Laman Webantu KM2A1: 4349 File Size: 26.8 Kb * |
TJ fM B2: Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi By freeMalaysia 30/4/2001 10:36 pm Mon |
ENIGMA 0201 [Daim pernah gagal untuk memenuhi hasrat Mahathir beberapa kali
di saat khidmatnya diperlukan. Hubungan antara mereka timbul
tenggelam mengikut keadaan. Masing-masing tahu dan sibuk merancang
untuk mengecapi sesuatu yang diidam-idamkan dengan penuh muslihat.
Daim hanya mendampingi Mahathir setelah beliau dipuncak kekuasaan.
Oleh itu Daim mendampingi Harun Idris untuk membolot harta-karun
di Kuala Lumpur dalam bentuk tanah dan projek perumahan. Kemudian
beliau menghilang bila Harun disabitkan rasuah hanya muncul kemudian
bila mengetahui dia tidak dilibatkan. Lantas dia mendesak Harun di
bebaskan sebagai membalas jasanya menjadikan Daim seorang hartawan.
Setelah itu Harun dilupakan kerana dia sudah tidak mampu memberi
projek yang diimpikan. Pendeknya Daim pandai menggunakan orang untuk mencapai cita-citanya
dan cepat-cepat menghilang bila krisis menjelang. Hari ini beliau
seperti mahu menghilang dengan bercuti diam-diam tetapi masih
kepejabat untuk membuat kerja yang tidak dinyatakan. Seolah-olah
beliau sedang bermasalah kerana ini tektik lama bila kesempitan....
Tetapi yang pastinya beliau akan berpaut di seluar sesiapa sahaja
yang mampu menjadi jambatan untuknya membina kekayaan. Mungkin Dollah
Badawi sudahpun perasan? Penterjemah: Penulis R4MAC
freeMalaysia Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi
Bahagian Kedua Mahathir Mohamed bukanlah pilihan pertama Daim Zainuddin sebagai
penaung dan pelindung politiknya pada tahun-tahun 60an dan awal 70an.
Sesungguhnya bakal perdana menteri itu bukanlah pilihan langsung bagi
Daim. Sementelahan ketika itu beliau masih muda, sekadar seorang doktor
dan bukan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Namun adalah pasti pada tahun 60an bintang Dr. Mahathir dikala itu sedang
bersinar. Tetapi disebabkan sifatnya yang menyengat dan kritikannya yang
tidak berselindung terhadap pemerintahan campuran Tunku Abdul Rahman
telah menampakkannya, terutama kepada kebanyakkan penganalisa politik
ketika itu sebagai seorang tokoh politik yang tidak akan bertahan lama.
Pandangan seperti ini amatlah tepat dan benar terutamanya di kalangan ahli
perniagaan yang mencari tempat bernaung dengan penaung politik yang
mempunyai daya tahan untuk berkuasa. Oleh sebab pada waktu itu, Dr.
Mahathir kelihatan seperti menuju ke arah pergeseran dengan `political
establishment', hal ini telah menimbulkan ketakutan di kalangan bukan
Melayu, terutamanya masyarakat perniaga berbangsa Cina. Jadi walaupun
Daim telah mengenali Dr. M semenjak 1953 - mereka mula diperkenalkan
oleh ipar Dr M dan salah seorang saudara Daim - mereka tidak menjadi
kawan rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain sehinggalah lewat
70an. Malahan setelah 13 tahun berlalu selepas mereka mula diperkenalkan
barulah kedua-dua anak jati Kedah ini (jarak umur 12 tahun) bertemu kembali.
Daim yang lebih muda, ketika itu bekerja dengan Kesatuan Pengangkutan
terlibat dalam satu kes perundangan yang dimulakan oleh Dr. Mahathir yang
ketika itu bertindak sebagai penasihat kepada biro pekerja UMNO. Daim telah
kalah dalam kes ini, bertepatanlah dengan reputasinya yang tidak menyerlah
di dalam kerjayanya sebagai peguam. Keputusan mahkamah ini menyebabkan
lebih kerenggangan antara mereka dan mengecewakan Dr. M.
Seterusnya kisah yang menceritakan hubungan awal mereka berdua ialah
sewaktu Daim menolak permintaan Mahathir untuk menerbitkan bukunya "The
Malay Dilemma", buku yang telah melonjakkan Mahathir ke peringkat atasan
barisan UMNO dan kepada penonjolan politik serantau. Pada tahun 1969, Dr
M telah menunjukkan satu draf buku tersebut kepada anak saudaranya,
Ahmad Mustapha dan Daim yang sewaktu itu memiliki sebuah perniagaaan
penerbitan yang kecil secara bersama. Tetapi disebabkan ekonomi yang
lemah pada ketika itu iaitu selepas rusuhan kaum pada 13 Mei, mereka
berdua telah mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan buku itu kerana
takut rugi dan bimbang pada tekanan politik. Jadi Mahathir telah mendapatkan
penerbit lain dari Singapura. Buku itu, seperti yang dijangkakan telah
diharamkan di Malaysia untuk beberapa tahun, namun begitu telah dibaca
secara meluas oleh masyarakat di Malaysia.
Seperti yang tersebut di bahagian pertama, Daim menjadi pemaju hartanah
selepas kegagalan pembabitannya dalam bidang pembuatan. Dia
menubuhkan Syarikat Maluri Sdn. Bhd. pada tahun 1971 untuk
mengendalikan pembabitannya dalam bidang tanah untuk masa mendatang.
Ketika inilah Daim mendapat peluang menjalinkan hubungan rapat dengan
seorang penaung politik yang sangat berkuasa. Hubungan politik-perniagaan
inilah yang telah memulakan penonjolannya sebagai salah seorang ahli
perniagaan yang terkaya dan mempunyai hubungan/jaringan paling baik
dengan ahli-ahli perniagaan. Tanpa hubungan ini, Daim berkemungkinan
hanya akan menjadi tidak lebih dari seorang peguam, ahli perniagaan yang
biasa dan seorang pemain badminton yang aktif.
Daim menempelkan perniagaannya dengan bekas Menteri Besar Harun Idris,
ahli politik UMNO yang dikenali sebagai orang yang memulakan rusuhan
kaum berdarah pada tahun 1969. Ianya bermula dari kediamannya di Kuala
Lumpur di sekitar kawasan Kampong Baru dimana sekumpulan perusuh
Melayu yang miskin dan begitu meluap-luap kemarahannya telah dihasut
oleh Harun untuk menyerang kawasan perniagaan Cina yang berdekatan di
sekitar kawasan Chow Kit. Mereka telah menyembelih berdozen-dozen bukan
Melayu yang tidak mengesyakki apa-apa tentang perkara tersebut. Ramai
lagi rakyat Malaysia yang terbunuh dalam penganiayaan berdarah yang
berikutnya, sehinggalah keamanan dikembalikan melalui pengisytiharan
dharurat. Pembabitan Harun di dalam insiden berdarah itu tidak menghalang Daim
daripada menjalinkan hubungan rapat dengan Menteri Besar Selangor itu. Ini
adalah kerana kedudukan Harun itu dapat membantunya untuk mencapai
hasrat yang sangat-sangat diidam-idamkannya - tanah yang baik di Kuala
Lumpur, yang mana dikehendakkinya untuk melancarkan kerjaya
hartanahnya. Tanah idamannya itu terletak dipinggir Kuala Lumpur iaitu di Cheras. Dan di
situlah, pada tahun 1973, Daim akhirnya dapat mempengaruhi penaung
barunya itu, Harun, untuk menjual sebahagian besar dari tanah daerah negeri
itu kepada Syarikat Maluri, 60% dipunyai oleh Daim dan 40% selebihnya,
dibahagi sama rata diantara rakan kongsi perniagaannya iaitu Low Kiok Boo
dan Thamby Chik. Selepas empat tahun kejadian rusuhan, ekonomi Malaysia mula berkembang
kembali. Di antara sektor ekonomi paling apung ialah sektor perumahan.
Terdapat kekurangan rumah yang teruk pada awal 70an, terutamanya di
Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang, dimana sektor pembuatan yang
telah lama diabaikan telah menerima lonjakan melalui suntikan kewangan
kerajaan, iaitu melalui Dasar Ekonomi Baru. Secara tabiinya Syarikat Maluri
memasuki sektor perumahan ini untuk mendapat habuan kewangan yang
cepat. Pada pertengahan dekad itu, Taman Maluri, estet perumahan pertama syarikat
itu telah menjadikan Daim seorang jutawan. Dia dengan cepat telah
membahagikan sebahagian daripada kekayaan yang baru diperolehinya itu
kepada `dermawan' UMNO dan kroni-kroni yang telah membantunya dahulu,
demi menjamin layanan dan kerjasama yang baik dari mereka di masa akan
datang. Bertahun kemudian, dia telah membuat pengakuan kepada Cheong
Mei Sui dan Adibah Amin, penulis-penulis buku "Daim : The Man Behind The
Enigma", yang dia telah memberi derma politik yang besar kepada UMNO -
RM 100,000 pada tahun 1974. Namun dia tidak pernah mendedahkan, jumlah
duit (yang kita boleh mengandaikan tentunya lebih besar jumlahnya) yang
diberikan kepada Harun sebagai membalas kemurahan hati Harun dan juga
untuk manafaat politik masa akan datang.
Beberapa projek perumahan lain di atas tanah milik kerajaan sebelumnya juga
telah mengikut jejak kejayaan Taman Maluri. Satu contoh yang begitu
menonjol ialah Taman Melawati, sebuah taman perumahan disebelah timur ibu
kota berdekatan dengan Zoo Negara. Di situlah Daim telah membina istana
kediamannya, di atas bukit yang kedudukannya dan pandangannya
menghala ke arah satu taman perumahan bagi golongan kelas-pertengahan.
Dengan keuntungan yang begitu cepat dikautnya daripada pembabitan dalam
sektor hartanah, dia mula mengalihkan tumpuannya kepada membuat duit
dengan cara yang lebih mudah iaitu bermain saham, yang melaluinya dia
akhirnya dapat mengawal wang pertaruhan dalam beberapa syarikat `public
listed'. Akan tetapi, sebagaimana juga denga hartanah, dia mula-mulanya
menyediakan barisan pakatan rakan-rakan dari golongan politik dan ahli
perniagaan yang dapat memastikan perniagaan sahamnya dapat
membuahkan hasil. Daim tidak pernah bercakap banyak mengenai
keuntungan melalui urusniaga perniagaan dengan menggunakan `orang
dalam' secara berleluasa. Tetapi dia hampir-hampir mendedahkannya
sebagaimana akan dapat dilihat dalam Bahagian 3 nanti. Bagaimana lagi
yang dapat ditafsirkan apabila dia mengeluarkan kenyataan berikut kepada
Cheong dan Adibah? "Selagi mana anda ada penyokong yang terus menyokong anda, ke kaunter
mana pun anda masuk, anda akan buat duit", katanya. "Tetapi anda mesti
kongsi keuntungan dengan mereka. Kebanyakkan orang adalah terlalu tamak.
Mereka tidak mahu berkongsi keuntungan dan satu hari, mereka bangun dari
tidur dan mendapati mereka tidak ada apa-apa lagi. Segala-galanya telah
musnah dan tiada siapa yang sanggup membantu. Sebab itu saya sentiasa
memberitahu uasahawan-usahawan muda hari ini supaya jangan tamak."
Pada tahun 1977 , Daim tiba-tiba menghilang diri dari Malaysia. Dia hilang
dari pandangan dunia perniagaan negara secepat dia muncul sebagai ahli
pernigaaan negara yang terulung, walaupun sebagai sorang ahli perniagaan
bumiputera yang begitu berahsia. Ketika itu, dia memberitahu
kawan-kawannya yang dia telah membuat duit yang cukup dan dia mahu
berehat seketika daripada dunia perniagaan. Jadi dia bertolak ke California
dan mendaftar ke program `urban planning' di Universiti of California, Berkeley
dimana dia berada di situ selama lebih kurang dua tahun.
Daim sebenarnya tidak berterus terang @ menipu. Dia tidak pernah memberi
apa-apa tanda yang menunujukkan duit yang ada sudah cukup untuk
memuaskannya. Apa yang amat pasti adalah sukar untuk mempercayai minat
yang secara tiba-tiba untuk menambah pengetahuan di bidang akademik.
Cerita sebenar disebalik pemergiannya yang secara mendadak itu adalah
kerana dia perlu merantau secepat mungkin - yang pastinya bukan rehat dari
perniagaan. Penaung politik utamanya dan pelindungnya, Harun telah
terjerumus ke dalam satu kemelut undang-undang dan telah diserang hebat
oleh oleh lawan-lawannya dari UMNO. Dan Daim bukanlah orangnya yang
mahu sama-sama tenggelam dalam `kapal' Harun yang semakin mahu
terbenam itu. Harun telah didakwa dengan tuduhan rasuah, sebahagian besarnya jenayah
pecah amanah, dan akhirnya dia di dapati bersalah menerima rasuah
sebanyak RM 250,000 dari Hong Kong & Shanghai Bank. Tetapi sementara
Harun merengkok dalam penjara - rakan niaganya selamat dan selesa di
kawasan San Francisco Bay, hidup dengan kekayaan yang telah
dikumpulkan dulu - Daim kemudiannya telah memperbaharui
persahabatannya dengan Dr. M, yang pada ketika itu telah menjadi Timbalan
Perdana Menteri. Sewaktu ini mereka berdua sudah pun mempunyai
persamaan yang dapat mengikat hubungan antara mereka. Dan persamaan ini
adalah faktor Harun! Sebagaimana yang telah diketahui, Harunlah yang membantu Daim
mendapatkan kekayaan yang banyak. Sedangkan bagi Dr. M pula, Harun
jugalah yang membuka jalan untuk kemasukkan semula Mahathir ke dalam
UMNO, selepas Tunku Abdul Rahman menendangnya dari parti pada tahun
1969 kerana kedegilan yang melampau. Sebenarnya jika tidak kerana Harun,
Mahathir mungkin tidak akan dapat bergiat semula dan meneruskan
penglibatannya dalam parti untuk menandingi ahli-ahli parti yang senior bagi
merebut jawatan Perdana Menteri.
Sewaktu kunjungan balik ke Malaysia pada tahun 1979, Daim memastikan
pertemuannya dengan Dr. M. Dia mendesak Mahathir supaya mempengaruhi
Perdana Menteri ketika itu, Hussein Onn untuk tidak mendakwa Harun
dengan tuduhan rasuah, dan selepas didapati bersalah, supaya
membebaskan Harun dari penjara. "Saya merasakan yang saya terpaksa
melakukan sedemikian untuknya kerana saya terhutang budi padanya," Daim
memberitahu Cheong dan Adibah. "Apabila dia meluluskan penjualan tanah di
Taman Maluri, secara tidak langsung dia telah membuka jalan bagi kejayaan
saya. Jadi saya fikir inilah paling kurang yang saya dapat lakukan untuk
membalas jasanya." Walaupun begitu Dr. M telah gagal untuk memujuk Hussein untuk
membebaskan Harun hingga kini, masih tidak jelas samada Mahathir telah
berusaha bersungguh-sungguh untuk menolongnya. Ini disebabkan
hubungan antara mereka berdua adalah tidak jelas.
Pada lewat 60 an dan 70 an, Mahathir dan Harun dilihat sebagai seteru
politik dalam memenangi hati dan pemikiran anak-anak muda Nasionalis
Melayu ketika itu. Mereka ini mahukan kerajaan di bawah pemerintahan
UMNO ini melaksanakan matlamat penstrukturan ekonomi dan sosial yang
terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru dengan lebih bertenaga dan
mengurangkan tumpuan terhadap suku kaum minoriti yang lain. Sebenarnya,
dakwaan-dakwaan rasuah terhadap Harun dan hukuman penjara itu adalah
bersesuaian sekali masanya bagi Dr. M.
Kemungkinan juga sikap sederhana dan kejujuran Hussein Onn telah tidak
memperdulikan Harun yang angkuh dan korup itu, di samping mendapati ahli
politik yang bercita-cita tinggi itu sebagai satu elemen yang mengganggu
keharmonian dalam UMNO. Dr. M amat menyedari perasaan bosnya ini
terhadap Harun dan kerana itulah Dr.M tidak beria-ia dan terlalu menekan
supaya Harun dibebaskan dari penjara.
Walaupun begitu, salah satu tindakan Dr. M setelah selamat menjadi Perdana
Menteri pada tahun 1981 adalah mendapat pengampunan penuh dari Yang
Di Pertuan Agong untuk Harun. Tetapi pada waktu ini Daim sudah tidak
memerlukan bekas Menteri Besar ini lagi. Harun sudah tidak ada kuasa politik
lagi dan mempunyai hubungan dengan beberapa orang-orang tertentu
sahaja. Lagi pun Daim sudah memulakan hubungan dengan penaung politik.
Mahathir Mohamad wasn't Daim Zainuddin's first choice
for a political patron and protector in the 1960s and
early 1970s. Indeed, it's quite likely that Malaysia's
future prime minister was no choice at all for Daim,
certainly not in the early days when he was a young
and still unsuccessful businessman on the make.
For sure, Dr. M was a rising, though unorthodox,
political star in the 1960s. But it was his prickly
nature and unvarnished criticism of Tunku Abdul
Rahman's ruling coalition that made him appear to many
political analysts of that period more a passing
political gadfly than a future premier. This view held
especially true in the eyes of businessmen looking to
place their bets on budding patrons with political
staying power. For in those days, Dr. M appeared to be
heading toward an inevitable clash with the political
establishment, while frightening non-Malays,
especially the country's Chinese business community,
in the process. And that's precisely what happened.
So while Daim had known Dr. M since 1953 - they were
first introduced by a Mahathir brother-in-law and one
of Daim's brothers - they didn't begin to form a close
friendship and mutual dependency until the late 1970s.
In fact, it wasn't until some 13 years after their
initial introduction that these two sons of Kedah,
born 12 years apart, met again. The younger Daim was
acting on behalf of a transport union chapter in a
legal action instigated by Mahathir, who was then
acting as an advisor to UMNO's labor bureau. Daim, in
keeping with his lackluster legal career, lost the
case. And the court's decision did little to endear
him to a disappointed Dr. M. Even more telling about their early relationship and
Daim's search for a reliable political patron, Daim
declined to publish Dr. M's "The Malay Dilemma," the
book that eventually catapulted Mahathir up into the
senior echelon of the United Malays National
Organization and into regional political prominence.
In 1969, Dr. M showed a draft of the controversial
book to his nephew, Ahmad Mustapha, and Daim, who
together owned a small publishing business. But
because of a weakening economy after the May 13th
racial riots, they decided against publishing the book
for fear of financial loss and political reprisal. So
Mahathir found another publisher in Singapore. The
book, as expected, was banned in Malaysia for many
years, but nonetheless remained required reading for
many Malaysians. As noted in Part One, Daim became a property developer
after his dismal manufacturing failures. He
incorporated Syarikat Maluri Sdn. Bhd. in 1971 to
handle his future land ventures. It was about this
time that Daim snared his first close relationship
with a powerful political patron. It was this
politico-business relationship that set the stage for
his eventual emergence as one of Malaysia's wealthiest
and best-connected businessmen. Without this crucial
link, Daim probably would have amounted to little more
than an itinerant lawyer, haphazard businessman and
spry badminton player. Daim hitched his business wagon to the then Selangor
Mentri Besar (Chief Minister) Harun Idris, the UMNO
politician most closely identified with instigating
the bloody race riots of 1969. It was from his Kuala
Lumpur residence in the city's Kampong Baru area that
the first enraged and economically deprived Malay
mobs, incited to violence by the racially charged
Harun, stormed the neighboring Chinese business
enclave of Chow Kit and butchered dozens of
unsuspecting non-Malays. Many more Malaysians were
murdered in the bloody mayhem that followed, until an
uneasy calm finally was restored under a state of
emergency. Harun's association with the bloodiest incident in
modern Malaysian history didn't deter Daim from
cementing a close relationship with Selangor state's
chief minister. For Harun was in a position to deliver
what Daim desperately needed - prime land in Kuala
Lumpur, upon which to launch his property career.
The coveted land was on the outskirts of Kuala Lumpur,
in Cheras. And it was there, in 1973, that Daim
finally persuaded his new-found patron, Harun, to sell
a huge parcel of state terrain to Syarikat Maluri, 60
percent of which Daim owned and the remaining 40
percent evenly split between his original business
partners, Low Kiok Boo and Thamby Chik.
By this time, now four years after the riots,
Malaysia's economy again began to blossom. And among
the most buoyant economic sectors was housing. There
was a severe housing shortage in the early 1970s,
particularly in Kuala Lumpur and the surrounding Klang
Valley, where the long-neglected manufacturing sector
was being given its biggest boost through government
financial incentives, much of which was filtered
through its New Economic Policy. So it naturally was
into housing that Syarikat Maluri ventured into for
quick financial rewards. By the middle of the decade, Taman Maluri, the
company's first housing estate, made Daim a
millionaire several times over. And he was quick to
spread some of his new-found wealth among his UMNO
benefactors and cronies, if only to guarantee future
favorable treatment and cooperation. Years later, he
admitted to Cheong Mei Sui and Adibah Amin, authors of
"Daim: The Man Behind the Enigma," that he made his
first significant political donation to UMNO - 100,000
Malaysian ringgit in 1974. He never disclosed,
however, the larger amount that one must assume he
gave personally to Harun for his earlier generosity
and for his future political benevolence.
Several other housing projects on formerly
government-owned land soon followed the success of
Daim's Taman Maluri development. One outstanding
example was Taman Melawati, an estate along the
capital city's eastern outskirts near the National
Zoo. It was there that Daim eventually built his
massive mansion in the 1980s on the hills overlooking
the sprawling middle-class estate. With the profits Daim quickly amassed from his
property ventures, he turned his attention to making
even easier money - playing the stock market, through
which he eventually acquired controlling stakes in a
number of publicly listed companies. But as with
property, he made sure to first line up friendly
political and business collaborators to ensure that
his stock-trading picks would perform. Daim has never
admitted in so many words to profiting through
extensive insider-trading transactions. But he has
come close, as Part Three of this profile will show.
Still, how else can you interpret his following
remarks to Cheong and Adibah? "As long as you have supporters who keep on supporting
you, whichever counter you go in, you will make
money," he said. "But you must share the profits with
them. Most people are too greedy. They will not share
their profits and one fine day, they wake up to find
they have nothing left. The bottom has fallen out as
they have no one to support them. That is why I always
tell the young entrepreneurs of today not to be
greedy." In 1977, Daim suddenly disappeared from Malaysia. He
literally dropped out of the country's business scene
nearly as quickly as he emerged as the country's
leading, though secretive, bumiputera businessman. At
the time, he told friends that he had made more than
enough money and wanted a break from the rigors of the
business world. So he left for California and enrolled
in the urban planning program at the University of
California, Berkeley, where he remained for nearly two
years. Daim was being less than truthful. He has never since
given any indication that there is enough money to
satisfy him. And, certainly, it's hard to trust his
sudden thirst for academic knowledge. The actual story
behind his hasty departure was that he needed a
comfortable and quick exile - certainly not a business
break. His main political patron and protector, Harun,
was in deep legal trouble and under severe attack from
his UMNO opponents. And Daim wasn't about to go down
with Harun's sinking political ship. Harun had been brought up on corruption charges,
largely criminal breaches of trust, and eventually was
convicted of accepting a RM250,000 bribe from Hongkong
& Shanghai Bank. But it was while Harun was in prison
- and his business proxy safely ensconced in the San
Francisco Bay area, living off his quickly amassed
riches - that Daim again renewed his acquaintance with
Dr. M, who was by then Deputy Prime Minister. For it
was in Harun that Daim and Mahathir finally had
something truly in common, something to eventually
bond them. As already noted, it was Harun who helped Daim make
his early millions. As for Dr. M, it was Harun who
paved the way for Mahathir's readmission into UMNO,
after Tunku Abdul Rahman had booted him out of the
party in 1969 for gross insubordination. In fact, if
it weren't for Harun, Mahathir probably never would
have been able to regain his earlier political
momentum and then race past more senior party
contenders to the premier's post. During visits back to Malaysia and after his return to
the country in 1979, Daim made a point of meeting with
Dr. M. He urged Mahathir to prevail upon then Prime
Minister Hussein Onn not to charge Harun with
corruption and, after his conviction, to release Harun
from prison. "I felt I had to do this for him, as I
felt obliged to him," Daim told Cheong and Adibah.
"When he approved the sale of land in Taman Maluri, in
a way he paved the way for my success. So I thought
this was the least I could do for him."
Dr. M failed, however, to persuade Hussein to release
Harun. But to this day, it's still not clear whether
Mahathir tried very hard. For their relationship
wasn't so clear cut. During much of the late 1960s and 1970s, Mahathir and
Harun were viewed as potential rivals for the hearts
and minds of younger Malay nationalists, those who
wanted the UMNO-controlled government to push through
the economic and social restructuring goals embodied
in the New Economic Policy with greater zeal and far
less concern for Malaysia's ethnic minorities. So,
actually, Harun's corruption charges and imprisonment
couldn't have come at a better time for Dr. M.
It's also likely that the mild-mannered and upright
Hussein Onn didn't care for the brash and corrupt
Harun, besides finding the ambitious politician a
disruptive element within UMNO. Dr. M was well aware
of his boss's feelings toward Harun and probably
didn't overly press his case for a quick furlough from
prison. Nonetheless, one of Dr. M's first actions once safely
ensconced as premier in 1981 was to secure from the
king a full pardon for Harun. But by this time, Daim
had no use for the former chief minister. Harun was a
spent force politically and could pull few, if any,
strings on his behalf. Besides, Daim had already begun
nesting with the biggest political patron of all - Dr.
M. To read the rest, see: Part Three - HE THRIVES AND KNOWS NO BOUNDS. |