Laman Webantu KM2A1: 4356 File Size: 14.5 Kb * |
TJ MT MGG: Siapa Menyebabkan Banjir Kilat di Kuala Lumpur? By M.G.G. Pillai 1/5/2001 9:43 pm Tue |
MGG 9901 [Masalah banjir kilat di Kuala Lumpur sudah lama tetapi
usaha mengatasinya hampir tiada. Sebaliknya usaha mengajaknya
pula yang tiba bila pokok ditebang sewenang-wenangnya dan sungai
disekat arusnya oleh pembinaan lebuhraya. Penswastaan telah
menghasilkan banyak masalah kerana ia diberi tidak berdasarkan
kepakaran tetapi lebih kepada ketamakkan nafsu nafsi peribadi.
Akibatnya banjir kilat semakin menjadi-jadi, jalan semakin
berlubang, stadium asyik rosak, stor peluru merekah, pelabuhan
lengang dan lain-lain masalah yang semakin memiskinkan negara.
Apa yang menarik ia berlaku ditempat yang kuat Umnonya atau BNnya.
Mangsanya termasuk pengundi BN sendiri yang merasa kerajaan sedia
ada perlu disokong kerana tidak merosakkan hartabenda dan menjamin
keselamatan. Sekarang bagaimana? Bukankah kerosakkan kemurkaan alam
itu lebih dahsyat dari kerugian (seandainya ada) akibat perjuangan
reformasi? Bukankah bukan sebiji dua kereta menjadi mangsa, malah
rumah pun tergugat sama. Esuk lusa melayanglah nyawa barulah tahu
siapa yang menjahanamkan negara sebenarnya.
- Editor] Siapa Menyebabkan Banjir Kilat di Kuala Lumpur?
(Who Caused The Flash Floods In Kuala Lumpur?)
Kita boleh menjangkakan banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur
minggu lalu akan berulang lagi. Ini merupakan dendam alam maya
yang perlu diterima oleh sesiapa yang memperlekehkannya. Tetapi
kerajaan masih beranggapan ia masih mampu main agak-agak sahaja.
Ketika sebahagian ibukota ditenggelami air, ia merupakan satu
amaran awal betapa kita boleh dibalun musibah seandainya kita
memperlekehkan tuntutan alam maya. Malahan Menteri Alam Sekitar
beranggapan mereka boleh bersikap sambil lewa. Cuba perhatikan
kes empangan Bakun, di mana kesan persekitaran alam jangka panjang
diabaikan kerana tamak haloba. Lihat pula Pelabuhan Kuantan yang
dibina kerana pilihan politik dan terdedah kepada hambatan
alam lagi. Ia menelan belanja yang lebih besar untuk
memperbaikinya daripada kos membinanya dulu. Sehingga kini ia
belum digunakan lagi semaksima kapasitinya.
Banjir kilat muncul apabila Sungai Gombak melimpah tebingnya
waktu air pasang dengan segala sampah sarap yang berkumpul dan
berserabut di sekeliling tiang-tiang simen yang tertanam di pinggir
sungai untuk menyokong pembikinan lebuh raya swasta yang
berada di bahagian atasnya. Lebih lagi apabila pihak berkuasa
memandai-mandai memikirkan adalah tidak perlu mengaut segala
sampah sarap yang terapung di permukaan air sungai itu. Tidak ada
sebarang penjelasan kenapa keadaan ini dibiarkan berterusan
walaupun rakyat marhaen dituduh bersalah kerananya. Apabila sampah
tidak lagi dikutip sekerap mungkin seperti yang dilaksanakan oleh
bandaraya satu ketika dulu dan sebelum kerja-kerja itu diswastakan,
tentulah berlaku musibah seperti ini. Tidak payahlah kita
membincangkan projek membersihkan sungai seluruh negara apabila
sungai tempatan dibiarkan berselut dan tersumbat oleh sampah dan
sarap. Sesuatu dasar negara hanya didapati berkesan kalau
segala peraturannya diamalkan. Di Malaysia memang jarang sangat
penekanan diberikan terhadap perincian kerja sehinggakan
hasilnya memang membawa kecewa. Rancangan pembasmian banjir negara, seperti juga masalah
setinggan selepas tercetusnya tragedi Kampung Medan memberikan
gambaran yang kelam mengenai rancangan jangka panjang kerajaan.
Satu tindakan berupa dasar negara direncana apabila sesuatu yang
dibiarkan begitu saja sebegitu lama meledak menarik perhatian umum.
Saya berani kata, kerajaan tidak akan memikirkan satu dasar negara
berkaitan setinggan tanpa episod Kampung Medan dan kerajaan tidak
mungkin memikirkan dasar banjir negara tanpa banjir besar minggu
lalu. Kita terlalu sibuk berangan-angan mengimpikan mahligai mega
di angkasa raya tanpa mempunyai masa tunduk ke bumi melihat rekahan
di jalan raya. Hanya selepas itu baru terdengar teriakkan yang
melolong apabila rekahan jalan itu sukar ditampung kerana terlalu
besar melopong. Kerajaan terlalu taksub dengan anggapan bahawa kerja yang terbaik
hanya mampu dibuat oleh sektor swasta. Kalau kerja-kerja itu
dilaksanakan dengan cermat hasil pemberian tender yang dikendalikan
secara terhormat, tidaklah kerja-kerja itu boleh dipertikaikan
sangat. Nampaknya kerja-kerja itu diberikan kepada mereka yang
rapat dengan pihak yang berkuasa sehingga menghasilkan kerja yang
sambil lewa kerana yang diberikan tender itu tidak berpengalaman
untuk melaksanakan kerja yang berkesan. Kerja-kerja membersihkan
Sungai Kelang di Shah Alam akan diswastakan tidak lama lagi.
Kontraktor yang melaksanakannya akan mendapat hak menggunakan
tanah yang luas di tepi tebing sungai itu. Kontraktor yang
diberikan kerja itu bukannya pakar pembenterasan banjir. Tetapi dia
diharapkan mampu menjalankan kerja untuk menghindarkan banjir.
Perhatikan sahaja Kompleks Sukan yang dibina khas untuk Sukan
Komanwel 1998. Penswastaannya diuruskan dengan memberikan
sebidang tanah berharga mewah di Lembah Kelang. Struktur yang
dibuat untuk kompleks itu adalah bersifat ala kadar sahaja.
Inilah yang dikatakan membuat banyak duit dalam pembikinan projek
penswastaan. Cuba perhatikan cara pokok ditebang dengan sewenangnya di Kuala
Lumpur. Pokok-pokok di negara tropika menyerap air sehinggakan
bersamaan dengan 25 peratus berat badan pokok itu, untuk
mengeluarkan semula secara berdikit-dikit. Inilah yang menyekat
berlakunya banjir besar. Pokok-pokok yang tegak megah sejak tiga
puluh tahun dulu, sudah lama dipotong menyembah bumi. Apabila
pokok ditebang habis, selut pun bertapak di dasar sungai
memerlukan pengorekan untuk mendalamkannya. Tetapi, ini pun
sengaja tidak diambil peduli. Keadaan ini diburukkan lagi oleh
perancangan haprak dan sikap songsang betapa setiap kerja yang
diswastakan itu boleh berjaya. Lagipun kerakusan membina sesuatu
dengan apa harga sekali pun diberikan keutamaan daripada
keperluan rakyat marhaen. Jadi, apa saja yang menjolok mata
diswastakan, dan kalau kita ambil iktibar apa yang sudah berlaku,
projek yang diswastakan itu akan dibeli kembali oleh kerajaan satu
hari nanti untuk mengelakkan kontraktor berkenaan daripada
bangkrap. Banjir kilat menjadikan projek gila-gila 'Linear City' sepanjang
Sungai Kelang itu satu projek yang meragukan. Kalaulah projek itu
sudah dimulakan dan keadaan sungai berada seperti sekarang ini,
sudah tentu penghuni ibukota hidup dengan sengsara. Mujurlah,
orang yang diberikan kontrak membina Bandar gila-gila itu sedang
dibanjiri masalah peribadi, berkemungkinan projek itu tenggelam
begitu sahaja. Alam maya adalah sebaik sahabat kita tetapi boleh
bertukar menjadi musuh yang berbahaya. Tetapi kerajaan beranggapan
ia mampu menipu alam ini dan terpaksa menanggung bahananya kini.
Kalau sesuatu tidak dilakukan sebagai langkah yang berkesan, Kuala
Lumpur haruslah bersedia kebanjiran selalu seperti minggu yang
lalu. Apabila ia dibandingkan dengan banjir tahun 1929 dan 1971
adalah sesuatu yang menakutkan. Banjir yang terbaru ini adalah
satu musibah alam kerana memperlekehkannya.
Yang pelik ketika banjir itu terjadi, tidak ada sebarang kenyataan
rasmi menerangkan apa penyebabnya. Rakyat marhaen tertanya-tanya
kenapa dan terpaksa berusaha sendirian menyelamatkan nyawa dan
harta benda. Penjelasan muncul hanya setelah banjir itu reda.
Ini menunjukkan pihak yang berkuasa turut terkejut sehingga otak
turut senggugut Bayangkan ribuan kereta yang terkandas dan
terapung yang akan berulang lagi selagi tindakan menghindarinya
tidak dirancang. Tetapi Bandar Raya tidak mampu melaksanakannya.
Kalau ia tidak mampu menyediakan khidmat municipal yang berkesan,
apakah ia mampu merancang masa depan yang lebih meyakinkan? Inilah
bayangan kecuaian, keangkuhan, keengganan memahami hukum alam,
ketaksuban bahawa hanya penswastaan yang boleh menghasilkan
kerja yang berkesan yang menyumbang kepada banjir yang sungguh
pantas tetapi sungguh menakutkan. Tidak ada sesuatu pun yang
menjanjikan kehidupan masa depan yang menceriakan. Lebih banyak
lagi banjir kilat yang akan muncul walaupun tidak sedahsyat yang
muncul minggu lalu. -MGG Pillai- Rencana Asal: Who Caused The Flash Floods In Kuala Lumpur?
The flash floods in Kuala Lumpur last week one should expect
more frequently in the future. It is Nature's revenge.
Anyone who defies Nature must pay a terrible price. But the
government believes it can second guess it. When parts of
Kuala Lumpur was submerged in water, it was an early warning
signal of the wreckage Nature can cause when defied. Even
the environment ministry believes Nature can be trifled
with: Look at the Bakun dam, whose long term environmental
damage must take second place to greed. Look at Kuantan
Port. It was built on a site chosen for political reasons,
and nature wrecked a terrible price: it cost as much to
repair it as to build it. And it is still not used as it
was meant to be. The flash floods came when the Gombak River overflew
its banks at high tide, helped by the jetsam and flotsam
collected around the huge pylons on the river for the
privatised highway above; and compounded by an
authoritarian belief that all would be okay if it does
nothing to clear the debris that floats in it. Maintenance
is privatised, and is haphazard. The newspapers today is
full of photographs of the terrible state of the river. No
explanation is given why it is in this condition, although
people are blamed for it. When you do not collect rubbish
as regularly as City Hall once did, and municipal services
are privatised, something must give. It is no use talking
of cleaning up the rivers nationwide, when local rivers are
left as dirty and full of rubbish and debris. A national
policy can only work if it oversees the details. In
Malaysia, there is no attention to detail. Nothing will
come out of it. The national flood prevention scheme, like the problem
of squatters after the Kampung Medan clashes in Petaling
Jaya, is a frightening indictment of government's long-term
planning. A national policy is formulated when what it has
ignored over the years bursts into the public eye. There
would not be, I dare say, a national policy on squatters
without Kampung Medan and a national flood policy without
last week's floods. We are so busy building castles in the
air to be bothered about cracks on the roads. And cry found
when the cracks widen into an unrepairable chasm.
The government believes that its work is best done by
the private sector. If it is done with due diligence and
one the basis of competitive tenders, it would not be so
bad. It seems to me that the contracts are given to those
close to the establishment with no experience in handling
the work privatised. The cleanup of the Klang River along
Shah Alam is about to be privatised, the contractor doing it
in return for the lucrative land along its banks. This
belief that the contractor would genuinely do a good job is
misplaced. He is not a flood alleviation expert. Look at
the condition of the stadia Malaysian private enterprise
built for the Commonwealth Games in 1998. They were built
in exchange for rich land in the Klang Valley. Makeshift
facilities were built for the land. Nothing more, nothing
less. And so in making money out of the privatisation
exercises. One quick fix done in Kuala Lumpur is to cut down
trees. Trees in tropical countries absorb as much as 25 per
cent of its bodyweight in water, and releases them
gradually. This helps prevent all but the worst floods.
The trees that once graced Kuala Lumpur only 30 years ago
are no more. When trees are cut, silt fills up rivers and
constant dredging is needed to keep the river flowing.
This is all but ignored. Compounding this is the poor
planning and the belief that anything privatised works well,
and the need to build at whatever cost takes precedence over
people's needs. So, everything within sight is privatised,
and if the present is any guide to the future, the
government would buy it back to prevent the contractors
going bankrupt. The flash floods would make the crazy Linear City along
the Klang River moot. If one is built and rivers tended as
badly as now, it would make the life of the people in Kuala
Lumpur worse. Mercifully, it looks as if the man who has
the contract is so immured in his own problems that it would
not go any further. Nature is a good friend but a fearsome
enemy. But the government felt it could cheat Nature, and
we now pay the price. If nothing is done to correct it,
Kuala Lumpur must brace itself for more and more floods as
worse as last week's more often. That it is already
compared to the floods of 1926 and 1971 frightens. Nature
let off steam, as it were, in 1926 and 1971; last week's
floods the fallout from defying nature.
What is curious about this flood is that no official
was on hand to explain what happened. People were left to
their own devices, and the explanations only came after it
was all over. This suggests the authorities were caught
flatfooted. The thousands of cars caught in the rising
waters is a harbinger of what is to come if serious remedial
works is put in place. But City Hall is not about to do
that. When it cannot provide normal municipal services, how
can it look at the long-term remedial works that must be
done. It is neglect, arrogance, refusal to understand
Nature, the misplaced belief in privatisation as in Malaysia
all contribute to the floods. There is nothing in the
horizon to suggest better times are head. More flash
floods, not necessarily as last week in the city centre, are
on the cards. M.G.G. Pillai |