Laman Webantu KM2A1: 4364 File Size: 9.5 Kb * |
TJ KTK 12: fM: Ting: Tergelincir Oleh Bakun Sehingga Terpelanting By freeMalaysia 3/5/2001 1:21 am Thu |
KTK 1201 [Ting adalah seekor lagi buaya buas ternakkan Mahathir yang
cepat menggondol licin hutan untuk balak dan begitu pantas
membina sesuatu yang diilhamkan Mahathir. Tetapi dia menyusahkan
diktator itu juga kerana apa yang dibinanya itu tidak tahan dan mudah
runtuh kerana dibuat bersambil lewa sahaja kerana terlalu mengejar
keuntungan dan masa. Raja balak haram ini telah dihadiah projek Bakun yang membolehkannya
menggondol licin hutan yang mungkin seluas Singapura banyaknya
sehingga dia teralpa untuk membina empangan yang memang bukan bidang
kepakarannya. Ini menyebabkan dia berkrisis dengan kontraktor utama
Bakun dan terus tergelincir lalu terpelanting dengan kerugian
berjuta-juta di saat hartanya sudah tiada ada dan sahamnya tiada
nilainya. Memang menggelepar beliau seketika kerana malu tidak terkira
sehingga menyalahkan orang lain seperti menyaman MGG Pillai tidak
tentu hala. Dengan Bakun dibangunkan semula, dia mungkin hidup kembali tetapi
dengan muka yang sedikit berbeda kerana malu yang tidak terhingga.
Segala-galanya boleh sahaja asalkan ada wangnya - itulah falsafah
seekor buaya ternakkan diktator Malaysia. Jika lingkup belakang kira...
- Editor] http://www.freemalaysia.com/rogues/ting_pek_khiing.htm
freeMalaysia (Tripped up by the Bakun Thing) Hidup begitu baik dan menguntungkan buat Ting Pek Khiing sejak
beliau berdamping erat dengan berpaut kepada seluar Dr M. Tetapi
melihat kepada keadaan yang begitu bercelaru yang menimpanya kini,
beliau mungkin amat berharap masa berada lebih jauh dan panjang
lagi untuk kembali bersama orang tua itu.
Ting meloncat-loncat di sekitar bumi daratan Sarawak yang cukup berguna
dalam karier niaganya. Beliau adalah seorang sab-kontraktor pembinaan
yang sanggup mengambil keuntungan yang agak sedikit untuk kerja-kerja
pembinaan di ceruk Borneo sebagaimana sanggupnya beliau berenang bermain
dengan satu dua kes bangkrap peribadi. Seorang pria harus membuat
duit - dan dalam kes Ting, lebih dari duit diperlukan untuk memuaskan hati
isterinya yang turut juga pelahap sepertinya itu.
Ting meredah dengan penuh giat dan minat di dalam perniagaan yang kotor
lagi jijik itu sehingga memecahkan beberapa rekod pembinaan dengan dahsyatnya
bila dahaja muncul peluang. Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud yang
telah lama mentadbir negeri itu seolah-olah segala-galanya adalah harta
persendiriannya belaka itu akhirnya ternotis gelagat Fuzhou yang begitu
bertenaga itu. Dan dari situ, Ting terus melompat masuk ke dalam skrin
radar Dr M. Ting yang berusia 53 tahun itu adalah seorang usahawan yang bolehlah
dikatakan cukup lasak-dan-bersedia untuk memenuhi sebarang citarasa Dr M.
Hanya "Can Do" (Boleh) sahaja yang mahu didengar oleh Mahathir dari semua
buaya bangsat koporatnya bila beliau terlintas fikiran untuk membikin
sesuatu projek yang maha hebat. Dan kebetulan "Can Do" (Tentu Boleh Sahaja)
adalah antara perkataan pilihan yang disukai oleh Ting juga yang memang
agak terhad penguasaan bahasa Inggerisnya itu.
Memang terperanjat Taib dengan kepantasan kilat Ting menggondol licin
beberapa projek konsesi balak yang di sokong oleh kerajaan negeri itu.
(Ting telah membawa masuk anak-anak ketua menteri sendiri sebagai
pemegang saham minoriti - patutlah ia dilakukan begitu cepat sekali)
Konsesi-konsesi yang diperolehi itu dan pembesaran operasi mengilang
papan telah menjadi kunci penting kepantasan proses pembinaan Ting itu.
Komponen-komponet penginapan chalet kayunya kini dibuat siap di kilangnya
sendiri dan dipasang di tapak pembinaan di atas asas tapak yang sudah tersedia.
Memang jadi punya pusat penginapan pasang siap di dalam hutan ini. Dan ia
memang murah. Tetapi siapa perduli jika ia ranap selepas beberapa kali
musim hujan monsun? Apatah lagi jika sesuatu yang laju sepantas raja pecut
Ting Pek "Speed" Khiing. Memang kepantasan itulah yang Dr M perlukan dan Ting telahpun teruji
beberapa kali. Mahathir pernah menjemput beberapa gergasi besar dan hebat
industri penerbangan antarabangsa untuk satu pertunjukkan udara di Langkawi
secara tergesa-gesa. Tetapi melihat pada kadar kepantasan pusat penginapan
pertunjukkan itu di bina, semua tetamu akan tidur di pantai sahaja dengan
jejaring penghadang nyamuk pula. Dengan saranan Taib, Ting membina pusat penginapan itu dalam masa
tiga bulan untuk menyelamatkan Mahathir dari keaiban. Itu sudah memadai
untuk menjamin Ting meraih satu "kontrak urusniaga yang terhebat pada
abad ini" oleh media. Kontrak urusniaga yang terhebat itu tentulah projek empangan hidroelektrik
Bakun dan projek transmisinya yang bernilai RM15 bilion banyaknya. Ia dibalun
mudah dari semua pesaingnya dengan ehsan pertolongan Daim dan Dr M juga.
Mereka tidak perduli langsung apakah Ting yang pakar pasang-siap itu memang
tahu menahu bagaimana mahu membina sebuah empangan gergasi dan menyalurkan
2,000 km panjangnya kabel transmisi di atas darat dan di dasar laut yang
tentunya rumit juga. Ting boleh membina apa sahaja - hanya itu sahaja yang
mereka kisahkan. Mungkin ya tetapi mungkin tidak juga. Ting tidak menyangka beliau telah
terjerut oleh satu kemelut undang-undang dengan kontraktor utama Asea
Brown Boveri. Dan yang lebih dahsyat lagi, ia tercetus disaat krisis
kewangan rantau ini. Dr M terpaksa membekukan projek Bakun, mungkin untuk
selamanya (tetapi mahu dihidupkan semula pada tahun ini - Penterjemah)
untuk membiarkan Ting tercekik mampus dengan hutang. Ting hanya memilikki
kilang pasang siap dan operasi pembalakan sahaja sebagai tempat
pergantungan. Tetapi, di zaman kemelsetan ekonomi ini, siapakah yang
memerlukan benda yang haprak itu semua?
-freeMalaysia- Terjemahan KTK9 Rencana Asal: Tripped up by the Bakun Thing Ting bounced around the Sarawak hinterland the better part of his
business career, a construction subcontractor picking up low-margin
building jobs in the outback of Borneo, as well as ducking a brush or
two with personal bankruptcy. A guy's got to make a buck - and in
Ting's case, more than a buck for a wife who would settle for no less.
Ting muscled his way into business notoriety with ass-kicking
bravado and record-breaking construction exploits. Sarawak Chief
Minister Abdul Taib Mahmud, who rules the state as if it were his
personal fiefdom, finally noticed the energetic Fuzhou. And from
there, Ting made the leap onto Dr. M's radar screen.
The 53-year-old Ting is the sort of rough-and-ready entrepreneur
who appeals to Dr. M's instincts. "Can do" is all Mahathir wants to
hear from his little corporate rascals whenever he conjures up an
audacious project idea. And can do just happen to be among the
favorite words in Ting's limited English vocabulary.
Dazzling Taib with the speed of his state-backed construction
projects, Ting latched onto several coveted timber concessions. (It
helped that Ting brought on the chief minister's sons as minority
shareholders.) The concessions and his subsequently expanded milling operations
added key components to Ting's speed-driven building process. The
components of his wooden chalets now were finished at his plant and
assembled at the construction site on top of already laid foundations.
They were a cinch, these pre-fab jungle resorts. And they were
cheap. Who cared if they crumbled after a few monsoon seasons?
Not Ting Pek "Speed" Khiing. It was speed that Dr. M needed; he was in a pinch. Mahathir had
invited the high and mighty of the aerospace industry to kick off his
inaugural international air show on Langkawi. But at the rate his
convention resort was being built, his guests would be sleeping on
the beach under mosquito netting. Ting, with a recommendation from
Taib, slapped the resort together in about three months, saving Dr. M
from certain embarrassment. That was enough to pave the way for
Ting to secure what the press billed as the "deal of the century."
The deal, of course, was the RM15 billion Bakun hydroelectric dam
and transmission project, which Ting snatched away from competitors
with the help of Dr. M and Daim. Little did they mind that Ting, the
prefab wizard, knew nothing about building dams and laying nearly
2,000 kilometers of land and sea transmission cables. Ting could
build anything, as far as they were concerned.
Perhaps. But Ting hadn't reckoned on a stroke, a legal tussle with
main contractor Asea Brown Boveri and, worst of all, the onslaught of
the financial crisis. Dr. M was forced to shelve Bakun, maybe
permanently, leaving Ting's empire choking in debt. Ting only has his
prefab and logging operations to fall back on. But in a recession, who
needs the stuff? |