Laman Webantu KM2A1: 4369 File Size: 14.5 Kb * |
TJ SP MGG: Dato Seri Anwar Ibrahim dan Rahim Noor By M.G.G. Pillai 3/5/2001 10:22 pm Thu |
MGG 1011 (SPAR-01-002) [Rahim Nor telah membaham Anwar sehingga hampir tidak bernyawa
tetapi diberi ikat jamin dan hukuman yang lebih selesa melalui
pendakwaan yang sengaja dilembutkan bahasanya. Memanglah - jika
tidak Rahim yang mudah panas baran dan tidak dapat mengawal diri itu
akan memberontak untuk mendedahkan siapa yang mengarahnya memusnahkan
Anwar. Ancaman nyawa itu sudah lama bermula jika tidak mengapa dikirim
polis yang bertopeng yang lengkap bersenjata api untuk menyerbu dan
memecahkan pintu rumah Anwar. Sebelum itu Anwar cuba dibunuh dengan
merosakkan brek kereta dan mensabotaj satu (atau dua?) helikopter.
Ini semua kerja professional yang bakatnya hanya ada pada pihak
pengganas yang bertopeng itu juga. Rayuan dengan alasan kata babi dan jasa tidak boleh diterima pakai
kerana mata Anwar sendiri ditutup ketika itu dan dia tidakpun menyebut
nama Rahim Nor walaupun mengcam dehemnya. Hanya setelah Rahim berbohong
kepada dunia barulah Anwar mendedahkan sipemukulnya.
Kerajaan telah memberikan ikat jamin istimewa, pendakwaan lembut
yang istimewa dan kini hukuman lembut istimewa juga buat seorang
yang cukup berjasa kununnya. Sekarang rakyat akan memerhati lagi
layanan istimewa kerajaan kepada Rahim Nor yang sering dikatakan
sakit entah di mana itu di dalam penjara. Ini semua akan mencetus
kemarahan yang tiada tandingnya yang mungkin menyebabkan rakyat
bangkit dan memberontak bila tiba waktunya. Soalnya bila?
- Editor] Penterjemah: SPAR-01-002
(Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Rahim Noor)
Mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor, yang memulakan hukuman penjara selama
dua bulan gara-gara kalah dalam rayuannya pada 30 April 01. Kes Rahim Nor
menunjukkan betapa dahsyatnya pihak polis melayan orang yang ditangkapnya.
Memang tidak ada orang yang mahu bercakap mengenainya. Namun dalam setiap
pasukan polis, mereka gunakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat
daripada orang yang disyakinya. Kalau seorang yang berpangkat Ketua Polis
Negara boleh menyalahgunakan kuasanya dan menghenyak seorang bekas timbalan
perdana menteri yang baru sangat ditangkapnya sehinggakan insan itu menjadi
lembik hampir tidak bernyawa; apakah jaminan yang orang bawahannya tidak
melaksanakan kerja-kerja bajingan yang sama? Tidak ada sesiapa yang
merasakan keanihan di waktu Rahim Nor memberitahu seluruh dunia bahawa Anwar
sedang sehat bugar sedangkan dia tahu perkara sebenarnya adalah tidak benar.
Inilah yang memerlukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk
mendapatkan pengakuannya yang dia sudah berdusta, sedangkan dialah yang
sebenarnya menghenyak bekas timbalan perdana menteri itu sehinggakan lebam
matanya. Kisah mata lebam yang sungguh terkenal itu bukannya lambang
penangkapan terhadap Anwar tetapi ia adalah lambang keangkuhan pasukan polis
diraja Malaysia. Para peguam memberitahu saya bahawa hukuman itu terlalu berat untuknya.
Apabila seseorang itu mengaku bersalah, hukuman patut diringankan sebanyak
satu pertiga. Sepatutnya dia dikenakan hukuman untuk satu bulan sahaja.
Tetapi, Pendakwa Raya silap menuduhnya melakukan serangan biasa. Itu
bukannya kes yang mudah begitu saja. Apabila seorang KPN (IGP) menyerang
seorang tahanan yang ditutup matanya dan digari tangannya, itu bukannya satu
serangan biasa lagi. Kita tidak perlu ambil pusing apakah dia melakukan
semua itu sebagai menurut perintah. Penghakiman Nuremberg (satu kes
pengadilan di Nuremberg Jerman, selepas perang dunia kedua dulu -
penterjemah) telah mengasaskan satu prinsip perundangan bahawa seorang
bawahan terpaksa menanggung hukuman sepenuhnya seandainya dia menurut
perintah yang melanggari undang-undang. Dalam hal ini Rahim Nor adalah
seorang KPN, dan dia sendiri bertindak untuk melumatkan tahanan itu.
Lagipun, tidak ada sebab yang munasabah kenapa dia mesti berada di sisi
Anwar pada malam itu. Memberikan alasan bahawa Dato' Seri Anwar telah menghinanya dengan panggilan
'babi' memang tidak boleh dipakai lagi. Adalah berpatutan merumuskan bahawa
kalaulah Rahim Nor membiarkan saja pegawai yang menangkap Anwar menjalankan
tugasnya, dan membiarkan pula urusan penahan terlaksana, adalah tidak
mungkin Dato Seri Anwar menggelarnya seekor 'babi'. Dia yang mengundang
jeritan itu kalaulah perkara itu sebenarnya pernah berlaku. Rahim Nor
telah berbohong terlalu banyak kali sehinggakan tidak ada sebab kenapa
kata-katanya itu boleh dipercayai. Dia tidak ada urusan pada malam itu
untuk berada di bilik tahanan Anwar dan dia layak dimaki hamun oleh orang yang
ditahannya. Ketika merayu, peguamnya setelah berkata bahawa Rahim Nor telah banyak
berjasa kepada negara, oleh itu hukuman penjara adalah terlalu berat
untuknya lagi pun dia akan kehilangan pencennya* (sila lihat catatan
penterjemah). Dia telah berkhidmat dengan penuh kesetiaan, dan oleh kerana
kecuaian dia akan kerugian besar, apa lagi dengan hukuman penjara. Cuba kita
fikirkan kisah rayuan ini molek-molek. Kalaulah hujah ini telah
diterima-pakai, adakah benar kalau kita katakan cara Dato Seri Anwar dilayan
setakat ini adalah satu ejekan terhadap keadilan yang dirayukan itu. Anwar
pernah memikul jawatan yang tinggi, dan banyak berjasa kepada negara seperti
yang pernah digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri pada satu ketika.
Tetapi, seperti Rahim Nor, Perdana Menteri pun sudah hilang akalnya juga.
Kenapakah Anwar dianggap laksana seorang pesakit kusta, mencegahnya daripada
mendapatkan layanan perubatan yang amat diperlukannya, sehinggakan perkara
itu dijadikan konfrontasi politik pula? Kenapakah dia tidak dibenarkan ikat
jamin sedangkan kesalahannya itu dibenarkan ikat-jamin, seperti yang
dibenarkan kepada orang yang berkonspirasi terhadapnya menunggukan rayuan
mereka? Kenapakah alasan penghakiman dalam kes Anwar yang kedua tidak lagi
dikeluarkan beberapa bulan selepas sabit penghukuman? Inilah yang
mencegahnya membuat rayuannya di Mahkamah Rayuan. Lagipun, seandainya
seseorang hakim tidak mengemukakan asas-asas mensabitkan penghukumannya
dalam masa enam minggu, hakim itu boleh didakwa oleh satu tribunal dan
dilucutkan kuasanya seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Perkara ini
harus diamati oleh Ketua Hakim Negara.
Satu kesan daripada serangan Rahim Nor itu ialah kepercayaan yang menyeluruh
betapa ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) adalah satu undang-undang zalim
dalam proses demokrasi negara ini. Memang ada gunanya menahan sebagai usaha
pencegahan. Tetapi, ia boleh dikuatkuasakan apabila negara sedang diancam
bahaya dari luar. Tidak ada sesiapa yang mempertikaikan penggunaannya pada
era darurat dulu dan beberapa tahun berikutnya ketika negara masih terancam
juga. Tetapi apabila ia dikuat-kuasakan di zaman keamanan, ia menunggu masa
sahaja sebelum rakyat marhaen bangkit untuk memberontak. Mata lebam yang
terkenal itu adalah pemangkin yang menyemarakkan keresahan itu di Malaysia.
Episod Rahim Nor akan menyulitkan lagi masalah kerajaan yang angkuh dengan
propaganda bahawa Dato' Seri Anwar diberikan layanan istimewa dalam penjara.
Di manakah nanti Rahim Nor akan menginap? Apakah dia akan dibiarkan bebas
dengan banduan biasa ataupun diberikan layanan istimewa? Mestilah dalam satu
kamar istimewa! Kenapakah di kamar istimewa seperti Dato' Seri Anwar? Kerana
peruntukan begitu memang ada dalam peraturan penjara. Inilah ketentuan yang
dipastikan oleh kerajaan. Rahim Nor tidak boleh dibiarkan bebas di kalangan
banduan biasa kerana ada saja orang yang sanggup melebamkan dua-dua matanya,
seperti cara dia melebamkan mata Anwar dulu. Kalau ini berlaku, sekali lagi
kerajaan akan jatuh malu. Tidak lama lagi kita akan tahu bagaimana dia
dilayan dalam penjara. Kalau layanan itu tidak sama dengan layanan yang
diberikan kepada Dato Seri Anwar, seperti yang disebut oleh menteri hal
ehwal dalam negeri, bererti kerajaan terpaksa memberikan penjelasan pula.
Kerajaan tidak akan mendapat sanjungan kerana memenjarakan Rahim Nor, dia
sudah dimanjakan terlampau amat. Walau bagaimanapun, pemenjaraan Rahim Nor
adalah satu lagi kemenangan dalam konfrontasi di antara Anwar dengan musuh
ketat dan orang yang pernah dilindunginya, Dr. Mahathir Mohamed.
-MGG Pillai- Selasa1 Mei,2001 Diterjemahkan oleh: SPAR-01-002 Khamis 3/5/01.
The former Inspector-General of Police, Tan Sri Abdul Rahim
Noor, who began his two months jail sentence yesterday (30
April 01), after losing his appeal, showed how badly the
police treat those it arrests. No one talks about it, but
in every police force in the world third degree methods on
suspects to extract information. That the Malaysian Police
does is now in no doubt. If the Inspector-General of Police
can take the law into his own hands and beat up the just
detained deputy prime minister into a pulp, then what
guarantee is there that those lower down do not? No one
thought it unusual at the time that Tan Sri Rahim could tell
the world Dato' Seri Anwar is well when he knew he was not.
It took a Royal Commission of Inquiry to elicit the
admission he lied, that he did beat up the former deputy
prime minister. The infamous black eye, which highlights
not so much Dato' Seri Anwar's ill-treatment after arrest as
police arrogance. Lawyers tell me the punishment is too heavy. When a
man admits guilt, he gets one third off. He should have
been sentenced only to about a month. But the Public
Prosecutor was wrong to have charged him with a simple
assault. It was not simple. When the IGP assaults a
detainee who is handcuffed and blindfolded, it is no more
simple assault. It does not matter if he was carrying
orders. The Nurenburg Trials established the principle that
a subordinate will pay the full penalty if he obeys an order
which breaks the law. But he is head of the police force,
and he took it upon himself to beat up the man. He had,
besides, no business to be where he was that fateful night.
Saying that Dato' Seri Anwar called him a "pig" is
neither here nor there. It is fair to assume that if Tan
Sri Rahim had left the arresting officer to do his job, and
let detention procedures follow, Dato' Seri Anwar would not
have called him a "pig". He invited the retort, if such a
retort was made. Tan Sri Rahim told so many lies to mask
the truth, that one must, as a matter of course, disbelieve
what he said in his defence. He had no business to be where
he was, and he deserved what reaction he got from the
prisoner as he got. In mitigation, his counsel said he had contributed so
much to the nation that a custodial sentence is too much;
besides, he would lose his pension. He had served the
country well, and this moment of abberration would cost him
much and would worsen with a prison sentence. Let us take
this appeal on its head. If this argument had been
accepted, would it not be fair to say that how Dato' Seri
Anwar is treated so far is a traversity of that mitigation.
He held high office, contributed much to the nation, as the
Prime Minister himself have testified in years past before,
like Tan Sri Rahim Noor, he lost his head.
Why then is the man treated like a leper, preventing
him from getting the medical treatment he so desperately
needs, turning it into a political confrontation. Why is he
not on bail for what is a baillable offence, as his alleged
co-conspirator was, pending an appeal. Why has not the
grounds of judgement in the second Anwar trial been released
months after conviction. This prevents him from appealing
to the Court of Appeal. Besides, if a judge does not give
his grounds for the conviction within six weeks, he could be
brought before a tribunal and removed from office, as the
Constitution provides. The chief justice should look into
this. One unintended consequence of the Rahim Noor assault is
the widespread belief that the ISA is tainted law in the
process of democracy. There is a case for preventive
detention, but it is within narrow well-defined limits when
the country is under threat from outside. No one questioned
its use during the Emergency and in the years that followed
when the country was under threat. But when it is used in
peace time and wholesale arrests made, it is a matter of
time before the people rebel against it. The infamous black
eye provided that spark in Malaysia. The Rahim Noor affair would throw out another
confrontational claim of the government: that Dato' Seri
Anwar is given special treatment. Where would Tan Sri Rahim
be lodged? With the ordinary prisoner, or in a special
cell? In a special cell, of course! Why in a special cell,
as Dato' Seri Anwar is? Because the prisons regulations
provides for it. It is the government that raised this.
If Tan Sri Rahim is not in the general cell with prisoners
who could assault him as he did the former deputy prime
minister, the government loses again. Especially, we would
know soon where and how he is treated in prison. If it is
not as the home minister says Dato' Seri Anwar should be, it
would have some explaining to do. The government cannot
gain kudos for putting Tan Sri Rahim in jail, He was too
softly treated. When all is said and done, Tan Sri Rahim in
jail is yet another victory in his confrontation with his
nemesis and former protege, Dato' Seri Mahathir Mohamed.
M.G.G. Pillai |