Laman Webantu KM2A1: 4373 File Size: 14.3 Kb * |
TAG SP 89: Bilangan Tanpa Imbangan By Harun Rashid 4/5/2001 12:22 am Fri |
TAG SP089 (SPAR-01-001) [Setiap insan ada kelemahannya termasuk polis dan tentera.
Apabila sanak dan saudara turut menjadi mangsa, kesetiaan mereka
kepada pemimpin negara akan terbelah dua jika tidak tiga kerana
kita berasal dari bapa yang sama sebenarnya. Polis hanya berani
kerana memilikki senjata itupun mereka asyik berkumpul bersama -
jika tidak, senjata pun tidak akan mampu menyelamatkan mereka.
Kisah di Serbia tentu masih segar dalam ingatan kita bagaimana
polis memihak kepada rakyat akhirnya kerana sudah tidak dapat
berbuat apa-apa. Suara keramat telah mengunci picu senjata.
Kekuatan polis atau tentera amat bergantung kepada seorang ketua
kerana konsep 'chain of command'. Disinilah terserlah kelemahan
yang tiada taranya jika dibolos. Sebab itulah Mahathir kerap
mengirim polis yang tidak berugama atau sudah dimabukkannya
untuk misi khas memusnahkan sesiapa. Kerana itu juga topeng
menghias muka kerana malu juga mereka sebenarnya. Ini pun
kelemahan polis juga. Kelemahan seseorang itu sebenarnya tertanam
di dalam dirinya sendiri walaupun dia lengkap bersenjata.
Piket MTUC nanti akan mengajar sesuatu yang berguna dan ia mungkin
berjangkit merata-rata. Senjata tidak akan menewaskan manusia
kerana ada senjata lain yang lebih berkuasa dan ia tertanam nun
jauh di dalam jiwa. Fauzi sudah menyerlahkannya dan ramai akan
terpaku tidak dapat berkata-kata. Bukankah itu amat hebatnya?
- Editor] Penterjemah: SPAR-01-001
(An Imbalance of Numbers) Oleh: Harun Rashid Kerajaan yang ada sekarang ini semakin tidak diingini dan rakyat amat
kepingin mencarikan pengganti. Usaha cara aman untuk menjatuhkan parti yang
berkuasa ditentang oleh para menteri UMNO-BN, yang mahu mempertahankan hak
memerintah negara sehingga digantikan oleh kerajaan yang ditentukan oleh
pilihanraya. Perdana menteri selaku jurucakap parti yang berkuasa telah bersuara lantang
menyatakan betapa baiknya negara diperintah oleh kerajaan diktator. Walaupun
kewujudan parti ini terlaksana hasil proses demokrasi, ia semakin berani
mencadangkan demokrasi tidak diperlukan lagi.
Hakikatnya kerajaan diktator ini memang sudah lama bertakhta, seperti yang
dituliskan dalam tulisan saya pada Oktober 31 dulu. Kini sahlah sudah,
Malaysia mempunyai seorang diktator sebagai pemerintah. Soalnya sekarang,
apakah sambutan rakyat Malaysia. Ramai yang berpendapat adalah sudah terlalu lambat untuk berbuat apa-apa,
kerana kerajaan diktator ini sudah terlalu tegap untuk dijatuhkan. Ramai
yang mempunyai pendapat berbeza. Eloklah kalau diperiksa kekuatan di dua
pihak yang bertentangan itu. Ada sebuah filem sejarah bertajuk 'ZULU' di mana ada satu babak menunjukkan
bala tentera muda-muda yang bersenjatakan perisai yang diperbuat daripada
kulit kering dan belukang. Mereka muncul daripada semak dan rumput panjang,
mengetuk perisai dengan lembing panjang sambil menjerit laungan perang
menakutkan askar British yang datang menyerang, walaupun bilangan mereka
amat kurang. Penjajah British, yang angkuh dengan semangat sukan kaum penjajah,
menggunakan peluang menembak mereka seolah-olah nyawa pejuang itu adalah
mainan sukan juga. Pegawai pemerintah British tidakpun mengerti kenapakah
wira-wira pribumi itu nekad berjuang sampai mati. Dia keliru kenapa
wira-wira muda itu sanggup mengorbankan nyawa menghadapi seteru yang
berbekalkan senapang dan peluru. Seorang pedagang Boar yang sudah banyak
pengalamannya menghalakan telunjuknya kepada seorang ketua Zulu yang berdiri
megah di atas bukit sambil menyaksikan pertempuran di bawah,: 'Lihat dulu,
ketua Zulu itu. Dia sedang mengira semua senjata yang ada lagi dengan kamu.'
Adalah amat penting mengetahui berapa banyak senjata yang digunakan dalam
permainan itu. Di Malaysia terdapat 85,000 anggota polis, dan sekitar 100,000 anggota
angkatan tentera bersenjata. Jumlah tenaga bersenjata bolehlah dirumuskan
sekitar 200,000 orang. Semuanya bersenjata lengkap, sehinggakan setiap kali
berlakunya penangkapan, pembunuhan yang ditangkap adalah sesuatu yang mudah
kalau yang ditangkap itu dianggap seteru yang mesti dihapuskan.
Dari kacamata parti yang sedang berkuasa, bilangan ini bukannya sesuatu yang
memberangsangkan. Kesetiaan anggota polis dan juga angkatan tentera bukannya
sesuatu yang boleh dimegahkan. Inilah sebabnya pihak yang berkuasa selalu
sahaja tidak tenteram keadaannya. Para pemimpin memang sedar betapa rapuhnya
kedudukan mereka, dan ramai sekutu mereka sudah lama bersara dan melencong
di tepian. Setiap kali adanya himpunan manusia, setiap kali itu juga rakyat
marhaen menghitung jumlah polis yang digembleng.
Anggota polis boleh dikerah berhimpun di satu pusat untuk memperagakan
kekuatan yang ada kalau cukup isyarat untuknya. Mereka akan dihantar dengan
trak dan bas daripada berek dan markas. Kalau ramai himpunan manusia itu
polis akan mengerahkan meriam pancutan air asid dan kelengkapan gempur untuk
menunggu. Inilah senjatanya yang digunakan terhadap rakyat marhaen yang
mungkin mempunyai saudara mara di kalangan polis yang cuba meleraikan
mereka. Namun, apabila himpunan tenaga polis dipusatkan di satu tempat,
kelemahannya di tempat lain ternyata amat ketara.
Sejak beberapa bulan yang lalu, rakyat marhaen telah menganjurkan banyak
himpunan rakyat untuk mengemukakan rintihan mereka kepada menteri kerajaan.
Masalah mereka tidakpun dilayan. Pada asasnya, semua himpunan rakyat
dianggap tidak sah. Parti yang sedang berkuasa lebih rela mencetuskan
kemarahan rakyat dalam usaha menunjukkan mereka masih gagah. Rakyat tidak
mudah diperbodohkan. Pemimpin UMNO perlu beralah juga ataupun terpaksa
berhadapan dengan rakyat yang terus membuat tuntutan yang lebih menakutkan.
MTUC sudahpun menyatakan hasrat melancarkan mogok di seluruh negara. Apabila
penunjuk perasaan tidak tertumpu di satu tempat bererti polis dan tenterapun
tidak akan dikerah secara berpusat menentang mereka. Perbezaan bilangan akan
semakin ketara. Kelemahan sebenar parti yang sedang berkuasa akan terdedah
dengan jelas. Itu sebabnya kerajaan berusaha sedaya upaya menyekat sebarang
usaha tunjuk perasaan diadakan di merata tempat di seluruh negara.
MTUC bercadang melancarkan mogok seluruh di negara kerana membantah
pembaziran dana KWSP. Kepada senarai KWSP itu mungkin juga ditambah
bagaimana dana dikawal oleh perdana menteri dan juga menteri kewangan.
Malahan dana Tabung Haji pun terlibat sama, memang banyak wang rakyat
marhaen yang digunakan untuk projek mega, dan untuk menyelamatkan syarikat
yang dipunyai dan dikuasai oleh para pemimpin parti yang berkuasa.
KWSP mempunyai hampir 10 juta ahli, semuanya amat runsing akan keselamatan
wang tabungan mereka. Mereka mahu satu penyata akaun daripada pengurus dana,
dan mereka mahukan jawapan yang segera. Kalau mereka tidak dilayan dengan
memuaskan dalam dua tiga hari lagi, sudah tentu akan dilancarkan mogok
seluruh negara. Sepuluh juta ahli dana adalah satu bilangan manusia yang
besar. Memang agak sukar untuk polis dan juga tentera menangkap mereka.
Inilah yang amat ditakuti oleh para konspirator. Inilah masalahnya yang
mereka merasa tertekan. Memang tidak ada pilihan lagi. Kisah sebenar tentang
saham dan kerugian pinjamanpun akan diketahui juga. Apabila rakyat marhaen
menyedari betapa berlakunya kerugian yang besar kepada tabung KWSP, mereka
akan naik angin. Mereka akan naik berang. Itulah sebabnya mogok seluruh
negara itu mahu dielakkan sedaya mungkin.
Fauzi sudah pun meminta secara berhemah agar Anwar Ibrahim dihantar ke
Jerman untuk menerima rawatannya. Seandainya permohonan ini ditolak, besar
kemungkinan satu pilihanraya kecil Beserah akan berlaku juga. Sudah ada satu
senarai panjang merayu agar kerajaan mempunyai sifat perikemanusiaan dalam
kisah Anwar itu. Kepada senarai itu tambahkan pula nama Harun Rashid.
-Harun Rashid- Terjemahan: SPAR01 - Rabu 2 Mei 2001 http://home.yqi.com/harunrashid1/63Numbers.html
An Imbalance of Numbers By: Harun Rashid The present government is not a popular one, and the
majority of Malaysian citizens want to replace it. The
peaceful removal of the unpopular party-in-power is
opposed by the ministers of the Umno-BN coalition, who
claim a right to rule until replaced in a new democratic
election. The prime minister, speaking for the party-in-power, has
openly advocated a shift to a dictatorship. Having been
installed by a democratic process, it is unseemly that
he would now propose to thwart its intent.
The reality is the dictatorship is already in place, a
view that was the subject of a column on October 31, It's
Official, Malaysia Is A Dictatorship. The question now is
what is to be the response of the Malaysia's people.
Many feel that it is too late, that the party-in-power is
too well entrenched to be removed. Others hold a different
view. It is well then to examine the forces on each side.
In the historical movie, Zulu, there is a scene in which
the brave young warriors, armed with only leather shields
and spears, rise from the tall grass to bang their weapons
and shout battle chants to taunt the barricaded, but badly
outnumbered British. The British, in their colonial manner of good sportsmanship,
sieze the opportunity to shoot them down. The British
officer-in-charge cannot understand what seems to him a
meaningless sacrifice. A seasoned old Boar trader points out
the Zulu chief on the far cliff. "He is counting your guns,"
he says. It is important to know just how many guns are in
the game. In Malaysia there are around 85,000 policemen in the
national police force. There are another 90-100,000 men in
the military. The combined forces in uniform are thus
approximately 200,000. All are armed. To the extent the
police and military will arrest and kill the discontented
people of Malaysia, they are considered to be the enemy.
Malaysia has a population of 22-23 million. A conservative
estimate of the population potentially active in a movement
to recapture the democracy turned over by the British is
about five million. The five million people of Malaysia
outnumber the police and the military by a factor of
25-to-one. Put another way, there are over five million
people against 200,000. These are not hopeful numbers from the perspective of the
party-in-power. The loyalty of the military and the police
is not at all certain at this point. This is another good
reason for them to be nervous. The leaders are painfully
aware of the basic weakness in their position, and many of
their associates have chosen to retire to the sidelines.
Every time there is a public meeting the people have
another opportunity to count the police.
The police can be brought to a central point for a show
of force if there is adequate notice, conveyed there by
government bus and truck from distant camps and barracks.
In the event there is a large public turnout, the
police may use water cannon and riot equipment to
disperse and control the crowds. But a concentration in
one location betrays a weakness in all others.
In the past few months the people have held more and more
public meetings to present their grievances to the
government ministers. There has been no response.
Basically all public meetings to express opposition or
discontent are declared illegal. The party-in-power
appears willing to risk mounting public displeasure in
an effort to give the appearance of strength. The public
is not fooled, and the Umno leaders must begin to
make concessions or the people will become more and more
forceful in their demands. The MUTC has called for a nationwide strike, with emphasis
placed on the "nationwide." If the strikers are not
concentrated, that means the police and military cannot
be concentrated against them. The imbalance in numbers
will be obvious. The fundamental weakness of the party-in-power
will be revealed to all. That is why the government will go to
any lengths to prevent a general show of discontent on a
nationwide basis. The MUTC has called a nationwide strike to protest the
waste of the EPF funds. To this list might be added the
other funds controlled by the prime minister and the
finance minister. Even the Tabung Haji fund is involved,
using the public's money to fund questionable mega-projects, and
to bail out the companies owned and controlled by the
leaders of the party-in-power. The EPF has almost ten million members, all of whom are
concerned about the safety of their money. They want an
accounting from the fund managers, and they want it now.
If there is no satisfaction in the next few days, there
is to be a nationwide strike. Ten million members is a
large number, and there is no way the combined police and
military can intimidate or arrest them.
This is what the conspirators are afraid of. It is on
this very issue that they must yield. There is no
choice. The true story of the share and loan losses will
become known. When the people of Malaysia become fully
aware of the enormous losses to their EPF fund, they will
be angry. Very angry. That is why the nationwide strike
is to be avoided at whatever cost. Fauzi has asked politely that Anwar Ibrahim be sent to
Germany for treatment of his injury. The implication is
that a Beserah by-election follows a refusal. To the list
of names of those making this humanitarian appeal let
there be added another ... that of Harun Rashid.
Link Reference : May 2: An Imbalance Of Numbers - Harun Rashid |