Laman Webantu KM2A1: 4347 File Size: 12.3 Kb * |
TJ MT MGG: Kerajaan Gelabah Dengan Masalah Perubatan Anwar By M.G.G. Pillai 30/4/2001 6:14 pm Mon |
MGG 9801 [Kesakitan Anwar sudah semakin tidak terperi sehingga terpaksa memakai
pengekang leher (neckbrace). Kerajaan bertegas mahu beliau dirawat di sini
dengan memberi pengakuan 14 doktor pakar. Tetapi tidak seorang pun doktor
itu pakar yang diiktiraf antarabangsa atau pakar membius mikro. Kes Anwar
bukan kes biasa lagi kerana sudah 5 bulan terbiar (overdue). Ia memerlukan
pakar segala pakar. Jika Mahathir sendiri berada di situ sudah lama beliau
dihantar keluar negara kerana kepakaran di sini tidak ada. Kita cuma pakar
menyulitkan lagi penyakit orang sehingga ia semakin memudaratkan.
Semakin lambat kerajaan menyelesaikan masalah sakit Anwar semakin teruk
imej kerajaan tercabar. Ia akan mencetus simpati yang tidak dapat dibendung
dengan seratus tipu-tipuan atau pendakwaan lagi. Anwar sanggup berkorban
menempuhi satu risiko yang amat perit untuk menyanggah kerajaan yang zalim.
Risiko seperti ini jugalah yang mendorong Fauzi bangun dari diam untuk
berkorban. Dan ramai lagi akan muncul untuk mengajar Umno dengan penuh
kejutan. Anwar telah merangsang sesuatu dalam diri orang melayu yang jauh terpendam
tanpa perlu bercakap berjam-jam. Inilah yang membuat Mahathir dan Umno
menggelabah dan tidak dapat duduk diam walaupun Anwar telah dipenjarakan.
- Editor] (Government's Insecurity Over Anwar's Medical Treatment)
Timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi (AAB) merasa terpanggil
untuk campurtangan dalam kisah terkini yang dihadapi oleh Anwar
Ibrahim. Hospital Kuala Lumpur telah memberitahu Anwar betapa dia perlu
menjalani pembedahan, jika enggan harus bersedia menghadapi akibahnya.
Jabatan penjara risau dengan kos sebanyak RM60,000 (tidak termasuk
sabsidi kerajaan yang dibelanjakan) untuk menyediakan bilik wad Kelas
Satu di HKL itu. Sebagai perbandingan sesaorang pegawai tinggi
kerajaan apabila makan tengahari di hotel Kelas Satu (lima
bintang-penterjemah) berbelanja sedikit rendah daripada kos harian
memasukkan Anwar di hospital. Sedangkan ada satu kisah songlapan
urusan 'bond antarabangsa' yang melibatkan beberapa orang pegawai
tinggi kerajaan yang bernilai US$5 bilion dollar.
Kerajaan telah memberikan taklimat kepada para diplomat termasuk satu
perjumpaan yang membabitkan menteri kesihatan Chua Jui Meng yang disertai
oleh 14 orang doktor pakar yang kebanyakannya tidak pun tahu-menahu atau
pakar dalam penyakit yang dihidapi oleh Anwar. Kehadiran semua pakar
itu adalah bertujuan untuk menyokong segala kenyataan kerajaan.
Kenyataan Paklah menyerlahkan adanya perikemanusian terhadap Anwar.
Kini, terpulang kepada Dato Seri Anwar untuk membuat pilihan
layanan perubatan yang macam mana yang Anwar mahukan. Inilah yang
Paklah nyatakan kepada ahli UMNO. Namun demikian, lagi kerap dia dan
rakan-rakan kabinetnya membuka mulut mengenai perkara ini, lagi kerap
pula mereka tidak dipercayai. Masalah Anwar menjadikan kerajaan sentiasa goyang. Pemimpin UMNO,
terutama sekali mereka dalam kerajaan, mesti berbincang hal itu,
seolah-olah memberi keyakinan diri betapa mereka sudah melakukan sesuatu
yang betul. Sebaliknya mereka telah terperangkap di satu sudut yang
menghenyak diri sendiri. Inilah yang memaksa mereka membuat keputusan
yang menyulitkan mereka akhirnya. Keadaan penyakit yang ditanggungi Anwar
memang merupakan sesuatu yang serius. Kini, dia mengenakan pengekang
leher untuk meredakan kesakitan yang menghunjam lehernya. Dia
bergerak dengan kerusi roda. Sekarang, kerajaan mahu menghantarnya
kembali ke penjara Sungai Buloh, melainkan dia bersetuju menjalani
pembedahan yang berkemungkinan besar menyebabkan dia menjadi lumpuh.
Jika dia tidak bersetuju juga, dia terpaksa menaggung risiko dan
tanggungjawab apa yang terjadi kepada diri sendiri akhirnya.
Malangnya, kerajaan tidak menyedari betapa perkara itu bukannya
semudah yang dianggapi. Kerajaan mahu terus menonjolkan isu Dato Seri
Anwar ini. Kerajaan bertindak meneruskan lima lagi tuduhan berkaitan
salahlaku dan korupsi terhadap Dato Seri Anwar. Kes itu sepatutnya
dibuka semula hari Sabtu lalu tetapi tertangguh kerana dia menanggung
kesakitan yang amat sangat. Dia terpaksa disorong dalam kerusi roda
ketika mahkamah duduk dengan selesa. Rakyat akan membuat perbandingan
dengan keadaan dia mula-mula hadir di mahkamah. Secara lahiriah ia
berjaya mengalihkan tumpuan daripada dirinya kepada penyakit yang
menyiksa. Sekarang, tumpuan beralih kepadanya semula.
Mungkin juga ini semua sengaja diada-adakan. Jumlah manusia yang
bersimpati dan menyokong beliau sudah pun bertambah berlipat kali ganda.
Bukannya disebabkan fahaman politik tetapi kerana perasaan kemanusiaan.
Setiap kali kerajaan bertindak untuk mendera beliau, setiap kali itulah
kerajaan kehilangan sokongannya. Kerana itu pemimpin UMNO kerap menyebut
nama Anwar setiap kali mereka bertemu rakyat marhaen. Dalam politik
Malaysia hari ini, hanya satu perkara yang diberikan tumpuan: Konfrontasi
Mahathir-Anwar. Yang lain jatuh di tangga nombor dua.
Kerana itu kerajaan menilai masalah Dato Seri Anwar dari kacamata
politik sambil meniru pendekatan tindakan yang beliau pilih. Cuma ada
satu perbezaannya: Anwar sudah nekad menaggung risiko tindakannya.
Kerajaan tidak punyai pilihan lagi selain menjadikannya isu politik
juga. Setakat ini, tindakan kerajaan itu menghala ke jalan buntu
Dato' Seri Anwar menerima hakikatnya betapa dia boleh terus lumpuh
ataupun cacat anggota, dan memilih satu bentuk peperangan yang
berkemungkinan besar menjatuhkan Mahathir dan kerajaannya. Setiap
kali Anwar diganyang, setiap kali itulah dia bertindak balas dalam
percaturan ketahanan diri dan kebijaksanaan berpolitik yang menyerlahkan
siapa yang menang dan siapa pula yang kecundang. Menteri-menteri kabinet
dan juga pemimpin UMNO terlalu takut untuk kehilangan kedudukan
mereka sedangkan rakyat marhaen percaya Dato Seri Anwar adalah seorang
pemimpin yang tidak pernah gerun berjuang sehingga sanggup berkorban
nyawa. Inilah yang membuatkan UMNO bergelut dengan tali-temali kesyaitanan
yang menghantuinya. Pemilihan jawatankuasa bahagian UMNO kini,
berkemungkinan besar diwarnai oleh lebih ramai penyokong Anwar daripada
yang pernah dilihat di waktu yang silam. Episod Fauzi Abdul Rahman
di Kuantan, membuktikan lebih ramai lagi penyokong Anwar dalam UMNO
yang sanggup berkorban dan menyerlahkan nekad mereka. Kesannya memang
amat membahayakan sehingga setiausaha agong UMNO, Tan Sri Khalil
Yaakob mungkin terpaksa melepaskan jawatan. Perdana Menteri kini
dikatakan sedang berura-ura melantik seorang MP yang diiktiraf
penyokong Anwar untuk menjadi anggota kabinet. UMNO tidak akan dapat
melayari gelora politik kalau-kalau sesuatu musibah mengenai Insan
Yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara Jua itu. Inilah getaran
kerungsingan yang sedang bergegar dalam UMNO.
Rencana Asal: The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi,
does not want to leave well enough alone. The Hospital
Kuala Lumpur has told his jailed precedessor, Dato' Seri
Anwar Ibrahim, he must have his operation or face the
consequences. The prison department is worried it has cost
RM60,000 so far (and this does not cost the government
subsidies involved) to keep him at the HKL, in a first class
ward to boot. To put matters in perspective, one lunch at a
first class hotel of senior civil servants was just short of
what it has cost to keep him in hospital so far. And the
fake bond scam involving high ranking officials a mere US$5
billion. The government has briefed diplomats, including one
last week where the health minister, Dato' Chua Jui Meng,
and 14 specialists, most of whom not specialists in the
medical problem Dato' Seri Anwar has, held forth. Even the
specialists he consulted are brought to back up the
government's claims. Now, Dato' Seri Abdullah justifies the
humane treatment it metes out to him. It is for Dato' Seri
Anwar to decide on how he would be treated, he assures UMNO
members. But somehow the more he and his colleagues talk
about it, the more they are disbelieved.
For the Anwar problem is what destabilises the
government. UMNO leaders, especially in government, must
talk about it, as if to convince themselves that they have
done the right thing. But they paint themselves into a
corner. It takes decisions that can redound on them. Dato'
Seri Anwar's medical condition is serious. He now wears a
neck brace to ease the pain which has gone to his neck. He
moves about in a wheelchair. Now, the government wants to
send him back to Sungei Buloh prison, and would if he does
not agree to an operation with a greater chance of being
paralysed. And it he does not, he takes full responsibility
for what happens thereafter. Unfortunately, for the government, it is not that
simple. It insists on keeping Dato' Seri Anwar in the
public eye. The government proceeds with the other five
charges of s###my and corruption against him. It was to
have been mentioned on Saturday, but he was in excruciating
pain. He would be brought in a wheel chair when the court
sits in a fortnight. People would compare this with how he
was the last time he appeared in court. It had, in a sense,
succeeded in diverting attention from him to his ailments.
Now it brings him into the focus. This is perhaps deliberate. If anything, the numbers
that now sympathise with the jailed deputy prime minister is
more than it every was. Not in political, but in human,
terms. Every action the government takes to put him into a
strait jacket, it loses more support. That UMNO leaders
must talk about Dato' Seri Anwar whenever they address an
UMNO meeting indicates the problem. In Malaysian politics
today, only one thing matters: the Mahathir-Anwar
confrontation. Everything else takes second place.
The government therefore looks upon his medical
problems politically, echoing what Dato' Seri Anwar has
done. But with this one difference: he is prepared to face
the consequences of his action; the government has no
option but to turn it into a political issue. So far, it
does not succeed. Dato' Seri Anwar accepts he could become
paralysed or even a quadriplegic, and fights a different
battle, knowing that if he does, both Dato' Seri Mahathir
and the government loses. He turns every confrontation into
a political test of wills in which the outcome has a clear
winner and a clear loser. The government is forced to
respond, but losing ground with every step. The cabinet and
UMNO leaders are afraid of losing their positions, Dato'
Seri Anwar, in the public belief, is not afraid to die.
It ties UMNO in diabolical knots. The UMNO divisional
elections would probably have more Anwar supporters elected
than in the previous. The Fauzi Abdul Rahman affair in
Kuantan showed that there are Anwar supporters in UMNO
prepared to stand up and be counted. The fallout of that is
so severe that the UMNO secretary-general, Tan Sri Khalid
Yaakub, could well resign. Rumour has it that Dato' Seri
Mahathir demanded his resignation. The Prime Minister
considers appointing a known Anwar-supporting MP into the
cabinet. It is now abundantly clear that whatever happens,
UMNO will not have a smooth ride if He Who Must Be Destroyed
At All Cost is. I note a hint of desparation in UMNO.
M.G.G. Pillai |