Laman Webantu KM2A1: 4350 File Size: 4.4 Kb * |
SKM 2: Rahim Nor Masuk Jel? By Jihad29 1/5/2001 7:51 am Tue |
[Ada banyak sebab Rahim Nor dipenjarakan sekarang. Salah satu
darinya adalah untuk menumpulkan sedikit kemarahan rakyat akibat
simpati kepada Anwar yang semakin teruk keadaan sakitnya. Tetapi
ada satu sebab lain yang mungkin lebih utama.
Rahim Nor adalah seorang yang tidak stabil, panas baran dan sukar
mengawal dirinya bila tertekan. Keadaan politik masakini serta
nasib yang menimpa Anwar telah menekan bukan sahaja hidupnya
malah se isi keluarganya. Keaiban itu tiada ubatnya sampai bila-bila.
Dengan memasukkannya ke penjara selama 2 bulan (yang kebetulan
di saat Anwar amat memerlukan pembedahan dan Daim bercuti panjang)
ia menggambarkan terdapat kebimbangan Rahim Nor akan mendedahkan
siapa yang mengarahkan nyawa Anwar ditamatkan di Bukit Aman. Tetapi
Tuhan Maha Kaya, Anwar tidak mati walaupun telah pengsan. Rahim
Nor manyangka beliau dapat lari tetapi lupa dehemnya itu telah dicam
oleh Anwar. Sejak hari itu dia seperti hilang sabar sehingga
menghalau wartawan luar ketika sidang akhbar. Rahim Nor akhirnya
mengaku juga memukul Anwar kerana sudah tiada lagi jalan keluar.
Ini mendedahkan sikap Rahim Nor yang membimbangkan Mahathir jika
semua rahsia terkeluar. Rahim Nor diberitakan sakit beberapa kali sehingga kerap menangguhkan
perbicaraan. Soalnya mengapa beliau sakit sedangkan dulu segar bugar?
Ada pendapat mengatakan Rahim Nor akan dibunuh secara professional
dengan racun yang lambat bertindak serta tidak dapat dikesan. Tentu
kita masih belum lupa kisah Jaafar Puteh yang mengadu sakit perut
atau Anwar yang keracunan.... Rahim Nor mungkin mendapat rawatan
di hospital milik anak Mahathir yang sudah berundur itu tetapi ubat
apakah yang diberi di situ? SIRI KELENTONG-MENGELENTONG: 2
Alahai, akhirnya orang yang pertama digelar 'Bapak Anjing' terpaksa
menerima hukuman dunia. Dia akan memulakan hukuman penjara selama dua bulan
kerana melebamkan mata dan menyebabkan tulang belakang mangsanya
terselisih. Dia telah lakukannya ketika tangan mangsa digari di belakang,
dengan 'pukulan maut' yang bertubi kali. Itu adalah pukulan 'karate'
yang dipelajari untuk mempertahankan diri. Mengikut sumpah dan ikrar
semasa mempelajari pukulan-pukulan itu, ia hanya boleh dilaksanakan ketika
kita mempertahankan diri. Begitulah dayusnya seorang yang satu ketika dulu mempunyai kuasa yang
amat gah di negara ini. Dalam masa negara aman, dia dikira mempunyai
kedudukan number empat dibelakang PM, TPM, Menteri Kewangan. Di negara
barat seorang Ketua Polis Negara mempunyai martabat yang sungguh tinggi,
sama tarafnya dengan timbalan perdana menteri. Di Malaysia, sikap gelojoh
Rahim Nor mahu memuaskan nafsu seorang perdana menteri yang sudah sewel
membuatkannya melakukan kerja jijik terhadap seorang pejuang ilmuan yang
bertaqwa yang sanggup mengenepikan harta kekayaan untuk memperjuangkan
nasib bangsanya. Rahim Nor kini menerima padahnya.
Dengan masuknya Rahim Nor secara rasmi ke penjara, ia membuka lembaran
baru dalam sejarah bangsa. Ini adalah titik permulaan kepada ramai lagi
manusia yang bergelar pemimpin yang akan mengikuti jejak Rahim Nor.
Bersedialah kalian warder-warder, untuk mengucapkan selamat tiba kepada
bajingan bedebah ini dan ramai lagi yang akan mengikutinya. Hanya masa
yang akan menjadi penentunya. Kita sedar Rahim Nor akan masuk pintu
penjara dan keluar semula untuk menerima rawatan hospital selama dua
bulan lamanya. Inilah Penjara Sandiwara namanya dalam 'Hikayat Malbari
Moden Alaf Baru'. Tidak mengapa, dia dicatatkan sebagai Ketua Polis
Negara pertama dalam dunia berdemokrasi yang dipenjarakan. Inilah musibah
pertama 'Melayu bolih' mengikut acuan mamak malbari yang direstui
oleh orang-orang Melayu dalam UMNO Baru(a)!!!! Esok, dictator malbari akan
berkata: 'di Malaysia kita amalkan demokrasi sehingga KPN pun masuk
penjara'. Ingat, dia masuk penjara, bukannya dipenjarakan!!!!!
Jihad29. 30/4/2001. |