Laman Webantu KM2A1: 4365 File Size: 6.7 Kb * |
Adakah Taufan Beserah Akan Menenggelamkan Bahtera Khalil? By CDB 3/5/2001 6:02 pm Thu |
[Negeri Pahang sebenarnya teruk bergegar selepas bom digugurkan
oleh Fauzi. Lapuran CDB ini mengesahkan lapuran sebelum ini di KM2.
Khalil memang didapati bersalah kerana bukti Fauzi memang cukup jelas.
Tetapi kita meramalkan Khalil akan dipinggirkan agak lambat sedikit
kerana perlu dirangka beberapa cerita karut untuk mengelakkan istana
dan beberapa kerat pemimpin lain terlibat. Tetapi yang menjadi masalah
besar ada lagi bom dari Fauzi. Inilah yang memeningkan Umno Pahang.
Jalan cerita yang mahu direka mesti ngam dengan bukti Fauzi tetapi
di mana Fauzi menyimpan semua bukti? Kita percaya ada sesuatu yang
drastik cuba dilakukan sembunyi-sembunyi mutakhir ini.... kerana
jika Pahang tersungkur alamat lingkuplah Umno kali ini.
- Editor] Jika para pembaca perasan dalam beratus-ratus artikel yang saya tulis
sebelum ini, belum pernah lagi saya menyentuh mengenai persoalan politik di
peringkat negeri. Saya lebih banyak menumpukan kepada hal-hal politik di
peringkat pusat dengan menjadikan Mahathir sebagai fokus utama, manakala
Anwar pula dijadikan simbol penentangan terhadap kediktatoran Mahathir
sendiri. Saya lebih berminat dengan hal-hal politik di peringkat pusat
berbanding dengan pergolakan politik di negeri-negeri. Walau bagaimanapun,
disebabkan memperolehi maklumat terbaru yang betul dan tepat daripada sumber
yang sahih, kali ini saya ingin memperkatakan sedikit mengenai pergolakan
politik di peringkat negeri Pahang semenjak mutakhir ini.
Tentu kita masih belum melupakan mengenai 'bom atom' yang digugurkan oleh
Dato' Fauzi Abdul Rahman beberapa minggu lepas sehingga meledak dan
menggoncangkan bukan sahaja bahtera UMNO Pahang, bahkan kapal Titanic UMNO
Mahathir sendiri. Ketika Dato Fauzi menyerahkan surat perletakan jawatannya
kepada Ketua Perhubungan UMNO Pahang, Nan Brutal baru-baru ini, bukan sahaja
orang-orang UMNO yang tersentak, malah orang-orang BA termasuk saya sendiri
merasa kaget dan kagum dengan tindakan Dato Fauzi tersebut. Berani betul
anak jantan UMNO sorang ini. Bukan setakat meletakkan jawatan, malah
menyusul pula dengan tindakan membuat laporan polis terhadap Khalil Yaakob,
orang kuat Mahathir yang dipercayai mensonglapkan wang beratus-ratus juta
ketika menjadi Menteri Besar Pahang dahulu.
Ramai orang, termasuk Mahathir sendiri tidak menyangka sama sekali Dato
Fauzi boleh bertindak sejauh itu. Bagi Dato Fauzi sendiri, tindakan
nekadnya itu sebagai manifestasi kekecewaannya apabila wujudnya permainan
kotor untuk menyingkirkannya sebagai ketua bahagian UMNO Kuantan. Beliau
sedar yang Khalil sendirilah yang menjadi punca mahu menyingkirkan beliau
dari menjadi ketua bahagian di Beserah itu. Meskipun mengalu-alukan tindakan
beliau itu, namun saya masih waswas apakah Dato Fauzi akan betul-betul mahu
meletakkan jawatan ataupun cuma sekadar 'menggertak' sahaja pucuk pimpinan
yang mahu menyingkirkannya sebegitu rupa. Mungkin dia beranggapan,
alang-alang aku kalah atau disingkirkan, lebih baik aku berbuat sesuatu
yang akan mengena semua orang. Bijak juga perkiraan politik Dato Fauzi itu.
Kalau saudara pembaca nak tahu, ekoran tindakan Dato Fauzi itu, UMNO Pahang
kini berada dalam keadaan teruk sekali. Bagai kapal yang cuma menunggu masa
sahaja nak pecah dan karam. Pada 26 April lepas, Khalil yang menjadi
'tertuduh' dalam laporan Dato Fauzi tersebut diperintahkan mengadap Sultan
Pahang di Istana Pahang di Pekan kerana laporan rasuah dan penyelewengan
yang dibuat oleh Dato Fauzi ke atasnya itu adalah 100 % benar. Tiada yang
tidak benar melainkan benar belaka !
Dan sebenarnya Dato Fauzi masih ada lagi menyimpan sebanyak 16 kes semuanya
untuk ditelanjangkan apabila tiba masa yang sesuai nanti. Kalau Ezam dulu
ada 6 kotak, kini Fauzi ada 16 kotak (?) ! Wah, hebat betul panglima kita
ni. Inilah yang menyebabkan Nan Brutal bagai nak terkencing dalam seluar.
Manakan tidak, kalau Dato' Tuan Ibrahim dapat tahu, huh - bergegar DUN Pahang
dengan skandal penyelewengan Khalil tersebut. Hendak tak hendak, terpaksalah
Nan Brutal yang terkenal samsengnya itu tapi tak seberani manapun,
mencari-cari helah dan alasan serta menyembunyikan fakta sebenar untuk
mengelak daripada diketahui oleh pembangkang BA di Pahang.
Ekoran daripada itu semua, diberitakan yang Dato Fauzi juga telah dipujuk
oleh pihak Istana dengan menawarkan beliau jawatan sebagai Exco. Hai, dah
sebegitu teruk kawan tu dibelasah dan dikerjakan oleh si Khalil dan Nan
Brutal, tiba-tiba mahu memujuk dengan jawatan Exco sahajakah ? Mana boleh
beb ! Kalau engkorang kasi aku jawatan MB tu berbaloi jugak kan ? Tapi saya
tahu, Dato Fauzi ni manusia jenis berprinsip. Dia tak akan semudah itu untuk
menerima pujukan orang. Apatah lagi yang memujuk itu merupakan orang yang
teruk mengerjakannya sebelum itu. Nampaknya biar sama-sama kena lah kali
ini. Kalau begini, nampaknya si Khalil tu sengaja cari nahas. Dia dah
tercungap-cungap sekarang ni ekoran tindakan Dato Fauzi tersebut. Macam ayam
digigit tungau kata orang tua-tua. Dah kuyu. Dah mati kutu. Nampaknya kini
semacam dah tiba giliran si Khalil pulak dah nak disingkirkan oleh si Madey
tu. Sebab dan alasan dah ada. Lebih mudah lah nak menendang orang itu.
Kesian jugak si Khalil tu. Bila dah jadi liabiliti, maka mudahlah dia
diterajang keluar oleh si Madey nanti. Sungguhpun begitu, Khalil nampaknya
masih beruntung sebab tak pulak disuruh mengambil cuti oleh si Madey. Bila
kena tang Anwar dulu, jangankan bercuti, bayangnya pun tak sempat nampak
kelibat pun, terus ditendang bagai bola buruk lagaknya.
Nampak gayanya, taufan Beserah yang dibawa oleh Dato Fauzi itu benar-benar
menyebabkan gelombang besar dan bakal menenggelamkan bahtera Khalil. Adakah
taufan tersebut juga bakal menenggelamkan kapal Titanic usang UMNO Pahang
menjelang 2004 nanti ? Sama-samalah kita tunggu dan lihat beberapa episod
yang lebih "mencemaskan" tidak lama lagi.. Kepada Dato Fauzi, sekalung
tahniah diucapkan tapi kalau nak letak jawatan tu janganler dok main
acah-acah aje. Letak ler betoi-betoi Dato' oooiii !!
Cucu Datuk Bahaman
|