Laman Webantu KM2A1: 4370 File Size: 6.8 Kb * |
TJ KB IHT: Levi Untuk Halang Penghijrahan Dana By Thomas Fuller 3/5/2001 10:08 pm Thu |
IHT: CUKAI LEVI DIMANSUHKAN Rezab negara yang semakin merosot dan ekspot yang terus berkurang
itu menyebabkan kerajaan menghapuskan cukai levi 10% untuk mengelakkan
modal terus keluar meninggalkan negara. Cukai tersebut dikenakan dulu
untuk mengelakkan kemusnahan ekonomi akibat 'wang-panas' jangka-pendek
beredar. Sudah lebih $3 bilion dana keluar dari pasaran saham pada suku
kedua tahun 2000. Para broker saham mengadu langkah kerajaan menyusahkan mereka kerana
asyik menukar-nukar. Undang-undang untuk mengelakkan wang dari dalam
negara keluar masih diketatkan tetapi bank di Singapura mencatat
begitu banyak wang dari Malaysia terhimpun di sana. Siapakah yang
menyimpan itu jika tidak hartawan dalam Umno sendiri. Bukankah Halim
Saad beristerikan orang Singapura - tentunya kerana asyik ke sana
untuk membilang harta yang bertimbun banyaknya. Begitu jugalah karenah
beberapa pemimpin Umno yang menyimpan gundek di sana dengan kerana JAIS
tentunya tidak akan menerkam di sana.
Langkah terkini kerajaan menggambarkan semua yang dirancang sudah tidak
mengena. Dulu pernah pakar ekonomi Krugman menyarankan agar ia dilaksanakan
cuma sementara sahaja kerana kesan jangka panjangnya amat ketara - tetapi
Mahathir tidak memperdulikannya. Malaysia tidak mempunyai permintaan
domestik yang tinggi untuk menyangga ekonomi dan matawangnya - tidak seperti
negara Cina. Tanpa modal luar, kita akan kepupusan dana. Lihatlah apa yang
berlaku kepada tabung simpanan hari tua kita - ia sudah dikoyakkan dan
ditebuk oleh Mahathir, Daim dan juak-juaknya. Bulan ini kita melaksanakan
satu dagangan besar dengan Cina dengan menukar benda (barter trade). Tidakkah
itu satu tanda matawang kita sudah tidak laku sebenarnya?. Bukan di Cina
sahaja malah di India juga. Pada ketika yang sama harga minyak kelapa sawit
masih tidak kemana sehingga peneroka FELDA terpaksa mencari lain kerja.
Hanya negara yang bermasalah wangnya menggunakan sistem tukaran benda.
Kita sudah memasuki kategori negara ala-Rusia yang rubelnya tidak berbenda
di negara luar. Baru-baru ini Mustapha Mohd mengatakan ekonomi semakin pulih. Tetapi mengapa
Zetti meramalkan anggaran kadar pertumbuhan kepada sekitar 5% sahaja sedangkan
sebelumnya beliau menjangkakan sekitar 5-6%.
Kerajaan amat bimbang penurunan sebanyak 24% rezab
matawang asing sejak tahun lepas. Rezab bank negara kini sekitar $26.29
bilion pada pertengahan April, susut dari $34.5 bilion setahun sebelumnya.
Malaysia memerlukan rezab yang tinggi untuk mengekalkan kredibiliti kawalan
ringgit kepada dolar Amerika. Pelabur masih skeptik dengan perkembangan terbaru itu. Bagi mereka faktor lain
lebih perlu ditangani segera - ekonomi yang melembab dan persepsi pengurusan
koporat yang amat lemah. Mahathir sedang menjerumuskan kita kekancah kemuflisan yang paling dahsyat
yang akan menghempap semua rakyat Malaysia. Ia sudah merosakkan dana simpanan
hari tua kita. Tidak lama lagi lebih banyak yang akan ditebuknya. Malangnya
kita masih lali dan teralpa sedangkan wang kita sudah semakin tiada. Kita
mungkin akan menjejakki negara Indonesia yang huru-hara politik, sosial dan
ekonominya. Tiada sesiapa yang dapat membaiki negara itu dengan segera di saat
semua masalah muncul menjelma. Terpaksalah mereka menunggu masa yang amat
lama untuk kembali senyum semula - tetapi ramainya yang terkorban dalam proses
itu akan menghantui hidup mereka sampai bila-bila.
Malaysia Scraps Last Tax on Gains by Foreigners
Thomas Fuller International Herald Tribune
Thursday, May 3, 2001 10% Levy Is Abolished to Curb Capital Flight
Malaysia on Wednesday abandoned the last vestiges of a system
designed to control the flow of foreign investors' money leaving the
country, scrapping a tax on stock gains that was imposed during the
economic crisis in 1998. The stock market in Kuala Lumpur reacted positively to the news, rising
4.6 percent, but the market remains down 10 percent for the year.
The government's move did away with a 10 percent levy on foreign
investors' stock-market profits that are repatriated within a year of the
initial investment. The rule was intended to encourage investors to keep
their money in the country for longer periods, amid concern that
short-term flows of "hot money" were damaging the economy.
"The abolishment of the levy today is the culmination of a series of
gradual steps toward full liberalization which began in February 1999,"
the Finance Ministry said in a statement.
Analysts said the controls were abolished partly because they were
encouraging precisely what they were meant to prevent: capital flight.
Government figures show that investors pulled nearly $3 billion from the
Malaysian stock market in the second half of 2000.
The government is also concerned about a 24 percent drop in
Malaysia's foreign currency reserves over the past year. The central
bank had reserves of $26.29 billion in mid-April, down from $34.5
billion a year earlier. Malaysia needs high reserves to maintain
credibility for its currency peg to the dollar.
As part of the package of capital controls imposed during the crisis, the
ringgit was pegged at 3.8 to the dollar in 1998, a level that has recently
come into question given a falling trade surplus and the prospect of
slower economic growth. At the time, supporters of the controls called the measures an
innovative way to isolate Malaysia from the regional economic crisis.
Critics called them overly restrictive and easy to skirt.
Brokers complained that the controls complicated bookkeeping,
especially since they were modified several times. Rules restricting
Malaysians from transferring money abroad are still in place.
The government said it had scrapped the levy on foreigners after meeting with fund managers. But analysts remained skeptical. "It is positive news for the market," Yuen Chak of Merrill Lynch was quoted as saying by Agence France-Presse. "But there are some lingering concerns among foreign investors - a slowing economy and the perception of weak corporate governance." |