Laman Webantu KM2A1: 4344 File Size: 11.8 Kb * |
TJ MT MGG: Mokhzani Nafi Terima Kontrak Kerajaan By M.G.G. Pillai 30/4/2001 5:55 am Mon |
MGG 9701 [Mokhzani mengatakan tohmahan beliau membolot kontrak kerajaan
yang lumayan adalah palsu. Tetapi bagaimana projek penswastaan itu
dihadiahkan kepadanya sedangkan kepakaran dan turnover syarikatnya
tidak termampu untuk mengauk projek berjuta-juta itu. Kroni Daim
tentu cemburu gagal di situ sehingga Mokhzani dihalang dari menjual
saham Bank Phileo Allied oleh Daim satu ketika dulu (FEER 3/5/2001)
Sejarah mencatat dia memperolehi kontrak selama 15 tahun (untuk
menyelia 20 buah hospital di seluruh negara) pada tahun 1997 ketika
Ali Abul Hasan mejadi pengarah EPU. (freeMalaysia) Inilah pengarah
EPU yang di dalam lacinya ditemui wang tunai ratusan ribu oleh bekas
pengarah BPR, Datuk Shapei Yahya yang telah bersaksikan penemuan itu
di mahkamah dan kesaksiannya itu tidak berani dipertikaikan oleh
kerajaan sehingga hari ini. Pertembungan bisnes Daim-Mokhzani ini akan membongkarkan banyak
rahsia yang tidak enak didengar yang akan menjerut Mahathir yang
sedang terumbang-ambing di tampuk kuasa. Daim tidak perlu bimbang
kerana beliau sudah 'tidak bekerja' tetapi Mahathir tidak boleh lena
kerana beliau mahu bekerja sampai mati untuk menjawab semua isu
yang akan timbul untuk mengaibkan dirinya.
- Editor ] (Mokzani Denies Getting Government Projects)
Anak lelaki PM yang kedua, Dato Mokhzani Mahathir telah memberikan
penjelasan kenapa dia mengundurkan diri daripada dunia korporat. Dia
berkata: 'Kebelakangan ini terlalu banyak fitnah membabitkan saya
dengan projek-projek kerajaan. Tohmahan itu adalah palsu dan saya
rasa ini adalah satu usaha yang tidak bertanggungjawab untuk mencemar
nama saya dan juga ayahanda saya.' Sepatutnya dia sanggup bercerita
sedikit bagaimana Tongkah diberikan penswastaan khidmat sokongan di
hospital. Ketika tender dibuka, tiga syarikat telah disenaraikan untuk
dipertimbangkan keatas tiga buah kontrak -- bahagian utara, tengah dan
selatan: Faber, Readycare, Hicom.
Hicom telah mengemukakan tawaran yang terbaik. Tetapi, secara tiba-tiba
berlaku pula penilaian semula dan beberapa kriteria ditukar oleh Unit
Perancang Ekonomi negara yang ketika itu diketuai oleh satu nama
yang cukup terkenal: Tan Sri Ali Abul Hassan (yang kemudiannya dinaikkan
pangkat menjadi Gabenor Bank Negara dan kini menjadi penasihat ekonomi
kepada Perdana Menteri). Hicom telah digugurkan dan Tongkah telah terpilih
sebagai pengganti.Pada waktu itu 'turnover' perniagaan Tongkah hanya
RM12 juta, setelah diberikan kontrak khidmat sokongan hospital itu
turnover Tongkah melonjak menjadi RM175 juta.
Mokhzani mengaku sudah keluar daripada kegiatan syarikat yang
tersenarai dengan BSKL, dengan terjualnya segala saham pegangannya
dalam Tongkah dan Pantai. Tetapi dia tidak pun menyebut nama syarikat
lain di mana dia masih memegang sahamnya. Kenapa tidak? Dia telah
memberikan wawancara kepada New Sunday Times (dan juga Utusan Mingguan
- penterjemah) yang mencetuskan lebih banyak soalan berbanding jawapannya.
Dia bertegas supaya rakyat Malaysia menghormati tindakannya. Tetapi tidak
pun memberi ruang untuk kehormatan itu diberikan kepadanya apabila dia
bercakap dengan penuh angkuh mahukan penghormatan kepada segala
tindakannya. Dia berbohong apabila mengatakan ayahandanya tidak pun tahu
akan perbuatannya itu. Orang yang membeli sahamnya yang bersamaan 32.9
persen saham syarikat, ialah seorang tuanpunya kilang sabun bernama Mr. Lim
Tong Yong. Tauke ini telah mengaku betapa dia telah menghabiskan masa
yang agak lama, berbulan lamanya, untuk membeli semua pegangan saham
Mokhzani itu. Tetapi, secara tiba-tiba pula Mokhzani mencuba menelefon si
bapa untuk memberitahu apa yang dilakukannya.
Dia mengungkit kisah anak-anak Suharto yang menjadi kaya raya. Mereka
menerima kekayaan itu kerana ayah yang sungguh sayang dan memanjakan
mereka. Dalam kisah Mokhzani, beliau mempunyai seorang ayah yang garang
yang melarang anak-anaknya terlibat dalam urusniaga kerajaan. Inilah cerita
yang beliau hamburkan kepada para wartawan yang mudah dimanjakan dan
mengharapkan kita semua mempercayainya. Kalau dia dan semua malaun yang
setongkang dengannya tidak membenarkan orang luar menyelongkar muslihat
putarbelitnya, sudah tentu segala motif tindakannya boleh diragukan.
Masanya tindakan itu dilaksanakan adalah memang amat bertepatan. Dia
masih tidak memberikan penjelasan kenapa dia angkat kaki daripada projek
kontrak hospital yang bernilai RM350 juta setahun.
Apakah tindakannya itu ada kaitan dengan peristiwa yang berlaku semasa
dia mengambilalih Pantai yang sudah menjadi satu isu perbalahan? Dia
pernah meceritakan kepada seorang bekas wartawan 'The Sun' bagaimana
pengambilan Pantai dilakukan menerusi sebuah syarikat di Hongkong di
mana semua pihak adalah pemegang saham syarikat Hong Kong itu. Inilah
pendedahan yang menjerat kaki Mokhzani sekarang. Wartawan itu sudah pun
disingkirkan oleh majikannya kerana menulis cerita itu. Tidak lama lagi,
Mokhzani akan muncul sebagai seorang saksi di Mahkamah Arbitration
Industri (Industrial Arbitration Court) pada bulan hadapan.
Terlampau banyak benang-benang halus yang tidak jelas dalam rentangan
kain kelentongan korporat ini. Mokhzani ialah sebiji bidak dalam
percaturan peperangan politik antara ayahandanya dan menteri kewangan,
Tun Daim Zainuddin. Seperti yang berlaku kepada keluarga Suharto,
kabilah Bin Mahathir akan terhumban di tepi jalan keaiban sebaik sahaja
muncul satu regim yang baru menggantikan Dr. Mahathir. Seperti juga
dengan perniagaan Darulboleh, para kroni, juak, anak-pinak dan
sukusakat golongan ningrat, telah naik kaya raya dan menjalin empayar
jaringan niaga yang mendapatkan bantuan pegawai kerajaan mengikut
arahan. Sistem perbankan negara adalah satu contoh bagaimana mereka
berjaya bertindak secara gelojoh. Begitu juga dengan Danamodal dan
Danaharta. Pada satu ketika tiga-tiga anak lelaki perdana menteri in
menanggung beban hutang di Malaysia dan Singapura bernilai berbilion
ringgit, banyaknya. Alangkah peliknya apabila hanya Mokhzani yang sibuk-sibuk mengenai
maruah ayahandanya. Tidak pun ada cerita daripada abang dan adiknya yang
cuba mencontohi tindakannya. Kalau mengikut undang-undang yang
disebutkan Mokhzani, dia boleh menganggotai lembaga pengarah kepada
lima syarikat sahaja. Bagaimana pula kisah 88 syarikat swasta lain
yang dikuasainya? Kalau dia mahu keluar daripada sinario korporat
apakah dia akan menjual habis keseluruhan empayar perniagaannya? Apa cara
pun Mokhzani harus dilihat bersih dan telus. Tetapi, janganlah dia
mengharapkan rakyat Malaysia mengalu-alukan tindakannya itu dengan
tangan terbuka. Sebenarnya ada muslihat terselindung di mana juga.
Kalau anda bersenang lenang dalam rumah kaca, anda mesti bersedia
menerima lontaran batu ataupun bata. -MGG Pillai- Rencana Asal: Mokhzani Denies Getting Government Projects
The Prime Minister's second son, Mr Mokhzani Mahathir, in
his alleged withdrawal from the corporate scene, said:
"Lately there have been many wild allegations linking me
with government projects or mega projects which are not
true, and I feel this is an irresponsible move to tarnish my
name and that of my father." Perhaps he would care to say
how Tongkah came to get the privatisation of hospital
support services. When the bids were open, three companies
were shortlisted for the three contracts -- for the
northern, central and southern regions: Faber, Readycare,
Hicom. In fact, Hicom had the best bid; somehow, after a
re-evaluation, with the criteria changed midway by the
Economic Planning Unit under the skilful guidance of one Tan
Sri Ali Abul Hassan (who went to higher heights as Bank
Negara Governor and is now economic adviser to the Prime
Minister), Hicom was dropped and Tongkah chosen in its
place. At that time, Tongkah's turnover was RM12 million,
after this hospital support services contract, it rose to
RM175 million. He admits only to getting out of Tongkah and Pantai
while saying he is out of all listed companies in which he
had a stake. He does not mention what they are. Why not?
He has "full" tell-all interview in the New Sunday Times
today, which spawns more questions than answers. He insists
upon being respected by Malaysians for what he did, but
leaves no room for that when he talks as a spoilt brat,
insisting he demands respect for what he did. He lied about
his father not knowing about it. The man who bought his
32.9 per cent shares, a soap-manufacturer named Mr Lim Tong
Yong, says he had been negotiating for the stake for months.
Yet Mr Mokhzahi tried to call his father in Dubai to tell
him what he did. He is even dismissive of how the Suharto clan acquired
its wealth. That was given to them by a doting father; in
his case, a stern father prevented his children from
involving themselves in government business. We are
expected to believe these assertions said to fawning
journalists. When he and his ilk would not allow an
introspective look at what he has done, his motives must be
suspect. The timing could not be worse. He still does not
explain why he walks away from the hospital support services
and its RM350 million a year. Has his decision got to do with what could happen if
how he acquired Pantai be a matter of dispute? What he told
a former Sun journalist about how it was done through a
Hongkong company in which all parties were shareholders
could put him in hot water. The journalist was dismissed
for writing it. Mr Mokhzani is due to appear as a witness
in that journalist's action in the Industrial Arbitration
Court next month. Too many strands cannot be explained in this alleged
corporate seppukku. He is a pawn in a larger political
battle -- that of his father and the finance minister, Tun
Daim Zainuddin. Like the Suharto family, the Bin Mahathir
clan would fall by the wayside under a new regime, whoever
succeeds Dato' Seri Mahathir. Like all Bolehland business
men cronies, courtiers and siblings of the Establishment,
they spun a business empire with all official help at their
command. The Malaysian banking system is testimony to their
avarice. So Danamodal and Danaharta. At one time, the
three sons of the Prime Minister had debts, in Malaysia and
Singapore, of billions of ringgit. It is curious that only Mr Mokhzani is bothered about
his father's reputation. There is no talk of his other two
siblings doing what he did. As for Mr Mokhzani, by law he
can sit on five listed company boards. But what about the
88 private companies he controls. If he is out of the
corporate scene, is he disposing of his business empire a
well. Either way, he should come clean. But he should not
expect a grateful Malaysia welcoming his decision with open
arms. There is a catch in it somewhere. If you insist on
living in a glass house, you must expect to be stoned.
M.G.G. Pillai
|