Laman Webantu KM2A1: 4376 File Size: 9.0 Kb * |
FlashBack: Ugutan Si Rahim Noor By CDB 4/5/2001 10:59 am Fri |
[Keadaan Rahim Nor di dalam penjara nanti bakal mendedahkan
beberapa tembelang lagi yang cuba disembunyikan selama ini. Rahim
dikatakan asyik sakit bila muncul tarikh dibicarakan dan kali ini
diberitakan baru keluar dari IJN pula bila hukuman penjara rasmi
dijatuhkan. Yang peliknya tidak diberitahu dengan terperinci apakah
sakitnya itu. (Mungkin sakit hati agaknya?)
Jika Rahim benar-benar sakit kenapa doktor persendirian biasa sahaja
merawatnya kerana sudah acapkali dia menunda kesnya. Selalunya sakit
yang sebegini memerlukan rawatan di hospital ternama tetapi dia tidak
pula diberitakan pergi ke sana. Hanya baru-baru ini sahaja terkeluar
berita beliau baru menjalani rawatan di IJN. Mengapa tidak awal-awal
dulu? Tidakkah Rahim layak mendapat rawatan terbaik lagi istimewa
sejak dulu lagi kerana (kununnya) jasanya yang tidak terkira itu buat
negara (sehingga merayu menggunakannya)?.
Sebagai KPN, Rahim Nor memang mempunyai banyak rahsia - lebih-lebih lagi
mengenai kegiatan Mahathir. Inilah senjata beliau yang amat ditakuti oleh
Mahathir. Rahim Nor seperti tidak bersedia untuk ke penjara sejak awal
lagi dengan sakitnya yang entah apa sebagai penunda. Itu seperti ingin
menyakitkan Mahathir juga dengan sengaja. Rahim Nor sebenarnya sudah
'memukul' Mahathir juga dengan sedikit lainnya dan Mahathir 'terlebam'
sama cuma tidak ramai yang dapat membacanya. Memang dasar kaki pukul
nampaknya.... Penulis popular laman-laman reformasi, Hj Amin Sapiro atau lebih dikenali
dengan panggilan Wak Amin di kalangan penyokong-penyokong reformasi pernah
mendedahkan pada tahun lepas bagaimana si Rahim Noor yang lebih popular
dengan panggilan Si Bapak Anjing itu telah mengugut Mahathir apabila beliau
dikenakan tindakan mahkamah kerana mencederakan Dato' Seri Anwar Ibrahim
semasa dalam lokap polis di Bukit Aman pada malam 20 September 1998 dahulu.
Rahim telah mengugut dan mengancam untuk membongkar segala perbuatan dan
penglibatan Mahathir sendiri dalam kes membelasah Anwar separuh mati pada
malam itu. Kini, Rahim telah pun dipenjarakan selama 2 bulan dan kita tidak
tahu betulkah beliau telah benar-benar berada di dalam sel penjara ataupun
masih bebas di luar atau berpura-pura sakit dada untuk mengelak berada di
dalam jeriji besi di Penjara Kajang. Sejauh manakah ugutan Rahim itu akan
menjadi kenyataan? Marilah kita sama-sama lihat akan episod seterusnya.
Atau adakah Rahim akan menerima nasib seperti Jaafar Putih dalam kes
Al-Maunah dahulu? Catatan ringkas saya kali ini hanyalah bertujuan untuk "flashback" kembali
pendedahan Wak Amin dahulu berikutan Rahim telah pun dijatuhkan hukuman
penjara oleh mahkamah (meskipun terlalu ringan dan ala kadar sahaja....).
Saya menyerahkan kepada para pembaca untuk merenung kembali pendedahan Wak
Amin ini dan mengaitkannya dengan perkembangan terkini Rahim Noor yang telah
dijatuhkan hukuman penjara itu. Pada saya, apa yang didedahkan oleh Wak
Amin itu merupakan suatu fakta yang benar dan boleh dipercayai. Samada Rahim
berani mengotakan kata-katanya atau tidak, hanya masa sahaja dapat
membuktikan kepada kita akan keberanian beliau itu. Kita lihat siapa yang
lebih 'power' - samada seorang bekas pelindung gangster dan mafia seperti
Rahim Noor ataupun si Mahathir yang maha buas maha ganas itu !
Selamat membaca kembali pendedahan Wak Amin dulu,
-Cucu Datuk Bahaman- (rakaman penghargaan buat Wak Amin yang baru muncul kembali selepas 'senyap'
buat seketika) DENDA keatas Rahim Nor yang dipersoalkan di Parlimen oleh Wakil BA itu
mungkin tidak akan merobah apa-apa. Rahim Ugut Semua Pihak Dari beberapa sumber yang diketahui umum, Mahathir sendiri telah diugut oleh
Rahim. Sekiranya perbicaraan keatas dirinya melibatkan masalah berpanjangan
kepada keselesaan hidupnya - Siang-siang Rahim telah mengugut Mokhtar
Abdullah - "I'll make the PM to answer everything. Afterall he is the real
culprit. I will ascertain that Mahathir's head will roll, too. Mark my
word!!" - kata Rahim kepada Mokhtar. Mokhtar AG terus berjumpa Mahathir dan berbincang. Mahathir menggigil.
Mulutnya terkaku. Mahathir tahu bahawa Rahim tidak takut dengan ugutan.
Mahathir tau, Rahim meant business. Rahim ada kaki boleh 'bunuh' Mahathir
anytime kalau dia mau!! Rahim juga ada beberapa fail penting yang boleh buat Mahathir sendiri akan
terjerat. Rahim ada pita rakaman suara Mahathir bercakap di talipon, di
pejabat, perbualan empat mata antara Rahim-Mahathir, Rahim-Daem, Rahim Megat
Joned, Rahim-Moktar Abdullah, dll. Itu semua bahan bokti yang BOLEH memperosokkan Mahathir ke dalam kancah
'cess-pool jenayah berat' yang memungkinkan orang UMNO sendiri akan
menyingkirkan Mahathir. Rahim adalah anggota polis yang seasoned dan
terlatih dengan kerja Special Branch dan espionage!! Mahathir kecut!!
Dalam tangan Rahim ada banyak kes jenayah Rasuah, Penyelewengan, Rogol,
Tangkap Basah menteri UMNO, arahan jahat dan jenayah pemimpin UMNO dan
komponen BN. Sebelum pencen, Rahim sudah angkut dan simpan disatu tempat.
Boleh jadi '6-Kotak' juga? Pendek kata, Rahim Nor sudah cukup bokti untuk menggegarkan seluruh
kebusukan kerajaan Diktator Mahathir!! Ini, Mahathir cukup takut, gentar,
kecut dan TERPERANGKAP!! Kata sumber maklumat itu.
Perbicaraan Cuma 'Formality' Rahim tau, perbicaraan keatasnya cuma satu formaliti mudah. Hukumannya tidak
lebih dari 'jangan tidak' saja. Rahim sudah demand mana ganjaran berjuta
yang dijanjikan. Mana perlindungan kepadanya!! Rahim sekarang at the
'upper-hand'. Mahathir sudah mula takut.
Mahathir menjanjikan sejumlah juta ringgit sebagai ganjaran menyimpan
rahsia. Rahim sudah simpan dalam akaun Rahim di Singapura, London, US dll.
Daem telah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak di Brussels, Beligium.
Rahim sekarang adalah jutawan!! Beberapa anggota polis berpangkat tinggi telah berikhtiar menyiapkan
beberapa dokumen supaya Rahim mendapat perlindungan diplomatik diluar
negara. Semua itu diketahui oleh Mahathir. Rahim ada 3 paspot antarabangsa
dengan nama berlainan. Janji Mokhtar Abdullah Mokhtar, Ghani Patail, Eusoff Chin, telah berbincang untuk memberi kelepasan
kepada Rahim. Keputusannya: Mokhtar telah mengobah-pinda tuduhan keatas
Rahim kepada 'simple hurt' dengan pertimbangan undang-undang dengan menilai
alasan-alasan peguam Rahim kepada Peguam Negara.
Pendekar Amin Mulia (sepatutnya Rais Yatim) diarah menjawap soalan Parlimen
Pembangkang. Pandikar Amin Mulia, Menteri di JPM tidak lebih dari budak
upahan yang tidak tahu apa-apa. Dia adalah sebodoh-bodoh manusia kerana
pertama kali menjejak kaki sebagai Menteri. Mokhtar sendiri menengking
beliau kerana kebodohannya menunjukkan marah kepada Pembangkang.
Mahathir Naik Berang Yang paling menggegarkan ialah: Mahathir telah mendapat ugutan langsung dari
Rahim kerana Mahathir mahu Rahim mengaku bersalah. Mahathir berkata, 'Kalau
you tak mengaku salah, they all will dig the case. You'll be in hot soup'.
Rahim jawab, 'Am only a smallman Datuk Seri, but you must understand the
whole police force know your involvement. You were arround while I hit
Anwar. I will field all my witnesses. It's now left entirely to your
choice!!'. Mendengar itu, Mokhtar intervened. Akhirnya, keputusan pejara diterima
dengan syarat bahawa Rahim tidak akan dipenjarakan. Dia akan berlepas keluar
negara - ke satu destinasi yang tidak dipastikan untuk bercuti atas
perbelanjaan Mahathir-Daim, menggunakan paspot palsu!!
Berita terkini menyebut, Rahim akan berlepas dengan private jet ke sebuah
pulau di lautan India. Dari sana baru beliau akan beredar jauh. Maknanya
Rahim tidak akan dipenjarakan langsung!! Rahim akan dibenarkan pulang selepas
tempoh 6 bulan jika beliau mahu. Penjenayah Elit UMNO Begitulah nasib penjenayah dibawah perlindungan Mahathir - pasti akan
selamat (di dunia). Itu sebab kita nampak bagaimana Rafidah Aziz, Rahim
Thamby Chik, Megat Joned, dan beberapa penjenayah UMNO terlepas dari
cengkaman undang-undang!! Mereka tidak akan menunjukkan muka rongseng atau
takut dengan tindakan undang-undang. Kata seorang Pegawai kanan Polis, 'Mahathir is the law, and he owns
everything from the Police, the judges, the BPR, the Banks, etc..etc etc'
Kata sumber itu, 'It takes a thief to catch a Thief..!!'
Kita sekarang berhadapan dengan cengkaman seorang Diktator yang menggunakan
jenayah sebagai 'rule of the game'!! Tapi sampai bila?
Amin Sapiro
|