Laman Webantu KM2A1: 4358 File Size: 5.0 Kb * |
TJ KTK 11: Siulan Diktator Sialan By Tsu Nam 2/5/2001 7:01 am Wed |
KTK 011 [Mahathir bisa menjadi sesiapa sahaja kerana salah kita juga
yang sengaja berdiam diri membiarkannya berbuat apa saja. Hari
ini kita semakin kehilangan hak bersuara padahal kita mampu maju
dan aman tanpa cengkaman sebegitu. Bukan sahaja di luar malah
di dalam parlimen sendiri kerana tuan speaker enggan membenarkannya
dan wakil kerajaan cuba mengelak dari menjawabnya tanpa dikenakan
tindakkan apa-apa. Banyak negara membenarkan kebebasan bersuara tidak tergugat pun
apa-apa kerana ia menyebabkan kerajaan semakin perihatin dan tidak
berkhidmat bersambil-lewa. Hanya kerajaan yang memang bersalah amat
takut kepada pendedahan bicara sebagaimana yang terserlah di negara
kita. Menukar demokrasi kepada kediktatoran akan semakin merosakkan
suasana kerana diktator itu adalah kejahatan mencuri hak dan kuasa
sedangkan Islam menyeru dipulangkan hak kepada yang berhak walaupun
dia musuh kita. Soalnya ugama apakah yang terpendam di dada diktator
Malaysia sehingga 'berfatwa' sebegitu rupa?
-Editor] Penterjemah: KTK10
Cadangan Mahathir bahawa pemerintahan diktator yang baik adalah lebih baik
daripada sebuah kerajaan berdemokrasi di kalangan negara membangun tentu
sekali mengejutkan ramai orang. Dan kejutan itu mungkin disebabkan
kelantangan cadangannya yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai
satu kejujuran darinya. Kenyataan itu memberikan gambaran yang lebih luas
akan orang yang celupar itu daripada personanya dari kacamata sains
politik. Sesaorang tidak memerlukan kepintaran yang berlebihan untuk mengesan
kecacatan dalam konsep diktator yang baik. Siapakah yang menentukan
mana satu yang 'baik' dan sebaliknya kalau bukan si diktator itu.
Sudah menjadi hukum alam dan pengajaran kepada sejarah tamaddun manusia
tidak ada satu masyarakat bangsa yang boleh mengharapkan nasibnya di
tangan kerajaan yang diketuai oleh diktator, yang sememangnya mempunyai
kelebihan untuk bertahan kerana sukar digulingkan.
Demokrasi yang memberi ruang kepada sistem pengawasan dan pengimbang diolah
begitu rupa untuk membendung sikap rakus dan gelojohan manusia. Inilah
sistem yang dilumpuhkan oleh Mahathir dalam demokrasi Malaysia.
Lebih lagi dengan memperkuatkan bidang kuasa eksekutif untuk melemahkan
kuasa Parlimen dan penghakiman. Media massa yang dikenali sebagai 'tiang
keempat' sudah pun dicengkam dengan sungguh berkesan.
Ketidakupayaan untuk memainkan peranan menyelia dan mengimbang, Parlimen,
jabatan kehakiman, dan media massa menjadi tukang chop, dan diperalatkan
untuk menekan dan menyibarkan propaganda bagi pihak ekskutif. Di zaman
pemerintahan Mahathir, Majlis-Raja-Raja telah pun kehilangan apa juga
kuasa lebihan yang masih mereka kecapi dulu.
Dengan terungkainya rangka-kerja demokrasi, menyebabkan kerapnya berlaku
pembaziran dan salah guna kuasa. Kita telah melihatnya ketika Anwar
Ibrahim dihancurkan dan kita sedang menyaksikannya betapa 20 orang
ditahan di bawah ISA dengan alasan yang paling samar.
Dimanakah pengawasan dan perimbangan? Tuan Speaker enggan membenarkan
Parlimen membincangkan sesuatu perkara, sedangkan media sanggup membisu
sahaja dan kehakiman sanggup melentur hukumnya untuk menyokong ekskutif.
Sebagai menyakitkan hati, Mahathir mengalukan penangkapan itu sebagai
membawa kebaikan kepada negara. Inilah yang membuktikan dia memang
berseronok dengan panggilan 'diktator baik' itu.
Mahathir memang begitu pintar mmenyatukan kuasanya sehinggakan dia
mampu melepaskan dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Dia
boleh membatalkan pemilu 2004 seandainya kekalahan semakin ketara -
tidak kiralah apa pun alasannya kerana Parlimen akan memberikan
keizinannya, media akan menggembar-gemburkan krisis negara yang memang
sengaja diada-adakan sementara pihak kehakiman akan mengisytiharakan
kesahihannya. YDP Agong hanya akan beresemayam sambil menunggu untuk
diberitahu oleh mamak bendahara dengan tipu helanya.
Terlalu lama kita berdiam diri membiarkan Mahathir mecuri satu persatu hak
kita berdemokrasi. Penangkapan dengan kuasa ISA yang terbaru membayangkan
betapa dayusnya sebahagian besar masyarakat Malaysia terhadap salah guna
kuasa. Sebaliknya mereka yang terus berdiam diri mungkin juga memeram suaranya
yang meninggi. Hakikatnya sekarang, kita sudah lama kehilangan demokrasi
kerana merelakannya pergi. -Tsu Nam- Rencana Asal: Belum ditemui.... mungkin ia menyorok supaya dicari walaupun gelapnya sinar di malam hari. |