Laman Webantu KM2A1: 4363 File Size: 22.4 Kb * |
TJ fM B4: Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi By freeMalaysia 2/5/2001 6:31 pm Wed |
ENIGMA 0401 [Setelah mencecah kemuncak, Daim dilanda masalah yang teramat
rumit kerana satu persatu empayarnya runtuh disentuh krisis ekonomi
serantau. Kelurusan Anwar menyebabkan Mahathir dan Daim gementar
rahsia akan terbongkar. Maka Anwar diaibkan dan disumbat ke dalam
penjara agar segala muslihat berjalan lancar untuk membnaiki empayar
mereka berdua tanpa bangkangan sesiapa.
Pendeknya Daim dan Mahathir tidak pandai menguruskan ekonomi negara,
termasuk ekonomi kroni mereka juga. Tiada langkah pemulihan ekonomi
sebenarnya kerana mereka cuma menutup lubang dengan berhutang sakan
dan mengorek dana awam. Masalah sebenar tidak selesai - ia cuma
dianjakkan dengan harapan krisis tidak berpanjangan. Ini namanya
perjudian - tapi sayang tidak ramai yang membantah kerana terasa empuk
duduk di tilam sedangkan tiang rumah sudah reput dalam diam.
Jika krisis ekonomi dunia berterusan - rezab yang ada tidak akan cukup
untuk membuat kita bertahan. Terpaksalah kita bergadaian dan bermuram
panjang - tetapi sesal kemudian sudah tidak berguna lagi kerana kita
sendirilah yang sengaja membiarkan mereka berdua bermaharaja gila sesuka
hati. Lihatlah Indonesia - kita akan senasib dengannya kerana membiarkan
kroni terlalu lama. Nanti kita terpaksa melutut kepada bantuan asing
atau menggadai semua yang ada. Bukankah simpanan hari tua kita sudah pun
berkurang angkanya angkara mereka berdua?
- Editor] Penterjemah: Penulis R4MAC
freeMalaysia Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi
Bahagian Keempat Daim Zainuddin adalah orang yang bertanggung jawab terhadap polisi
ekonomi dalam kerajaan Mahathir iaitu: jualan borong pengswastaan kerajaan
Malaysia, "siapa cepat dia dapat". Sesungguhnya kelihatan seperti setiap
pengendalian dan perkhidmatan kerajaan adalah untuk dijual dan dalam
kes-kes tertentu diberi percuma kepada mereka-mereka dari kalangan
rakan-rakan Daim dan Mahathir. Loteri yang dipunyai dan dikendalikan oleh
Kementerian Kewangan, contohnya, diberikan kepada Vincent Tan Chee
Yioun, berasaskan tidak lebih dari 1 1/2 muka surat jaminan untuk
mengendalikannya secara lebih cekap dan menjanakan hasil cukai yang lebih
untuk negara dan ini bukanlah `pemberian' yang terakhir yang bakal dimiliki
oleh Tan. Kenaikan pangkat Daim yang cepat seiringan dengan bertambahnya tekanan
politik yang dihadapi oleh Dr. M dalam partinya, dan juga pada masa yang
sama bertambah gawatnya keadaan ekonomi di Malaysia. Pentadbiran
pimpinan Mahathir menghadapi kemungkinan akan hancur. Kemungkinan ini
akan menjadi nyata sekiranya Dr. M tidak bertindak tegas, tindakan yang
selalu diambilnya apabila berdepan dengan keadaan yang mendesak.
Pada Daim, Dr. M telah menemui seorang rakan yang boleh dipercayai. Waktu
ini adalah sekitar pertengahan hingga akhir tahun 80an. Daim mungkin
bukanlah orang yang paling sempurna untuk tugas itu, tapi dia melaksanakan
apa saja yang diperintahkan dan dia adalah seorang yang paling setia dalam
keadaan apa sekali pun. Pun begitu, Daim tiada banyak pilihan. Dr. M adalah
satu-satunya penaungnya ketika itu.
Daim diberi kebebasan untuk menyelesaikan masalah ekonomi Malaysia pada
tahun 1985-86, sementara Dr. M menangani musuh-musuhnya dalam UMNO.
Dia juga mempunyai kepentingan peribadi di dalam memastikan Malaysia pulih
dengan cepat daripada resesi (kemelesetan) tahun 1985-86 itu. Nasib Dr. M
sendiri bergantung padanya dan juga nasib UMNO dimana aset-aset
koporatnya mengalami kerugian yang teruk.
Jika ditinjau kembali, pelan pemulihan ekonomi yang digariskan oleh Daim dan
disokong sepenuhnya oleh Dr. M adalah berasaskan kepada prinsip ekonomi
yang standard dan ortodoks. Pada dasarnya merupakan langkah-langkah
memotong perbelanjaan kerajaan, mengecutkan hutang luar negara, dan
membuka halangan-halangan perdagangan. Ianya telah didrafkan oleh
teknokrat dalam kementerian Daim dan merupakan pendekatan yang biasa
kepada musibah yang melanda negara ketika itu.
Akan tetapi untuk memahami bagaimana berbezanya kegawatan sekarang ini
ditangani, kita dengarkan respon Daim tentang resesi yang terdahulu :
"Benar, cara yang cepat untuk memulihkan ekonomi boleh dilakukan. Kita
cuma perlu pinjam lebih banyak duit, dan mengadakan pertumbuhan yang
tidak menggambarkan keadaan ekonomi yang sebenarnya di Malaysia.
Walaupun begitu satu penyelesaian yang lebih bertanggungjawab mestilah
mengandungi langkah-langkah jangka panjang dan juga jangka pendek. Ianya
mengambil masa untuk menarik minat pelabur-pelabur untuk membina
kilang-kilang di sini." (Sudah tentu ada benteng-benteng yang melindungi projek-projek
kesayangan Mahathir pada resesi 80an seperti Program Kereta Nasional
supaya ianya tidak mengalami apa-apa kesan. Daim, seterusnya memerah
wang dari bank-bank di Malaysia dan KWSP untuk melabur dalam beberapa
kaunter di KLSE yang mana ada diantaranya mempunyai kepentingan untuk
dirinya sendiri.) Formula yang sama juga telah digunakan oleh pengganti Daim, Anwar Ibrahim
dalam menangani kegawatan hari ini. Tetapi kali ini, Dr. M telah memecat
menteri kewangan dan penggantinya itu, menangkapnya dan menuduhnya
dengan berbagai-bagai kesalahan dan kemudian mengarah polis memukulnya.
Penyelesaian ekonomi yang ortodoks - yang sekarang ini menampakkan hasil
(tanpa kawalan matawang yang kompleks dan menakutkan itu) bagi Thailand,
Korea Selatan dan lain-lain negara serantau - telah menjadi satu strategi
subsersif asing bagi Anwar Ibrahim. Sama-sama fikirkanlah....
Seperti yang dijangka ekonomi Malaysia melonjak kembali pada lewat 80an
dan pada tahun 1990 mula menampakkan rekod pertumbuhan yang
menakjubkan. Daim dan perniagaan-perniagaan UMNO telah pulih. Kejayaan
ini banyak bergantung kepada program pengswastaan di Malaysia. Dia dan
kroninya telah mengumpul sebahagian besar manafaat dari program tersebut,
termasuklah projek penswastaan terbesar iaitu Projek Lebuhraya
Utara-Selatan (PLUS) yang merentangi sepanjang semenanjung Malaysia.
Tuduhan-tuduhan yang berasas tentang kronisme dan rasuah - secara
halusnya disebut politik wang di Malaysia - membayangi Daim berterusan dari
dekad pertama pentadbiran Mahathir sehinggalah kepada tahun 90an. Tetapi
kejutan dan kemarahan yang dirasai oleh penduduk Malaysia yang rata-rata
mewah itu kemudiannya mula hilang. Mereka mula menerima gejala akibat dari
permainan politik dan ekonomi ini sebagai satu hakikat dalam kehidupan.
Dalam keadaan apa sekali pun, hanya sedikit yang dapat dilakukan oleh
beberapa orang yang masih melaung-laungkan tentang keadilan. Sistem
Kehakiman yang pada suatu ketika dahulu adalah bebas telah dilemahkan
pada tahun 80an dan kemudiannya diterimapakai oleh Dr. M.
Tuduhan-tuduhan rasuah dan aktiviti jenayah, terutamanya terhadap
mereka-mereka yang ada kaitan dengan Mahathir dan Daim, tidak pernah
diadili secara adil oleh mahkamah-mahkamah atau melalui penyiasatan
terperinci oleh polis, yang mana semua ini di kawalselia oleh Dr. M dan
Kementerian Dalam Negerinya. Pada tahun 1991, Daim bersungguh-sungguh hendak meninggalkan
perkhidmatan kerajaan dan menumpukan sepenuh masa terhadap dunia
perniagaannya yang penuh dengan rahsia itu. Jawatannya di Kementerian
Kewangan hanya melembabkan pergerakannya. Dia tidak mahu ketinggalan
dalam mengejar nikmat kemewahan ekonomi yang sedang meletup dan
perebutan dalam pasaran saham yang secara pasti memihak kepadanya,
terutamanya apabila waktu itu kesemua rakan perniagaannya berada di
sektor-sektor penting ekonomi. Perniagaan keluarga yang dulunya
menghadapi masalah kewangan telah mula stabil semula. Dan yang lebih
menekan lagi, dia mempunyai beberapa isteri dan bekas isteri, juga
teman-teman wanita yang mana gaya hidup mewah mereka perlu disara
kerana mereka semua telah terbiasa dengan keadaan sebegitu.
Tetapi sebelum meletak jawatan, Daim memastikan yang penggantinya tidak
akan mengganggu gugat kedudukannya dengan membongkar kesemua
jaringan yang telah di buatnya. Adalah pasti, dia tidak menginginkan seorang
pengganti yang akan menaja kepada kader-kader yang akan bersaing dengan
jaringan ahli politik dan ahli perniagaan yang telah dimilikinya.
Daim memilih Anwar atas sebab penggantinya ini, mempunyai sedikit
latarbelakang perniagaan dan tidak menunjukkan minat untuk
mengembangkannya. Lebih-lebih lagi, Anwar adalah penyokong kuat Dr. M,
terhutang budi kepada Perdana Menteri di atas kerjaya politiknya dan juga
kenaikannya dengan cepat dalam barisan UMNO. Daim juga yakin Mahathir
tidak akan membangkang pilihannya itu. Tetapi untuk betul-betul yakin, Daim
mengekalkan kedudukannya sebagai Bendahari UMNO.
Pertukaran itu telah berjalan lancar, memastikan gelaran media terhadapnya
kekal iaitu, "Penyelamat Ekonomi Malaysia" dan lebih pentingnya, kuasa di
belakang tabirnya tidak terjejas. Tetapi setelah masa berlalu, keadaan menjadi
lebih jelas kepadanya, Dr. M dan juga kuncu-kuncunya, iaitu Anwar
mempunyai pendiriannya sendiri. Lebih membimbangkan Anwar mula bertanya
- mula-mula secara tertutup dan kemudiannya secara terbuka - tentang
rasuah, kronisma dan nepotisma dan juga tentang nepotisma yang telah
berakar umbi dalam jaringan ekonomi di Malaysia.
Sehinggalah kepada permulaan krisis kewangan di Asia, tidak banyak yang
dapat dilakukan oleh Daim dan Mahathir untuk menghalang cita-cita Anwar, di
samping hakikat yang tidak ada orang lain yang berpotensi sebagai pengganti
kepada Mahathir. Anwar adalah pengganti yang pasti. Beliau adalah ahli
UMNO yang paling popular dan kelihatan sebagai pemimpin paling layak. Dan
beliau telah berjaya membina hubungan yang teguh dan mesra dengan
pemimpin dunia yang berkuasa, samada di negara membangun dan juga
negara maju. Kesimpulannya, beliau adalah pengganti yang paling layak dan
bakal menggantikan Dr. M sebagai Perdana Menteri.
Daim tidak memerlukan Dr. M untuk meyakinkannya yang Anwar adalah
merupakan ancaman kepada jaringan koporat yang telah ditubuhkannya jika
sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri ketika Malaysia dilanda kegawatan
ekonomi yang menyerang Asia ketika ini. Anwar telah menggunakan
penyelesaian yang sama yang telah di pakai oleh Daim ketika memerangi
resesi pada pertengahan 80an dahulu. Tetapi ada satu perbezaan ketara yang
telah digunapakai oleh Anwar : Rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah
penyebab utama krisis yang melanda, jadi penyebab-penyebab ini mesti
dihapuskan! Samada Anwar dapat melakukannya adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan.
Ancaman yang digambarkan ini sudah cukup untuk membuatkan Daim dan Dr.
M bangun menentangnya, sepertimana yang Daim telah secara terbuka
menyatakan yang dia akan menghancurkan musuh-musuh penaungnya pada
dekad yang telah lalu. Pada tahun-tahun yang lampau, bangunan besar koporat Daim yang rapuh
telah diancam dengan berbagai-bagai pergolakan ekonomi . Tanpa bantuan
kerajaan yang berterusan, ianya pasti telah ranap. Adalah nyata, yang
perniagaan yang dibina hanya dengan sokongan kerajaan akan musnah
apabila bantuan itu telah tiada lagi.
Perniagaan yang sebegini, tidak kira berapa banyak duit yang dihasilkan dan
tidak kira berapa banyak urusniaga yang dilakukan, tidak dapat tidak, akan
menjadi tidak cekap berbanding dengan perniagaan yang sebenarnya. Ianya
mempunyai terlalu banyak kepentingan yang hendak dijaga. Perniagaan
sebegini memang tidak layak untuk menjalankan apa-apa perniagaan, satu
pengajaran kenapa ahli-ahli politik yang tamak harus dijauhkan daripada
mana-mana perniagaan bagi sesebuah negara.
Ini juga menunjukkan kenapa Abdul Daim bin Zainuddin tidak layak menjadi
seorang ahli perniagaan dan juga seorang pegawai kerajaan kanan. Namun
alangkah bernasib baiknya dia di bawah pentadbiran Dr. M. dan alangkah
malangnya ekonomi Malaysia walaupun apabila dia telah tidak lagi berada
dalam kerajaan Malaysia. Rencana Asal: Daim: The Enigma Unmasked - Part Four FIREFIGHTER, OR FIRE STARTER? (1984-)
Daim Zainuddin became the point man for what probably has been
Dr. M's most disturbingly profound economic policy initiative: the
government's "first come, first serve" wholesale privatization of
Malaysia. Indeed, every government service and operation seemed
to be up for sale or, in some cases, given away to the first bidding
friend of Daim and Mahathir. The Finance Ministry's owned and
operated lottery, for instance, went to Vincent Tan Chee Yioun,
based on little more than a 1½-page pledge to run it more efficiently
and to generate increased tax revenue for the state. And this wasn't
to be the last privatization award to come Tan's way.
Daim's rapid ascendancy coincided with the mounting political threat
Dr. M faced within his own party and the increasingly perilous state
of Malaysia's economy. Mahathir's administration faced a very real
possibility of disintegration. And it probably would have fallen by the
wayside, if Dr. M hadn't resorted to the strong-arm, if not dictatorial,
measures he typically invokes when backed against the wall.
In Daim, Dr. M found a trusted ally during this period of the
mid-to-late 1980s. Daim may not have been perfect for the job, but
he did what he was ordered to and was loyal to a fault. Then again,
he had little choice. Dr. M was his one - and only - patron at that
time. In exchange, Daim was given a free hand to help pull Malaysia out
of the 1985-86 recession, while Dr. M outmaneuvered his UMNO
opponents. He also had a personal interest in making sure Malaysia
recovered swiftly from the 1985-86 recession. For his own fortune
was at stake, as were UMNO's near-crippled corporate assets.
In hindsight, it's hardly surprising that Daim's economic recovery
blueprint, backed fully by the politically embattled Dr. M, was based
largely on standard and orthodox economic principles. It consisted
primarily of slashing government spending, shrinking the nation's
foreign debt, and dismantling some protectionist trade barriers.
Drafted by technocrats in Daim's ministry, it was a straightforward
approach to the country's ills. But to throw a stark light on how differently the current recession is
being managed, listen to Daim on the response to Malaysia's
previous recession: "Sure, a quick fix would have done it. Just borrow some more money,
create artificial growth. A responsible solution, however, must
comprise long-term as well as short-term measures. It takes times to
interest investors to build factories."
(Of course, the barriers protecting Mahathir's pet projects in the
1980s recession, such as the national car program, remained firmly
in place. Daim, in turn, exhorted Malaysia's banks and the country's
national pension plan to invest in a number of battered KLSE
counters, several of which he had a personal interest in.)
The formula essentially was the same straightforward approach to
economic recovery promoted by Daim's successor, Anwar Ibrahim, to
cope with today's current recession. But this time, Dr. M fired his
finance minister and heir apparent, had him arrested and charged
with an array of improbable misdeeds, and then had him beaten by
the police. The orthodox economic response - one that is now
working without frighteningly complex capital controls in Thailand,
South Korea and other regional countries - had somehow become a
subversive foreign stratagem in Anwar's hands. Go figure.
Predictably, Malaysia's economy rebounded smartly by the late
1980s and by 1990 began recording a string of record-setting growth
rates. Daim's and UMNO's business prospects likewise recovered,
thanks in large part to Malaysia's privatization program. He and his
cronies garnered the lion's share of the program, including the largest
privatization project up until that point, the North-South Highway
spanning the entire length of peninsular Malaysia.
The well-founded charges of cronyism and corruption - the
euphemism in Malaysian has been money politics - that dogged
Daim throughout the first decade of the Mahathir administration
continued into the 1990s. But the shock and outrage felt by the
increasingly prosperous Malaysian population eventually started to
wane. They largely resigned themselves to the prevailing political
and economic ills as facts of life. In any event, there was little those few still calling for justice could do
about it anyway. The once independent Malaysian judiciary had
been emasculated in the 1980s and then co-opted by Dr. M.
Charges of corruption and criminal activity, especially against figures
associated with Mahathir and Daim, never again received a fair
hearing in the courts or even a thorough investigation by the police,
which are overseen by Dr. M and his Home Ministry.
By 1991, Daim was keen to leave formal government service and
resume full time his more secretive former business life. His day job at
the Finance Ministry was just slowing him down. He didn't want to
miss out on the looming economic boom and near-certain stock
market rally, especially now that all his business proxies were in
place in the economy's most vital sectors. His once ailing family
enterprises also were on a firmer financial footing, with help from the
government and the economic recovery. And just as pressing, he
had a growing number of former and current wives, as well as
girlfriends, to maintain in a lavish lifestyle, to which they had grown
accustomed. But before tendering his resignation, Daim had to be as certain as
possible that his successor wouldn't rock his corporate boat by
dismantling his all-encompassing insiders network and privileged
government access. For sure, he didn't want a successor who would
sponsor his own cadre of competing business-political backers.
Therefore, Daim pushed for Anwar, primarily because his successor
had scant business background and had shown little inclination to
develop one. Moreover, Anwar was among Dr. M's firmest
supporters, owing his political career and rapid rise up UMNO's
ranks to the prime minister. Daim also was certain that Mahathir
wouldn't object to his chosen heir. But just to make sure, Daim
retained his position as head of UMNO's treasury.
The transition went smoothly enough, assuring Daim that his media
title of "Economic Savior of Malaysia" and, more important, his
behind-the-scenes, king-making powers would remain intact. But
over time, it became increasingly clear to him, Dr. M and their
cohorts that Anwar would become his own man and call his own
shots. More unsettling for them was that Anwar began to question -
first privately and later publicly - the pervasive corruption, cronyism
and even nepotism that had lodged itself into the economic fabric of
the Malaysian economy. Until the onset of the Asian financial crisis, there was little that Daim
and Mahathir immediately could do to thwart Anwar's ambition,
besides the fact that there was no other potential heir in contention.
He was Dr. M's anointed successor. He clearly was UMNO's most
popular and visibly capable future leader. And he had successfully
cultivated warm and enduring friendships among other powerful world
leaders in both the developed and developing world. In short, he was
prime minister material and a seemingly sure bet to secure Dr. M's
post. Daim, no doubt, required no convincing from Dr. M about the threat
Anwar posed to their ubiquitous corporate network if he were to
become prime minister while Malaysia was being buffeted by the
Asian contagion. Anwar committed himself to the same orthodox,
recession-fighting program that Daim had adopted in the mid-1980s.
But there was one critical difference Anwar added: Corruption and
mismanagement were causative variables in the crisis, and,
therefore, they had to be rubbed out. Whether Anwar would have been able to do so is moot. The
perceived threat was enough to prompt Daim and Dr. M to move
against him, just as Daim has publicly stated that he offered his
services to crush his patron's opponents in the previous decade.
Over the years, Daim's flimsy paper corporate edifice repeatedly was
threatened by periodic, normal economic fluctuations. Without
persistent government assistance, it would have crumbled. It goes
without saying that a business venture built solely on government
patronage amounts to nothing once the patronage is gone.
Such a string of enterprises, no matter how much money they make
and no matter how much business they do, cannot help but be less
efficient than real, organic businesses. They have too many interests
to tend to. These ventures had no business being in business in the
first place, a key lesson on why avaricious politicians should be kept
far away from the nuts and bolts of a country's day-to-day business.
It also goes to show why Abdul Daim bin Zainuddin had no business
being a businessman and senior government official in the first place.
Still, what a blessed existence he has had under Dr. M! And what an
economic mess Malaysia will have to overcome well after he's finally
gone. ....THE END.... |