarahkan
untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka
yang didapati membiak nyamuk-nyamuk aedes.
Kecuaian di dalam memeriksa keadaan-keadaan tempat
pembiakan nyamuk boleh didakwa di bawah Akta
Pemusnahan Penyakit Bawaan Serangga 1975 yang membawa
kepada denda sebanyak RM1000.00 tau penjara 3 bulan
atau kedua-duanya. Mereka yang bersalah juga boleh didenda tidak melebihi
RM50 sehari sehingga kawasan yang berpotensi
dimusnahkan. Seseorang yang didapati bersalah juga
boleh dikenakan denda segera tidak melebihi RM100
tanpa sebarang amaran. Terjemahan Bazooka Rencana Asal: http://www.nstpi.com.my/Current_News/NST/
Thursday/Frontpage/20010426161441/Article/
26 Apr 2001 Selangor on dengue alert Four dead in 113 days, about 1,400 hospitalised
by Annie Freeda Cruez Selangor has been put on dengue alert when the disease claimed the lives of
four people within 113 days this year.
In addition, a total of 1,383 people have been hospitalised in Government
and private hospitals after being infected by the disease between January
and yesterday. Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo said the State Government viewed
the increase in the number of cases very seriously and had directed all
local authorities and district health departments to swing into action to
contain the outbreak through proactive measures before more lives were lost.
He said the worse hit areas were Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang and
Kajang. Shah Alam City Council area topped the list with 458 dengue cases including
one death, followed by Klang Municipal Council and Klang District with 227
cases and two deaths, Subang Jaya Municipal Council (266), Selayang
Municipal Council (108), Kajang Municipal Council (100), Petaling Jaya
Municipality (82), Sepang (55), Ampang Jaya Municipal Council (40), Kuala
Langat (22), Kuala Selangor 12 with one death, Hulu Selangor (11) and Sabak
Bernam (two). Besides monitoring the aedes index, Dr Mohd Khir said, enforcement officers
had already been directed to carry out checks at all potential aedes
mosquito breeding grounds such as at construction sites, dumpsites, clogged
drains and housing estates. "Members of the public have also got to play a proactive role in curbing the
spread of the disease. They must ensure that their houses and surroundings
are clean at all times," he added. Houseowners have been urged to destroy all empty containers, plastics and
whatever that could contain water that can lead to breeding of aedes
mosquitoes. Containers such as pails, urns or drums must be tightly closed and abate
must be used in stored water besides the changing of water in flower pots
and trays regularly and cleaning of the roof gutters.
Dr Mohd Khir said dengue could be controlled only with the co-operation of
the people. State health officials said that they have already stepped up operations
throughout the State with emphasis in high-risk areas besides the carrying
out of gotong-royong, health education programmes and fogging activities in
all dengue outbreak areas. Enforcement officers have also been directed to take stern action against
all those found breeding aedes mosquitoes.
Carelessness in checking conditions for the breeding of mosquitoes could
lead to prosecution under the Destruction of Disease Bearing Insect Act 1975
where the penalty is a fine of RM1,000 or three months' jail or both.
Offenders can also be fined not more than RM50 per day until the potential
site is destroyed. An offender can also be immediately compounded not more
than RM100 without warning.
|