Laman Webantu KM2A1: 4362 File Size: 25.6 Kb * |
TJ fM B3: Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi By freeMalaysia 2/5/2001 7:03 pm Wed |
ENIGMA 0301 [Melalui jalinan politik Daim berjaya membina kekayaan juga
- itupun setelah agak lama kerana bakatnya memang amat kurang
sebenarnya dan kerap tersasul sehingga kelam-kabut jadinya.
Krisis ekonomi telah menelanjangkan betapa rapuhnya sentuhan
beliau sehingga huru-hara tabung Umno sendiri jadinya. Dia
telah tercampur-aduk semua sehingga orang lain pun kepeningan
juga. Itulah jadinya bila terlalu banyak kuasa diberikan
kepadanya sedangkan dia tidak mahir menguruskannya. Lagipun
anak didiknya di Peremba hampir kesemuanya bengap belaka.
Siapakah yang telah memberi sepenuh kuasa dan segala kepercayaan
itu jika tidak Mahathir sendiri. Dekad 1979-84 adalah kemuncak
kejayaan mereka berdua menggondol kekayaan yang tiada taranya
tetapi itu juga yang jatuh menghempap mereka dalam episod seterusnya
sehingga tersadai tergangga. Anwar terpaksa dihapuskan jika tidak
rahsia mereka berdua akan terbongkar seaib-aibnya.
- Editor] Penterjemah: Penulis R4MAC
freeMalaysia Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi
Bahagian Ketiga Seperti yang dijelaskan diawal tadi semenjak tahun 1979, Daim
mempelajari satu formula yang mudah untuk terus berjaya dalam
dunia perniagaan - menguasai ahli-ahli politik yang berkuasa ketika
itu dan keuntungan akan datang kemudian dengan sendirinya tanpa
penat berusaha. Tetapi Daim juga mula mengesan sesuatu yang
kurang melalui pengalamannya dengan Dato Harun Idris selaku
Menteri Besar Selangor ketika itu. Dia sedar seorang ahli politik tidak
akan dapat mengekalkan jawatan atau berada di tampuk kekuasaan
untuk selama-lamanya. Oleh itu, ahli-ahli perniagaan yang tamakkan
harta sentiasa waspada dan memerhati percaturan politik semasa agar
dapat mengambil kesempatan sepenuhnya. Mereka akan sentiasa
bersedia untuk menggugurkan mana-mana ahli politik di bawah
naungan mereka yang mula merosot popularitinya atau
kewibawaannya. Malang bagi Malaysia, strategi perniagaan yang
amat mudah tetapi memusnahkan ini telah merebak dengan cepat dan
menjadi budaya untuk dicontohi di kalangan ahli-ahli perniagaan
Malaysia. Walaubagaimanapun, Daim mempunyai hubungan yang amat rapat
dam istimewa dengan Dr. Mahathir. Masing-masing saling
memanfaatkan hubungan ini agar sama-sama dapat mengaut
keuntungan politik mahupun ekonomi. Mereka saling bekerjasama
untuk menggelapkan sebahagian dari hasil kekayaan negara -
Keluaran Kasar Dalam Negeri. Kerjasama merekalah yang telah
`berjaya' memperkenal dan menyuburkan budaya kroni-kapitalisme di
kalangan masyarakat Malaysia - yang tidak pernah kita saksikan
sebelum ini. Mereka berjaya menyakinkan bahawa tindakan tersebut
sebagai satu persaingan pasaran ekonomi yang sihat. Amat
mengkagumkan bagaimana keadaaan pasaran ekonomi yang tidak
menentu sentiasa dapat mengelabui mata golongan yang rakus untuk
mengaut keuntungan demi keuntungan. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup buat selama-lamanya.
Dalam hal ini, cita-cita Malaysia untuk menjadi negara maju bersaing
dengan negara lain akan menemui kegagalan. Ini adalah kerana
ciri-ciri empayar perniagaan Daim yang mengamalkan budaya
rasuah dan politik naungan tidak selari dengan persaingan terbuka di
kalangan negara-negara maju. Kegawatan ekonomi yang melanda
negara kini sedikit sebanyak menyingkap realiti sebenar formula
kejayaan Daim selama ini. Pun begitu, Daim dan rakan-rakannya
memilih meneruskan penguasaan mereka daripada menjernihkan
keadaan serta menyusun semula struktur politik-ekonomi yang
meruncing. Jejak-jejak kerjasama Daim-Dr. Mahathir umpama mesin pencetak
wang yang sentiasa mengaut keuntungan telah pun beroperasi lebih
daripada 17 tahun. Sebenarnya mereka tidak memerlukan jangka
masa sedemikian lama untuk mencipta empayar yang mereka miliki
sekarang. Terdapat sedikit halangan-halangan yang melewatkan
kejayaan mereka. Kes-kes yang diheret ke mahkamah dan juga
percaturan politik yang tidak diduga adalah antara faktor-faktor yang
menggagalkan perancangan jangka panjang mereka. Selain itu
keputusan-keputusan pengambilalihan syarikat yang tidak
mencerminkan kapisiti sebenar yang dibuat oleh pengurus-pengurus
yang tidak berpengalaman tetapi lebih didalangi oleh
pertimbangan-pertimbangan politik seperti Pembuatan Industri Besi
dan Keluli, Pembinaan Empangan dan Lebuh Raya, syarikat
Penerbangan Nasional, dan Pengeluaran Kereta Nasional serta
banyak lagi. Untuk memulihkan kepincangan-kepincangan ekonomi dalam
industri-industri yang tidak dapat dimanfaatkan oleh negara, Daim
terpaksa menyelamatkan syarikat-syarikat yang tenat dan melakukan
penyusunan semula operasi syarikat berkenaan. Ada ketikanya Daim
sendiri terperangkap dalam kemelut kewangan yang amat
membebankan dan mengelirukan. Itulah yang akan terjadi sekiranya
seseorang itu mencampur adukkan harta persendirian dengan harta
kerajaan dan kemudiannya kepentingan korporat UMNO seperti apa
yang telah dilakukan oleh Daim.
Jaringan korporat Daim telah berkembang dengan baik pada tahun
1979 setelah beliau mengasingkan diri di California. Ketika itu,
Menteri Perusahaan Awam, Manan Osman dengan persetujuaan
Timbalan Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah meminta Daim untuk
mengambil alih Operasi Lembaga Kemajuan Bandar (UDA). UDA
sebagai salah satu badan pelaburan kerajaan yang ditubuhkan di
bawah Dasar Ekonomi Baru untuk meningkatkan penglibatan
golongan Melayu dalam ekonomi, pada ketika itu berada dalam
keadaan yang tenat dan perlu penyusunan semula.
Daim pada mulanya menolak tawaran tersebut. Ini tidaklah
menghairankan memandangkan gaji pegawai kerajaan amat kecil jika
dibandingkan gelaran jutawan yang telah dimilikinya ketika itu.
Lagipun UDA terlalu kecil untuk diputar belitkan oleh Daim.
Sebaliknya beliau memujuk pihak berkuasa untuk menubuhkan
Peremba Sdn Bhd. Yang kemudiannya menjadi syarikat pembinaan
swasta dan senjata api komersil dan Daim bertindak sebagai
Pengarah Bukan Eksekutif. Di Peremba sebagai pusat latihan peribadi di mana Daim telah
memilih dan melatih pelapis korporat muda untuk mengemudi
perniagaannya. Pelapis-pelapis muda ini akan menyokong beliau
dan Mahathir bagi meneruskan penguasaaan di setiap ruang dunia
perniagaan Malaysia. Kebanyakan daripada orang suruhan Daim kini
telah pun mencipta nama sebagai golongan elit korporat seperti Wan
Azmi Wan Hamzah, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Mohd Razali Abd.
Rahman, Hassan Abbas, Samsudin Abu Hassan, Abdullah Mohd
Yusof dan lain-lain. Sebilangan kecil merupakan ahli perniagaan
tulen .. tetapi .. kebanyakannya .....
Namun begitu kejayaan mereka sebagai usahawan bukanlah
berpunca dari hasil kerja keras dan ketokohan mereka. Kecuali Wan
Azmi, kebanyakannya adalah usahawan ciptaan. Mereka berada di
tahap sekarang adalah disebabkan oleh Daim dan mereka akan kekal
disitu hanyalah sebagai penjaga korporat Daim dan Dr. Mahathir. Isu
kontroversi menyelamatkan Renong adalah sebenarnya usaha
menyelamatkan Halim dan pelaburan Tajuddin di Penerbangan
Malaysia adalah sekadar dua contoh daripada pelbagai lagi kes yang
mencurigakan. Kita menjangkakan beberapa lagi operasi sedemikian
di masa akan datang. Operasi menyelamat ini hanya tertumpu kepada
individu-individu tertentu yang mempunyai hubungan politik sahaja.
Manakala sebahagian besar ahli korporat lain dibiarkan begitu sahaja
mencari jalan penyelesaian sendiri untuk keluar daripada kemelut
ekonomi yang mendesak kini. Daim mengambil masa yang lama untuk mengukir namanya semenjak
zaman sebelum era Mahathir lagi. Di luar kelompok sektor harta tanah
dan pasaran saham, nama Daim tidak begitu dikenali ketika awal
pemerintahan Dr. Mahatir sebagai Perdana Menteri. Itulah yang
diingini olehnya dan jika boleh beliau ingin kekal begitu.
Publisiti tidak banyak membantu operasi pelaburan Daim yang banyak
bergantung kepada maklumat dalaman, jaringan politik yang kukuh
dan kemurahan hati kerajaan negeri. Sebagaimana yang dinyatakan
oleh Menteri Besar Kedah, Sanusi Junid beberapa tahun dulu, "Daim
telah berada di belakang tabir UMNO semenjak zaman Tun Abdul
Razak lagi. Daim berada di mana-mana tetapi anda tidak dapat
melihat beliau ." Walaupun begitu, Dr. M mempunyai perancangan yang lebih besar
untuk Daim dan perancangan tersebut memerlukan Daim ditonjolkan
sebagai tokoh yang lebih dikenali umum. Ini berlaku tidak berapa lama
kemudian. Pada tahun 1980, setahun selepas Dr. M menjadi Perdana Menteri,
Daim telah dilantik ke Dewan Senat, satu badan kehormat yang
secara kebiasaannya menerima tindakan-tindakan legislatif yang
telah diluluskan di Dewan Parlimen dan tidak pernah melakukan
apa-apa secara tersendiri. Harus diingat bahawa Mahathir sendiri
telah dibawa ke Senat apabila mula-mula diterima masuk semula ke
dalam UMNO pada awal tahun 70an. Penghantaran ke situ
bermaksud samada sebagai batu loncatan kepada jawatan politik
yang lebih tinggi atau tempat persaraan bergaji kepada ahli-ahli parti
yang setia. Bagi Daim ianya adalah yang terdahulu.
Dua tahun kemudian, Daim telah meneroka lebih jauh. Dengan
sokongan dari Dr. M, dia telah dilantik ke Parlimen. Akan tetapi
penglibatan dalam politik tidak menghalangnya dari bergiat cergas
dalam hal-hal perniagaanya. Malahan ianya menjadi sebagai aset
kepadanya pada tahun itu. Lesen-lesen perbankan adalah amat susah untuk didapati di
Malaysia kerana kerajaan telah menghentikan pengeluarannya
bertahun-tahun yang lalu. Jadi apabila satu-satunya dikeluarkan
ianya menjadi rebutan secara rakus. Daim, walaupun tidak
mempunyai apa-apa pengalaman dalam sektor perbankan, telah
berjaya mengenepikan percubaan dari badan koporat gergasi yang
lain dalam mendapatkan sebahagian besar saham dalam Malaysian
French Bank. 1982 merupakan tahun yang amat bertuah bagi Daim. Dan ianya
bakal menjadi lebih baik lagi. Perdana Menteri Mahathir yang baru
setahun memegang jawatan merasakan amat perlu meletakkan
orangnya sendiri untuk bertanggung jawab mengendalikan aset-aset
koporat kepunyaan parti UMNO. Dr. M telah menggunakan Daim
untuk menyelia salah satu harta milik utama UMNO iaitu Fleet
Holdings Sdn. Bhd. Fleet menguasai syarikat media terbesar di
Malaysia, yang merupakan rangkaian penerbitan dalam bahasa
Melayu dan Inggeris. Sebelumnya ianya telah dikendalikan oleh
sekumpulan eksekutif yang dilantik atas dasar penglibatan politik
mereka dan mereka ini tidak jelas kesetiaannya kepada perdana
menteri baru ini. Daim dengan segera telah memberhentikan mereka.
Jadi bermulalah campuran aset korporat Daim yang rumit - peribadi,
kerajaan dan parti - yang melaluinya dia mula `merompak' KLSE
sepertimana yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang di
Malaysia sebelum ini dan tidak mungkin dilakukan oleh sesiapa pun.
Adalah sesuatu yang menakjubkan bagi seorang yang tidak pernah
terbukti sebagai pelabur bebas yang bijak atau seorang pengurus
yang cekap. Melihat kepada skop perniagaan yang dikuasainya, Daim
menghasilkan hanya sedikit peluang pekerjaan di dalam
perniagaannya yang besar itu. Malah, bukti menunjukkan yang
matlamat dan cita-citanya adalah untuk menjana kenaikan harga
saham dalam pasaran yang berasaskan kepada khabar angin di
Malaysia. Kenaikan keuntungan di atas kertas secara lumrahnya akan
menolak naik keuntungan atas apa yang telah dimilikinya. Tetapi yang
lebih penting lagi, Daim telah mengangkat nilai harta koporatnya
dengan mendapatkan saham-saham dalam syarikat tambahan melalui
hutang, pertukaran saham atau melalui kombinasi hutang dan saham.
Sebagaimana yang banyak di catatkan oleh penganalisa kewangan,
Daim mengangkat bentuk "perusahaan kertas" kepada satu seni yang
halus terutamanya dalam pasaran saham. Tetapi struktur kewangan
yang di peloporinya terbukti agak rapuh. Ianya tidak mampu untuk
menjadi asas kepada binaan satu empayar koporat. Ini menjadi
semakin ketara setelah bertahun-tahun operasi menyelamat dan
`bailout' semakin menjadi-jadi terutamanya apabila pasaran menjadi
lembab. Kepada kebanyakan rakyat Malaysia, adalah terang dan jelas, Daim
adalah `orang Mahathir' pada bila-bila masa jua pun. Jadi bukanlah
sesuatu yang memeranjatkan apabila pada tahun 1984 dia telah
diberikan lebih kuasa dalam mengendalikan ekonomi Malaysia secara
keseluruhannya. Dia telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dan
juga bendahari bagi UMNO. Sehingga saat itu, percampuran antara harta keluarga Daim dengan
harta kerajaan dan juga harta parti telah sampai ke satu tahap yang
membimbangkan, dengan percanggahan kepentingan yang pelbagai
dan ada di antaranya lebih teruk lagi. Sebagai contoh, dia telah
mengarahkan Fleet Holdings yang tumpuan pelaburannya adalah
media dan pada satu ketika, adalah stabil kewangannya supaya
terlibat dalam rangkaian perniagaan hartanah (yang hampir-hampir
ranap) dan pelaburan dalam sektor perhotelan, di mana beberapa
darinya Daim ada mempunyai kepentingan peribadi.
Tapi dalam tahun 1984, selepas mendapat dua daripada potfolio yang
paling berkuasa, Daim telah sampai ke satu tahap di mana tidak ada
sesiapa pun yang mampu menyekat tindakan-tindakannya. Ini adalah
kerana dialah `pengawal' pasaran kewangan di Malaysia dan jika
sesiapa yang ingin mengadakan apa jua urusniaga di sini, dialah
orang pertama yang akan tahu tentangnya. Dan selalunya dia sendiri
akan menjadi sebahagian daripada perniagaan tersebut melalui
jaringan perniagaan yang pantas berkembang dan juga kroni
politiknya. Kearah mana tujuan Malaysia? Ikuti bahagian akhir.
Rencana Asal: Daim: The Enigma Unmasked - Part Three
HE THRIVES AND KNOWS NO BOUNDS (1979-84)
By 1979, Daim Zainuddin finally had his simple formula for
financial success down pat: Latch onto the political kingpin
of the day and all else will take care of itself. But as he
learned from his relationship with former Selangor Chief
Minister Harun Idris, hitches do arise. Kingpins don't remain
on top forever. So the savvy patronage hustler always must
keep an eye out for the next rising politico and be prepared
to dump spent patrons. Unfortunately for Malaysia, this
efficiency-sapping strategy has become a model for
corporate success. Daim, however, has had an extended and very lucrative run
with Prime Minister Mahathir Mohamad. Theirs is a
relationship of mutual political benefit and the joint economic
extraction - some might say embezzlement - of a significant
portion of Malaysia's gross domestic product. And together,
they have pushed the envelope of crony capitalism to
lengths and breadths seldom, if ever, witnessed. All this in
what had been perceived as a seemingly healthy market
economy. It's remarkable what a sustained bull-market run
can excuse ... and how it can blind those who benefit from its
blatant and debilitating excesses. But like all scams, it could only last so long. In Malaysia's
case, the requirements of advancing as a competitive,
post-industrial nation proved to be incompatible with the sort
of graft and corruption that was the regular diet of Daim's
bloated financial empire. But rather than shed some of these
practices, rather than reform the politico-business structure,
Daim and his companions chose to run the economy into the
ground. The Daim-Mahathir moneymaking machine has been more
than 17 years in the making. It needn't necessarily have
taken so long to construct. But there were obstructions along
the way, representative democracy being among the least of
the problems that delayed their game plan. Occasional court
battles and political blowups were far more threatening to
their long-term agenda. There were also the many costly
corporate screw-ups that naturally occur when
inexperienced and incompetent managers were tapped by
their political masters to oversee their newly acquired,
complex enterprises, such as steel manufacturing, dam and
highway construction, a national airline, car manufacturing,
etc. The list is long. To undo the embarrassing messes they often made,
sometimes in industries Malaysia could not conceivably
benefit from, Daim repeatedly had to mount salvage and
restructuring operations. Sometimes it was to untangle his
own unsustainable and labyrinthine financial engineering.
That's what happens when someone begins to mix their
private assets, as Daim did, with government and later
UMNO's corporate interests. Daim's rather humble corporate network expanded
considerably after he returned to Malaysia in 1979 from his
self-imposed exile in California. At that time, former Public
Enterprise Minister Manan Osman, with the blessing of then
Deputy Prime Minister Mahathir, asked Daim to take over the
day-to-day operations of the Urban Development Authority.
UDA, one of the government investment vehicles started
under the New Economic Policy to increase Malay
participation in the economy, was in shambles and in
desperate need of an overhaul. Daim, however, balked at the initial offer. A government,
salaried post wasn't for him, already a millionaire many times
over. It would have been too restrictive for his type of
wheeling and dealing. Instead, he persuaded the authorities
to create Peremba Bhd., which effectively became UDA's
privatized construction and commercial arm, with him as
non-executive chairman. It was at Peremba that Daim recruited his young corps of
bumiputera corporate commanders. This handful of men
would serve him for years to come, as he and Dr. M's
tentacles reached wider and deeper into nearly every
crevice of the Malaysian business scene. Many of these
Daim minions have today joined the nation's so-called
corporate elite - the likes of Wan Azmi Wan Hamzah, Halim
Saad, Samsudin Abu Hassan, Tajudin Ramli, Hassan Abas,
Abdullah Mohd. Yusof, Mohd. Razali Abdul Rahman and
others. A few were to prove solid businessmen, but most,
well .... But their success as entrepreneurs is really immaterial. Other
than perhaps Wan Azmi, none have ever really become their
own men. They are where they are today because of Daim;
and they remain where they are only because they continue
as Daim's and Mahathir's corporate caretakers. The recent
and controversial Renong bailout, ostensibly to save Halim,
and the questionable efforts to salvage Tajudin's investment
in Malaysian Airlines are only two examples among many.
And more are certain to come. These ongoing rescue
operations only help the politically privileged, while the rest
of corporate Malaysia has been largely left to its own
devices to work out of the current recession.
Daim certainly has come a long way since the pre-Mahathir
era. Outside of his small property and stock market coterie,
Daim still was little known in Malaysia even during Dr. M's
early days as prime minister. And that's just how he liked it
and would still like it today, if only that were possible.
Publicity is of little use for Daim's type of investing, heavily
dependent on inside information, political connections and
state largess. As Kedah Chief Minister Sanusi Junid said a
few years ago: "Tun Daim has been around behind the
scene working for UMNO from the days of Tun Razak.... Tun
[Daim] is everywhere, but you cannot see him anywhere."
Nonetheless, Dr. M had bigger plans for Daim. And those
plans required that his future Mr. Fix-it and moneyman - a
useful figure for most politicians - had to be given a higher
public profile. This happened soon enough.
In 1980, a year before Dr. M became prime minister, Daim
was appointed to Malaysia's Senate, an honorific body that
routinely accepts the approved legislative measures of
Parliament's elected lower house and never initiates
anything of its own. Remember that it was to the Senate that
Mahathir first went after he was readmitted to UMNO and
politically rehabilitated in the early 1970s. A posting there
amounts to little more than a stepping stone for higher
political office or a retirement sinecure for party faithful. For
Daim, it was the former. Two years later, Daim made deeper political inroads. With
Dr. M's backing, he was elected to Parliament. But elective
politics didn't slow his corporate maneuvers. If fact, it
became an asset the same year he was elected.
Banking licenses have always been hard to come by in
Malaysia, primarily because the government stopped issuing
them decades ago. So whenever one becomes available,
the bidding and jockeying usually is ferocious. Daim, though
not having any prior banking experience, beat out a bevy of
other bids from established corporate heavyweights and
state-backed concerns to acquire a majority stake in
Malaysian French Bank. All in all, 1982 was a very good year for Daim. And it would
get better still. Prime Minister Mahathir, one year into his
new job and keen to put his own man in charge of his party's
corporate assets, tapped Daim to oversee one of UMNO's
prime corporate holdings, Fleet Holdings Sdn. Bhd. Fleet
controlled Malaysia's largest media holding company, with
an array of English and Malay language publications. But
until then, it was run by a group of politically appointed
executives not directly loyal to the new premier. Daim
promptly had them dislodged. So began Daim's convoluted and conflict-prone mix of
corporate assets - personal, government and party -
through which he began to commandeer the Kuala Lumpur
Stock Exchange like no other Malaysian ever has, or
probably ever will again. It was an incredibly fortuitous twist
of fate for a man who had never proven himself an astute
independent investor or even a particularly competent
manager. Far from it. And this hasn't changed in the ensuing
years. Considering the scope of the businesses under his control,
Daim generated surprisingly little added value or additional
jobs within his vast operating concerns. Rather, the
evidence strongly indicates that his overriding goal and
ambition was to generate rising share prices in Malaysia's
rumor-driven market. Increased paper profits naturally drove
up his already considerable net worth - almost as much as
the less-tangible promise of future corporate expansions. But
perhaps more importantly, Daim leveraged the appreciated
value of his corporate holdings to acquire stakes in
additional companies through debt, share swaps, or a
combination of debt and shares. As financial analysts have widely noted, Daim raised this
form of "paper entrepreneurism" to a fine art, especially in
bull markets. But the financial structure he engineered
proved quite flimsy. It was not meant to be a structure upon
which to build an enduring corporate empire. This became
painfully clear as the years of salvage operations and
bailouts wore on, especially whenever the market took a turn
for the worse. By then, the mingling of Daim's family assets with those of
the government and the party had begun to reach alarming
levels, with multiple conflicts of interest and worse. For
instance, he directed the once financially sound,
media-focused Fleet Holdings into an array of
near-disastrous property and hotel investments, several of
which Daim had a prior direct interest in.
But in 1984, after acquiring the country's two most powerful
economic portfolios, Daim had reached a point where there
no longer were bounds to - nor checks on - his market
machinations. In short, there was no one to say: No, enough
already. For he became the chief regulator of a barely
regulated financial market. If anyone wanted to do business
in Malaysia, it became Daim's business to know all about it
and, often, to become part of it through his rapidly expanding
network of business and political cronies.
Where does this lead Malaysia? Read the final chapter:
Part Four - FIREFIGHTER, OR FIRE STARTER?
|